CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 26, 2009

Contest untuk follower Sharhanah

Pagi-pagi buta ni mata cerah benderang lagi. Tetiba terjumpa satu contest dialog abah & anak ni.

Contest ini khas untuk para follower blog SharHanah. Untuk syarat-syarat lanjut boleh klik banner anak beranak di atas ye :)

Meh tengok dialog saya :D

Anak : Eh bapak, tak sangka ek bila tengok dekat-dekat bapak ni hensem macam Dato' K la.

Bapak : Ha, baru kamu tau ye nak. Dulu Siti Nurhaliza tu beria-ia ngorat bapak taw, bapak je tak layan. Bapak nak mak kamu jer....eheheh.

Thursday, December 24, 2009

Selamat bercuti semua!

Selamat bercuti semua!

Saya akan bercuti mulai esok 25/12/2009 (Jumaat) sampai 3/01/2010 (Ahad)

10 hari yang indah...hihi.

Owh, maybe kalau malas melampau, cuti akan di extend lagi 2 hari iaitu sampai 5/01/2010 (Selasa)....hohoho.

Peratus untuk blog diupdate adalah amat tipis.

Unless kalau maxis broadband 'bekerja' dengan jayanya maka adalah se-entri dua.

Kalau nan ado kelembapannya, makanya blog ku juga akan cuti bersama daku....wiuwiu :)

SELAMAT BERCUTI SEMUA! :D

*loves, SYEEFA*

BLACK & WHITE PHOTOGRAPHY Contest..

Contest kedua untuk hari ini :)
Contest black and white ini dianjurkan oleh Ezzan.
Saya perlu upload gambar sendiri, tapi kalau nak letak gambar ramai-ramai pun boleh tapi haruslah watak utama adalah diri sendiri ya.

So, saya letak gambar bersama buah hati pengarang jantung saya :)

Gambar muka saya saja dah penuh skrin kalian kan? (hihihi)

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

Nak masuk contest lagi :) Contest serius baby ini dianjurkan oleh ibu rifqi.
Boleh klik pada banner atas nun kalau nak join ye.

So, ini dia gambar serius Syeefa..hehe.
Sampai berkerut dahi luas tu ha...

Nur Syeefa Farisha bt Mahazir

DOB : 20 February 2009
10 bulan

Tuesday, December 22, 2009

Pesta Penang 2009

Ahad baru ni saya dan family menjejakkan kaki ke Pesta Penang buat kali entah ke berapa. Sejak saya bermastautin di Penang saban tahun tak pernah missed ke pesta Penang. Tiap tahun wajib tonton pergi.

Bukan takat setahun sekali, tapi 3 4 belas kali pergi setahun. Tak tau lah apa yang syoknya bagi saya yang tua bangka ni...hihi.

Kalau tahun lepas saya bawak Syeefa 7 bulan dalam perut, kali ni Syeefa dah 10bulan di luar perut!

Tiket adult adalah 3 ringgit dan children adalah singgit.

Kami bertolak agak awal supaya boleh pulang awal. Tahun lepas sampai dah pukul 10 jadi balik rumah jam 2 pagi sudah. Ingat tak ramai orang lagi bila datang awal, tapi parking full house! Terpaksa parking ditepi jalan dan hasilnya adalah surat saman terselit di wiper *haih*

Memang meriah pesta Penang. Tapi kebanyakan orang berdiri di tengah-tengah berfikir samada "nak naik yang mana satu ek,," ataupun "ish, ngeri nye nak main bendalah ni, buatnya terjatuh ke apa ke..?". Hihi, sudahnya, berdiri di tengah-tengah memandang-mandang kearah manusia lain yang berani mati naik permainan di situ :)

Saya ingat lagi. Segar diingatan tau, masa tu saya ke sini bersama kawan-kawan. Saya naik 'sky rider' di atas. Its quite fun jugak walau pun muka pucat lesi bila buaian tu berpusing laju. Dalam hati asik berdoa banyak-banyak agar selamat dari malapetaka. Saya fikir bukan-bukan. Kalau lah, terputus tali tu rasanya kalau tak terhumban di atas rumah flet belakang tu, maybe saya berada ditengah-tengah laut *nauzubillah* Tapi saya tahu, sebelum apa-apa pekerja disitu dah pastikan semua permainan adalah selamat untuk dinaiki :)

Bagi saya 'sky rider' belum mencabar. Then saya dan kengkawan try pulak naik 'top gun' ini. Dan, taubat nasuha saya tak nak naik apa-apa dah! Nampak macam ok, tak laju. Tapi bila berada di atas dalam keadaan 'kaki keatas kepala kebawah', tak nak lah saya naik lagi!

Anak saudara saya dan rakan-rakan nya ada di dalam 'top gun' ini. Kami-kami ni jadi tukang ketawa bila mereka turun dan mengadu itu ini....wakakakaka. Tak sapa suruh.

Tak sanggup lagi saya nak cerita pasal ini.

So tahun ni saya mencuba yang lite-lite saja kata orang. Plus, bawak si kecik kan. Harus tunjuk contoh teladan yang baik...ekeke.

