CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 30, 2010

Revision 7 : Penyusuan Susu Ibu

1. Tempoh menyusu bayi
Sebenarnya tiada tempoh spesifik untuk menyusukan bayi. Setiap bayi tidak sama dari segi kekerapan menyusu atau kepantasan menyusu. Seeloknya, biarkan bayi menyusu selama yang dia mahu atau untuk sebelah breast dahulu sebelum menukarkan ke breast yang satu lagi bagi membolehkan bayi mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk. It's ok jika bayi hanya menyusu di sebelah breast sahaja untuk satu sesi penyusuan asalkan bayi menyusu pada breast sebelah lagi untuk penyusuan yang berikutnya. Ibu boleh juga mengepam susu untuk mengosongkan kedua-dua belah payudara kerana ini akan meransang pengeluaran susu dengan lebih efisien.

2. Cara mengetahui bayi sudah cukup menyusu
Bayi mungkin akan tertidur, membuka genggamannya, tiada tanda mahu menghisap lagi atau pun akan melengkungkan badannya. Perut dah kenyang katakan :)

3. Cara berhentikan bayi menyusu
Tolak perlahan-lahan menggunakan jari kelingking pada bahagian tepi mulutnya. Jangan sekali-kali menarik puting dari mulut bayi kerana ianya akan menyakitkan puting dan aerola.

4. Kekerapan menyusu
Sekerap yang mungkin. Hisapan bayi adalah ransangan yang paling bagus, oleh itu lagi kerap bayi menyusu, lagi cepat dan banyak susu terhasil. Pada awalnya, tindak balas pengaliran susu adalah berbeza untuk setiap ibu. Ada ibu yang susunya mengalir dengan mudah, ada juga yang memerlukan lebih banyak rangsangan sebelum mengeluarkan susu. Ibu perlu tenang, tidak stress dan banyakkan berehat. Selain itu, ibu perlu minum air suam dan usap/urut breast untuk merangsang pengaliran susu.

5. Kadar yang diperlukan bayi
Keperluan setiap bayi adalah tidak sama. Ada bayi yang minum susu setiap jam, ada juga yang tidur berjam jam sepanjang hari...hihi. Jika breast terasa penuh dan membengkak (engorgement), ibu boleh mengejutkan bayi untuk menyusu. Selalunya pada first month, corak penyusuan tak menentu, lepas sebulan corak penyusuan akan lebih sekata.

6. Najis bayi
Bayi yang minum susu ibu berbeza najisnya dari bayi yang minum susu formula. Najis bayi yang menyusu susu ibu selalunya agak cair. Sebabnya susu ibu merupakan makanan lengkap dan mudah dihadam oleh bayi. Pada awalnya najis bayi akan berwarna kehitaman dan seterusnya kekuningan pada 2 3 hari berikutnya. Ibu jangan risau jika bayi yang menyusu badan kerap poo poo kerana susu ibu adalah yang terbaik dan sama sekali tidak akan mendatangkan kemudaratan pada bayi :)

*all pic from google

Monday, June 28, 2010

Revision 6 : Excellent breastfeeding :)

Bukan ehem-ehem je ada banyak posisi, breastfeed pon ada...wakakaka.
Menyusukan bayi amat mudah. Ibu boleh memilih posisi yang macam mana ibu mahukan dan rasa selesa.

1. Posisi mendukung (Cradle hold)

Dalam posisi ini, ibu perlu duduk dalam keadaan tegak. Ibu boleh meletakkan bantal di belakang agar lebih selesa menyusukan bayi. Bayi diletakkan secara mengadap atau pun 'perut bertemu perut' (tummy to tummy). Ibu perlu menyokong bahagian badan dan kepala bayi (boleh juga letak bantal di bawah badan bayi). Dalam posisi ini ibu perlu duduk tegak dan tidak membongkokkan badan untuk mengelakkan sakit pinggang atau tidak selesa.

