
- Teruskan menyusu. Jangan sekali-kali berhenti.
- Minum air panas dan berehat sebentar
bersama kit kat. Jika lebih relaks, susu akan lebih mudah mengalir keluar. - Susukan bayi dengan lebih kerap supaya dapat meransang pengaliran susu.

- Perah sedikit susu mengunakan tangan untuk memulakan aliran susu.
- Keringkan puting dengan mendedahkannya pada udara (Awas : jangan lakukan ini di tempat awam...ekeke).
- Hentikan hisapan bayi terlebih dahulu sebelum menarik payudara.

- Jangan sekali kali menyapu sebarang antiseptik, iodin atau sabun di sekitar puting kerana ini akan menyebabkan puting jadi kering dan mengeras.
- Sapukan susu ibu pada puting dan biarkan terdedah di udara.
- Ibu boleh tukar posisi penyusuan (cradle, cross cradle ect) mengikut keselesaan.

- Pakai 'breast shell' sebelum memakai bra supaya puting tak bergesel dengan bra tersebut.
- Perah sedikit susu untuk mendapatkan 'let down' supaya bayi tak perlu menghisap dengan kuat.

Cara mengatasi :
- Tuam breast.
- Usap atau urut perlahan-lahan kawasan payudara ke bahagian puting. Boleh juga guna sikat rambut dan sikat payudara menghala kepada puting.
- Elakkan memakai baju atau bra yang ketat.
- Kerapkan menyusu bayi (sekurang-kurangnya 2jam sekali) untuk meransang susu.

- Minum banyak air putih dan banyakkan berehat bersama bayi
4. Breast membengkak
Selalunya terjadi bila bayi kerap tidur dan kurang menyusu. Susu yang terkumpul akan menyebabkan breast membengkak, berketul, mengeras dan menyakitkan. Pernah terjadi pada saya dulu, bengkak sampa ke ketiak. Saya dah risau ingatkan ada penyakit ape ke..hihi. Breast bengkak juga boleh membuat kan ibu rasa rak sedap badan, terasa panas dan kadangkala demam
Cara mengatasi :
- Tuam breast.
- Sebelum menyusukan, tekan puting perlahan-lahan untuk keluarkan susu dan melembutkan breast untuk memudahkan bayi menghisap.
- Susui bayi seberapa kerap yang mungkin. Kejutkan bayi jika bayi tidur terlalu lama.

- Perah susu samada menggunakan tangan atau pun alat mengepam.
- Jangan beri bayi minum susu botol sebab ini akan mengurangkan bayi direct feeding dan tidak menghisap secukupnya dari breast.
5. Puting leper/termasuk kedalam

Ada sesetengah ibu mempunyai puting yang kecil dan leper. Ini menyukarkan bayi untuk menyusu.
Cara mengatasi :
- Bantu bayi menyusu dengan memegang puting dan aerola dan menyuapkan ke mulut bayi

- Boleh juga pakai "breast shield" untuk membolehkan puting terjulur keluar.
- Pam susu.
- Pastikan kedudukan bayi menyusu adalah betul.
6. Susu terlalu banyak.

Ianya bagus dan menggembirakan hati ibu.Tapi susu yang terlalu banyak dan mengalir cepat boleh membuat bayi tersedak.
Cara mengatasi :
- Cuba susukan secara baring(lying down).

- Ibu boleh tidur telentang dan letakkan bayi di atas perut dan biarkan bayi menghisap dari atas.
- Tinggikan kepala bayi dari kedudukan biasa
- Tekan payudara semasa menyusukan bayi untuk mengelak dari pengaliran yang deras.
7. Susu meleleh

Bila susu banyak, selalunya susu akan meleleh dengan sendiri dan menyebabkan baju basah dan tidak selesa
Cara mengatasi :
- Pakai pelapik bra (disposable atau reusable) yang boleh dibeli atau pun boleh guna tuala kecil atau sapu tangan.
- Kerapkan mengepam dan mengosongkan breast
- Tekan breast dengan pergelangan tangan dikatakan boleh menghentikan lelehan. Saya belum pernah cuba :)
8. Tiada susu
Ini adalah perkara biasa terutamanya pada hari-hari pertama selepas bersalin. Mungkin kedudukan penyusuan tidak betul atau disebabkan bayi tidak latch sempurna untuk mengeluarkan susu dengan berkesan. Ibu yang asik risau dan stress dengan hal ini juga antara salah satu faktor "tiada susu".
Cara mengatasi :

- Tenangkan fikiran ibu. Relaks dan minum air masak dengan kerap.
- Pastikan bayi menghisap dengan kerap (10 - 12 kali sehari).
- Urut breast guna tangan atau sikap sambil niat dan berselawat.
- Ibu perlu makan makanan berkhasiat dan minum minuman panas untuk membantu penyusuan.
9. Bayi tak mahu menghisap
Ianya selalu terjadi bila kedudukan bayi tidak betul semasa menyusu. Mungkin juga bayi telah diberi minum menggunakan botol terlebih dahulu. Adakalanya juga bayi tidak berasa selesa seperti mana dia pernah selesa berada di dalam perut ibu :)

- Jangan sekali kali perkenalkan botol ataupun puting tiruan (pacifier) pada bayi. Jelaskan pada doktor dan misi di hospital yang mahu menyusukan sendiri bayi anda.
- Jika bayi terus tidak mahu direct feeding, ibu boleh menyuap susu kepada bayi menggunakan sudu, cup kecil atau pun shringe sebagai alternative lain.
- Sentiasa bersama bayi untuk bayi kenal bau ibunya.
- Dakap bayi supaya bayi selesa dan hangat semasa menyusu.
Tiada masalah yang tidak boleh diatasi.Oleh itu, gudlak ibu-ibu! :)
*all piccas from google
No comments:
Post a Comment