Saya bawak Syeefa naik 'belon' ini. Pusing tak sampai 2 minit pun tapi perlu 2 token. 1 token 2hengget ye puan-puan. Dan saya dengan Syeefa 4 token bersamaan 8hengget jadinya. Saya naik bersama kakak ipar dan anaknya, jumlah adalah 16hengget! KFC pun boleh 2set nih *tak palah setahun sekali ;P

Anak saudara ajak saya masuk rumah hantu. Dia penakut tapi nak masuk juga. Sudahnya saya jadi mangsa jalan paling depan. Kepada sesapa yang tringin nak menakutkan diri sendiri dan nak masuk dalam ni, saya nasihatkan supaya lupa kan saja. Membazir 4 Ringgit Malaysia je. Langsung tak menakutkan tapi saya menjerit paling kuat. Kat dalam sangat gelap then ada asap-asap sket. Pastu gantung muka-muka hantu. Kelakar adalah. Ada manusia akan ketuk-ketuk dinding just nak bagi terkezut. Tak sampai semenet je nak gabra di dalam tu, pendek sangat laluan dia. Perhatikan gambar atas tu. Lalu di tingkat atas dan bawah. Finish.

Daniel main bumper car sampai 3 round. Yang ini khas untuk kanak-kanak comel sahaja...hihi.

Syeefa tecik lagi. Tengok saja ya. Jimat duit ibu :D

Sapa yang teruja lebih naik horse ni....hihi.

Syok dia belek-belek kuda tu. Ibu dia pun syok jugak, guna alasan bawak anak padahal diri sendiri teringin naik....kahkahkah.

Tapi saya berdiri saja lah, mana buleh naik atas kuda tu. Tak pasal-pasal mesin ni rosak bertahun-tahun....ahahaha..

Sempat juga bawa Syeefa ke sini tahun ni. Sebab lepas ni tak tak ada kesempatan lagi sebab minggu depan dan seterusnya banyak aktiviti lain lagi :)
Itu saja. Bye.

Kerja dari rumah?

Semalam sambil melayan si tecik sambil relax-relax tengok buletin utama.

Tiba-tiba ada berita tentang kakitangan kerajaan yang bekerja dari rumah.

39 kakitangan kerajaan iaitu yang berjawatan juru ukur bahan, pelukis pelan dan juru teknik dipilih untuk bekerja dari rumah.

Katanya selain dapat menjimatkan kos bagi yang tinggal jauh dari pejabat, ia juga dapat menjimatkan masa disamping kualiti masa bersama keluarga dapat ditingkatkan.

Masa bekerja remain 8 jam sehari dan punch card akan dipantau setiap hari oleh ketua jabatan.

Bunyinya menarik kan?

Mula-mula saya buat tak kisah saja. Then bila PM kata maybe ia akan diperluaskan jika 'hasil'nya begitu baik, saya jadi teruja uja!

Bayang kan kalau saya boleh bekerja dari rumah, tak payah bersusah payah menempuh sejam perjalanan ke opis! Sangat la wasting my time hari-hari begini.

Bangun pagi, tak payah mandi terus boleh punch card (bagaimana cara punch card tidaklah diketahui).

Breakfast, lunch, tea time dirumah tak payah keluar sekupang pun.

And the best part is, Syeefa boleh direct feeding tak payah saya pump 3 kali time ofis hour lagi dah. Heaven kan?

Owh, Dato' Seri boleh tak realisasikan hajat besar saya ni? (hehe)

Tapi suami saya kata kalau buat kerja di rumah tak jadi kerja plak. Sibuk dengan menda lain.

Jeles la tu....wahaha :D

Monday, December 21, 2009

Milestone Syeefa (10 months)

Semalam patutnya Syeefa punya birthday month. Tapi dek ibunya sibuk bersuka suki kesana kumari, maka tengahari rembang begini barulah terhasilnya entri ini :)

Bila saya tengok anak saya lama-lama, saya selalu seakan tak percaya yang dia sudah besar begini. Saya selalu fikir kenapa saya tak perasan 'kebesaran' dia padahal hari-hari saya bersama dia. Dulu masa keluar dari perut, kecillll aje sekarang sedar-sedar dah boleh melompat-lompat dah. Sungguh saya tak boleh perasan. Bila tengok gambar baru nampak ketara perbezaan bulan ke bulan :)

Perkembangan 10 bulan anak dara saya :)

1. Kalau dulu boleh gerak kan tangan bila saya nanyikan 'cak cekur udang gamit...'. Sekarang dah pandai nyanyi sendirian berhad tapi dalam bahasa dia lah...hihi. Tapi melodi dia betul!

2. Pandai point fingers dah bila suka sesuatu benda. Contohnya bila nampak bird bertenggek kat atap rumah :)

3. Bila nyanyi 'twinkle twinkle little star..', buat tangan genggam-buka-genggam-buka. Tak pandai lagi buat betul-betul lagi.

