CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 31, 2009

INFLUENZA A (H1N1)

Assalamualaikum kawan-kawan. Sekian lama saya tak mengupdate blog saya kan? Mana perginya keterujaan saya mengupdate blog selama ini? Saya pun tiada jawapannya. Hihi. Kata ajalah malas kan? Bukan, bukan...semenjak dua menjak ini, saya ditimbuni kerja-kerja yang tak putus-putus. Tak sempat menjengah blog sendiri (tapi masih lalu lalang di blog org lain) hehe.
Saya mahu memfokuskan kepada tajuk entri saya ya. Saya cukup risau sekarang ni. Virus H1N1 makin menular. Makin menjadi-jadi. Sehingga entri ini ditulis, 4 kes kematian telah dikenalpasti. Ohh oh, bimbangnya saya. Bukan setakat bimbang pada diri sendiri sahaja, saya saya bimbang akan anak saya yang masih kecil. Saya tak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada si comel S. Kasihan dia yang tidak mengerti apa-apa. Ya Allah, jauhkan kami sekeluarga dari sebarang penyakit. Berikan kami kesihatan yang sempurna. Amin
Sabtu yang lepas, saya telah diserang demam diikuti pening kepala, selsema dan batuk. Saya mulai risau yang bukan-bukan. Saya dijangkitikah? ~nauzubillah~ .Saya memandu sendirian ke hospital kerana Encik suami bekerja. Sudahlah tidak tertahan-tahan lagi, rasa mau pitam saja. Menunggu pula berjam-jam. Apabila nama dipanggil ke bilik doktor, tak sampai 5 minit sudah disuruh keluar ~sigh~. Bacaan suhu badan saya adalah 38.1 darjah celcius. Tinggi! Tetapi doktor hanya memberi preskripsi. Saya hairan, tidak perlu rawatan susulan kah suhu sebegitu? Saya terbaca artikel dimana demam melebihi 38 darjah celcius adalah perlu dirisaukan. Sudahnya, saya balik ke rumah. Selepas makan ubat saya berselimut dan tidur. Mujur suami sudah pulang dan sudi menjaga Si comel S saya.
Bangun tidur terasa lega sedikit dan bersiap pula untuk makan Mee Udang Sg Dua. Tidak mahu menghampakan kakak ipar anak beranak yang pulang dari Langkawi, saya pon mengikut saja. Hihi. (sebenarnya diri sendiri yang teringin juga makan disitu). Pulang ke rumah, demam dan pening menyerang kembali. Tak boleh duduk di rumah kah saya? Hehe. Alasan. Nasib baik demam saya tidak berlarutan. Jika tidak mungkin saya perlu dikuarantin. Ish ish, tak mahu lah saya. Pasti saya juga akan dikuarantinkan dari si kecil saya.
Kalian sekalian. Jika kalian mengalami demam beserta salah satu simptom seperti batuk, selsema, pening kepala, lenguh badan dan sakit tekak, sila jangan berlengah untuk ke hospital ya. Sayangi diri anda dan keluarga. Amalkan hidup sihat, minum banyak air dan jaga kebersihan diri ok. Pesanan khidmat masyarakat ini, ikhlas dari hati saya. Bukan dilantik menjadi jurucakap mana-mana pihak ya. Hehe.
Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal!

Monday, July 20, 2009

MAJLIS DI PENANG

Salam rakan-rakan, setelah dua hari saya rehatkan blog saya, saya kembali meng'stress'kan kalian semua. Hihi. Gambar2 yang 90% hijau tersebut adalah semasa di majlis sebelah pihak lelaki pada 1 Jun 2008. Serius saya tak sabar nak habiskan hari tersebut. Eh eh, jangan berfikiran kuning tau....sebenarnya saya tak tahan pakai korset itu. Saya tidak boleh bernafas dengan betul. Perjalanan darah saya tersekat-sekat. Hehe. Sapa suruh menyeksa diri kan? Tak mengapalah, sekali seumur hidup sahaja. Oklah kalian, saya longgokkan gambar-gambar yang saya nampak cun dan agak slim di sini. Hehe.

Gambar di atas ialah semasa kedua pengantin beserta rombongan sampai.
P/s : Amat sepadan kan kedua pengapit di atas? Jangan marah ya jika pengapit yang dimaksudkan terbaca entri ini. Hihihi.

