CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 30, 2009

Doktor Tesco yang best! :)

Begini ceritanya....

Ahad pagi lepas, saya terperasan tangan kanan Syeefa bengkak. Entah digigit apa saya pun tak tau.

Sebabnya malam itu, kami tidur secara berjemaah beramai-ramai depan tv (tak la ramai pun, bertiga je).

Sambil layan cerekarama 'Sepat ronggeng' yang tak berapa best, sambil saya menidurkan Syeefa.

Dah dia lena tidur, malas la pulak nak angkat naik atas. Kalau terjaga nanti, terbengkalai pula segala projek...hihi.(haiiipppp, jangan fikir bukan-bukan).
Saya nak menonton vcd yang dah berbulan-bulan mengidam nak tengok tapi tak ada can lagi. Tapi, sudahnya....vcd tengok saya...hihi.

Okeh, okeh...mukadimah aje dah berjela. Dah la takde kene mengena dengan tajuk...kihkih.
Pagi esok tengok tangan Syeefa bengkak macam belon. Saya risau.

Serangga jahat mana yang sampai hati gigit Syeefa ni.
Saya fikir kalau setakat semut tak apa, tapi kalau lipan? Lebah? atau unggas-unggas lain macam mana??

Saya sapu minyak gamat dan baca segala macam doa, biar bengkak itu surut...
Tapi Syeefa tak nangis apa pun aktif macam ibu biasa je...(think positif okey....)

Petang tu saya bawa ke klinik di dalam Tesco sebab alang-alang nak membeli di situ...
Sunyi sepi saja klinik....perempuan cantik kat receptionist pun tak nampak :)
Tapi ada papan tanda minta tekan loceng kalau mahu jumpa doktor...
Dah tekan, tak sampai berapa saat doktor lelaki datang (ye, saya dapat agak dia doktor sebab dia pakai macam doktor).
Entertain lebih kurang (tanya siapa sakit, sakit apa bla...blaa...) dan suruh masuk biliknya.
Saya yang nervous tau bila tengok doktor lelaki...ehehehe.

Doktor tu bagus sekali, semua perkara di terangkan secara detail :)

*Serangga akan mengeluarkan bahan kimia dan menyebabkan bengkak di mana-mana bahagian yang terkena gigitan. Dan darah akan terkumpul dibahagian itu, sebab itulah bahagian tersebut menjadi panas dan merah. If possible, jangan disapu ubat pada bahagian tersebut kerana ubat (minyak, krim dll ) akan masuk pada liang-liang kulit melaui tempat yang terkena gigitan itu dan menyebabkan bahagian tersebut makin membengkak dan lambat pulih*

(ada talent doktor tak bertauliaah tak saya?..hiks)

Ada doktor yang saya pernah jumpa, tunggu di luar punya lama, dah masuk cuma tanya-angguk-geleng pastu suruh keluar tak sampai 3 minit setengah, sangat tak membantu tau....(tapi bukan la semua ye....).

Lepas tanya macam-macam, itu ini...saya pun lega dan senang hati :)

Doktor kata mungkin tangan Syeefa digigit semut saja (melihatkan jenis bengkaknya), bukan binatang berbisa.

Dan doktor tu juga yang bagi ubat minum kaler hijau di kaunter reception. Baguskan...save gaji nak bayar pekerja....:P

Then, bawak Syeefa bersuka suki walaupun masih di bawah umur :)

Suka betul dia tengok permainan yang warna warni tu....

Kelakar la Syeefa, kaki tak sampai lagi tu. Seronok dia duduk dalam mainan-yang-kena-masuk-duit-baru-boleh-gerak tu :) Tapi tak masuk duit pun, takut Syeefa terpelanting ke mana-mana...ekeke.

Saya paksa suruh suami ambil gambar lagi, sebab gambar kat atas tadi tu tak nampak muka saya. Saya kan suka enterprame....wakaka.

Ni part lain plak ok :)

Rabu baru-baru ni saya ke klinik di Tesco tu lagi.

Syeefa muntah-muntah dan cirit birit pula.
Saya cepat-cepat bawak jumpa doktor hensem. :)
Nasib baik giliran dia di klinik pada hari Selasa, Rabu, Jumaat dan Ahad....selebihnya doktor wanita.