2. Posisi mendukung secara bersilang (Cross cradle hold)

Posisi ini hampir sama dengan posisi cradle hold. Ibu perlu duduk tegak dan selesa. Bezanya, ibu mengampu bayi dengan tangan yang lagi satu. Maknanya, jika bayi menyusu di breast kanan, tangan kiri ibu digunakan untuk mengampu badan bayi dan sebaliknya.

3. Posisi mendakap (football hold)

Posisi ini sangat sesuai untuk ibu yang bersalin secara c-zer kerana bahagian badan bayi tidak akan terkena perut ibu yang sakit akibat pembedahan. Dalam keadaan ini, bayi diletakkan di sisi sama ada kiri atau kanan dan boleh bahagian belakang ibu dan bayi boleh diletakkan bantal supaya lebih selesa dan relaks. Posisi football hold ini juga sangat sesuai untuk ibu yang beranak kembar. *teringinnya kembar :)

4. Posisi berbaring (lying down)

Ini adalah antara posisi yang saya suka semasa dalam pantang sebab posisi ini memudahkan dan ibu boleh terus berehat sambil menyusukan bayi :). Sesuai juga bagi ibu yang bersalin secara c-zer dan normal yang tidak selesa menyusukan secara duduk. Ibu hanya perlu baring menghadap ke kanan ataupun ke kiri (mengikut keselesaan) dan bayi diletakkan dalam kedudukan mengadap. Ibu juga boleh letak bantal di belakang badan dan dibawah lengan bagi menyokong kedudukan ibu. Cara saya yang lain : Untuk bertukar dari breast kanan ke kiri, tak perlu ubah kedudukan bayi ke sebelah kiri, just mengiring kedepan sedikit untuk bayi menghisap breast kiri dan pastikan kedudukan ibu selesa ya :)

Bagaimana memastikan kelancaran penyusuan susu ibu?

1. Pastikan kedudukan bayi adalah di dalam keadaan betul. Kepala, leher dan badan bayi mestilah dalam keadaan selari.

2. Kepala dan bahu bayi haruslah mengadap payudara ibu dan mulutnya berada di paras yang sama dengan payudara ibu.

3. Perut bayi mestilah bersentuhan dengan perut ibu (tummy to tummy).

4. Ibu mestilah berkeadaan selesa, tidak membongkok dan berasa seronok untuk menyusukan :)

5. Jangan paksa puting susu ke mulutnya. Sentuh puting ibu di bahagian tepi mulut untuk meransang bayi menyusu dengan menggalakkan bayi membuka mulut dengan luas dan menyusu dengan rela hati.

6. Pastikan mulut bayi menutupi di bahagian aerola instead of puting sahaja untuk memastikan pengeluaran susu adalah lancar dan mengelakkan kesakitan puting akibat lekapan yang tidak betul .

*kredit to google untuk semua pic yang menenangkan hati ibu :)

Friday, June 25, 2010

Revision 5 : Foremilk & Hindmilk

Kiri : foremilk, Kanan : hindmilk
*pic from google

Setiap production susu ibu mengandungi 2 peringakat iaitu foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) yang mana kedua-duanya adalah penting dan diperlukan oleh setiap bayi.

1. Foremilk

Susu awal yang dihasilkan dan diterima bayi atau dalam kata lain susu yang mula mula keluar. Ia selalunya kelihatan kebiruan seperti air biasa dan agak cair. Foremilk mengandungi lebih banyak air, kurang lemak dan karbohidrat yang dapat menghilangkan dahaga bagi bayi.

2. Hindmilk

Selepas beberapa minit penyusuan, bayi akan mendapat susu akhir dimana ianya kelihatan agak pekat, lebih berkrim dan disukai ramai :P. Selain itu, hindmilk mengandungi kalori yang tinggi, kaya dengan lemak, dan ia amat penting untuk tumbesaran bayi. Hindmilk boleh diibaratkan seperti makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan. Apa yang saya tahu, kebaikan untuk ibu pula, jika ibu mengalami puting luka (sore nipple), ianya dapat sembuh dengan cepat kerana susu ini lebih moisturized serta dapat melegakan kesakitan pada nipple.

