CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 28, 2009

CONTEST KENANGAN BERPUASA

Contest menarik ini dianjurkan oleh Mamamanja. Saya perlu buat entri tentang kenangan puasa paling menarik zaman kecik-kecik. Syarat-syaratnye anda mesti follow-follow blognya, add dalam bloglist, letak banner di sidebar dan linkkan ke blog Mamamanja seterusnya linkkan blognya dalam entri anda. Untuk keterangan lebih jelas dan padat, kalian terjah blog Mamamanja ya.
Malunya saya nak buka pekung di dada..hihi. Banyak kisah puasa yang-yok saya dolu-dolu. Saya teringat semasa disekolah rendah. Ibu suruh saya berpuasa penuh. Saya puasa dalam keterpaksaan. Ekeke. Masa dulu, rasa dahaga yang lebih-lebih mengatasi rasa lapar. Asik terbayang-bayang air masak sejuk dalam peti ais. Saya minta kebenaran ibu nak minum air. Masakan ibu nak bagi kan walau dipujuk-pujuk. Ibu kata "sabarla sikit, lagi berapa jam je lagi" (padahal baru kul 1 tengahari tau kalian). Saya jawab " ala, boleh la ibu, nak minum sikittt je, pastu puasa balik la.." (ade ke pulak gitu kan? dulu jahil lagi..hihi) Ibu balas "ishh, sikit pun tak boleh. Minum sikit pon batal le posa tu...". Balik je rumah, terus ke bilik mandi. Apa lagi, sambil mandi minum air paip la. Hihihi. (sape suruh ibu tak bagi kan? dah anak ibu ni minum air paip-si .) Lega rasanya masa tu. Boleh kata hari-hari saya minum air paip untuk hilangkan dahaga. Pernah satu hari tu, saya tolong ibu buat kuih goyang. (ala, kuih rangup-rangup-bentuk-bunga tu). Sementara goreng, saya masukkan kuih goyang tu dalam mulut bila ibu pergi ke ruang tamu. Huhu. Sedang kunyah-kunyah, ibu pamggil pula. Saya pon pergi ke ruang tamu dengan mulut penuh. Saya terlupa saya sedang makan! Hah, apa lagi..terimalah leteran-bebelan-pokpekan ibu 3 hari 3 malam. Kes lain pula, saya selalu curi-curi makan biskut raya semasa sedang buat kutih raya. Saya masukkan 2 3 ketul biskut raya dalam poket, masuk bilik air dan makan. Hehe. Teruknya peel saya kan kawan-kawan. Hehehe. Makan nasi lebihan bersahur pon saya pernah lakukan. Tapi ketika ibu tiada di rumah lah. Saya sedaya upaya hapuskan bukti-bukti supaya ibu tak perasan. Kuikuikui. (saya harap ibu saya tak jumpa blog saya ni, hihiks).
Begitulah kisah kanak-kanak riang saya. Bila dah besar, saya insap dan bertaubat. Hehe.
Kalian, mari join contest ni. Boleh kongsi-kongsi pengalaman zaman kanak-kanak ribena. Mesti lucu dan menarik :P

Wednesday, August 26, 2009

KUIH RAYA GIVEAWAY

Giveaway kali ini pulak datangnya dari MAMAeina iatu mama kepada si hensem boy-UZMA. Untuk join giveaway ni, tak perlu susah-susah apa pun kalian. Cume perlu jadi follower dan add blog MAMAeina dalam bloglist kalian. Seterusnya kalian perlu buat entri ringkas dan tinggalkan link anda di entri blog MAMAeina. Mudah saja kalian. Mari kita join ramai-ramai, memeriahkan giveaway ni sambil memberi sokongan padu kepda MAMAeina! Giveaway ini dianjurkan untuk memperluaskan jualan secara onlinenya. Sebelum ni MAMAeina memang tiap-tiap tahun jual kuih rayanya yang sedap itu. Walaupun saya tak pernah rasa, tapi saya yakin kuih raya MAMAeina sedap-sedap semuanya. (Manalah tau, kalau-kalau MAMAeina tergerak hati mahu kirimkan saya barang sekotak dua kuih rayanya, jimat bajet saya..ekeke). Jadi, tunggu apa lagi, cepat sertai sekarang!