Kali ni ada kakak jaga kaunter depan...tapi kan, suaranya sangat lah lembut gemalai.
Sampai saya terpaksa " Ha?.. Apa?.. Ulang lagi? "..Takkan malu dengan suami saya kot....ngeeee.:P

Sekarang, klinik ni akan jadi kilink feberet saya :) Sangat untung kan kalau layan patient dengan baik dan berhemah...patient akan selalu buat-buat sakit datang berulang kali dan rekemen pada yang lain. Yang untung? Doktor dan keluarga doktor juga.........:D

Syeefa di Klinik Tesfa...sinonim tak ? Hihi..

Dalam bilik tak sempat nak ambil gambar doktor, ambil gambar pintu luar jadi lah :)

Dr. Fisol Ahmad namanya. Doktor perempuannya saya belum berkenalan lagi :)

Syeefa sangat behave di bilik doktor. Good girl :)

Dan yang paling saya gembira, doktor ni sangat pro-bf!

Dia encourage saya untuk terus breastfeed Syeefa.

* Susu ibu adalah makanan terbaik, bersih dan selamat di minum. Walaupun si ibu termakan makanan yang tak elok, masam, expired dan sebagainya, si anak yang menyusu tidak akan terkena efect tersebut kerana, sistem badan ibu akan menukarkan makanan yang ibu makan tadi sebagai glukosa dan sebagainya. Jadi tak payah risau kalau kita makan yang bukan-bukan, tak akan menyebabkan anak sakit perut. Mungkin yang menyebabkan sakit perut itu adalah dari sumber lain, seperti makanan pejalnya yang terdedah, tidak bersih atau bekas makanannya tidak dicuci dengan betul etc. Banyakkan menyusu secara direct kerana ia akan meningkatkan pengeluaran susu berdasarkan konsep supply and demand*

Ha, begitu la nasihatnya :)

Harga ubat pun ok dan berbaloi-baloi (tiru ayat celcom blue ya..).
So, bagi sapa yang tinggal di area seberang jaya, saya sangat rekemen klinik TESFA ini :)

Thursday, October 29, 2009

Baby in romper contest

Hari ni saya nak join contest lagi ye kawan-kawan :) Contest baby in romper ini dianjurkan oleh blogger aslindaa dan usahasama dengan kedainya iaitu 3A's collection :)

Tanpa membuang masa, jom tengok gambar Syeefa ber-romper :)

Ini romper yang pertama saya beli di kedai alam maya (online le tu...hihi) sebab rasa macam comel je kalau bayi-bayi pakai. Dipadankan pula dengan baby tights, geram je tengok (Ada tak sapa-sapa nak anjurkan contest baby in tights? hehe). Dan tulisan di romper tu menyebabkan saya tak pikir banyak kali, terus transfer duit dari akaun....hihi.

Sesiapa yang nak join, boleh klik kat banner merah di atas tu ye :)

Wednesday, October 28, 2009

Album Review : Tahajjud Cinta

Assalamualaikum semua :)

Hari ni hari saya lapang dada sebab kerja nan bertimbun dah siap di bereskan. So, sementara saya terlebih rajin free ni, saya nak buat review sikit tentang album Siti Nurhaliza : Tahajjud Cinta :)

Album TC ni saya beli masa bulan puasa baru-baru ni. Hari pertama album ini di pasarkan iaitu pada 090909 saya dah tak senang duduk pergi mencari di semua kedai cd, tapi tak ada lagi. Hampir-hampir saya putus jari asa, seminggu lepas tu terjumpa di Music Valley bawah ofis saya :D

Dek kerana eksaited saya beli album Lentera Timur juga :)

Ini album pertama yang saya beli sepanjang Siti Nurhaliza jadi penyanyi tau. Walaupun saya die hard fan Datuk K Siti, tapi tak rasa nak beli album apa-apa pun sebelum ni, dengar free di radio sudah...hihi. Tiba-tiba kali ni saya rasa nak dengar album kerohanian Siti ni, nak muhasabah diri sempena bulan Ramadhan yang mulia kononnya :)

Cantikkan gambar Siti di atas buaian ni, nampak suci dan murni gitu. Adeh, saya yang cantik perempuan pun 'cair' tengok Siti, apatah lagi Datuk K...hihihi.