Sekali lagi, pengantin dikelilingi die hard fans...hehe. Kumpulan yang berbaju purple (ke maroon ek?) tersebut di atas mendendangkan lagu-lagu nasyid yang sangat sedap.

Orang suruh senyum pandang kamera, turut ajalah ye bang. Bimbang dicop sombong oleh peminat...hihi (pewasan).

Ibu menepung tawar anakanda serta menantunya. Di majlis anak orang lain pon ibu ambil bahagian, apatah lagi majlis anak sendiri kan Bu? Ehehe.

Bergambar beramai-ramai seperti biasa. Ibu akan rasa terkilan dan menyesal jika tidak bergambar bebanyak-banyak. (lagi-lagi ibu yang disalahkan). Hihi.

Rimbunan bunga tersebut fungsinya adalah untuk meng'cover' bahagian-bahagian tertentu. Lihat, kalian tidak perasan apa-apa kan? Kihkih.

Akhir sekali, sesi buka hadiah nan bertimbun. Sampai sekarang hanya seterika biru sahaja telah digunakan. Seterika merah dan hitam masih tersimpan dalam kotak (nak beritahu dapat banyak seterika kah?) Ekeke. Selain, pinggan mangkuk, kami juga dapat toaster hampir setengah dozen hingga Encik suami melawaks begini ''Siapa nak makan roti sila datang rumah tau''..hehe. Terima kasih semua ya.
Okeylah rakan-rakan sekalian. Saya mahu beransur dahulu. Jumpa lagi di entri yang lain. Jangan serik singgah di blog saya ya. Wasalam.

Friday, July 17, 2009

MAJLIS BERSANDING DI IPOH

Majlis persandingan saya di adakan pada hari Ahad, 25 Mei 2008. Selang sehari dari hari nikah saya. Kalian layankan saja lah gambar-gambar perasan cantek dibawah ye. Jangan sampai tertekan melihat muka saya penuh skrin anda ok. Hihihi.

Encik M dibawa oleh pengapit yang lebih hensem dari pengantin (heehe) untuk ke rumah pengantin perempuan. Kepada isteri pengapit, jangan risau melihat saya memuji suami anda ya, kerana anda lebih cantik dari saya. Hikhik.

Ini lah keadaan rumah kecil saya di Ipoh pada hari tersebut. Ramai yang datang memeriahkan majlis sederhana saya.

Rombongan pengantin lelaki seramai 8 buah kereta. Malas saya nak kira berapa ramai yang datang. Hihi.

Rombongan lelaki menunggu di panas terik. Saya tidak diberitahu yang pengantin lelaki sudah tiba. Ketika wakitu ini saya sedang bersenang- senang di dalam bilik sedang membelek mekap yang separuh tebal.

Disana menanti....

Disini menunggu.....

Pengantin di celah-celah peminat...ekeke.

Sebelum masuk kedalam rumah. Apalah yang Encik M sedang buat tu..

Bersanding. Malu saya apabila menjadi tumpuan orang ramai. Raja sehari katakan....

Masa untuk makan beradab. Gambar suap menyuap tidak akan di pamerkan. Bimbang berlaku kemuntahan melampau. Hehe.

Makan secara kontrol kerana tidak sanggup untuk comot dan tidak mahu korset tertetas benang. (kejadian benar, hehe)

Hantaran kedua-dua belah pihak. Hijau untuk wanita, coklat untuk jejaka.

Sesi memotong pulut kuning. Tiada kek bertingkat-tingkat bagai ya. Bimbang akan dilempar kepada pengantin (cehhh). Sekali lagi tiada adegan suap menyuap. Alasan : sama seperti gambar di atas.

Sebahagian rakan-rakan yang sudi hadir. Sebahagian lagi sedang melahap nasi minyak di luar. Hihihi. Terima kasih kalian kerana sudi hadir jauh-jauh.
Sampai di sini dahulu. Saya akan sambung dengan majlis di sebelah pihak lelaki kemudian hari. SEKIAN.

23 MEI 2008

Entri ini akan menceritakan kisah lebih kurang setahun yang lepas. Kisah sudah basi pun mahu cerita lagi kan? Bukan nya apa kawan-kawan, dulu saya tiada medium untuk gedik-gedik bercerita yang bukan-bukan. Tapi kan sekarang saya sudah ada blog syok sendiri, haruslah saya kepoh-kepoh cerita pada semua tak gitu? Hehehe.