Awalnya dulu, saya juga agak terpengaruh dengan pendapat orang-orang lama yang mengatakan susu di sebelah kanan ialah nasi (makanan), dan susu di sebelah kiri pula ialah air. Sebenarnya ini adalah pandangan yang salah kerana kedua-dua belah breast mengandungi komposisi susu ibu yang sama. Kedua-duanya mempunyai foremilk yang menghilangkan dahaga dan hindmilk yang mengenyang kan. Kerana zaman sekarang tak macam dulu, sekarang dah ada banyak teknologi dan kajian-kajian yang dibuat oleh pakar dimana ianya telah terbukti benar :)

Allah telah menjadikan setiap wanita yang menyusukan itu sangat istimewa kerana dapat menyusukan bayinya sendiri:) Komposisi susu ibu seimbang dan sesuai dengan keperluan setiap bayi. Biasanya pada musim sejuk, susu ibu akan lebih pekat untuk membolehkan bayi mendapat tenaga, khasiat yang banyak serta lebih kenyang di waktu sejuk. Bila musim panas atau kering, susu ibu akan menjadi lebih cair dan mengandungi lebih banyak air untuk menghilangkan dahaga dan mencegah dehidratan semasa cuaca panas. Macam kita jugak lah kan, time panas terbayang ABC, air sirap. Time sejuk, lapar memanjang...ekeke. Ciptaan Allah itu hebat :)

Jadi, untuk membolehkan bayi mendapat khasiat seimbang, ibu-ibu boleh menyusukan bayi sekurang-kurangnya 15 - 20 minit bagi sebelah breast sebelum menukarkan ke sebelah lagi breast. Sebaik-baiknya teruskan sehingga breast terasa kosong. Jika breast di sebelah (yang bayi tidak menyusu) teras berat dan penuh, ibu boleh mengepam sambil menyusu untuk membuat stok EBM.
Semakin kerap breast diransang, semakin banyak susu diproducekan :)

Wednesday, June 23, 2010

Ceongsam dari bonda Akmal :)

Dah lama dan bonda Akmal bagi ceongsam comel ni untuk Syeefa, tapi baru-baru ni baru Syeefa pakai. Sayang sebenarnya nak dipakaikan. Risau tak muat kemudian hari, saya pakaikan ceongsam ni masa attend kenduri di rumah tok Syeefa :)

Tengok, dah sendat tang perut muncit tu..hihi.

Ibu dan anak yang comot :)

Timaceh ye bonda Akmal. Kim salam kat Akmal ye - Syeefa :)

Tuesday, June 22, 2010

Revision 4 : KOLOSTRUM - bahagian terpenting susu ibu

*google pic*

1. Kolostrum adalah makanan semulajadi pertama anugerah Allah kepada setiap bayi yang dilahirkan didunia. Ianya adalah cecair yang sedikit likat dan bewarna kuning yang terhasil dalam masa 24 - 36 jam selepas melahirkan anak dan kembali menjadi susu biasa selepas hari ke 3. Walaupun ianya sedikit tetapi cukup untuk menampung keperluan bayi yang baru lahir.

2. Kolostrum adalah bahagian terpenting susu ibu kerana ia kaya dengan sumber nutrien seperti karbohidrat, protien, bahan galian, vitamin dan antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan. Kolostrum membentuk imunisasi yang tinggi bagi bayi yang baru lahir dan juga melindungi lapisan perut dengan menghalang organisma asing masuk kedalam aliran darah. Bayangkan bayi yang fragile dan terdedah kepada jangkitan, kolostrum adalah pencegahan yang terbaik!

3.Selepas seminggu bayi yang meminum susu ibu akan mempunyai 5 kali ganda bekalan Vitamin E dalam badan berbanding bayi yang minum susu formula!