Tahajjud Cinta dan Lentera Timur yang julung-julung kalinya saya buang duit beli :)

Ok, ok. saya mulakan review saya.

Cover Album

*Memang superb! Tenang dan mendamaikan. Gambar Siti dengan pakaian serba putih sambil menadah tangan dan dibelakangnya terdapat sepohon pokok besar dan langit biru serta awan berarak. Cantik dan simbolik. Lain dari album Siti yang lain.

1. Asma Ul Husna
Penyanyi Latar : Salleh Brotherz dan Adi Devotees
Lagu : Erma Fatima

* Lagu 99 nama Allah ini memang selayaknya diletakkan di track yang pertama kerana tiada yang lebih agung dariNYA. Muzik intro agak saspen dan misteri rentaknya. (Bayangkan macam kita jalan di tempat gelap, pastu tiba-tiba ada cahaya...leganya.) Start Siti nyanyi lagu ni "Yaaaa..Rabbi, Astaghfirullahalazim......." memang mantap disamping penyanyi latar menyebut "Ya Allah...Ya Allah". Mendayu-dayu dan menginsafkan serta membuat saya terfikir betapa kerdilnya kita di dunia fana ini. Lagu paling lama iaitu 6 minit. Siti dapat menyanyikan lagu ini dengan baik dan sebutannya jelas dan hampir perfect. Rentaknya berbeza dari yang selalu kita nyanyi time sekolah dulu. Berselang seli suara Siti dan penyanyi latar membuatkan ianya unik dan saya selalu ulang-ulang dengar lagu ni. Sangat terkesan dihati saya.............

2. Pintu Rindu

Lagu : Copyright Controlled

Lirik : Hairul Anuar Harun

* Sepengetahuan saya lagu ni asalnya dari lagu Arab. Liriknya saja yang diubah. Salah satu lagu yang saya suka. Petama kali dengar dah jatuh cinta. Memang boleh menangis tak berlagu dengar lagu ni. Bunyi seruling mencantikkan lagi lagu pintu rindu. Liriknya tersirat dan mendalam maknanya.

"Telahku daki puncak tertinggi...telah ku turun lembah dan gurun.." seolah menyatakan bahawa kita di dunia pernah berada di atas mahu pun dibawah.."tidakku temu mana pintumu....untukkku seru rasa rinduku..." tapi seolah-olah lupa untuk mencari keredhaan Allah "Sungguhku buta dalam cahaya..sungguh ku lupa tika bahagia" dan kita lupa padaNya apabila kita dah senang, mewah dan bahagia... ...Dan Lirik terakhir " Hidup matiku hanya Untuk Mu" sangat touching kalian........................

3. Tahajud Cinta

Lagu : Erma Fatima

Lirik : Hairul Anuar Harun

* Muzik intro sedap di tambah dengan nyanyian Siti...."aaa....aaaaaa...." dan iringan piano. Lagu ni sangat meruntun hati, sayu dan sangat bermakna. Muzik aranggement yang bagus. Vokal Siti tak payah cerita la, terutama part tinggi. Memang perfect! Rasa sayu je. Ni kalau duduk sorang-sorang mau tak keluar rumah ni, bengkak mata...hihi. " Ya Tuhanku...hanya padamuuu...tempat mengadu segala rinduu..."

4. Bataz Asaku
Lagu : Siti Nurhaliza
Lirik : Attan Hardilas

* Salah satu lagu ciptaan Siti yang terbaik! Suka part Siti tarik " Untaian cinta...gapai genggaman.." Lirik pendek tapi penuh maksud tersirat. Mula-mula dengar tak berapa masuk dalam kepala sangat lagu ni, maybe rentaknya yang slow. Tapi bila di ulang-ulang sampai entah kali ke berapa, baru la sebati....hehe. Tak silap saya, lagu ni adalah soundtrack filem perempuan berkalung sorban ke apa tah. Thumbs up untuk pencipta lagu ini :) Cubaan yang baik!

