CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 27, 2010

Unplanned celebration! :)

2 kali ahad yang lepas punya cerita baru nak buat entry.

Tak rancang nak shopping dan celebrate pun, tapi ianya tiba-tiba jadi satu hari yang begitu memorable :)

Ke Pacific Megamall untuk satu tujuan aje sebenarnya : Shopping kasut Syeefa.

Tapi dah jadi shopping untuk ibu-ibu....ekeke.

Sebelum tu mari tengok peel budak kecil ini tatkala di shopping complex. Dia buat macam rumah sendiri tau kawan-kawan...hihi.

Masuk celah sana, nyorok sebelah sinun :P

Bila dah penat, cari tempat landing plak. Tengok tu, boleh spot tak Syeefa kat mana? hehe...

Sambung plak aktiviti dia 'bershopping' :)

Semua kasut-kasut diatas semua saya berkenan! Rasa nak ambil bawak balik..hihi. Kalau ambil dapat sebelah je la :)

Saya paling suka yang ini tapi bertali pulak. Nanti Syeefa terpijak kan jatuh. Ceh3, sebenarnya ibu malas nak ikat....kuikui.

Akhirnya, ambil yang ini. Colourful gitu :)

Mari tengok hasil rembatan yang tidak disengajakan di hari tersebut :)

Handbag untuk ibu mertua saya, purse krim untuk kakak ipar saya, purse brown untuk ibu saya, kasut untuk saya, dan kasut kecil tu untuk Syeefa. Semuanya sempena hari ibu. Thanks ya Papa :)

Lepas shopping, terus teringin makan sesuatu. Destinasinya ialah Pizza Hut Auto City, Juru.

Syeefa makan apa saja yang ibu makan :)

Sedap Pizza terbaru ni. Nyumm...nyummmm :)

Burpppp...Alhamdulilah. Syeefa dah kenyang! :)

Walaupun biasa-biasa aje, tapi ianya sangat bermakna kerana saya ialah seorang IBU! :)

Wednesday, May 26, 2010

15 months of Syeefa :)

Lama sangat tak update perkembangan Syeefa :(

Last update masa setahun hari tu..ni dah setahun 3 bulan.

Kasihan Syeefa, bukan ibu lupa tau sayang, ibu tak berapa larat nak mengadap pc :(

Ok, hari ni saya update :)

1. Gigi Syeefa masih 4 batang itu lah, belum ada tanda-tanda nak tumbuh lagi seketul dua :)

2. Syeefa suka melompat dan berlari. Aktif sangat sekarang.

3. Minum susu 6oz. Kengkadang 8oz.

4. Malam-malam masih breastfeed walaupun takde ape dah nak dihisap. Dah dia suka, sua aje la, nyenyak tidurnya:)

5. Berat 10kg cukup2 tapi diapers remain size M. It's ok, jimat ibu :)

6. Suka makan pedas. Antara sup sayur dan kari, boleh teka kan dia suka mana satu?

7. Boleh bilang satu dua tiga dengan gaya sendiri. uuu..waaa..gaaaaa...hehe.

8. boleh indentifiy body parts dengan baik. Rambut, mata, hidung, mulut, gigi, tangan, kaki, punggung...part telinga dia confius sket...ekeke.

9. After tanggal baju, dia akan masukkan dalam bakul baju kotor terus.

10. Kalao dah poo poo, nanti akan datang kat sesapa dan tunjuk montot dia pastu buat bau busuk siap kipas2 hidung lagi tu. Tau kamu busuk ye anak, ibu ni tiap kali basuh je, hampir pengsan dibuatnye..ekeke.

11. Kalao kat shopping complex suka sangat lari celah-celah pastu suruh ibu cari kat mana dia.

12. Sukakan buku. Tahniah! Ini yang ibu mahukan :)

13. Rajin solat :D Cara dia la kan. Kalau kita bentang sejadah pastu dia terus 'aaa...barr'(Allahuakbar) then terus sujud...hihi. Kalau dengar azan pon begitu. Moga jadi anak yang solehah ye :)

14. Dalam banyak-banyak mainan, yang Syeefa paling suka ialah purse ibu dan barang make-up ibu. Tau function lipstick kat bibir, eye shadow kat mata, blusher kat pipi. Gara-gara bangun kul 6.30 pagi tengok ibu mekap :)

15. Suka bercerita. Walaupun tak paham apa butir bicaranya, angguk je lah :)

16. Pakar dalam sukan memanjat tangga dan kerusi meja.

17. Semakin aktif dalam bidang gigit menggigit dan cakar mencakar. Kalau kami suami isteri terdapat lebam-lebam , calar balar di mana-mana bahagian badan, bukan sebab kami bergaduh ye kawan-kawan. Paham-paham je la siapa punya angkara...hehehe.