4. Pandai bagi barang kat kita bila kita minta 'ibu nak...' atau 'give it to me..' :)

5. Gigi masih satu batang ye kawan-kawan :)

6. Lebih suka makan ubat dengan spoon instead of syringe.

7. Pandai cakap 'ma mau' (tak mau) bila tak suka sesuatu. Contoh : buang hingus guna tisu atau bagi ubat guna syringe.

8. Suka main baling-baling ball. Pas tu dengan gigihnya pegi kutip sendirik...hihi.

9. Dulu minum air masak guna botol, then tak suka, Suap dengan spoon pulak. Sekarang lebih suka minum dengan cawan. Pandai anak ibu ni :)
10. Kuat makan. Belum suap lagi dah standby nganga luas-luas. Saya dah pernah suap dia nasik minyak, nasik goreng, nasi ayam (semuanya nasi..hihi), mee, kuih muih tapi dalam kuantiti yang sedikit lah. Bukan sampai kenyang. Biar dia rasa tekstur makanan yang berbeza-beza. So that, bila besar nanti tak lah cerewet makan ya sayang :)

11. Pandai merajuk bila papa buat-buat marah. Datang kat ibu then tepuk-tepuk ibu konon nak mengadu. Sooooo ssooooo suweeetttt lah : D

12. Boleh bangun sendiri dah. Tapi kena berpaut lah.

13. Tak nak dipegang bila berdiri. Nak berdikari la tu konon...hihiks.

14. Boleh berjalan 5 6 langkah dah! Hurrayyyy. Tak lama lagi berlari lah anak ibu ni :) (Saya yang eksaited taw)

Anak dara ibu yang manis :)

Ibu love Syeefa.

Saya akan teruskan perjuangan menyusukan Syeefa at least sampai dua tahun nanti. Biar susu ibunya sebati dalam diri Syeefa :) Walau ada lagi yang masih 'susah hati' bila saya menyusukan dia, saya tak peduli. Saya bersusah untuk menyenangkan Syeefa. Tapi tak la susah pun. Pergi ke mana-mana tak payah bawak botol, air panas segala. Sumbat aje yang fresh :)

Thursday, December 17, 2009

Selamat menyambut Maal Hijrah 1431

Selamat menyambut tahun baru Maalhijrah buat semua bloggers.

Semoga di tahun baru, kita semua akan menjadi seorang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

"Ya Allah, aku berdoa agar kau sentiasa menetapkan iman kami, memudahkan segala urusan kami, menjadikan kami hambaMu yang bertaqwa, semoga kami sentiasa bahagia, dimurahkan rezeki serta dilimpahi rahmatMu Ya Allah. Aku memohon agar kau sentiasa melindungi kami dari segala kejahatan, jauhkan kami dari perkara mungkar, dan jadi kan kami orang-orang yang beriman dan memperolehi keberkatanMU Ya Allah. Kau berikan lah kami tubuh badan yang sihat dan hindari lah sebarang kesakitan dan kecelakaan ke atas kami.....AMIN....."

Saya harap hidup saya akan lebih bermakna di tahun 1431hijrah ini :)

Tahu apa saya mengidam semasa mengandung?

Masa mengandung dulu saya tak la mengidam benda bebukan atau pelik-pelikan.

Saya tak rasa saya mengidam tapi lebih kepada 'terasa nak makan sesangat sangat'..hihi.
Mengidam la tu...aparaaa.

After kawin saya berjauhan dengan suami sampai la saya mengandung 5 bulan baru dapat transfer ke Penang. Rezeki bayi yang bernama Syeefa :)
Alhamdulillah sangat. Legaaaaa rasanya. Boleh la tidur di celah ketiak suami.

Sebelum saya tau saya mengandung, ada satu hari tu tiba-tiba saya beli jeruk dan asam berpeket-peket di kedai mamak. Tapi saya tak la pelik sebab perasaan itu biasa-biasa saja. Mungkin terasa nk makan sebab nampak cam menarik je tergantung di kedai tu :P Balik rumah, housemate perasan dan camdet (perli) kata saya dah pregnant.

Sebenarnya waktu saya pun lupa yang makan jeruk asam di dikaitkan dengan wanita cantik mengandung.
Bila period saya terlewat berhari-hari saya pun curios jugak sebab amat jarang period tak teratur. Tapi saya masih tak percaya saya mengandung sebab saya rasa macam 'projek besar-besaran tidak successfull'...ekeke. Iyolah kan, pas honeymoon kelam kabut balik ke Putrajaya demi kerjaya :)

Hasil uijan di pregnancy kit menggembirakan saya dan suami. Dalam hati saya "suburnya haku.." :)
Saya bunting pelamin. Tak sia-sia honeymoon di Pangkor. (Apa kena mengena nih...hihi).
Nasib baik lah saya tak mengalami alahan teruk. Just a minor morning sickness aje.
Tak boleh nak bau makanan di kedai. Rasa nak uweekkk.......
Nasik pun jarang-jarang singgah di perut.

Satu hari, tiba-tiba saya sangaaattt teringin satu benda ni. Bulan puasa pulak tu.
Susah nak cari di putrajaya. Tambah pulak tak ada transport nak ke sana kumari. Hari-hari sebut di mulut aja lah.

Pernah ada kawan-kawan saya kata "ni cuma mind set ko kot...bukannya betul mengidam pun"
Mind set ke? Kalo gitu baik mindset saya ngidam makan daging rusa ke, ayam belanda ke berbaloi-baloi la sikit nak mengidam pun ye dak?
Tak pe, tak pe...maybe diorang tak faham kot.
Nanti la turn korang plak..."mind set je tuh....jangan ngengada ok....." hihi.