4. Kolostrum membolehkan bayi menyingkirkan mekonium. Bayi akan kerap poo poo dan najisnya akan berwarna hitam. Selalunya perkara ini menakutkan dan merisaukan ibu-ibu (macam saya dulu) sebab menyangkakan susu badannya tak berkhasiat. Tapi sebenarnya tidak sama sekali, ia adalah sesuatu yang normal dan sihat :)

5. Kolostrum mampu melawan virus, bakteria, kulat, toksin serta jaundis di dalam tubuh bayi. Selain itu, kolostrum pun meransang perkembangan otak dan minda bayi :)

6. Selalunya, orang-orang lama berpendapat susu awal (kolostrum) ni ialah susu yang kotor, kena buang dulu sebelum bagi baby minum. A big NO NO ye kengkawan, kolostrum ni sangat penting untuk bayi anda. Amat rugilah bayi yang tidak dapat kolostrum dari ibunya.

Jangan sia-sia kan kolostrum kerana ianya adalah sangat berharga untuk bayi anda:)

Revision 3 : Breastfeeding terbaik buat anak dan ibu :)

1. Bonding
Saya tak tau nak terangkan macam mana tapi, saat menyusukan anak adalah saat paling best dan terindah gitu. Bila kita peluk bayi, menyusukan dia, tengok muka anak, main telinga dia, gentel jari jemari, tampar punggungnya (hehe) rasa tenang je. Lupa segala masalah negara, tak ingat dah hal-hal yang menyerabutkan kepala. Tapi kadang-kadang ketenangan tergugat bila menyusu anak yang baru tumbuh gigi ni, adoi! Breastfeed akan membuat kan bayi selalu ingat bau ibunya dan kasih kayang itu akan ever lasting :)

2. Sentuhan skin to skin
Ya, sentuhan kulit ke kulit buat anak rasa selamat di pelukan ibu. Ibu rasa happy bersama dengan anak dan dapat mengeratkan lagi perasan kasih dan sayang itu :) Saya suka bila masa Syeefa menyusu, tangannya akan merayap ke seluruh badan..hihi.

3. Mudah
Menyusukan bayi dengan susu badan adalah sangat mudah. Tak perlu botol, tak perlu susu tepung, tak perlu flask air panas jika nak kemana-mana. Susu ibu sentiasa tersedia anytime, fresh dan suhu yang sesuai untuk diminum anak. Bila berada di luar rumah, ibu hanya perlu cari tempat yang sesuai dan boleh terus selak dan sumbat :P Senang.

4. Kedua-dua anak dan ibu makin sihat
Anak akan mendapat antibodi yang diperlukan dan zat-zat untuk membesar dari susu ibunya yang sama sekali tak akan sama dengan mana-mana susu formula pun. Tak dapat dinafikan yang bayi yang minum susu ibu jarang sakit atau terkena jangkitan. Anak sihat, ibu pun gembira dan senang hati :)

Friday, June 18, 2010

Revision 2 : Breastfeeding sangat baik untuk ibu :)

Disclaimer : Entri ini adalah pendapat dan kepercayaan saya terhadap kebaikan susu ibu tanpa ada sebarang niat memandang rendah ibu yang tidak dapat menyusukan anak dengan susu ibu. Ianya sekadar panduan dan info untuk berkongsi dengan ibu-ibu yang lain. Saya percaya semua ibu di dunia adalah ibu yang baik walau tidak memberi susu ibu sekalipun dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya :)

Semua pun tahu, susu ibu ni bukan saja bagus untuk bayi, tapi bagus dan banyak kebaikannya kepada ibu sendiri. Mari kita kongsi bersama ya :)

1. Kurangkan risiko kanser payudara dan ovari.
Memang ada kajian yang menunjukkan bahawa wanita yang tidak menyusukan bayi lebih terdedah kepada kanser. Jadi mengapa ambil risiko, mari menyusukan! :)

