CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 28, 2009

Album Review : Tahajjud Cinta

Assalamualaikum semua :)

Hari ni hari saya lapang dada sebab kerja nan bertimbun dah siap di bereskan. So, sementara saya terlebih rajin free ni, saya nak buat review sikit tentang album Siti Nurhaliza : Tahajjud Cinta :)

Album TC ni saya beli masa bulan puasa baru-baru ni. Hari pertama album ini di pasarkan iaitu pada 090909 saya dah tak senang duduk pergi mencari di semua kedai cd, tapi tak ada lagi. Hampir-hampir saya putus jari asa, seminggu lepas tu terjumpa di Music Valley bawah ofis saya :D

Dek kerana eksaited saya beli album Lentera Timur juga :)

Ini album pertama yang saya beli sepanjang Siti Nurhaliza jadi penyanyi tau. Walaupun saya die hard fan Datuk K Siti, tapi tak rasa nak beli album apa-apa pun sebelum ni, dengar free di radio sudah...hihi. Tiba-tiba kali ni saya rasa nak dengar album kerohanian Siti ni, nak muhasabah diri sempena bulan Ramadhan yang mulia kononnya :)

Cantikkan gambar Siti di atas buaian ni, nampak suci dan murni gitu. Adeh, saya yang cantik perempuan pun 'cair' tengok Siti, apatah lagi Datuk K...hihihi.

Tahajjud Cinta dan Lentera Timur yang julung-julung kalinya saya buang duit beli :)

Ok, ok. saya mulakan review saya.

Cover Album

*Memang superb! Tenang dan mendamaikan. Gambar Siti dengan pakaian serba putih sambil menadah tangan dan dibelakangnya terdapat sepohon pokok besar dan langit biru serta awan berarak. Cantik dan simbolik. Lain dari album Siti yang lain.

1. Asma Ul Husna
Penyanyi Latar : Salleh Brotherz dan Adi Devotees
Lagu : Erma Fatima

* Lagu 99 nama Allah ini memang selayaknya diletakkan di track yang pertama kerana tiada yang lebih agung dariNYA. Muzik intro agak saspen dan misteri rentaknya. (Bayangkan macam kita jalan di tempat gelap, pastu tiba-tiba ada cahaya...leganya.) Start Siti nyanyi lagu ni "Yaaaa..Rabbi, Astaghfirullahalazim......." memang mantap disamping penyanyi latar menyebut "Ya Allah...Ya Allah". Mendayu-dayu dan menginsafkan serta membuat saya terfikir betapa kerdilnya kita di dunia fana ini. Lagu paling lama iaitu 6 minit. Siti dapat menyanyikan lagu ini dengan baik dan sebutannya jelas dan hampir perfect. Rentaknya berbeza dari yang selalu kita nyanyi time sekolah dulu. Berselang seli suara Siti dan penyanyi latar membuatkan ianya unik dan saya selalu ulang-ulang dengar lagu ni. Sangat terkesan dihati saya.............

2. Pintu Rindu

Lagu : Copyright Controlled

Lirik : Hairul Anuar Harun

* Sepengetahuan saya lagu ni asalnya dari lagu Arab. Liriknya saja yang diubah. Salah satu lagu yang saya suka. Petama kali dengar dah jatuh cinta. Memang boleh menangis tak berlagu dengar lagu ni. Bunyi seruling mencantikkan lagi lagu pintu rindu. Liriknya tersirat dan mendalam maknanya.

"Telahku daki puncak tertinggi...telah ku turun lembah dan gurun.." seolah menyatakan bahawa kita di dunia pernah berada di atas mahu pun dibawah.."tidakku temu mana pintumu....untukkku seru rasa rinduku..." tapi seolah-olah lupa untuk mencari keredhaan Allah "Sungguhku buta dalam cahaya..sungguh ku lupa tika bahagia" dan kita lupa padaNya apabila kita dah senang, mewah dan bahagia... ...Dan Lirik terakhir " Hidup matiku hanya Untuk Mu" sangat touching kalian........................

3. Tahajud Cinta

Lagu : Erma Fatima

Lirik : Hairul Anuar Harun

* Muzik intro sedap di tambah dengan nyanyian Siti...."aaa....aaaaaa...." dan iringan piano. Lagu ni sangat meruntun hati, sayu dan sangat bermakna. Muzik aranggement yang bagus. Vokal Siti tak payah cerita la, terutama part tinggi. Memang perfect! Rasa sayu je. Ni kalau duduk sorang-sorang mau tak keluar rumah ni, bengkak mata...hihi. " Ya Tuhanku...hanya padamuuu...tempat mengadu segala rinduu..."

