CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 16, 2009

NUR SYEEFA FARISHA

Hai semua!

Hari ini saya lapang dada. Tiada kerja nan bertimbun, jadi saya relaks-relaks dan tenang mahu mengupdate blog. Ah haa...inilah entri yang saya tunggu! (patutnya pembaca harus menunggu, ini sang penulis plak, dah terbalik...ehihi). Selama ini saya hanya sebut-sebut Si Kecil S, Si Comel S dan sebagainya kan? Hari ni, di pagi nan indah berseri (chaitt..), saya pertontonkan pada kalian insan kecil comel yang dimaksudkan.

Saya intro dulu ya.....

16/02/2009(Isnin)

Saya dah mula bercuti seminggu awal walaupun due date saya 23/02/2009 (Isnin). Bukan apa, saya takut terbersalin di tingkat 21 ofis saya..! Ehehe...lagipun saya sudah tak larat mahu ulang-alik naik feri, bas segala...Saya dah terbayang warna pink-pink kerana imbasan menunjukkan baby saya girl ~applause~.

17/02/2009 (Selasa)

Berdebar-debar rasanya. Membayangkan itu ini. Haiihh...rasa tak sanggup nak rasa sakit seperti yang digembar-gembur. (iya lah, bersalin mesti la sakit kann?) Malam itu, terjaga jam 3 pagi sebab rasa sakit yang amat di bahagian belakang. Kejut sang suami. Dia ajak ke hospital. Tapi saya tak bersedia lagi. Saya rasa sakit yang biasa-biasa aja. (mungkin salah duduk/baring).Malam tu memang tak lena tidur. Sekerap 15-20 minit sekali terasa sakit bahagian belakang.

18/20/2009 (Rabu)

Pagi Rabu dah rasa lega. Tak sakit apa-apa. Ke Klinik Kesihatan Seberang untuk rutin cek. Semua ok. Tanya pada misi pasal sakit belakang saya semalam. Misi kata mungkin salah duduk/baring. (biar betul misi nih??). Suami bercuti. Kami sempat lagi menonton wayang Upin-Ipin (hihi). Petang, teringin makan cendol dan laksa pula. Singgah di tepi jalan. Makan puas-puas. Air kelapa pun minum seplastik..! Malamnya, rasa sakit yang amat di bahagian (tulang) belakang datang lagi. Saya ajak suami join untuk berjaga bersama. Dia nampak risau. Saya cuba bertahan hingga ke pagi esoknya.

19/02/2009 (Khamis)

Seawal jam 6, selepas mandi dan bersolat saya (kami) bersiap mahu ke hospital Seberang Jaya. Barang-barang (jika di tahan wad) akan di bawa kemudian oleh suami. Hospital hanya 5 minit (tak sampai pun) dari rumah. Di hospital, saya ke bilik pemeriksaan. Doktor cek bukaan, sudah 2cm dan saya ditahan di wad. Suami bawa air selusuh, air rendaman genggam Mariam (betul ke eh nama ni?), surah Yassin, pakaian ibu dan bayi serta makanan. Saya sangat nervous ketika itu, membayangkan saat-saat bersalin. Tak putus-putus berdoa agar baby keluar dengan mudah dan selamat. Malam itu, sakit datang lagi, kali ini kontraksi makin kuat. Saya tak tidur semalaman. Sakit belakang yang amat sangat. Mata sudah ngantuk, tapi sakit datang setiap 10 minit sekali (macam mana mau tidur??). Kira-kira jam 1 pagi, saya mengadu tak tahan sakit pada misi bertugas, dia cek bukaan masih 2cm. Saya tak ketahuan. Sekejap di atas katil, sekejap di kerusi, sekejap ke hulu kehilir pusing satu wad. Suami SMS minta saya bertahan dan sabar.

20/02/2009 (Jumaat)

Bila hari cerah, sakit berkurangan pula. Mungkin siang baby tidur rasanya, malam-malam aktif bukan main pula, menyebabkan ibunya sakit-tak boleh tidur (hihi). Mengikut kata doktor, misi dan ibu-ibu di hospital, sakit belakang jua adalah tanda-tanda mahu bersalin. Mengapa misi di Klinik Kesihatan tak tau fakta itu? (Haiihh, kena pergi kursus lagi nih..huhu). Ibu telefon, mahu datang ke sini naik bas. (Ayah ada hal). Dia risaukan anaknya ini sakit. Semasa mandi saya lihat ada tanda-tanda (cecair darah). Jam 10 pagi, sesi cek bukaan beramai-ramai oleh doktor pakar. Turn saya yang terakhir. Doktor terkejut, kerana bukaan serviks sudah 7cm! Tapi pagi itu saya tak rasa apa2. (tak sakit-sakit apa). Terus saya disorong ke labour room. Sempat saya request mahu telefon suami dan minum air selusuh.