Tuesday, August 25, 2009

SALAM RAMADHAN 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua kawan-kawan blogger saya. Wah, dah masuk hari 4 Ramadhan baru nak tulis entri kah? Al maklumlah sebelum ni saya busy masuk contest sana sini, ehehe.
Saya dan keluarga, mengucapkan salam Ramadhan serta selamat menjalani ibadah puasa dengan hati nurani yang luhur dan ikhlas. Semoga di bulan yang mulia dan penuh berkat ini, kita buang segala sifat yang tidak baik dan semaikan sifat-sifat mahmudah didalam diri kita, keluarga dan masyarakat. Semoga kita peroleh jua keberkatan dari Allah SWT.

USTAZ ASRI ~Al-Fatihah~

Assalamualaikum...
Walaupun Ustaz Asri telah lama pergi, ia masih terkesan dihati saya. Hilang lagi seorang insan berbakat besar di dunia fana ini. Saya mengkagumi bakat beliau dan bangga kerana beliau begitu mengangkat irama nasyid ditahap yang tersendiri! Kini, Ustaz Asri telah tiada. Beliau pergi di usia 4o tahun kerana serangan jantung. ~innalillahiwainnailaihirojiun~ Pemergiannya mengejutkan. Salam takziah buat keluarga arwah. Entah bila giliran kita diambil nyawa oleh yang maha Esa. Saya memohon agar amal ibadat saya yang tidak seberapa diterima olehNya....Amiin....

Ada yang pernah kata, muka suami saya seiras Ustaz Asri. Saya tak tau tang mana yang irasnya. (tapi saya akui jugalah, sebab arwah kacak dan bermuka bersih..hihi) Mungkin atas faktor itu jua saya rasa sedih sampai hari ni.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. ~Al-Fatihah~

Friday, August 21, 2009

JOM MEMASAK BERSAMA......CONTEST

Gigihnya menyertai contest-contest kan kalian? Tujuan utamanya untuk mengeratkan silaturrahim sesama blogger. Tak menang pun tak apa (eden pasrah, huhu). Hari ni tringin nak join contest di blog Mujahid-huda-Amirul. Manalah tau, barangan Tupperware singgah di depan rumah saya. Hihiks.

Untuk contest ini, saya perlu buat entri masakan yang paling simple dan upload gambar masakan tersebut. Jadi saya pilih resipi AISKRIM GORENG yang simple dan sedap ini. Sebenarnya saya pernah 'menampilkan' resipi ini di sini, tapi untuk penyertaan contest ini saya pamerkan sekali lagi. (manala tau kalau ada yang ingin mencuba resipi sedap lagi berkhasiat ini :P). Resipinye amat senang (saya ambil dari resipi.net), tak perlu menumis bagai, cuma sediakan bahan-bahan mengikut resipi dibawah :

Bahan-Bahan:
1 bungkus roti
1 tupperwear Ais krim (tak kisah rasa apa)
4 biji telur (Dipukul)
Air kosong
Serbuk roti
Sedikit minyak untuk mengoreng

Cara membuat:

1.Mula2 basahkan roti sedikit dan masukkan ais krim ke dlm roti yang dibasahkan tadi.
2.Tutup roti sehingga menjadi bulat - tutup dengan menggunakan air tadi
3.Golek dengan telur yang sudah di pukul
4.Golek lagi dengan serbuk roti
5.Goreng dengan minyak panas sehingga garing ya.

Senang dan mudah kan? Pejam mata pon boleh buat..hihi. Sesuai dimakan time tengahari rembang, dan petang yang damai. Selamat Mencuba!