Nasib CC saya prihatin. Dia belikan saya. Tapi yang belum masak lagi. Tak kan nak suruh dia tolong goreng pulak kan, melampaui batas sudaa...kira besar rahmat dah bila ada yang belikan.
Saya harus masak sendiri di rumah. Di rumah sewa saya tak ada dapur gas sebab jarang masak.

Jarang apanya, tak pernah pun..hihi. Sebab 2 orang lagi housemate saya jarang lekat di rumah. Kalau ada pun tak makan kat rumah. Membazir gas je nanti...ekeke.

Sebab saya teringin sangat, saya goreng dalam periuk nasik. Tak penah dibuat orang kan?
Jadi la dari takde. Bila suami nak datang lawat saya (macam orang sakit lak kena lawa-lawat neh), dia goreng siap-siap kat rumah.
Berselera saya makan tak yah lauk lain dah. Seminggu saya hadap itu je.
Maklumlah didatangkan khas dari Penang. Buatan sang suami lak tu. Ingat sonang ko?

Nak tau apa saya mengidam??
Tarik napas panjang dulu ya..

Sila scroll

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

jeng jeng jeng

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

scroll lagi

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

Taraaaaaa.....

IKAN PEKASAM!

Goreng dengan bawang dan cabai kering sekali
Di makan dengan nasik panas dan kicap manis

Marvellous!

Timakasih En Google :)

Baik kan tekak saya mengidam yang mudah-mudah aje.
Senang suami bela...hihihik.

Tiba-tiba teringin lak. Ini baru betul mind set ni. Nak cari lah balik karang.
Nampaknya saya sorang je yang makan. Seisi rumah yang lain tak lalu katanya.
Rugi rugi :)

Lawak Pak Pandir~~

Maybe ada yang dah pernah baca cite Pak Pandir ni, tapi saya tempek juga di blog buat modal gelak-gelak di siang hari :D
Saya edit sikit-sikit untuk lebih teratur dan mudah dibaca.
*Pak Pandir adalah penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal. Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit pun dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.” Pak Pandir jawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”
*Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei… kenapa belum jalan?”
“Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.
*Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. “Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?” tanya polis. “Aduh…lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal.”
*Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada .
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……
*Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan…
*Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..
*Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem…..
*pak pandir: mak andih.. oo mak andih..
mak andih : ya bang.. awat nya?
pak pandir: rasa nk makan pisang la plak.. wak mai pisang emas kt dapoq tu..
mak andih : pisang tak masak lagi bang..
pak pandir: laaa.. gas abih dah ka?
mak andih : ????
*Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata: “Panasnya dalam helikopter ini …”. Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu: “Mahu tak panas tuan …kipasnya besar …tapi di luar …”
*Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone … “Wah Pak Pandir …ada handphone …ada coverage ka dekat sini …? Jawab Pak Pandir: “Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage”

Kasihan Pak Pandir....hehehe.

Wednesday, December 16, 2009

Ibu sayang Syeefa

Syeefa dah besar. Dah nak 10bulan. Lasaknya bukan main. Tak boleh diam seminit. Ada je benda nak buat. Kadang-kadang kalau dipegang, dia lembikkan badan lepas kan diri. Suami kata, macam belut...hihi.

Saya tak puas main-main dengan dia. Seminggu 2 hari je cuti, tak cukup woo...(dah tu nak banyak mana? 5hari??)

Jeles tau kat ibu-ibu yang duduk rumah buleh tengok anak 24/7 :D

Saya tetapkan time tidur Syeefa iaitu 9malam. Paling lewat pukul 10 kena tidur jugak-jugak. Tak nak dia terbiasa tidur lambat nanti. Balik kerja tu dah selesai semua perkara (mandi, solat, iron, makan), ada la sejam dua nak bergumbira dengan Syeefa sebelum dia harus zzzzz......

Tapi bila dah tidur, saya rasa sedih lak. Sayu tengok muka anak bila dia tidur. Tak tau lah kenapa ye. Rasa macam tengok muka saya masa bayi dulu :P

Pagi tadi saya terjaga jam 3.30 pagi. Saya tengok Syeefa tengah main tisu. Alahai anak......buat apa lah main pagi-pagi buta ni....:)

Tuesday, December 15, 2009

Tips elak terkena sawan tarik

Saya penah dengar tentang sawan tarik ni tapi saat itu tak pernah amik pusing pun. Bila ada anak, saya rajin cari info, baca sana sini sinun apa saja tentang anak. Then saya ada terbaca tentang sawan tarik ini yang selalunya berlaku kepada anak-anak di bawah usia 6 tahun. Terus cuak sebab keadaan ini sangat merbahaya pada anak. Ini boleh terjadi sekiranya anak mengalami demam panas. Apabila oksigen tidak sampai ke otak, ia boleh membawa maut ataupun kecacatan kekal !