18. Pantang tengok sesiapa keluar rumah, merengek nak ikut. Kalau takde sapa keluar, dia tariknya tangan ajak keluar, siap pakai kasut sendiri lagi.

Itu aje lah setakat ini..nanti update lagi kalau ada yang tertinggal.

Tuesday, May 18, 2010

Pelajar form 3 dan boifren tanam bayi baru lahir hidup2! DAMN!!

MELAKA - Tindakan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini bersama teman lelakinya menanam bayi lelaki yang baru dilahirkannya terbongkar apabila mereka ditahan di Taman Melaka Baru di sini Rabu lalu.Pasangan berusia 15 tahun itu ditahan selepas polis menerima satu laporan yang dibuat oleh ibu pelajar perempuan terbabit yang terkejut apabila mendapati keadaan anaknya yang berlumuran darah sebaik pulang dari tempat kerja.

Astaghfirullahalazim....kalau baby tu memang dah meninggal masih terima kepala otak lagi. Tapi baby tu masih hidup..kenapa manusia sekarang semakin kejam??
Salah siapa? Diri sendiri? Parents? Cikgu? Kengkawan?
Sangat sedih! Ramai sangat yang melahirkan anak tak sah taraf sekarang dan lebih mengecewakan bayi dilakukan dengan kejam!! BENCI!!
Tak susah ke korang mengandung?? Tak sakit ke korang beranak?? Tak de sekelumit sayang ke kat anak yang dilahirkan dari rahim sendiri??
Tak tau nak cakap apa dah. Moga-moga keluarga saya dihindari dari perkara yang bukan-bukan. AMIN.

Monday, May 17, 2010

TAG : Barang pertama :)

Tag BARANG PERTAMA

1. Barang kahwin pertama yang di pakai?
Kalau hantaran Handbag la. Pakai trus ke destinasi honeymoon :) Kalau hadiah kawen, pakai seterika dulu sebab ada 4 bijik..hihi.

2. Barang elektrik pertama yang beli bersama pasangan selepas sah bernikah dan duduk sebumbung?
LCD Toshiba. Tu pon setelah setahun lebih kawen. Sebabnya dok umah mentua. Semua dah ado!

3. Barang pertama milik peribadi yang dibeli guna duit hantaran?
Rantai emas.

4. Barang pertama yang dibeli selepas bergelar isteri?
Entah. Hilang ingatan plak tetiba. Maklom le, dah dekat 2 taon. Barang yang lepas jangan dikenang kata org. Ececeh, padahal diri sendiri yang nyanyuk dh :P

5. Barang mahal pertama dibeli sebagai suami isteri (beli dgn capai keputusan bersama)?
Rumah. Tapi belum boleh duduk lg. Haihhh..........
Ala...5 soalan je ke? Semangat nak jawab niiii....
Tag malam pertama takde eh?
wakakakaka.

Friday, May 14, 2010

Kalau tak gaduh boring jugak, tak berperisa :)

Masa jaman bercinta dulu kan, selalu gaduh dengan pasangan (sekarang sudah suami). Seminggu tu kalau tak bergaduh maknanya saya sedang bermimpi..kihkih. Kadang gaduh besar, kadang gaduh kecil, kadang gaduh mengada-ngada :)

Selalunya saya la yang suka cari pasal, TAPI semuanya sebab dia jugak...hehe. Sebab dulu kami pernah bercinta jarak jauh, bila saya bekerja di Ipoh, si dia pula di Penang. Saya suka berpikiran bukan-bukan terhadap dia. Bila dia tak balas mesej, mula la saya fikir dia ada dengan sapa tah ni? Padahal dia tengah betapa dalam bilik air. Bila kol hp dia, naik waiting, saya syak dia bergayut dengan orang lain, padahal orang bank kol untuk offer kredit card. Heheh. Tahap kejelesan saya agak tinggi...hehe. Nasibla si dia menerima saya seadanya, sebab dia pun 2 x 5 jugak :)

Kami berdua agak egois. Selalunya saya yang beralah bila saya tahu ianya lebih kepada salah saya dan bila tak leh tahan tu terpaksa mengalah la...hihi. Tapi, air yang tenang jangan disangka tiada buaya kawan-kawan. Kalau saya tahu memang dia yang salah, taubat la saya nak mengalah. Biar masing-masing ego sampai seminggu. Tak tahan weh tak contact seminggu :)Last-last cair jugak dia, sampai demam-demam rindu kan saya..hehe. Eh, si dia yang kata saya tak kata :) Yes, saya menang! PUAS!! ekekek....

Tapi sekarang, dah kawen, dah duduk sekali, tidur sebantal, makan pinggan asing-asing la..hehe. Susah lak nak gaduh-gaduh ni. Kalau ade pon, tak sampai 14 minit, ok la pulak. Ye la, kona-kona pon jumpa muka tu la jugak :) Kadang-kadang rasa tak thrill..hihiks.

Hmm, nak cari pasal la malam karang. Lama tak gaduh ni.
Wakaka.

Nikah

Sanding di Ipoh

Sanding di Penang

Saja nak mengimbas saat-saat bahagia kami 2 tahun lepas. Kebetulan 23rd ni our 2nd anniversary :)

Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan sampai ke akhir hayat. AMIN.

Wednesday, May 12, 2010

Syeefa new look : Ala-ala cendawan butang :P

Dek susah ya amat nak ikat rambut Syeefa, kami ibu bapak ni decide potong potong potong aje rambutnya itu...hihi. Layan gambar Syeefa berjalan-jalan di Tesco selepas rambut di potong ala cendawan butang yang dalam tomyam tu :)

Tengah menunggu papa buat cermin mata, ada uncle yang baik hati bagi Syeefa Nestle Yoco drink. Thanks Uncle :)

Baiknya Syeefa ni, nak share dengan ibu ye :)

HAPPY MOTHER'S DAY, IBU...Syeefa dan adik sayanngggg ibu :):):)

Monday, May 10, 2010

Naza Talya - Grand Paradise - Hard Rock Hotel

Ni kisah masa hari buruh yang dah 9 hari berlalu tapi hari ni baru kalut update :)
Kami sefamily cadang nak bercuti-cuti tapinya tak tau nak kemana plus saya malas plak nak ke luar daerah, sudahnya bercuti di negeri bermastautain saja...hihi.
Saya booked 2 bijik bilik hotel mulanya, dengan anggapan mana lah tau kalau salah satu hotel tu buat-buat tak tau yang saya dah booked kan naya tu..hihi.
Hotel pilihan pertama adalah Naza Talya Hotel sebab bukak tingkap boleh nampak laut, so kami zass ke sana dan berharap agar hotel yang lagi satu memaaafkan kami sebab tak sudi bermalam di sana...hehehe.

Masuk-masuk je Syeefa terus jadi operator :P Nice hotel, pemandangan cantik, selesa dan mengghairah kan (ha??)...kekeke. TETAPI...............

Aircond tak berfungsi la pulak dah. Jenuh hangat berpeluh dalam tu. Call reception katanya dah inform pihak maintenance, tapi lambat lagi baru boleh buat sebab banyak bilik lagi yang problem penghawa dinginnya. Sudahnya tak tahan berpanas, kami check-out. Nasib baik boleh refund deposit balik.

Sudahnya kami ke Grand Paradise pula. Nasib baik booked 2 hotel. Macam tau-tau je...kihkih. Jadi, takdela saya serba salah menghampakan salah satu hotel bukan? Dua-dua kami check-in..hihi.

Hotel Grand Paradise ni lebih murah dari Naza Talya, so tahap ke-best-an nya lebih rendah. Tapi okla, asalkan ada aircond sejuk sudaaa...:)

Kira ok lah dari takde ye tak? Syeefa pon ok je tido tak gerak-gerak :)

Dek sebab Syeefa dibuat mimpi, kami tapau je nasik kandar kat bawah hotel nun.

Malamnya, kami makan di restoran ikan bakar area Queensbay. Namanya Hammer Bay ikan bakar. Memang happening kat sini, tepi laut lagi tu :)

Lihat muka ibu gumbira diatas :) Orang sangat raamaaiii, tapi order tak sampai 10 menet dah sampai ke meja. Sungguh efisyen!

Nama pon kedai ikan bakar, mesti ada ikan bakar yang didatangkan sekali dengan air asam dan cabai kicap. Lain-lain : tomyam campur, kerabu mangga, sotong goreng tepung :) Puas hati!

Kemudian, esok pagi breakfast di hotel. Makanan ala-ala aje. Tak mengiurkan sangat...hihi.

After check-out esok pagi.

Singgah makan di gerai nasi berlauk kat Tanjung Tokong sebelum ke destinasi seterusnya.

Lepas dari tu, kami bertiga melawat Hard Rock Hotel plak. Saja menjenguk apa yang menarik disana. Memang best kalau menginap di situ. Ada pool untuk kanak-kanak ribena, pantai yang cantik untuk berbikini. Maksud saya tourist omputih la kan, kalau saya habis pengsan suma orang...ekeke.

Bergambar di depan gitar besar gedabak :) Ramai menunggu giliran nak bergambar disini.

Bersama patung Maikel Jeksen :D

Antara port yang menarik di sana :)

Di tepian pantai yang cantik amat. Rasa nak terjun mandi, tapi panas terik lagi. baru pukul 2 lebih kalau tak silap.

Papa dan anak bertuahnya. Tringin jamming ke? :)

Saya sayang family saya :)

Gambar last ibu nak menggedik sorang Syeefa kacau plak :P Btw, walau bercuti sebelah rumah sekalipun tapi kalau bersama dengan insan tersayang, ianya macam bercuti ke Eropah gitu :)