5. Ku Percaya Ada Cinta
Lagu : Audi Mok
Lirik : Habsah Hassan

* Lagu ni memang sesuai dijadikaan single pertama. Memang kena dengan halwa telinga. Part chorus "Pandang-pandang alam ini...sambil pandang difikiri..." macam rentak berkawat pula. Sampai sekarang mulut saya secara otomatis asik ulang-ulang nyanyi lagu ni...ekeke. Memang kalau di fahami lirik ni ada kena mengena dengan kehidupan cinta Siti. Bila saya hayati lirik ni, saya tahu Siti dah lalui macam-macam dugaan, onak duri terutamanya bila dia buat keputusan berkahwin. Sana sini orang mencaci dan mengeji. Dan Siti terjemahkan melalui lagu ni (Wah, dah macam kawan baik Siti pula saya ni...hihi). "Cuba cari jawapannya andai meragui....." :)

6. Ya Rasulullullah
Lagu/Lirik : Abu Bakar Mohd Yatim

* Baru dengar intro je dah sayu. Sangat sedap dan mendayu-dayu part " Ya Rasulullah...Ya Habiballah..... " . Sangat merdu suara Siti dan memang sesuai bawak lagu seperti ini. Meremang bulu roma. Lagu puji-pujian buat Rasulullah SAW ini sebenarnya dinyanyikan semula dan diberi nafas baru. Terasa syahdu bila dengar malam-malam. Muzik dan melodi best. Kalau saya tengah gelak tak ingat dunia, then dengar lagu ni boleh jadi sopan santun tiba-tiba tau. Sangat mendayu...............

7. Ketika Cinta
Lagu/ Lirik : Opick

* Tak boleh tahan dengar lagu ni. Sedap sangat. Liriknya mempunyai maksud yang sangat mendalam yang menceritakan tentang hamba (manusia) yang merindui dan mencintai Tuhan (Allah) yang Esa serta berserah segala padaNya. Melodi indah dan simple ditambah dengan suara lemak merdu Siti, memang hebat! Paling suka part " Rindu...rindu....rindu....kalbu, memanggil manggil nama Mu...."

8. Selawat
Lagu/Lirik : Copyright Controlled

* Lagu di track yang terakhir. Memang tak boleh dinafikan kehebatan lagu ni. Selawat ke atas Nabi Muhamad ni biasa kita dengar. Bahkan lepas sembahyang atau di majlis-majlis agama pun kita selalu melagukan selawat ke atas Nabi. Tapi gemersik suara Siti dan kehebatan suara latar membuat kan lagu ni lain dari yang lain. Suka dengar sebutan Siti dalam lagu ni :)

Sebelum saya buat kesimpulan, mari layan model album ini...hihi.

Syeefa conquer sorang :)

Ibu nak amik pun tak bagi. Peminat Siti jugak ni...hihi.

Di kelebeknya mata, hidung Siti :)

Geram tengok Siti cantik menawan kot, digigit-gigitnya.
(jangan calarkan tau, mahal tu....ekeke).

Kesimpulan :

Overall, album ni memang best amat. Memang tak rugi suami keluarkan RM29.90 untuk album Tahajjud Cinta :) Sesuai juga kalau dengarkan lagu-lagu dalam album ni pada anak. Melodi yang indah, lirik yang baik dan yang penting lagu-lagu nya bercorak ketuhanan. Moga Syeefa menjadi anak yang solehah dan berbudi pekerti mulia kelak . HIghly recommended untuk TAHAJJUD CINTA! :)

Tuesday, October 27, 2009

E-mel

Dah lama sebenarnya saya tak excited dengan email yahoo saya. Asik mengadap blog syok sendiri saya pagi petang siang malam dan pagi semula secara berulang-ulang...hihihi. Tiba-tiba hari rasa nak khatamkan baca emel-emel yang kawan-kawan hantar.

Bila buka, ingat ada la gosip panas yang menjana minda sikit....:P

Mari lihat....

Emel dari Mr Facebook saja yang beratus-ratus.

Malas saya nak delete. Biar dulu sampai beribu riban...hihi.
Boleh saya perasan glemer ramai peminat sebab banyak dapat emel (padahal orang lain pun sama....hihi).