Tanda-tanda anak mengalami sawan tarik :
Badannya jadi biru, kejang dan tiba-tiba lembik. Matanya akan terbeliak naik ke atas dan menangis sekuat hati.
Langkah mengelakkan terjadinya sawan tarik :
1. Pastikan dirumah sentiasa ada ubat demam, coolfever dan ubat yang masuk di punggung. In case kalau malam malam buta dah, then jauh la pulak hospital, klinik doplohpat jam pun takde jadi kena spare menda-menda gini.
2. Sentiasa cek suhu anak bila demam. Beli termometer atau alat cek suhu yang masuk kat telinga tu (tak tau nama). Pantau suhunya sekerap yang mungkin. Kalau suhu lebih dari 37 dah kira bahaya dah tu.
3. Jangan pakaikan baju tebal atau pun selimut pada anak. Masa Syeefa demam dulu saya tak tau. Saya pakaikan long sleeves siap stokin dengan selimut! Memang cetek pengetahuan. Sekarang saya dah tau, dan sumpah tak buat lagi! Pakaikan baju nipis atau pun yang lubang-lubang tu. Pastikan sistem pengudaraan di rumah adalah baik, bak kata ibu saya 'tak bergedup'.
4. Ambil towel dan basahkan dengan air, lap badan anak sekerap mungkin untuk menurunkan suhu badannya. Sesetengah paed syorkan supaya mandikan dengan air sejuk atau ais! Tapi ada yang tak benarkan sebab takut kena hypotermia pulak. Saya pun tak pasti hypotermia tu macam mana tapi saya rasa macam perubahan suhu mendadak kot. Letak towel lembap di celah ketiak, peha, pelipat dsb. Kalau nak letak coolfever harus lah pantau sentiasa ye sebab kalau lama sangat nanti suhu boleh masuk balik.
5. Bagi anak minum air putih dengan banyak. Air kelapa atau pun 100plus juga berkesan menurunkan suhu. Boleh juga lumurkan kepala dengan asam jawa.
6. Segera bawa ke hospital. Jangan tangguh esok lusa tulat and so on....kelak menyesal.

Kebiasaannya anak lelaki lebih cenderung terkena sawan tarik berbanding anak perempuan. Once dah kena, potensi untuk terkena lagi adalah BESAR. Kepada ibu-ibu, be extra carefull ye.

Kalau sesiapa ada tips lagi, boleh la sharing is caring :)

Saya stress bila.....tapi stress tiba-tiba hilang bila.......dan terus jadi happy bila......

Dulu suka baca majalah Ujang. Ada ruangan macam ni, so saya rasa gedik cam nak buat jugak lah :)

Saya stress bila.....
Tertido semula selepas solat subuh pada hari minggu
tapi stress tiba-tiba hilang bila.....
Pagi-pagi bukak tv ade siri Upin & Ipin (betul betul betul) :P
dan terus jadi happy bila......
Suami ajak g shopinggggggg. Heaven :)

Saya stress bila.....
Saya mengalami 'Monday sickness' setiap Isnin
tapi stress tiba-tiba hilang bila.....
Nasik lemak untuk breakfast sangat sedap

dan terus jadi happy bila......
Dapat makan freeeeee........hehe.

Saya stress bila.....
Traffic light asik merah je time nk ke opis
Tapi stress tiba-tiba hilang bila.....
Dengar panggilan hanggit di Hot fm....kelako...
dan terus jadi happy bila......
Fafau dan FBI dah on air...(itupun happy ke??)

Saya stress bila.....
Feri sangat lembab ok
tapi stress tiba-tiba hilang bila.....
Baca majalah Pa & Ma sementara menunggu
dan terus jadi happy bila......
Info di dalamnya saaaaangat menarik sampai saya rasa lagi lembab feri lagi bagus...hihi.

Saya stress bila.....
tambang Rapid Penang naik 4 kupang
tapi stress tiba-tiba hilang bila.....
Saya mendapat satu akal!
dan terus jadi happy bila......
Pagi-pagi saya songlap duit tabung suami....muahaha.

Saya stress bila.....
Pagi-pagi keje dan menimbun
tapi stress tiba-tiba hilang bila.....
Selesaikan kerja sambil dengar lagu
dan terus jadi happy bila......
Saya pass kerja saya pada orang lain....ngeee...

Saya stress bila.....

Waktu pulang kerja,kena berlari-lari marathon sebab feri dah sampai
tapi stress tiba-tiba hilang bila.....
Saya sedap kan hati “ hari-hari begini boleh kurusss”
dan terus jadi happy bila......
Saya dapat menyelinap masuk dalam kawasan wanita mengandung.....hihihik

Saya stress bila.....
Saya tengok dah ada garis-garis kedut di mata
tapi stress tiba-tiba hilang bila.....
Saya rasa garis itu menandakan saya 'matang'..hihi
dan terus jadi happy bila......
Saya masih nampak muda berbanding suami tercinta saya...kihkihkih.

Saya stress bila.....
Hari-hari pergi keja macam masuk 'amazing race' (terkejar-kejar naik kenderaan yang pelbagai)
tapi stress tiba-tiba hilang bila.....
Saya yakin saya dapat pahala berbuat ibadah (kerja juga ibadah)
dan terus jadi happy bila......
Bonus dah masuk ….yippppiieeee....

Saya stress bila.....
kuantiti susu saya makin mencemaskan...
tapi stress tiba-tiba hilang bila.....
Saya rasa menjadi sangat 'ibu' kerana masih dapat menyusukan anak ..
dan terus jadi happy bila......
Saya percaya yang saya akan terus jadi 'kilang' susu untuk si kecil saya....InsyaAllah...