DAYANG GIVEAWAY

Kali ni saya join contest oleh blogger Dayang pula. Saya harus pilih barang yang saya suka dalam blognya. Masalahnya, saya suka semua! Hasil kerjanya sangat cantik, dan kiut. Geram saya tengok. Macam-macam ada diblognya : Keychain, Crostich, Slipper, Baju, pelbagai Pouch, Hairclips dan barang comel-comel yang lain. (lepas ni Dayang harus pertimbangkan untuk peserta pilih 8 barang, hihi). Saya perlu pilih 1 barang sahaja. Saya perlu masa untuk pilih mana satu yang berkenan di hati saya (dan anak..ekeke). Saya dalam dilema mahu pilih hairclip atau slipper? Saya membayangkan Syeefa saya memakai barang kiut tersebut :P Akhirnya, setelah ditimbangtara , saya memilih HAIRCLIPS. Jika kalian mahu join giveaway ni, sila ke blog Dayang untuk keterangan lebih sempurna.

Ini dia handmade Hairclips yang kiut miut oleh Dayang :)

Antara barang lain yang berkenan di hati saya :)

Fell Slipper. Comel kan kalian? Kreatif sungguh 'tukang buat' ini ya.

Saya tak tau apa nama benda kecil comel dia atas. Yang pastinya buat saya geram amat!

Kalau kalian mahu tempah, sila ke blog Dayang ye. Pasti anda 'tak tahan' lihat macam-macam barang menariks :)

Thursday, August 20, 2009

CANDID GIVEAWAY CONTEST

Saya sertai contest lagi :) Kali ni anjuran akak Zieha. Kak Zieha anjurkan candid giveaway contest sempena birthday monthnya. Saya perlu uploadkan 1 gambar yang boleh dikategorikan candid habis atau yang paling happening, lucu, sedih, gembira, terkejutss yang pernah saya amik. Syarat-syarat lanjut, kalian zoom ke blog Kak Zieha ya. Saya godek-godek gambar dalam simpanan, pilih mana yang saya rasa unik dan menarik. Akhirnya, saya pilih gambar ini :

Ini gambar semasa wedding sepupu saya di Kedah. Pengantin lelaki merajuk kah? Sang isteri nan jelita mahu suap, jual mahal pula ye. Hihi. Saya tercandid gambar mereka, nampak kiut plak dari pandangan mata bundar saya. (aicehh..). Tuan punya gambar, mintak izin letak gambar kalian berdua untuk contest ini ye. Kalau saya menang, saya bagi royalti pada anda. Hihi.

Contest ni tamat pada 31 Ogos 2009. Jadi tunggu apa lagi kalian, jom pakat ramai-ramai hantar gambar candid anda sekarang!

GIVEAWAY - Galeri Pengantin

Assalamualaikum...
Semenjak dua menjak ni, saya rasa saya telah mengalami sindrom masuk-contest-macam-macam. Bila saya lalu lalang di blog-blog saya terjumpa contest yang menarik ini di Galeri Pengantin. Semua blogger boleh menyertai contest ini di mana anda perlu menceritakan "Tempat Idaman Anda Melangsungkan Perkahwinan" di entri blog anda. Yang sudah berkahwin pun boleh join tau dan ceritakan tentang perkahwinan impian anda yang tidak kesampaian.(manala tau kot boleh jadi perkahwinan impian orang lain, hihi) .Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2009. Untuk info lebih lanjut sila ke Galeri Pengantin ya!
Jika masa boleh di ulang semula .........
Saya sukakan perkahwinan di tempat yang ada air seperti pantai, tasik, dan air terjun (lombong tak masuk senarai ye). Apa yang saya termimpi-mimpi sampai sekarang ialah alangkah indahnya bila majlis saya diadakan di dalam taman di mana ada kolam air terjun yang indah (bukan air terjun betul tu,yang buatan manusia punya, ada ikan-ikan yang cantik) dan di atas rumput hijau nan meluas! Terdapat pohon-pohon redup, bunga-bunga yang berwarna warni, udara yang nyaman sekali. Pelamin akan ditempatkan di hadapan air terjun. Jadi saya boleh dengar bunyi air terjun yang tenang. Bunga-bunga segar akan menghiasi majlis saya. Anak-anak kecil, 3 lelaki dan 3 perempuan akan jadi flower kids. Yang lelaki akan bertuxedo dan bow di leher, dan yang perempuan pula pakai cekak berbunga-bunga (tak tau panggil apa) dan mengiringi pasangan pengantin Pengantin pula, pakai sedondon warna off white yang direka khas oleh Radzuan Radzwill dan di mekap oleh mekap artis Siti Nurhaliza :P Pengapit saya jua harus sedondon warna krim. Saya mahu di arak menaiki kereta kuda ala-ala Cinderella tu, pastu, bila turun saya akan berjalan di atas white carpet gitu. Tetamu akan dihiburkan dengan persembahan Siti Nurhaliza (dan Dato' K) hehe. Saya mahu Siti nyanyi lagu Dealova. Makanan untuk pengantin dan tetamu disediakan oleh Chef Wan. (wah, kelas gitu. Hihi). Pastinya saya ingin semua yang hadir berkongsi kegembiraan dan puas hati berada di majlis saya.
Hehe...walaupun mustahil, tapi itulah impian saya. Manalah tau kalau-kalau ada penaja yang sudi merealisasikan impian saya ini untuk bersanding kali ke-2 sempena anniversary saya. Hihihi. (pewasan).