Tengok kat spam, nyampah lagi. Dah tentu-tentunya spam yang mengarut-merepek-menipu saja. Mana ada orang nak bagi duit senang senang yang konon-konon emel saya terpilih untuk dapat duit berjota-jota....wah! kalo betul gitu, hari ni juga saya prepare surat resign..hehehe.

Sudahnya, saya kembali berblogging :D

Nota kaki tangan : Kalau anda ada emel-emel gosip makck-makcik menarik untuk di kongsi, boleh emel kepada saya di
farah_orange85@yahoo.com ya :)

Monday, October 26, 2009

Cutest Baby In Blue Contest

Salam semua :)
Dua hari saya bercuti dari meng-update blog, sudahnya blog di update dengan join contest pulak. Sungguh tak berinformasi saya neh. Tapi mana tahu tuah ayam nampak di kaki, tuah ibu cantik nampak di contest...hihi.
Contest awak nampak biru ni, dianjurkan oleh ibu gojes iaitu elizakru :)
Kebetulan pula, tema baju raya Syeefa tahun ni kaler biru, jadi bak mengantuk di sorong bantal saya terus kelam kabut join contest ni sebelum apa-apa kejadian tidak diingini seperti bx-59cppw error tempoh hari. Sungguh menakutkan taw :B
Ini dia gambar biru Syeefa........
Gambar full version tak ada, sebab saya yang terpaksa jadi photographer tak bergaji :P

Nur Syeefa Farisha
7 bulan
Untuk menguatkan lagi kebiruan, saya tompang sekaki letak gambar di bawah...hihi. Tapi gambar ini tak akan dinilai oleh juri sebab cik puan penganjur nak satu je gambar, tapi saya sengaja langgar peraturan...ekeke.

Ok, bye semua! :)

Friday, October 23, 2009

Contest Cutest Baby in Walker

Lompat-lompat blog, saya terjumpa contest 'cutest baby in walker' pula :) Contest ini dianjurkan oleh tuan tanah ometomei sempena birthday puteri comelnya Nur Aqilah Insyirah yang ke 2 :)

Birthday si comel itu jatuh pada hari ini, so aunty nak wish kat Aqilah..

" Happy Birthday to Nur Aqilah Insyirah yang ke dua...
Semoga murah rezeki, panjang umur dan ceria-ceria selalu ya...." :)

Mari lihat gambar Syeefa bersama walker pinjam *winkwink*

Nur Syeefa Farisha
8 bulan

Walker ni abang sepupu Syeefa punya masa tecik dulu. So, akak ipar turunkan kepada Syeefa. Membazir katanya kalau nak beli baru. Saya setuju aje..kihkih.

Pendapat saya tentang walker :

BAIK

1. Kalau saya nak buat kerja, letak Syeefa dalam walker sekejap. Tak la risau Syeefa tergolek-golek sampai bawah sofa :P
2. Syeefa boleh praktis duduk dan mengimbang badan.
3. Senang nak beri Syeefa mamam instead of di pegang sebab Syeefa ralit main bendalah kat walker tu :)
BURUK

1. Risau kalau dah pandai 'drive' laju-laju karang 'terbabas' sampai ke luar pulak...hihi.
2. Duduk dalam walker asyik nak mencapai alas meja je kerjanya. Kalo lauk pauk tumpah atas muka kan susah...hikhik.
3. Kalau yang malas nak pegang, letak saja dalam walker *siannya ibu tengok*
4. Risau juga kanak-kanak lain tolak laju-laju macam troli sampai 'eksiden' :P
5. Tak bebas...hehe.

Okeh, penyertaan tamat. Ada masa lagi nak join, kalau ada yang berminat boleh klik banner di atas ya :)

Thursday, October 22, 2009

Raya! Raya! Raya! Episod Akhir :)

Selamat pagi semua...:)

Ini entri raya terakhir ye. Walaupun raya dah lama habis, saya tetap nak publish entri ini. Iye lah kan, drama sinetron, telenovela bagai pun harus ada ending happyly ever after kan, jadi entri berepisod saya mestilah ada ending juga. Kalu tergantung jalan ceritanya, mesti penonton marah dan memboikot producernya iaitu saya..hihi.