Saya berbalik pada tajuk entri ye. Tarikh tersebut yang diatas adalah tarikh kesayangan saya. Mengapa ya? Ohh...pada tarikh itulah saya sudah tidak bergelar 'cik' lagi. Hihi. Saya telah dipunyai oleh orang lain (cehh). Bukan saya tidak boleh menerima kenyataan tersebut, tapi saya risau jika saya tidak popular lagi setelah berkahwin.Hehe. (perasaan seperti artis saja lagaknya, ekeke). Saya berkenalan (bercintun) dengan Encik M selama 2 tahun, bertunang selama 2 tahun juga. Malas mahu berlama-lama membuang masa, kawin sajalah. Hihi. Gambar-gambar di bawah adalah kronologi majlis pernikahan saya.

Encik M sedang menunggu dengan penuh gabra dan nervous. Bimbang di soal banyak oleh tuan kadi. Saya di belakang sudak tidak sabar-sabar. Ahaks.

Saat paling genting (penting). Encik M dan saya diijab kabulkan dengan sekali lafaz. Fuhh, leganya saya. (ke dia?). Saya tidak boleh lagi kebudak-budakkan seperti dulu.

Gambar di atas semasa di dalam bilik pengantin di rumah pengantin perempuan. Tak ada satu pun gambar Encik M memandang isterinya. Semuanya memandang kamera. Alahai.

Sesi bergambar beramai-ramai. Ibu dan ayah bertelefon sesama sendiri kah? Hihi. Ibu tak sah kalau tidak bergambar. Rugi katanya. Boleh tengok balik bila dah bercucu cicit kelak.

Hmm, tak banyak pun gambar untuk ditempek di sini. Lemak lemak saya jelas kelihatan di dalam gambar, jadi banyak gambar tidak akan dipamer buat tatapan umum. Hihihi. Gambar semasa majlis-majlis persandingan akan saya letak di entri lain ya.

Thursday, July 16, 2009

AIS KRIM GORENG

Rakan-rakan sekalian, hari ini saya terlebih nafsu makan. Saya teringin macam-macam makanan. Salah satunya ialah Aiskrim Goreng. Saya penah merasa makan sekali iaitu pada 9 tahun yang lepas. Seingat saya, saya bersama rakan, Ira (bukan nama sebenar) ke pekan Ipoh untuk menghabiskan wang saku. Semasa masuk ke dalam mall, dari kejauhan saya ternampak papan tanda 'AISKRIM GORENG DIJUAL DI SINI'. Saya beli. Sedap rasanya. Selepas kejadian tersebut saya belum lagi menjumpai mana-mana kedai yang menjual aiskrim goreng. Oh ya! ada satu kedai mamak di Ipoh menjual makanan ini, tapi waktu itu saya bukan dalam mood makan. Jadi saya abaikan saja. Ekeke.

Hari ini saya terasa mahu makan aiskrim goreng tersebut. Tetapi rasanya tak berbaloi untuk saya menempuh perjalanan 138km untuk ke ipoh semata-mata untuk ais krim goreng yang berharga RM1 kan! Oleh itu, saya google untuk mencari resipinya. Nah! Ini lah dia. Dan saya ingin berkongsi bersama kalian-kalian pembaca.

AIS KRIM GORENG

Bahan-Bahan:

1 bungkus roti
1 tupperwear Ais krim (suka hati nak rasa apa)
4 biji telur (Dipukul)
Air kosong
Serbuk roti
Sedikit minyak untuk mengoreng

Cara membuat:

1.Mula2 basahkan roti sedikit dan masukkan ais krim ke dlm roti yang dibasahkan tadi.
2.Tutup roti sehingga menjadi bulat - tutup dengan menggunakan air tadi
3.Golek dengan telur yang sudah di pukul
4.Golek lagi dengan serbuk roti
5.Goreng dengan minyak panas sehingga garing ya.

Taraa..siap dimakan bila-bila masa sahaja.

Tak sabar rasanya saya nak mencuba dirumah. Kalau kalian rajin dan terasa ingin (teringin) seperti saya, silakan lah mencuba ye. Pasti anak-anak anda juga suka dan bertambah sayang dengan ibunya. ~senyum lebar~

Wednesday, July 15, 2009

LAMA VS BARU

Kalian perasan tak saya hari-hari update blog? Nampak teruja kan saya yang baru nak berblog sendiri? Hehe. Orang lain dah lama ada blog saya baru nak syok sendiri. Takpe lah, orang putih kata better than never kan? Uhuu..

