CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 20, 2010

G6PD Deficiency cum Jaundice

Hari ke 3 di hospital, saya rasa bersemangat.
Bersemangat sebab tak sabar nak bawak Faris balik ke rumah. Nak bawa adik jumpa kakaknya, nak mandikannya sendiri, nak peluk puas-puas :)
Dan pagi itu, doktor pakar kanak-kanak datang bertemu saya dan memberitahu Faris mengalami G6PD Deficiency (Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase Deficiency).
Bila doktor beritahu saya, I was like "whattt, kenapa mesti dia??"
*efek guruh kilat sabung menyabung hujan turun dengan lebat*
:nanges:
Saya tahu dan pernah dengar mengenai G6PD ini, ia bukan lah penyakit berjangkit atau terlalu merbahaya. Ia selalunya terjadi kepada bayi lelaki disebabkan faktor keturunan. Bayi yang mengalami G6PD mempunyai sel darah merah yang nipis dan perlu diawasi pemakanan dan persekitaran bagi mengelakkan sel darah merah itu pecah dan boleh menyebabkan mereka pengsan, pucat, tidak bermaya dan kebiruan. :nanges lagi:
Mulanya saya agak stress, risau, simpati dan sangat sedih bila dapat tahu Faris mengalaminya. G6PD tiada ubat dan akan kekal selama hayatnya. Ada makanan yang sama sekali tidak boleh dimakan seperti kacang parang, tak boleh bau ubat gegat, bajunya tak boleh dinila, ubatan tradisional juga perlu dijauhkan. Saya risau jika TERlupa, TERalpa, TERlalai dan tak sedar ianya merbahaya kepada anak. Lama kelamaan saya fikir mungkin ada hikmah disitu. Allah maha mengetahui. Mana tahu dengan kuasa Allah, G6PDnya boleh hilang. Saya redha :) Banyak juga kes-kes begini yang apabila sudah meningkat usia, ianya tidak lagi memudaratkan. Hopefully.
Dan disebabkan ini, doktor menasihatkan supaya bayi ditinggalkan dihospital kerana bayi yang mengidap G6PD boleh mengalami jaundice yang tinggi secara mendadak!
*lagi kilat sabung menyabung sound efek lagu sedih*
Susahnya hati saya nak meninggalkan anak. Tak sanggup rasanya :(
Saya request untuk tinggal dihospital bersama anak supaya dapat tengok dia bila-bila masa dan menyusukannya. Perasaan bercampur macam ABC. Gembira dapat tengok anak yang dikandung hampir 42 minggu, sedih mengenangkan situasi, rindu pada si kecil dan si besar di rumah :(
Masuk hari ke-4, hati sudah gundah. Tak sanggup tinggalkan Faris, tapi dalam masa yang sama sangat rindukan Syeefa dirumah. Selepas keluar dari perut sampai la Syeefa ada adik, saya belum pernah sehari pun tidur tanpa budak masam itu. Rindu yang amat-amat sampai sepanjang masa menangis tak henti-henti teringatkan Syeefa.
Suami dan keluarga nasihatkan saya supaya pulang ke rumah dahulu dan boleh datang tengok Faris bila-bila saya mahu. Mereka suruh saya berubat (bertungku, mandi herba etc etc) supaya saya tak jatuh sakit. Yelah, aircond dah la depan muka. Mandi air tak berapa nak hangat. Bimbang badan masuk angin lagi susah. Jadi dengan berat hati, saya pulang ke rumah pada hari ke-4 dan berdoa supaya misi-misi disana jaga Faris dengan baik. Dah bayar kannnn, haruslah jaga :)

Tengok macam mana nak tahan. Dua-dua kesayangan nak melekat. Syeefa datang hospital terus naik katil dan selak..huhu. Disana menanti disini menunggu kaedahnya :)
Sebelum pulang saya membekalkan susu secukupnya untuk dibekalkan kepada Faris. Tidak sekali-kali membiarkan Faris minum susu formula. Oh, dia masih fragile!

Susu bewarna kekuningan. Ini dinamakan transitional milk iaitu diantara kolostrum dan susu matang. Selalunya terhasil seawal 2 hingga 5 hari dan berakhir pada 7 hingga 10 hari. Ianya lebih berlemak dan sangat baik untuk bayi :)
Dirumah, saya terus mengepam susu mengikut schedule untuk dihantar ke hospital. Bangun tengah malam, pam spectra saya kedengaran sayup-sayup sementara yang lain sedang dibuai mimpi..hehe.

5 x 2oz dihantar ke hospital untuk sebelah pagi dan lagi 5 x 2oz disebelah petang. Susu ibu mudah dihadam, bayi minum mengikut keperluannya tetapi dengan kerap :)

Simpan dulu sebelum ditransitkan :) Sambil mengepam, saya berdoa agar susu ibu dapat menyembuhkan dan menyihatkan anak :)
Hari ke-6 finally Faris sudah discharge. Lega rasanya. Jaundicenye turun dengan cepat penangan pakai 'spek mata' dan duduk bawah lampu...huhu. Dan saya percaya susu ibu banyak membantu :) Kebaikannya, tak payah ulang alik ke klinik hari-hari kerana kuningnya semakin berkurang hari demi hari dan lenyap sepenuhnya! :)

No comments:

0 comments: