Saya suka babywearing!
Kenapa?
Babywearing merupakan passion saya selain susu ibu. Di mana ini juga adalah salah satu cara 'mendekatkan' ibu dengan bayi semasa diluar rumah iaitu dengan cara mengendong bayi :)
Dengan menggunakan baby carrier dimana bayi sentiasa di dalam dakapan ibu, ianya lebih membuatkan bayi berasa selesa dan menenangkan kerana bayi sentiasa dapat mendengar degupan jantung ibu dan berasa hangat seperti semasa bayi di dalam perut. Bayi juga akan rasa lebih selamat kerana tahu ibu sentiasa berada disisinya seterusnya tidur dengan nyenyak! Senang mahu sopping :)



Dan setiap kali keluar saya akan bawa Faris di dalam pouch :)
Apa yang saya perhatikan, saya rasa mungkin penggunaan babywearing belum lagi meluas di kalangan ibu-ibu, kerana saya dapati pabila saya menggunakan pouch banyak mata yang memandang seakan pelik melihat saya membawa bayi di dalam pouch. Rasa maca artis pulak ramai tengok saya...hehe.
Atau, barangkali mereka fikir "itu bibik mana plak tu?"..uwaaaa :(
4 comments:
tak pernah tengok pon..selalu anak buah naik itu troli laa..hehe
aku dah lama nak beli..tapi incik suami kata mcm mak indon.dia tak mau jalandgn aku nti.tp klu beli skang iman mesti tak mau dok dalam tu kalau mata nya celik sebab tak suka baring dah..tah le..nak beli ke tak..beli ke tak
azuan : tu la, belum meluas lagi kot :)
dal : kalau nk beli, beli yg adjustable leh pakai smp anak besar. ni aku beli ms syeefa 10bulan, dia pun xnak duduk dh time tu..hihi. tp nk soping bwk faris tu amatlah senangnya dal :)
Macam dalam perut ibu. I think baby like it so much.
Post a Comment