Hari ni saya teringatkan ofis lama di Putrajaya. (Putrajaya kan sinonim dengan gomen). Sebenarnya saya rindukan Putrajaya yang tenang dan jimat. Jimat? Saya akan terangkan satu persatu ya. Saya mendaftar sebagai pegawai kerajaan yang biasa-biasa aja di Putrajaya pada akhir tahun 2007. (ketika bujang trang tang tang lagi). Saya sedih. Dapat kerja gomen patutnya gumbira kan? Bukan apa, sebenarnya perasaan saya berbagai-bagai. Gembira, kerana dapat kerja yang diidamkan setelah berkali-kali memohon pada SPA. Teruja, kerana mahu tahu apakah rasanya bekerja di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan tersebut. Sedih amat, kerana saya berjauhan...! Jauh dengan ibu, ayah, adik-adik dan Encik M. Siapakah Encik M? Beliau ialah suami kesayangan saya.

Saya simpan dulu lah cerita silam 'penderitaan' saya. Saya perlukan emosi yang stabil untuk sebelum menulis lebih lanjut. Ekeke. Sila jangan menyampah membaca blog saya ya kawan-kawan. Okey, okey..berbalik pada tajuk entri. Saya akan nyatakan pro dan kontra bekerja di tempat lama dan baru.

LAMA (Putrajaya)

1. Sewa rumah : RM200

2. Kos ke pejabat : RM1 (sehari) x 24 hari bekerja (bas Nadiputra)

= RM24

3. Jarak dari rumah ke pejabat = 0.5km

BARU (Pulau Pinang)

1. Sewa rumah : FOC (rumah mertua)

2. Kos ke pejabat : RM1 (tol pergi dan balik)

RM 3 (parking kereta)

RM1.20 (tambang feri)

RM2 ( tambang Rapid Penang dari jeti ke ofis)

Total : RM 7.20 x 24 hari bekerja = RM 172.80

ada lagi tau, bukan itu saja.

3. Bayaran untuk Petronas (ongkos minyak le tu) : RM15 seminggu

x 4 minggu = RM60

Total besar : RM 230.80

4. Jarak dari rumah ke pejabat : 15km termasuk merentas laut setiap hari

Kesimpulan :

  • Bekerja di Putrajaya amat mencabar hati dan perasaan saya.

  • Sentiasa sunyi dan tertekan

  • Saya bersendirian ketika berdepan dengan masalah 'pembawakan budak'

  • Saya bersendirian bersahur dan berbuka puasa

  • Saya sentiasa rindukan Encik M

  • Saya risaukan diri saya yang berbadan dua

tetapi

  • Saya boleh tiba di pejabat dalam masa hanya 5minit!

  • Saya sukakan suasana Putrajaya yang tidak sesak

  • Saya sukakan bangunan-bangunan cantik di Putrajaya

  • Saya sukakan CA (Cafe Area) di pejabat saya

  • Saya sukakan kawan kawan saya

  • Saya sampai di rumah sebelum jam 5.30 petang dan menonton slot Lestary dengan suka hati

DAN

  • Bekerja di Pulau Pinang melegakan hati saya

  • Saya sentiasa berada di sisi Encik M

  • Saya tidak lagi risau bila mahu melahirkan si comel S saya

  • Penang ada pantai yang cantik. Hihi.

tetapi

  • Saya perlu keluar rumah seawal 6.30 pagi untuk ke pejabat

  • Saya perlu bersaing dengan lori-lori besar dalam perjalanan

  • Saya perlu berlari-lari untuk mengejar feri sebelum pagar ditutup (ohh ohh, ianya amat meletihkan saya..)

  • Saya perlu bersesak-sesak didalam lif untuk ke tingkat 21 ~phiew~

  • Saya sampai di rumah setelah hampir senja

Adakah saya tidak bersyukur? Bukan apa kalian, saya memikirkan kualiti masa bersama keluarga. Saya berada di luar rumah lebih dari separuh hari! Saya risaukan si comel S tidak kenal wajah ibunya. Hehe. Alasankah? Saya harap saya tidak akan terus kekal berkeadaan begini.

Gambar diatas sana adalah gambar semasa di ofis lama. Owh..ketika itu saya sedang berbadan dua. Jadi, tipikal ibu mengandung tak bermaya lah kan? Ihihi..Terpanjang pulak entri saya. Okeylah kawan-kawan, saya perlu sign out sebelum dicop 'makan-gaji-buta'. Hihihi. Jumpa lagi ya.