Psst : Nampak sangat saya banyak stress disebabkan kerja kan kan? (memang pon) ...:)

Monday, December 14, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest

Lama tak masuk contest. Kali ni nak join MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest anjuran MBP bersama sponsornya iaitu PhotoBookMalaysia dan AliceWonders
Saya suke tengok Syeefa sengih eh senyum sebab bila senyum dia comel macam saya....wakaka.
Bila Syeefa senyum saya gumbira...saya senang...saya tenang.
Anak yang lahir dari rahim saya tersenyum harusnya ibunya riang bukan?
Senyuman Syeefa menurunkan darjah ke-stress-an saya :)

Nur Syeefa Farisha bt Mahazir
20 February 2009

Saturday, December 12, 2009

Syeefa jatuh katil lagi

Tadi time bersiap nak g kenduri, letak Syeefa atas katil.
Sementara tempek bedak kat muka sambil mata perhatikan Syeefa.
Tiba-tiba dia menjulur laju ke depan, terus tertumuih dahi ke lantai.
Merambu-rambu air mata Syeefa.
Saya yang salah. Dah tau dia 'aktif' pegi letak atas katil buat apa. Careless!
Marah diri sendiri sampai sekarang :(
Saya bagi Syeefa minum air zamzam dan sapu di kepala Syeefa sambil selawat.
Harap-harap Syeefa tak apa-apa ye sayang.
Tadi keluar bersiar-siar, Syeefa happy :)

Hari tu dah pernah jatuh semasa 'ditangan' papanya. Rujuk sini.
Hari ni ibu plak buat Syeefa jatuh. Fair and square kaedahnya.

Maafkan ibu ye sayang :(

Friday, December 11, 2009

Breastfeeding Class @ Penang!

Dah lama saya tunggu BF class di Penang. Anak nak masuk 10 bulan dah pun, tapi baru sekarang dapat pergi, takpe ilmu untuk seumur hidup dan untuk anak anak anak seterusnya :D Sepatutnya saya akan ke Langkawi pada tarikh itu, tapi disebabkan peluang bukannya selalu ada, jadi saya postpone ke minggu berikut. Tak kemana Langkawi dikejar...hihi.

Saya dan Kak Izzah akan hadir di sini

Mana tau kalau ada ibu-ibu blogger yang lain yang join boleh la ber-gathering di sana :) Tak sabarnya!

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (Pulau Pinang)

Tarikh: 27 Disember 2009
Masa: 9.00am-1.00 pm
Tempat: Bidasari Collection, 3A-03-35, Tingkat 3, Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang
Penceramah:
Puan Farah & Puan Suraya
Bayaran: RM80 individu/RM 150 pasangan

Tuesday, December 8, 2009

Permainan dolu-dolu. Ingat lagi?

Bila attend wedding kawan-kawan lama sayu je rasa. Teringat zaman hu ha hu ha di sekolah dulu. Sekarang dah besor panjang dah mereka (ececehh, cakap macam la saya ni kecil comel lagi, sama sebaya je kaedahnya, hihi). Saya teringat permainan masa saya kanak-kanak ribena sampai la ke sweet 17th dulu, memang memorable sangat. Kalau sesiapa yang baya-baya saya mesti ingat ni.

Saya mula dari zaman sekolah rendah dulu, time tadika tak perlu lah kot :)

1. Polis n thief
Zaman saya beringus kecik dulu top giler lah game ni. Tapi dulu sebut 'polis entri', main sebut je sebab dulu tak tau apa kejadahnya tu...hihi. Ramai-ramai nyanyi 'polis entri, want to jaga, polis mati pencuri jaga' lepas tu bertaburan lah lari selamat kan diri memasing sebab polis nak tangkap. Saya ingat-ingat lupa la macam mana aturan mainnya. Nanti lah saya ingat balik bila nak main dengan Syeefa nanti...hihi :)

2.Aci duduk

Kalau jumpa kengkawan atau sepupu sepapat mesti main. Mula-mula kena lah 'lai lai li li lai tam plom' dulu, sape kalah kena jadi tukang kejar. Letih weh kalau jadi tukang kejar sebab 'mangsa' asik nak duduk je. Kalau saya jadik tukang kejar tu mula lah saya buat buat sakit kaki, sakit perut dsb..hihi. Kalau saya jadi mangsa, tukang kejar masih jauh sebatu saya dah duduk bersila dah...ekeke. Seingat saya mangsa perlu tinggal seorang yang 'hidup' baru boleh sep semua orang yang duduk. If semua mangsa duduk, then tukang kejar kena bilang 1 2 3, semua harus bangun ye puan-puan, sapa lambat dia plak jadi tukang kejar.

3. Aci Ligan

Lebih kurang macam aci duduk jugak. Bezanya aci duduk kena duduk, aci ligan (kejar) tak buleh duduk. Kalau kena sep , 'mati' lah jawapnya. Dulu saya terror main ni, ligan macam mana pun tak dapat punyalah, saya selit-selit berguling-guling asalkan saya tak kena sep... hihi. Time badan ringan dulu leh la :) Tapi ada 'rumah', kalau saya tak larat lari boleh masuk rumah tu jadi tukang ligannya tak boleh masuk 'rumah' tu.