Wednesday, August 19, 2009

GIVEAWAY 1 - kedaiadik

Hari ini, saya lalu lalang di blog-blog secara random. Dan saya terjumpa blog kedai adik, dan terasa mahu join pula. Mana tau untung-untung saya dapat buku di atas.Hihiks.
Saya mahu sangat buku Caring for your Baby itu. Kenapa?
Saya adalah ibu baru yang mempunyai anak berusia 6 bulan. Saya mahu menambah pengetahuan di dalam bab penjagaan bayi/anak. Banyak lagi yang perlu saya baca dan belajar apabila menjadi seorang ibu. Saya mahu menjadi ibu yang terbaik buat si kecil saya. Saya belum puas menambah pengetahuan tentang dunia anak-anak. Masih banyak yang perlu saya tahu, salah satunya dari buku ini! Mungkin dari pembacaan melalui buku ini, saya dapat ilmu yang tidak boleh didapati di sumber-sumber yang lain.
Ini saya ambil dari blog kedai adik ataupun mommy wati :)
ABOUT THE BOOK:
Looking after your baby can be a wonderful but challenging time and this book offers both the advise and the reassurance that all parents need at some point during their baby's first year.
You'l find:
  • practical advise on every aspect of your baby's needs and development during the first year
  • clear, step-by-step guidance oneveryday care from holding and feeding and soothing and bathing your baby
  • essential information on key development milestones
  • handy tips from mothers who share their own experiences of looking after their baby.
Jika kalian mahu buku ini jua, sertai contest in sebelum 20 Ogos 2009 pada jam 11.59pm!

Tuesday, August 18, 2009

DANIEL 4 TAHUN

Hari Ahad, 9 Ogos lepas..kakak ipar saya (kak ina) menganjurkan majlis hari jadi anak bujangnya yang berusia 4 tahun. Majlis tersebut bersekali dengan tahlil dan juga majlis menyambut Ramadhan Al-mubarak. Saya baru sempat update hari ni.

Di kesempatan ini saya nak wish kat anak buah bertuah sorang ni (mana tau kot-kot besor nanti rajin baca blog acu ni kan kan Daniel? Hehe).

'Happy birthday to you....happy birtday to you...

happy birthday to Muhammad farish Daniel....

Happy birthday to you.........:)'

Semoga jadi budak baik, dengar cakap mama (dan acu, ekeke), rajin, bijak pandai, baik hati dan sihat walafiat...aminn. Daniel dan 4tahun, tahun depan dah nak pergi sekolah...tak buleh nakal-nakal dah, tak buleh nak beli mainan aje tau....muaahhckss!

Saya lambakkan gambar-gambar buat senaman mata anda ye...hiks.

Bithday cake Ben-10 (Daniel suka sangat watak kartun nih). Tak tempah, siap ada di kedai dah.

Yang ini di bahagian atas. Nak makan pun sayang rasanya.