4. Bataz Asaku
Lagu : Siti Nurhaliza
Lirik : Attan Hardilas

* Salah satu lagu ciptaan Siti yang terbaik! Suka part Siti tarik " Untaian cinta...gapai genggaman.." Lirik pendek tapi penuh maksud tersirat. Mula-mula dengar tak berapa masuk dalam kepala sangat lagu ni, maybe rentaknya yang slow. Tapi bila di ulang-ulang sampai entah kali ke berapa, baru la sebati....hehe. Tak silap saya, lagu ni adalah soundtrack filem perempuan berkalung sorban ke apa tah. Thumbs up untuk pencipta lagu ini :) Cubaan yang baik!

5. Ku Percaya Ada Cinta
Lagu : Audi Mok
Lirik : Habsah Hassan

* Lagu ni memang sesuai dijadikaan single pertama. Memang kena dengan halwa telinga. Part chorus "Pandang-pandang alam ini...sambil pandang difikiri..." macam rentak berkawat pula. Sampai sekarang mulut saya secara otomatis asik ulang-ulang nyanyi lagu ni...ekeke. Memang kalau di fahami lirik ni ada kena mengena dengan kehidupan cinta Siti. Bila saya hayati lirik ni, saya tahu Siti dah lalui macam-macam dugaan, onak duri terutamanya bila dia buat keputusan berkahwin. Sana sini orang mencaci dan mengeji. Dan Siti terjemahkan melalui lagu ni (Wah, dah macam kawan baik Siti pula saya ni...hihi). "Cuba cari jawapannya andai meragui....." :)

6. Ya Rasulullullah
Lagu/Lirik : Abu Bakar Mohd Yatim

* Baru dengar intro je dah sayu. Sangat sedap dan mendayu-dayu part " Ya Rasulullah...Ya Habiballah..... " . Sangat merdu suara Siti dan memang sesuai bawak lagu seperti ini. Meremang bulu roma. Lagu puji-pujian buat Rasulullah SAW ini sebenarnya dinyanyikan semula dan diberi nafas baru. Terasa syahdu bila dengar malam-malam. Muzik dan melodi best. Kalau saya tengah gelak tak ingat dunia, then dengar lagu ni boleh jadi sopan santun tiba-tiba tau. Sangat mendayu...............

7. Ketika Cinta
Lagu/ Lirik : Opick

* Tak boleh tahan dengar lagu ni. Sedap sangat. Liriknya mempunyai maksud yang sangat mendalam yang menceritakan tentang hamba (manusia) yang merindui dan mencintai Tuhan (Allah) yang Esa serta berserah segala padaNya. Melodi indah dan simple ditambah dengan suara lemak merdu Siti, memang hebat! Paling suka part " Rindu...rindu....rindu....kalbu, memanggil manggil nama Mu...."

8. Selawat
Lagu/Lirik : Copyright Controlled

* Lagu di track yang terakhir. Memang tak boleh dinafikan kehebatan lagu ni. Selawat ke atas Nabi Muhamad ni biasa kita dengar. Bahkan lepas sembahyang atau di majlis-majlis agama pun kita selalu melagukan selawat ke atas Nabi. Tapi gemersik suara Siti dan kehebatan suara latar membuat kan lagu ni lain dari yang lain. Suka dengar sebutan Siti dalam lagu ni :)

Sebelum saya buat kesimpulan, mari layan model album ini...hihi.

Syeefa conquer sorang :)

Ibu nak amik pun tak bagi. Peminat Siti jugak ni...hihi.

Di kelebeknya mata, hidung Siti :)

Geram tengok Siti cantik menawan kot, digigit-gigitnya.
(jangan calarkan tau, mahal tu....ekeke).

Kesimpulan :

Overall, album ni memang best amat. Memang tak rugi suami keluarkan RM29.90 untuk album Tahajjud Cinta :) Sesuai juga kalau dengarkan lagu-lagu dalam album ni pada anak. Melodi yang indah, lirik yang baik dan yang penting lagu-lagu nya bercorak ketuhanan. Moga Syeefa menjadi anak yang solehah dan berbudi pekerti mulia kelak . HIghly recommended untuk TAHAJJUD CINTA! :)

6 comments:

Siti Syuhada said...

waaa farah...konyer review wat aku rasa cam nak beli jer...berbaloi2..huhuhuhuhu...

~farah~ said...

ct : best la ct...sume lagu sedap...:)

BabyIntan said...

Wah nie yg buat nak beli nak beli nih!!! Thanks for the superb review farah :)

~farah~ said...

intan : beli jgn tak beli...pastu review kt blog k..:)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.