2. Mengecutkan rahim selepas bersalin.
Lepas kita melahirkan anak, rahim akan mengembang sebanyak 20 kali ganda saiznya! Dengan menyusukan bayi, rahim ibu akan dapat mengecut dengan lebih cepat, sebaliknya, rahim ibu yang tak menyusu tidak akan mengecil kepada saiz asal dan akan kekal sebegitu. Ya, memang betul. Masa saya menyusukan anak dahulu, memang terasa pengecutan di dalam rahim sampailah sekarang bila anak menghisap payudara, di bawah perut akan terasa-rasa 'sesuatu' :)

3. Mencegah pendarahan
Menyusukan bayi akan meransang pengecutan dan membantu mengecutkan rahim. Pengecutan akan menutup pembuluh darah ibu yang selama ni memberi makan pada bayi dan mengurangkan pendarahan berlebihan. Ibu yang tidak menyusukan bayi perlu diberi oksitosin tiruan untuk menghentikan pendarahan. Dan sepengetahuan saya, pendarahan amat berbahaya kepada ibu dan boleh membawa maut! Sepanjang dalam pantang, ini lah salah satu perkara yang selalu saya risaukan. Bila misi datang umah or ke klinik selalu pesan "kalau ada darah berketul atau banyak dari biasa, cepat2 pegi hospital ye". So, setiap sejam saya pegi cek di bilik air, normal ke tidak..hehe.
4. Pencegah hamil semulajadi
Selalunya, ibu-ibu yang menyusu terutamanya yang eksklusif bf ni, period tidak akan datang. Ada yang mencecah setahun tak datang bulan. Ini adalah normal bagi ibu-ibu yang menyusu terutama pada sebelah malam. Tapi jangan terkejut plak tiba-tiba anda tak sedar anda mengandung ye, sebab tempoh kesuburan susah nak tahu time ni :) Tapi biasanya, penyusuan mampu jarakkan kehamilan dan simpanan zat besi dalam badan tak akan lenyap kerana tiada pendarahan bulanan :)

5. Mengurangkan berat badan
Yeay! Ini saya suka dan memang terbukti. Berat turun berkilo-kilo berbanding sebelum mengandung dan selepas bersalin. Sekali menyusu, 500g kalori akan hilang! Kalau sehari 12 kali menyusu? Slim trim tau..hihi.. Masa beberasapa bulan lepas bersalin, ramai yang tegur "eh, ko dah kurus la" "kecik sket skrg aku tgk ko"..hehe. Maklum la, pakej dengan berjaga malam setiap dua jam sekali. Kalau setahun agaknya dah boleh jadi model dah...ekeke. Sekarang ni, siap lah bagai di-pam2 badan ni :P

6. Menjimatkan duit.
Inilah the best part :) Jimat duit. Sekarang ni, susu formula yang setin je mengalahkan harga handbeg, baju, kasut suma...hehe. Dan yang memang terbukti, anak jaaarang sakit. Syeefa pernah panas badannya sekejap masa cucuk 2 bulan. Tak smp 24 jam suhu dah normal. Dan untuk dos2 seterusnya saya risau jugak kalau dia demam, tapi tak demam. Alhamdulillah sangat. Saya percaya susu ibu banyak mempengaruhi kesihatan anak. Dan tak payah keluar duit lagi untuk jumpa doktor :)
*suma gambar kredit to google*
Ibu : Rindu sangat nak perah susu dan buat stok EBM mcm dulu :)

Thursday, June 17, 2010

Revision : The best milk for babies :)

Memandangkan tak berapa lama lagi je baby kedua bakal menjengah dunia, maka mulai sekarang entri-entri selepas ini akan lebih berkisarkan tentang "all about mummies & babies" :) Bukan apa, ianya lebih kepada revision atau ulangkaji saya untuk menempuh hari-hari istimewa yang bakal mendatang supaya lebih bersedia, faham dan berpengetahuan. Tak nak dah saya mengulang sejarah lalu, tak de ilmu, tak reti apa-apa, blur. Kali ni saya lebih bersemangat dan determine nk menyusukan dengan susu ibu SAHAJA. Saya amat mengalu-alukan sesiapa sahaja baik ibu, bakal ibu, belum ibu yang mahu berkongsi cerita, pengalaman, atau info-info ya :)