Makanan 'masak sendiri' buat tetamu-tetamu yang hadir. Menu : Mee Kuah, Bihun Singapore, Bubur Kacang, Bubur Pulut Hitam, Agar-Agar, Buah Tembikai dan Air Sirap =)

Tetamu ambil makanan.

Bithday boy excited sangat nak potong cake :P

Tiup lilin nan hidup-segan-mati-tak-mahu itu. Jadila, asal ada. Biar anak-anak seronok, kita yang tua kenang saja zaman dolu-dolu, hehe.

Ibu dan Syeefa :) (Ada macam rupa saya kah?)

Rakan-rakan seperjuangan Daniel. Aihh? Saya dan Syeefa 'tersengaja' selit di gambar atas. Hihiks.

Kita buat macam majlis sendiri lak kan Syeefa. Nak mamam kek ye? Tak leh, nanti gumuks (macam ibu). Hahaha.

Bitrhday Syeefa lambat lagi nu. Tahun depan ibu jemput Siti Nurhaliza datang ye. :P Ape? tak nak CT? Nak Mawi?? ~tepuk dahi nan luas~ (Kuikuikui).

Anatara jiran tetangga yang hadir.

Selitlah sket gambar papanya. Agar tidak bermasam muka dengan ibu nanti. (Hehehe).

Daniel dengan hadiah-hadiahnya. Acu tak sempat beli lah, Acu kasi belated nanti ye :)

PC FAIR (PISA)

Ahad, 8 Ogos yang lepas saya ke PC Fair di Penang Internatonal Sports Arena (PISA). Suami yang beria-ia mahu ke sana. Saya juga memang teringin mahu lihat keadaan di sana. Di samping itu, manalah tahu kalau-kalau ada 'objek' yang terbekenan dihati suci saya. Hiks.

Melangkah masuk saja, saya mula tak senang hati. Manusia teralu ramai. Saya sekadar tengok-tengok dari jauh saja apa yang cantik menawan. Saya mahu cepat-cepat pusing seraun dan keluar dari bangunan itu rasanya. Sebelum datang ke sini, saya terlupa langsung tentang wabak H1N1. Kalau tidak, taubat saya tak akan pergi! Kasihan Syeefa saya. Saya harap tiada apa yang memudaratkannya.

Syeefa khusyuk mendegar penerangan pekerja syarikat. Hehe. Nampak macam faham saja butir-butir perkataan mereka. Selepas itu, saya cepat-cepat keluar bawa Syeefa dan tunggu di dalam kereta sahaja. Biar suami dan kawannya masuk semula dan survey apa yang patut.

Setelah dibincang-bincang, akhirnya kami (saya dan suami) terbeli jua sebijik laptop. Ehehe. Murah saja. Jenama pun tak glamor. Dan kami register terus Maxis Broadband. Haihh, bertambah lagi tanggungan kami (sapa suruh?)...Tak mengapalah, mungkin ada hikmah disebaliknya. Kuikui.

Ini dia 'objek' tersebut. Saya puas hati. Berbaloi-baloi!

Laptop biasa-biasa saja. Belum mampu beli yang mahal-mahal.

Sejak ada 'barang' baru ni, hari-hari saya online tau kawan-kawan. Kalau ia bernyawa, pasti ia akan muntah mengadap muka saya tiap hari. Heheh.

Sekian dahulu ya. Daa....

Sunday, August 16, 2009

NUR SYEEFA FARISHA

Hai semua!

Hari ini saya lapang dada. Tiada kerja nan bertimbun, jadi saya relaks-relaks dan tenang mahu mengupdate blog. Ah haa...inilah entri yang saya tunggu! (patutnya pembaca harus menunggu, ini sang penulis plak, dah terbalik...ehihi). Selama ini saya hanya sebut-sebut Si Kecil S, Si Comel S dan sebagainya kan? Hari ni, di pagi nan indah berseri (chaitt..), saya pertontonkan pada kalian insan kecil comel yang dimaksudkan.

Saya intro dulu ya.....