Ini adalah episod ke 4 kesinambungan dari episod 1, episod 2 dan episod 3. Jangan risau, ni yang terakhir, xde episod 5 lepas ni. Tahun depan baru ada season baru pula...ekeke.

Ok, concentrate sekarang :)

Hari raya ke 25 (Rabu) : Department saya buat majlis raya secara pot-luck. Setiap bahagian perlu bawa makanan masing-masing. Bahagian saya ditetapkan untuk bawa juadah ringan seperti kuih, kek, puding atau apa-apa saja. Saya buat puding marble, senang, mudah dan tak payah renyah-renyah bahan itu-ini. Kalau di suruh bawak lontong, spagetti bagai, haruslah saya amik mc hari tu...hihi. Bukan tak reti, tak berapa pandai je...hihiks.

Antara menu utama : Bihun goreng, Laksa, Spagethi (sedap dari yang Pizza Hut punya tau), Roti Jala macam-macam patern dan nasi impit :)

Kuih-muih, kekacang dan biskut raya.

Ni bahagian puding-pudingan. Saya punya yang dalam tupperware kaler kuning di hujung sana tu :P

Ketupat lemang pon ade.

Tengok, makanan penuh meja! Makan ke mentekedarah neh??

Hari Raya ke 27 (Jumaat) : Kali ini majlis raya untuk semua staff secara rasmi pula :P Hiasan dewan tu macam tak de makna pun, semua fokus pada makanan yang terhidang saja...hihi.

Saya ambil gambar ni sambil berlari ke arah satay tu...wakaka. Tak lah, saya buat cerita saja. Kamera henfon saya dah uzur, tu yang blur-blur tuh :P

Ramai peminat laksa rupenye.

Cendol yang sedap :)

Menu raya : lemang, ketupat, nasi impit :)

Nasi tomato.

Siyes muka kawan-kawan saya menikmati makanan ye..:D

Tak de pun gambar saya di kedua-dua majlis tu...malas lah nak paksa suruh mereka..hihi..

Hari Raya ke 28 (Sabtu) : Sebelum terjah ke rumah kenduri ofis-mate saya di Kepala Batas. Posing dulu sebelum tudung senget benget :P

Best pegi kenduri time perut bunyi 'kriuk kriuk'. Nikmat seh...kuikui.

Macam biasa, mesti lah ada nasi minyak. Tak releven kalau hidang char koay tiaw plak...hehe.

Bihun sup pun ado. Dah la menarik, sedap amat plak tuh :)

Di sini, patern makan bubur kacang selalunya makan dengan biskut empat segi. Encik somi yang rekemen, memang best. Saya yang Perakian ni tak penah terlintas plak makan dengan biskut ni. Selalu makan gitu aje :)

Ha,kan saya dah kata...untung makan time betoi2 lapar, suma boleh sumbat :P

Petang tu, ke open house belakang rumah. Jiran-jiran mereka di situ pakat-share-kongsi buat majlis hari raya.

Menu : Laksa, lontong, nasi impit, lemang, ketupat,bihun, kuih dan agar-agar.

Yang purple-purple tu warna tema tuan rumah :D

Balik rumah teringat yag Syeefa belum mamam lagi. Sian anak, asyik ibu je mengisi perut ye :)

Beri makan dulu.

Selingan penaja : Syeefa suka berdiri atas kaki sendiri bila letak dalam walker. Dia lepas tangan kengkonon boleh berdiri tak jatuh la tu..hihi.

Malam tu kami keluar merewang. Suami ajak ke kedai SEC. (Saya tak tau apa dia nama penuh SEC tu). Survey LCD lagi :)

Barangan elektrik di sini tak berapa berkenan di hati nurani saya. Harganya lagi saya tak berkenan :P

Kabinet tu cantik, tapi orang kedai yang asyik ikot bontot kami tu tak tau plak harganya bila ditanya. Sungguh tak berinformasi taw :b

Tengok-tengok tapi tak beli pun di kedai sebelah SEC. Harga kat sini lebih ok dari harga jirannya. Rambang mata. Pekedai di sini beritahu, untuk LCD, jenama LG paling bagus skrinnya. Kalian tengok LCD paling depan di sebelah kanan kalian, lebih terang dari sebelahnya kan?