Info-info disini adalah apa yang ibu-ibu perlu tahu, wajib tahu, dan harus tahu sebagai persediaan menerima kehadiran bayi nanti yang mana saya dulu banyak yang tak tahu. Jadi apa yang saya akan kongsikan disini ianya berdasarkan serba sedikit pengetahuan yang saya kumpulkan melalui pembacaan dari sumber-sumber seperti majalah, buku, internet, menghadiri kursus serta pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa dari saya :)

Disclaimer : Entri ini adalah pendapat dan kepercayaan saya terhadap kebaikan susu ibu tanpa ada sebarang niat memandang rendah ibu yang tidak dapat menyusukan anak dengan susu ibu. Ianya sekadar panduan dan info untuk berkongsi dengan ibu-ibu yang lain. Saya percaya semua ibu di dunia adalah ibu yang baik walau tidak memberi susu ibu sekalipun dan sentiasa tahu apa yang terbaik untuk anaknya :)

Saya mulakan dengan yang paling asas iaitu KEBAIKAN SUSU IBU ya :)

KEBAIKAN SUSU IBU BAGI BAYI

1.Susu ibu adalah permulaan yang sangat baik bagi bayi. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan, adalah sangat digalakkan untuk menyusukan bayi dalam tempoh satu jam selepas melahirkan. Tapi saya dulu terlajak sampai 3 jam baru mula menyusu sebab lepas keluar dari perut, Syeefa tido dengan nyenyak sekali dan saya join tido sama...letih meneran kot...hehe.

2. Susu ibu terhasil secara semulajadi apabila ibu melahirkan anak. Malah ada ibu-ibu angkat yang berjaya menyusukan bayi angkatnya macam Misha Omar (sekadar menyebut contoh yang dikenali ramai)dengan susunya sendiri! Saya sangat kagum! Ada ibu yang susunya terlalu banyak tetapi tiada ibu yang susunya sedikit. Susu yang dihasilkan adalah apa yang diperlukan oleh setiap bayi :) Menarik kan? Jadi jangan risau ye ibu-ibu, susu badan kita pasti cukup punyalah. Pertama kali saya menyusukan bayi, ianya adalah momen terindah, bila tengok bayi kita sendiri pandai latch dengan baik. Ya, bayi mempuyai naluri menghisap yang kuat sebaik sahaja ianya dilahirkan. Mungkin 2 3 hari pertama susu masih 'segan' nak keluar. Jangan risau, pastikan bayi sentiasa bersama untuk menyusukannya at least setiap 2 jam untuk merangsang pengaliran susu :)

3. Susu ibu ada lebih dari 100 bahan yang tidak terkandung dalam susu formula dan tiada satu susu formula pun yang dapat menandingi kandungan di dalam susu ibu. Yang mana saya rasa susu formula, terdapat lebih kurang 20 sahaja bahan rumusan seperti DHA, AHA, EPA apa tah lagi tu..hihi. Susu ibu ada rumusan yang seimbang seperti asid lemak, laktosa, air, asid amino, zat, sel-sel hidup, imunoglobin serta vitamin-vitamin yang cukup untuk tumbesaran bayi dan komposisinya berubah mengikut umur bayi itu sendiri. Hebatkan? - semuanya tidak mampu diciplak oleh susu formula. Contohnya, kandungan lemak semakin lama semakin tinggi sesuai dengan usia bayi dan keperluan badannya :) Bagi bayi pre-mature sekali pon, penghasilan susu ibu akan sejajar dengan perkembangannya (kurang laktosa, lebih protein etc etc).