16/02/2009(Isnin)

Saya dah mula bercuti seminggu awal walaupun due date saya 23/02/2009 (Isnin). Bukan apa, saya takut terbersalin di tingkat 21 ofis saya..! Ehehe...lagipun saya sudah tak larat mahu ulang-alik naik feri, bas segala...Saya dah terbayang warna pink-pink kerana imbasan menunjukkan baby saya girl ~applause~.

17/02/2009 (Selasa)

Berdebar-debar rasanya. Membayangkan itu ini. Haiihh...rasa tak sanggup nak rasa sakit seperti yang digembar-gembur. (iya lah, bersalin mesti la sakit kann?) Malam itu, terjaga jam 3 pagi sebab rasa sakit yang amat di bahagian belakang. Kejut sang suami. Dia ajak ke hospital. Tapi saya tak bersedia lagi. Saya rasa sakit yang biasa-biasa aja. (mungkin salah duduk/baring).Malam tu memang tak lena tidur. Sekerap 15-20 minit sekali terasa sakit bahagian belakang.

18/20/2009 (Rabu)

Pagi Rabu dah rasa lega. Tak sakit apa-apa. Ke Klinik Kesihatan Seberang untuk rutin cek. Semua ok. Tanya pada misi pasal sakit belakang saya semalam. Misi kata mungkin salah duduk/baring. (biar betul misi nih??). Suami bercuti. Kami sempat lagi menonton wayang Upin-Ipin (hihi). Petang, teringin makan cendol dan laksa pula. Singgah di tepi jalan. Makan puas-puas. Air kelapa pun minum seplastik..! Malamnya, rasa sakit yang amat di bahagian (tulang) belakang datang lagi. Saya ajak suami join untuk berjaga bersama. Dia nampak risau. Saya cuba bertahan hingga ke pagi esoknya.

19/02/2009 (Khamis)

Seawal jam 6, selepas mandi dan bersolat saya (kami) bersiap mahu ke hospital Seberang Jaya. Barang-barang (jika di tahan wad) akan di bawa kemudian oleh suami. Hospital hanya 5 minit (tak sampai pun) dari rumah. Di hospital, saya ke bilik pemeriksaan. Doktor cek bukaan, sudah 2cm dan saya ditahan di wad. Suami bawa air selusuh, air rendaman genggam Mariam (betul ke eh nama ni?), surah Yassin, pakaian ibu dan bayi serta makanan. Saya sangat nervous ketika itu, membayangkan saat-saat bersalin. Tak putus-putus berdoa agar baby keluar dengan mudah dan selamat. Malam itu, sakit datang lagi, kali ini kontraksi makin kuat. Saya tak tidur semalaman. Sakit belakang yang amat sangat. Mata sudah ngantuk, tapi sakit datang setiap 10 minit sekali (macam mana mau tidur??). Kira-kira jam 1 pagi, saya mengadu tak tahan sakit pada misi bertugas, dia cek bukaan masih 2cm. Saya tak ketahuan. Sekejap di atas katil, sekejap di kerusi, sekejap ke hulu kehilir pusing satu wad. Suami SMS minta saya bertahan dan sabar.

20/02/2009 (Jumaat)

Bila hari cerah, sakit berkurangan pula. Mungkin siang baby tidur rasanya, malam-malam aktif bukan main pula, menyebabkan ibunya sakit-tak boleh tidur (hihi). Mengikut kata doktor, misi dan ibu-ibu di hospital, sakit belakang jua adalah tanda-tanda mahu bersalin. Mengapa misi di Klinik Kesihatan tak tau fakta itu? (Haiihh, kena pergi kursus lagi nih..huhu). Ibu telefon, mahu datang ke sini naik bas. (Ayah ada hal). Dia risaukan anaknya ini sakit. Semasa mandi saya lihat ada tanda-tanda (cecair darah). Jam 10 pagi, sesi cek bukaan beramai-ramai oleh doktor pakar. Turn saya yang terakhir. Doktor terkejut, kerana bukaan serviks sudah 7cm! Tapi pagi itu saya tak rasa apa2. (tak sakit-sakit apa). Terus saya disorong ke labour room. Sempat saya request mahu telefon suami dan minum air selusuh.

