CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 15, 2011

Faris 6 bulan ~ solid food pertama :)

Faris sudah 6 bulan.

Yihaaa!

Sudah boleh makan makananpejal. Sangat teruja okeh!

Maknanya, target pertama penyusuan susu ibu secara eksklusif telah tercapai.

Tahniah untuk diri sendiri...hehe.

Aritu update sampai 4 bulan, so sekarang kena mula dari 5 bulan la gayanya.

Moh nengok gambar :)

Faris semasa 5 bulan. Berkemeja macam orang keje gomen jek ha tapi pakai jeans ..hehe. Rambut yang menyacak tu keje papa la tu. Geng katanya...hehe.

Faris sudah mula diperkenalkan solid food. Saya mula beri Faris makan bubur nasi pada sabtu yang lepas iaitu lagi 4 hari genap 6 bulan. Kerana saya mahu menyediakan dan menyuap sendiri makanan pertama Faris :) You know what, satu kebetulan sama dengan kakak Syeefa satu ketika dulu. Jom kenang semula solid food pertama Syeefa. :)

Saya mulakan dengan bubur nasi kosong yang diblend halus. Tiada sebarang campuran, tiada garam, tiada perisa tambahan :) Note : bayi dibawah umur 1 tahun tidak perlukan apa-apa perisa di dalam makanannya kerana buah pinggangnya masih belum matang untuk memproses bahan tersebut.

Nyum nyum!. Mula-mula dia buat muka pelik. Lama-lama tak sabar pulak nak disuap lagi :)

Tengok tangan kakak Syeefa tu ha, suka benar menggentel telinga adik :) Pada awal - awal ini, satu hari sekali makan sahaja sudah cukup. Sekadar memperkenalkan perlahan-lahan makanan pejal yang sesuai kepada bayi. Dah lama-lama sikit tu boleh la beri 2 3 kali sehari :) Dan saya suka untuk memberi makanan yang dimasak sendiri instead of memberi makanan bayi yang diproses yang dijual di pasaraya. Lebih bersih, terjamin fresh dan puas hati :)

Alahai, rasa nak picit, geram! Pinjam basikal kakak ye, Faris nak ronda :)

Tengok apa tu? Faris suka tau tengok benda bergerak-gerak. Kusyuk memerhati daun pokok yang bergoyang sambil berfikir "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang" hehehe.

Adik Faris ada seorang kakak yang sangat penyayang. Yang suka main telinga adik, yang suka ajak adik main lego, mengaler kartun upinipin, suka mencium adik, suka menggomol adik. Adakalanya adik terpaksa redha :)

Adakala pula adik terpaksa tunjuk perasaan. Bukan adik tak sayang kakak tau, kadangkala adik cuma perlu sedikit kebebasan. Cewahh!

Kakak adik baik. Kakak selalu menumpangkan adik bila kakak naik kenderaan. I lebiu lah kakak! :)

Kakak juga baik hati meminjamkan adik kenderaan kakak walaupun adik tiada lesen :P Sebab kakak ada sorang jek adik pengarang jantung. Sayang adik kakak, muah muah!

Sedikit milestone :

1. Suka menonton tv. Buletin utama pun boleh layan dengan penuh kusyuk. Macam faham je tu :)

2. Suka bergolek golek dengan laju. Sedar-sedar dah sampai ke bawah meja makan.

3. Tak suka keseorangan, mesti nak memanggil orang meneman.

4. Pandai mendepang tangan bila ibu nak ambil.

5. Suka ketawa dengan kuat especially bila kakak mengagah :)

6. Antara mainan dengan henfon, dia akan mencapai henfon dulu. Suka henfon, kalau tak bagi dia marah okeh!

7. Terlalu suka direct feeding bila ada ibu. Tak layan botol punya lah.

8. Kalau ibu tidurkan dalam buai jangan harap la boleh, mintak diangkat. Nak tidur sambil mengempeng. Tapi kalau papa tidurkan, kejap ke dah kebulan. So how?

Saya bersyukur sangat kerana Faris tidak mengalami keliru puting macam Syeefa dulu. Salah satu perkara yang saya sangat risau ialah bila anak tak mahu menyusu secara terus. Tapi, Alhamdulillah. Faris tetap lebih suka direct feeding walaupun minum melalui botol ketika saya bekerja :)

Ibu : Mahu sediakan puri kentang, brokoli dan epal pula. Campur dengan susu ibu, mesti menyelerakan si kecik tu :)

Wednesday, April 13, 2011

Wordless Wednessday : Kakak Syeefa :)

Kakak kalau ade mende baru memang kusyuk mengadap sampai boring :)

Tuesday, April 12, 2011

Resepi Ibu : Puding trifle :)

Suka sangat makan sekarang. Jadi hari ni nak tempek entry makanan. Yahuuu!

Moh nengok saya buat triffle moh. Dah laaaaaama dah buat. Sejak lepas pantang dulu, maklum la dalam pantang teringin berbagai-bagai.

Tp baru sekarang ade hati nak siarkan.

Penah dengarkan perumpamaan omputih better late than never?ekeke.

Festime buat. So bahan-bahan ujikaji adalah seperti diatas : Kek gulung perisa sukahati, serbuk jeli, buah koktel dalam tin dan tepung kastard :)

Ha lagi satu susu segar okeh. Lupa nak snap, jadik curik kat google jek :)

Memula, potong kek gulung. Tebal mana tak kisah. Kek ni memang dah sedap dah, kira kalo kek dah sedap, trifle kemungkinan besar akan sedap :) Susun dalam bekas. Saya buat dalam tupperware. Takde bekas molek-molek sangat :P Tutup mana-mana lubang dengan cebisan kek dan kasik mampat yek. Padatkan. Then, amik air buah dalam tin tu curah sikt atas kek tu supaya kek tu lembap. Bancuh dua sudu tepung kastad dengan dua cawan susu segar. Masak sekejap atas api sampai agak-agak tak sakit perut bila makan. hihi. Tuang dalam bekas tadik. Lapisan kedua selepas kek ye puan-puan. Kastard saya terlebih kuning dan terlebih pekat. Tapi takpe, tak efect sangat pada rasa. Kata pertama kali kan. Maafkan jelah :P
Lepas tu pulak kan, mari masak agar-agarnya pulak. Saya pilih perisa strawberi, klise kan? Bila dah hancur serbuk tu kira okey dah la tu :)

Sementara tu tuang buah dalam tin pula. Ratakan comei-comei. Lagi banyak lagi best :)

Lapisan terakhir, tuang agar-agar jelly tadik atas buah tadik.

Tedengg. Jadik beginilah rupanya bila tengok dari sudut atas :)

Meh tengok dari sisi tepi. Nampak la rupe bentuk trifle tu ha walaupun macam tunggang langgang jek..huhu.

Sejukkan dalam fridge. Paste boleh la mengadap puas-puas :)

Sedap dan puas hati untuk saya yang festime buat. Takpe, practice makes perfect okeh, hihi. Selamat mencoba untuk kali kedua kelak untuk saya! Niat dah ada, tinggal nak melaksanakan untuk sekian kali jek :P

Sekian, dari dapur Chef farah :)

Ibu : Suka membuat sendiri walaupun tak hebat mana. Kepuasan sejagat itu penting..hehe.

Wednesday, April 6, 2011

Wordless Wednesday@200th post : Kakak dan Adik :)

Kakak Syeefa dan Adik Faris sukakan crab agaknya. Snip! Snap! :)

Ibu : Yeayy! Dah 200 entri sudah rupanya. Banyak jugak membebel yek..hehe :P