4.Teng teng

Permainan ini bukan feveret saya. Sebab kena jengket sebelah kaki, badan tak balance dan asik lah kecundang. Lukis petak atas pasir ataupun kalau di lantai lukis dengan kapur. Pastu amik batu kecil baling dalam kotak tu then lompat sebelah kaki dalam petak yang ada batu tu. Amik batu tu, pastu....apa ek? Lupa lak. Zaman tok kaduk dulu nih.

5. Konda kondi

Saya jaaaaarang main ini. Sebab macam tak mencabar je..hihi. Tak silap saya kena buat lubang pastu letak ranting kayu atas lubang tu. Then ambil lagi satu ranting kayu dan tolak ranting yang dalam lubang tu. Tengok berapa jauh ranting tu landing. Saya lupa dah macam mana step seterusnya. Yang kena lompat atas tangan tu yang ini ke? Entah. Sangat lupa.

6. Jan jan Jala

Dua orang akan jadi 'penjala' atau pun ketua dan pilih nama kumpulan sendiri tanpa pengetahuan 'mangsa'. Cth : Oren dan Strawberry. Ketua akan berhadapan sambil pegang tangan ke atas. Pas tu yang lain akan lalu di bawahnya sambil nyanyi 'jan jan jala itek jala ayam, berapa lubang kancil, seratus lima puloh, singgah kuala singgah, makan sireh mulot meeeeeeraaaaaaah!'. Sapa yang keta 'tangkap' akan di bawa 'lari' dan kena pilih kumpulan mana yang nak masuk dan beratur di belakang ketua yang dipilih. Selesai semua, kedua-dua kumpulan akan main tarik tangan, kumpulan yang kuat harus menang lah ye. End.

7. Galah Panjang

Saya suka yang ini. 6 orang je dah cukup korum dah. Tapi kalau nak lagi best 10 orang baru mencabar! Seorang akan jaga paling depan, tengah dan belakang (ini untuk 6orang kalau 10, lebih lagi pengawal keselamatannya). Selalunya kami akan main di court badminton. Salah seorang yang berjaya melepasi semua 'halangan' dan sampai ke tempat mula tadi, maka kumpulan itu akan menang dan boleh main lagi sampai lah semua 'mati' baru boleh tukar turn jadi pengawal pulak. Enjoy sangat main ni dulu, sampai tak makan pun tak pa janji dapat main dengan kawan-kawan :)

8. Mak pergi pasar.
Letak tangan di tengah then sila nyanyi "mak mak, mak pegi pasar, mak beli baju warna apa?" If sampai kat jari orang tu dia perlu jawab "merahh" then kira M.E.R.A.H dan satu jari perlu ditutup. Sapa yang semua jari dah tutup, dia menangggg!! :P

9. Assalamualaikum, kom ape kom bek...

Saya rasa ni semua orang tau...acara menyambung perkataan terakhir kaedahnya. Kesudahannya saya pun tak tau macam mana.:P

10. Malam yang sepi

Yang ni lebiih kurang macam di atas juga. Ala-ala sep sep sep tom tom tom juga, tapi kena nyanyi begini "malam yang sepi pi pi, pak mat jual roti ti ti, rotinya koyak yak yak, pak mat jual tempoyak yak yak, tempoyaknya basi si si, pak mat jual nasi si si......"sila sambung sendiri :)

11. Happy family
One happy family! Ingat lagi? :) Ini feberet saya sebab saya boleh gembira berhari-hari sebab dapat kumpul banyak family. Selalu bertandang rumah jiran semata-mata nak main happy family :)Yang saya ingat ada famili Bun, Bone, Stone apa tah lagi...Sapa paling banyak dia family dia menang. Kalau tak cakap 'thank you' kira tak aci ok.
12. Snap!
Main ni la paling havoc ya amat amat. Kaedahnya menggunakan kad juga. If ada gambar yang double, perlu Snap cepat cepat dan dapat amik semua kad tu. Main lah sampai letih baru berenti...hihi.

13. Old maid/donkey

Kad dibahagikan pada setiap pemain. Rakan sebelah akan 'cabut' satu kad. Kalau ada yang sama, ambil dan letak ditengah. Sapa habis dulu dia menang. Dan orang last yang dapat old maid atau donkey kalah dan akan di ejek old maidddd atau donkeeeyyyy! :) Sampai sekrang saya simpan lagi kad-kad tu. Rindunya nak main :)

14. Batu Seremban
Tak payah eleborate lah yang ni semua orang tau kan. Dulu-dulu saya teruja betul main ni sampai saya beli 7biji 'bantal kecil' yang ada jual kat sekolah. Alah yang dalamnya isi beras dan dijahit comel-comel tu. Tapi ibu marah sebab beras kan makanan, mana buleh buat lambung-lambung. Lalu ibu buat sendiri guna kacang soya. (eh, kacang soya bukan makanan ke?) Sebenarnya ibu taknak guna beras sebab tiap kali main mesti beras terkeluar dan menyemakkan rumah..hihi.

15. Main Getah

Kalu main getah ni memang tak ingat dunia taw. Time rehat semua berkumpul bawah pokok penangan getah punya pasal. Kat skolah agama pun main, balik pun main sampai nak senja. Balik rumah kena denda dengan ibu. Padan muka. Dulu-dulu saya terror main ni, siap boleh buat 'lompat bintang' untuk kategori ketinggian paras kepala. Tapi tu zaman sekolah rendah la kan, kalau sekarang suruh buat begitu, harus berterabur satu persatu getah yang tak bersalah tu...hehehe. Teringin nak main tapi risau suami tak ngaku bini...kihkihkih.