Alat pengesan jantung (lupa namanya, CTG kot?) diletak atas perut. Aduyai, rimas pula rasanya. Saya sangat takut, berdebar dan ngantuks amat. Doktor pecahkan air ketuban. Tak sakit pula (setengah orang kata sakit). Tak berapa lama, kontraksi menyerang kembali. Misi-misi (temasuk student praktikal) mengelilingi saya. Saya rasa lega jika ada sokongan. Saya disuntik ubat tahan sakit yang biasa (bukan epidural), dan saya rasa mengantuk dan lali. Tertidur jua beberapa kali. Jam 2.40, bukaan terbuka sepenuhnya. Beberapa kali cuba meneran, tak mampu kerana tak cukup nafas + tak reti + ngantuk. Doktor bantu dengan menekan perut untuk mengelak kan baby terlalu lama dalam perut. Alhamdulillah, tepat jam 3.03ptg, lahir lah baby saya seberat 3.32kg yang diberi nama NUR SYEEFA FARISHA.

Syeefa baru keluar dari perut ketika ini. Opahnya datang dari jauh, belah mulut dengan kurma dan air zam-zam. Muka bayi baru lahir memang 'bengkak' kan kalian?

Baru beberapa hari. Syeefa tidur nyenyak, ibu sibuk ambil gambar pelbagai sudut. Ehehe.

Saya comot-lesu-berlemuih dalam pantang. Jadi difokuskan kepada bayi sahaja. Syeefa berambut lebat. Berkat minum kelapa hari-hari kot. Hehe.

Close-up sket. Baju besar dari badan. Suar pink naik sampai ke dada dah.

Hari ke-11, mak bidan yang mengurut saya cukur rambut syeefa nan lebat. Syeefa masih tidur, tak sedar diperlakukan sesuka hati kaum dewasa. Ekeke.

Sayang rasanya, rambut banyak Syeefa dicukur. Timbang di kedai emas nilainya RM300++!

Mak bidan mandikan Syeefa saya. Nangis pulak. Sejuk kot dia.

Syeefa dah siap-siap mandi-tempek bedak sejuk di muka. Dah bolen kepala Syeefa ye cayang...

Masa ini sudah 2 bulan. Bergambar dengan hadiah-hadiahnya. Terima kasih semua! Set bedak belum tentu habis pakai sampai 6 bulan pun. Jimat belanja ibunya. Ihihiks.

Lepas pantang sudah bawa berjalan-jalan.(Ibu bosan memerap di rumah, hehe). Syeefa di dalam stroller warna kusam tersebut.

Dalam kereta. Kak ina pegang Syeefa sementara ibunya sibuk belek kamera, fokus di sana-sini.

Di batu Feringgi. nasib baik Syeefa ibu ni tak meragam. Seronok berjalan makan angin ye...

Angin laut sepoi-sepoi bahasa buat Syeefa menguap-ngantuks.

Masuk 3 bulan sudah.

Syeefa dengan Abg Danielnya. 3bulan.
Gambar 4 bulan tiada, untuk tatapan peribadi sahaja. Hehehe. Sebenarnya ada di dalam handphone Motorola saya. Tak tahu macam mana mau upload.

Ini gambar Syeefa (5bulan ++) yang terlatest. Sudah macam-macam akal. Boleh jerit sampai jiran sebelah terjaga tidur (ekeke). Suka tengok kucing. Suka main bola (bola?). Akan di ceritakan di entri lain.

Inilah Syeefa saya. Masih breasfeeding. Saya menyokong kuat penyusuan susu ibu. InsyaAllah, ibu akan berikan yang terbaik untuk Syeefa ya. Moga jadi anak yang solehah, mendengar kata, bijak, baik budi pekerti, beriman, sayangkan keluarga, anak yang berjasa dan berjaya di dunia dan akhirat (nak list lagi memang panjang tak cukup patah perkataan) hehe.

Jadi kalian semua, Nur Syeefa Farisha akan jadi watak utama dalam blog saya selepas ini! ~winkwink~