Alat pengesan jantung (lupa namanya, CTG kot?) diletak atas perut. Aduyai, rimas pula rasanya. Saya sangat takut, berdebar dan ngantuks amat. Doktor pecahkan air ketuban. Tak sakit pula (setengah orang kata sakit). Tak berapa lama, kontraksi menyerang kembali. Misi-misi (temasuk student praktikal) mengelilingi saya. Saya rasa lega jika ada sokongan. Saya disuntik ubat tahan sakit yang biasa (bukan epidural), dan saya rasa mengantuk dan lali. Tertidur jua beberapa kali. Jam 2.40, bukaan terbuka sepenuhnya. Beberapa kali cuba meneran, tak mampu kerana tak cukup nafas + tak reti + ngantuk. Doktor bantu dengan menekan perut untuk mengelak kan baby terlalu lama dalam perut. Alhamdulillah, tepat jam 3.03ptg, lahir lah baby saya seberat 3.32kg yang diberi nama NUR SYEEFA FARISHA.

Syeefa baru keluar dari perut ketika ini. Opahnya datang dari jauh, belah mulut dengan kurma dan air zam-zam. Muka bayi baru lahir memang 'bengkak' kan kalian?

Baru beberapa hari. Syeefa tidur nyenyak, ibu sibuk ambil gambar pelbagai sudut. Ehehe.

Saya comot-lesu-berlemuih dalam pantang. Jadi difokuskan kepada bayi sahaja. Syeefa berambut lebat. Berkat minum kelapa hari-hari kot. Hehe.

Close-up sket. Baju besar dari badan. Suar pink naik sampai ke dada dah.

Hari ke-11, mak bidan yang mengurut saya cukur rambut syeefa nan lebat. Syeefa masih tidur, tak sedar diperlakukan sesuka hati kaum dewasa. Ekeke.

Sayang rasanya, rambut banyak Syeefa dicukur. Timbang di kedai emas nilainya RM300++!

Mak bidan mandikan Syeefa saya. Nangis pulak. Sejuk kot dia.

Syeefa dah siap-siap mandi-tempek bedak sejuk di muka. Dah bolen kepala Syeefa ye cayang...

Masa ini sudah 2 bulan. Bergambar dengan hadiah-hadiahnya. Terima kasih semua! Set bedak belum tentu habis pakai sampai 6 bulan pun. Jimat belanja ibunya. Ihihiks.

Lepas pantang sudah bawa berjalan-jalan.(Ibu bosan memerap di rumah, hehe). Syeefa di dalam stroller warna kusam tersebut.

Dalam kereta. Kak ina pegang Syeefa sementara ibunya sibuk belek kamera, fokus di sana-sini.

Di batu Feringgi. nasib baik Syeefa ibu ni tak meragam. Seronok berjalan makan angin ye...

Angin laut sepoi-sepoi bahasa buat Syeefa menguap-ngantuks.

Masuk 3 bulan sudah.

Syeefa dengan Abg Danielnya. 3bulan.
Gambar 4 bulan tiada, untuk tatapan peribadi sahaja. Hehehe. Sebenarnya ada di dalam handphone Motorola saya. Tak tahu macam mana mau upload.

Ini gambar Syeefa (5bulan ++) yang terlatest. Sudah macam-macam akal. Boleh jerit sampai jiran sebelah terjaga tidur (ekeke). Suka tengok kucing. Suka main bola (bola?). Akan di ceritakan di entri lain.

Inilah Syeefa saya. Masih breasfeeding. Saya menyokong kuat penyusuan susu ibu. InsyaAllah, ibu akan berikan yang terbaik untuk Syeefa ya. Moga jadi anak yang solehah, mendengar kata, bijak, baik budi pekerti, beriman, sayangkan keluarga, anak yang berjasa dan berjaya di dunia dan akhirat (nak list lagi memang panjang tak cukup patah perkataan) hehe.

Jadi kalian semua, Nur Syeefa Farisha akan jadi watak utama dalam blog saya selepas ini! ~winkwink~

2 comments:

izzahazfar said...

salam si comel "S"..
apa ye untie perlu panggil..

ni sms dari akmal..
"awak nak kawan ngan saya ehh...boleh..ajak mak awak mai umah..kita p jalan2"...hehehhe

nak jadi menantu untie ke miss s? boleh..
isi borang dulu..

~farah~ said...

tak jadik la...sian syifa dpt mak mentua garang amat...hehehe.

izzahazfar

salam si comel "S"..
apa ye untie perlu panggil..

ni sms dari akmal..
"awak nak kawan ngan saya ehh...boleh..ajak mak awak mai umah..kita p jalan2"...hehehhe

nak jadi menantu untie ke miss s? boleh..
isi borang dulu..

~farah~