Balik rumah, Kak Ina beli kfc pula. Murah rezeki betul hari ni. Tak payah keluar sesen pun dapat makan yang harganya bila kira-kira semua dari pagi sampai ke malam boleh beli sepasang kasut Vincci dan sehelai baju Nike! Ekeke.

Hari Raya ke 29 (Ahad) : Pergi kenduri doa selamat di rumah Kak Ja (sepupu suami). Sebelum ni dah ke open housenye, kali ni kenduri pula. Kak Ja ni memang rajin buat makan-makan ni. Saya rajin makan je :P

Encik Somi makan dengan geng-gengnya. Bila ada anak kecil ni, makan mesti ikut turn kalian.

Sambil-sambil dukung Syeefa, sambil-sambil saya usung kamera kesana-sini :P

Ini nak sepupu saya. Tarikh lahirnya sama 20hb dengan Syeefa. Tapi bulan lain. Namanya Irin Putri. Ayahnya minat wartawan tv3 yang nama Irin Putri Azmi tu.

Boleh teka tak nama ayahnya? :D

Daniel, Maisarah dan Syeefa membelek baby :)

Golongan ibu-ibu pun mahu inteprame ok :)

Nasi putih berlauk macam-macam (kes lupa nama lauk, tau makan aje...hikhik).

Opss, terseksikan Syeefa pula...hehe. Time ni on the way ke kenduri yang lain :)

Sebelum saya makan banyak, saya snap dulu gambar Daniel dan suami yang dah buhsan tengok saya amik gambar. Ada ciri-ciri boring tak dalam gambar tu? Huhu.

Haa..yang ni Encik M yang snap. (Gambar bini cun melecun malas nak ambil ye, gambar makhluk tak bernyawa rajin plak ambil...grrrr) :B

Aha...dah merajuk baru nak amik gambar isteri solehah ni. Hihi...takdelah, saja tokok tambah bagi sedap jalan cerita...ekeke. Dah konyang porut suko hati den :P

Pas dari kenduri, malas balik rumah , suami ajak ke Jusco lagi. Tujuannya nk ke Courts dalam shopping kompleks tu. Patutla jenuh cari di Bukit Mertajam hari tu, dah pindah sini ropenye. lebih luas, lebih berprestij gitu :D

Saya letak Syeefa di dalam stroller kusam, supaya senang ibu jalan-jalan amik gambo.

Bukan buleh lama Syeefa dalam stroller tu, dia rasa terkongkong agaknye....:D

Nampak tak paper bag berisi kotak depan Syeefa tu? Sempat lagi saya menyoping. Pantang nampak sungguh saya ni :B

Naa...sepatu (chess, sepatu konon. Sebut je la kasut kann...ekeke) ini idaman hati murni saya. Sedap pakai, lembut, ringan dan bila jalan tak bunyi 'kelekak kelekuk' pun tau. Jadi ia mengurangkan geseran terhadap tapak kasut seterusnya melambatkan proses penghausan tapak kasut justeru juga akan mengurangkan kekerapan saya menggunakan mesin ATM (Wah, wah...ada gaya seperti jurucakap Vincci tak?) ~phieww~

Dan saya terus pakai sepatu itu...ngehngeh :P

Banyak sofa yang lawa-lawa macam saya di Courts. Jadi saya take advantage untuk bergambar kenangan di sofa yang saya suka. Mana lah tahu, hajat tak kesampaian nak beli, gambar pon jadi lah kan...kihkih. Malangnya, suami jeles tak ambil gambar penuh sampai kaki, so tak dapat lah tayang kasut baru..wakaka.

Cantik berseri set bilik tidur disini. Nasib baik saya masih behave, kalau tidak suami tak ngaku bini saya landing-landing atas katil nan empuk ni :)

Ini gambar 2 in 1 kaedahnya. Yang mana satu jadi fokus utama anda? Ehehe.

Kesimpulannya, tahun ni raya saya very the happening tau kalian. Saya menyahut seruan kerajaan raya sebulan. Jadi, tamat la episod raya saya yang walau ada yang tak da kena mengena dengan raya pun tapi campak semua situ...hihi.

Wassalam ye kalian. Jumpa raya tahun depan :)