4. Kandungan susu ibu seimbang seterusnya melancarkan proses penghadaman, perkembangan otak dan tumbesaran bayi. Mengandungi antibodi, enzim baik dan tidak terdedah kepada sebarang pencemaran. Kiranya anytime and everywhere ibu boleh meyusukan bayi tanpa ragu-ragu :) Kajian menunjukkan kira-kira 80% daripada sel-sel dalam susu ibu mampu membunuh bakteria, kulat dan virus. Dan jangan bimbang ye ibu-ibu, susu ibu sama sekali tak akan mendatangkan penyakit :)

5. Selalunya, bayi yang baru lahir yang minum susu ibu, najisnya akan cair dan kehitaman seperti gambar di atas. Bermakna susu ibu berupaya menyingkirkan mekonium (lendir dalam usus) yang terdapat pada bayi. Selepas 2 atau 3 hari najisnya akan bertukar kekuningan. Masa dulu saya risau sebab najis Syeefa kehitaman dan sangat cair macam cirit birit, rupanya itu normal. Dulu saya yang tak tau :) Lepas beberapa hari poo poo nya kuning keemasan sudahh...ekeke.

6. Bayi berkemungkinan mengalami alahan jika diberi makan selain susu ibu (susu formula, air masak) kerana ini akan merosakkan ususnya. Sebabnya, ususnya masih belum matang dan tidak boleh menerima makanan selain susu ibu sahaja. Kesian sangat kan bayi yang masih kecil kalau diberi 'bendasing' yang tidak boleh diterima sistem badannya :(

7. Bayi yang diberi minum susu ibu amat kurang dijangkiti penyakit seperti kolik, lelah, penyakit kulit, batuk, selsema, demam, bronkitis, meningitis, masalah penglihatan dan macam-macam lagi serta mempercepatkan sembuhnya jaundis (demam kuning). Malah, penyakit seperti masalah penglihatan, kencing manis, jantung, kanser dan obesiti dapat dielakkan dikemudian hari. Kebaikan susu berterusan sampai ke-tua nanti! :)

8. Saya ada terbaca di satu artikel dimana kajian menunjukkan bayi yang minum susu ibunya mempunyai IQ 5.2% lebih tinggi dan mempunyai point markah 8 mata lebih tinggi dari yang yang sebaliknya. Satu lagi kajian dari buku (Panduan Susu Ibu-Persatuan Pengguna Pulau Pinang), ujian telah dijalankan keatas 400 kanak-kanan dan mendapati IQ tertinggi (130 ke atas) dimiliki oleh kanak-kanak yang meminum susu ibu antara 4-9 bulan! Wow tak??

9. Susu ibu mengandungi 88% air, sangat cukup memenuhi keperluan bayi sehingga 6 bulan pertama dan tak perlu air masak, minuman glukose atau sebagainya. Makanan selain susu ibu akan menyingkirkan lapisan yang dibina di dalam usus. So,macam rugi amatlah kan? Dulu saya agak keliru samada nak bagi airmasak atau tak? Saya tanya nurse di klinik ada yang kata kena bagi, ada yang kata tak payah bagi. Kali ni saya takkan ragu-ragu lagi. Jawapannya : TIDAK PERLU :)

10. Tahukah anda? Perut bayi baru lahir hanya boleh memuatkan 4 sudu kecil susu. Ada juga pendapat yang mengatakan perut bayi newborn hanyalah sebesar guli! Sebab itu lah, ibu tak perlu risau jika bayi minum susu terlalu sedikit kerana dia sendiri tahu sebanyak mana susu yang dia perlukan. Ye, dulu saya amat risau Syeefa minum sedikit dan tertido. Risau dia tak kenyang padahal apa yang dia minum itu lah yang dia mahukan :)

11. Bayi susu ibu akan menunjukkan perkembangan yang memberansangkan, malah lebih cepat. Contohnya seperti, proses meniarap, merangkak, berdiri berjalan, bercakap dan seterusnya. Syeefa dulu tak merangkak terus berjalan, terlebih cepat kah?? :P

12. Antara kelebihan yang lain adalah seperti meransang pembentukan rahang dan gigi dengan sempurna, berkulit cantik dan kurang sensitif (gigitan serangga, ruam etc), bebas dari hormon tiruan (lembu biasanya disuntik hormon bagi menghasilkan susu yg banyak seterusnya diproses menjadi susu formula) dan baanyyak lagi.