16. Tutup botol

Ingat tak dulu kat kantin sekolah selalu jual air gas F&N macam-macam kaler tu. Ha, tutup botol tu la kitorang suka kumpul untuk main. Pantang cikgu takde je semua pakat keluarkan penutup botol masing-masing. Perlu 5 biji, then baling atas meja. Kemudian pilih satu untuk dikeluarkan, so tinggal 4 aje la. Then kawan yang lain akan request yang mana satu yang perlu kita 'teget'. Harus la mereka pilih yang susah-susah kan. Kalau berjaya, then timbang (macam main batu seremban tu) untuk pungut markah, sambung lagi sampai 'mati' baru turn yang lain pulak.

17. Pemadam

Main 'rubber' ni time cikgu ngajor pun on aje. Sebab 2 orang dengan kawan sebelah so tak perasan. Tekan hujung rubber tu supaya di bergerak ke arah rubber pihak lawan, tapi satu turn sekali tekan aja ye kawan-kawan. Kalau rubber saya menindih rubber kawan saya, maka saya dinobatkan sebagai pemenang. Mudah kan?

18. Nama, negeri

Game ini berilmiah la sikit dari yang lain-lain tu...hehe. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah sehelai kertas dan sebatang pen/pensil. Selalu yang menjadi mangsa adalah buku bahasa jawi dibahagian tengah..huhu. Buat column untuk bahagian Nama, Negeri, Buah, Binatang, Benda dan ruangan markah. Seorang kana pilih satu hurup dan tulis apa yang berkaitan yang bermula dengan hurup yang dipilih tadi. Contoh hurup M : Mona, Melaka, Manggis, Musang, Mangkuk. If ada yang sama dengan yang lain, maka markah pun kurang lah.

19. Kamera kertas

Saya terer buat kamera kertas ni dulu. Dalam 'kamera' tu letak gambar yang dilukis. Selalunya kalau kawan nak pekena ni, mereka lukis gambar huduh2. Kemudian tangkap gambar saya dan tunjuk gambar yang dilukis tu kengkonon itu lah saya. Tak baek taw.

20. Bola beracun

Zaman saya di hostel dulu time riadah selalu juga main. Tapi saya selalu terkeluar awal. tak pandai mengelak plus badan berat so tak berapa cargas mengelak bola...wakaka. Bahagikan 2 kumpulan. Satu kumpulan akan buat satu bulatan, dan kumpulan satu lagi akan berada di tengah. Yang kat luar akan baling bola ke arah dalam bulatan, so siapa yang kena bedebuk bola di badan, maka out lah. Bila dah tinggal seorang je dalam bulatan tu, hanya 10 balingan saja akan dibuat. Kalau berjaya mengelak 10 hentaman itu, kumpulan tu menang dan boleh terus kan bermain lagi :)

21. Pepsi Cola

Ni main pijak-pijak kaki kawan sebelah (buat bulatan). Kalu kena pijak, otomatisnya get lost ok. Haruslahh saya orang paling awal terkeluar...hehe. Teruskan sampai tinggal dua orang. Selalunya yang tinggal dua ni yang susah nak kalah, masing-masing terer elak. Bagai menunggu buah durian gugur je menengok derang main tak sudah-sudah lagi...hehe

22. Cop tiang.

Untuk game ini, bahan-bahannya adalah at least 6 tiang. Sorang amik satu tiang, yang berdiri di tengah akan berusaha untuk rampas kuasa tiang. Pemegang tiang mesti exchange tiang, kalau yang yang ditengah tadi berjaya merampas tiang, maka tiang itu menjadi milik mutlaknya. So silalah berada ditengah untuk take turn ya.

23. Teget kasut

Saya sukaaaa main ini walaupun asik kena bola saja :P. 3 buah kasut akan disusun secara berdiri.
Contoh : Setiap ahli kumpulan A akan membuat 3 Teget (baling/tuju) untuk menjatuhkan kasut itu. Once dah jatuh, kumpulan B akan bersedia untuk 'mematikan' satu persatu ahli pihak lawan menggunakan bola atau kasut. Salah seorang dari kumpulan A harus menyusun semula kasut dan langkah untuk menang! Kadang-kadang dah susun tapi tak sempat langkah lagi dah lebam punggung kena 'hentam'. Bukan senang tau :o

24.Teget tin.

Sama seperti di atas. Bezanya ganti kasut dengan tin dan susun secara bertingkat :)

25.Binggo

Buku matematik saya selalu jadi mangsa kekejaman saya untuk main ni :P. Tulis no 1 - 25 dalam kotak, semua pemain pilih satu nombor ikut turn. Bila dah cukup 5 nombor sederet then jeritlah BINGGO!! :D

Banyak juga ye aktiviti main saya dulu. Sekarang ni tak da dah menda-menda ni semua. Mungkin Syeefa akan mewarisi pulak..ngehngeh. Tapi ada ke kanak-kanak zaman sekarang ni main lagi semua ni?