CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label babywearing. Show all posts

Monday, December 27, 2010

Babywearing :)

Saya suka babywearing!
Kenapa?
Babywearing merupakan passion saya selain susu ibu. Di mana ini juga adalah salah satu cara 'mendekatkan' ibu dengan bayi semasa diluar rumah iaitu dengan cara mengendong bayi :)
Dengan menggunakan baby carrier dimana bayi sentiasa di dalam dakapan ibu, ianya lebih membuatkan bayi berasa selesa dan menenangkan kerana bayi sentiasa dapat mendengar degupan jantung ibu dan berasa hangat seperti semasa bayi di dalam perut. Bayi juga akan rasa lebih selamat kerana tahu ibu sentiasa berada disisinya seterusnya tidur dengan nyenyak! Senang mahu sopping :)
Memakai pouch pengendong bayi dan nursing shirt. Sangat senang ke mana-mana kerana saya boleh berjalan kesana kumari sambil menyusukan anak. Takda sapa perasan apa yang terjadi disebalik itu :) Ada juga yang datang dekat saya "eh, ada baby ke tu?" sambil menjenguk. Mungkin mereka fikir saya bawa barang-barang runcit dalam kain pengendong agaknya...huhu.

Bershopping bersama dua anak tak susah rupanya :) Papa pun gumbira sebab tak payah tolak stroler bagai sebab tu bila nak keluar rumah je "jangan lupa bawak 'kain' tu" (read : pouch), menyenangkan beliau kaedahnya :)

Faris sangat sangat selesa di dalam pouch. Kerjanya tidur dan menyusu sepanjang masa. Sikit pun tak merengek atau menangis dibawa berjalan-jalan. Saya pernah cuba letak di stroler tetapi sekejap-sekejap dia akan terjaga, sekejap-sekejap akan berbunyi dan perlu berhenti untuk memujuk dan menidurkannya. Tetapi dengan pouch ini amat menyenangkan seisi keluarga rupanya!

Dan setiap kali keluar saya akan bawa Faris di dalam pouch :)
Apa yang saya perhatikan, saya rasa mungkin penggunaan babywearing belum lagi meluas di kalangan ibu-ibu, kerana saya dapati pabila saya menggunakan pouch banyak mata yang memandang seakan pelik melihat saya membawa bayi di dalam pouch. Rasa maca artis pulak ramai tengok saya...hehe.

Atau, barangkali mereka fikir "itu bibik mana plak tu?"..uwaaaa :(