*suma gambar kredit to google*

Ibu : Ciptaan Allah itu indah, sangat indah:)

Thursday, June 10, 2010

Persediaan untuk fully breastfeed :)

Masa saya mengandung kali pertama saya agak tak bersedia. Yela kan, first time preggy tak ingat ada benda yang lebih penting selain dari baju baby,stroller, baby cot semua tu. Jadi untuk kali ini saya tak kan buat kesilapan yang sama lagi dan saya memang berniat dan berazam sungguh-sungguh untuk fully breastfeed baby dari saat dia keluar dari perut hinggalah keumurnya 2 tahun nanti (maybe lebih). InyaAllah. So,untuk persediaannya saya berkira-kira nak lengkapkan semua peralatan keperluan menyusu terutama bila dah masuk kerja nanti selepas dua bulan (mungkin 3bln) :)

1. Medela Freestyle Breastpump

BP Spectra 3 akan saya tinggalkan di ofis, yang ini untuk kegunaan dirumah atau di luar. Saya dah survey beberapa online store dan insyaAllah akan saya dapatkannya sebelum saya due nanti. Pump ni agak ringan, senang nak bawa ke mana-mana,rechargeble, double pumping dan ada 2 phase expression:)

2. Nursing shirt

Baju menyusu bagi saya sangat penting. Kalau kita diluar rumah tak perlu selak baju dari bawah just buka sedikit di bahagian dada. Jadi ia menyenangkan ibu-ibu yang rajin bershopping tapi mahu membawa anak:)

3. Nursing Bra

Kalao dah ada baju menyusu, tak lengkap kalau takde bra menyusu :) Sama aje fungsinya seperti baju menyusu. Mudah, tak perlu selak semua..hihi.
4. Poncho
Selain bra dan shirt, saya nak beli poncho ni. Mudah untuk menyusu di mana saja anda berada :) Kau terselak-selak kat mana-mana bahagian pon tak perlu susah hati dengan adanya poncho ni. Macam-macam patern dan design ada dijual. Kalau ada ini, saya yakin saya akan lebih yakin! :)

5. Nursing pillow

Dulu tak terfikir pasal benda ni, jadi pepagi buta time ngantuk-ngantuk menyusu Syeefa sambil duduk lenguh ya amat. Kali ni saya nak beli nursing pillow ni supaya proses penyusuan saya akan menjadi lebih lancar dan gembira:) Tengok,macam-macam corak ada, menarik bukan? :)

6. Storage bottle

Bila dah ada pump harus la kena beli banyak-banyak storage ye tak? Tapi selain dari botol atau bekas macam kat atas ni, nak lebih jimat boleh beli bekas-bekas kecil macam dadih tu. Sama je fungsinya tapi mungkin tak sama kualitinya tapi lebih menjimatkan :)

7. Storage bags/liner

Selain botol saya cadang nak try guna plastik begini. Lebih jimat space. Tapi tak reusable macam botol yang boleh digunakan berulang kali. Plastik biru diatas tu macam menarik, boleh terus tulis date dia atasnya dan lebih senang diguna tapi harga agak mahal berbanding yang kaler pink tu :)

8. Drawer freezer.

Last but not least, saya mahu kan drawer freezer seperti ini! Berbanding deep freezer, yang ini rasanya lebih senang nak simpan tak payah tertonggeng nak simpan susu...hihi. Senang nk simpan liner dan ada compartment yang boleh asing-asing kan EBM mengikut bulan. Niat saya memang nak sangat buat stok EBM banyak-banyak kali. Syeefa pon buleh tumpang sekaki susu untuk adik nanti:)

Semoga semuanya dipermudahkan...AMIN:)