SEKIAN.

TRIBUTE BUAT MJ

Michel Jackson di era gemilangnya
Saya masih terkesan dengan pemergian Allahyarham Mikaeel Jackson walaupun telah hampir 3 minggu kembali ke penciptanya. Dan saya pasti, berjuta-juta peminat sedang berkongsi perasaan duka bersama saya.

Sebenarnya saya bukanlah peminat MJ. Sedari dulu, saya tidak pernah mengikuti perkembangan beliau apalagi mau membeli album ataupun mengeluarkan wang tabungan untuk ke konsert beliau. Tidak sama sekali. Tapi, beliau terkenal, kaya raya, selalu keluar (ke masuk?) tv dan saya akan dilabel sebagai 'katak di bawah tempurung' jika saya langsung tidak mengenali beliau kan? Ehehe. Berita kematiannya baru-baru ini amat meruntun hati saya. Dari pada perasaan tidak kisah, bertukar jadi penyibuks pulak rasanya.

Saya sedih. Mengapa? Saya menyesal kerana tidak pernah beli album beliau..ahaks. Bukan,...sebenarnya selepas pemergian MJ, baru lah saya tahu sifat-sifat murni seorang MJ. Nasib baik sebelum ni saya tidak mengumpat tentang diri beliau disebabkan cerita-cerita kontroversinya yang tak sudah-sudah itu. Jika tidak pasti saya akan terbang ke Neverland untuk menghantar ucapan maaf dan kesal pada MJ yang telah tiada. Hehehe.

Saya sedih lagi. Mengapa lagi? Saya tahu semasa hayatnya, arwah tidak gembira. Beliau kesunyian.(understandingnya saya..). Beliau sangat gembira apabila bertemu kanak-kanak dan peminat. Beliau amat sayangkan kanak-kanak. Dan setahu saya, Neverland dibina oleh MJ buat peminat-peminatnya yang datang terutamanya kanak-kanak. Mulia kan hatinya?

Apa yang ketara tentang dirinya yang saya tahu adalah tentang perubahan wajahnya. Dulu, saya fikir MJ telah membuat pembedahan seluruh tubuhnya iaitu dengan menampal kulit putih pada badannya. Hihii. Naifkan saya? Sekarang baru saya tahu beliau mengidap sejenis penyakit kulit iaitu vitiligo. Kulitnya akan bertukar menjadi putih secara beransur-ansur ~phiew~. Satu lagi yang saya masih ingat ialah kes penderaan seksual terhadap seorang kanak-kanak. Ketika itu saya tidak ambil pusing kisah hangat itu. Baru- baru ini, saya dapat tahu yang kanak-kanak itu telah membuat pengakuan bahawa arwah tidak pernah melakukan perkara keji itu. Kasihan kan? Hidup arwah sentiasa dibelenggu tekanan dan masalah yang tidak putus-putus.

Lumrah hidup. Apabila sudah tiada, barulah kebenaran dibongkar, barulah segala kebaikan dikenang-kenang. Sudah tiada gunanya lagi kalian. Mikaeel Jackson, Rest In Piece. Semoga rohnya tenang di alam sana.
AMIN

Tuesday, July 14, 2009

PERTAMA KALI

Wah! Akhirnya saya sudah mempunyai blog sendiri. Seperti mahu beritahu dunia saja rasanya. Tapi, saya tahu tiada yang peduli kerana mereka masih bersedih atas kematian Raja Pop dunia.Ekeke. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.~al-fatihah~

Okey, okey...nak cerita2 sikitlah ye. Yelah, dah ada blog pun kan...ihihi. Mulanya saya agak malas nak create blog sebab tak punya masa yang banyak untuk mengadap pc (sebenarnye nak berbloging pon xreti...eheh) Tapi, tiba-tiba hari ni mempunyai perasaan 'teringin-nak-ada-blog-sendiri'. Mungkin sudah sampai masanya...aicehh.

Ermm..hari ni tiada cerita bagus mahupon gambar comel untuk dikongsi. Al-maklumlah masih di tahap newbie lagi. Lagi pun, orang kata..tak perlu tergopoh gapah untuk mendapat kualiti yang baik kan? huhu...mesti ada yang menyampah dan cepat2 close blog saya kan?...ekeke.Sebenarnya, saya perlukan masa untuk mengkaji button2 di blogspot ini supaya saya lebih cekap dan menjadi blogger tegar satu hari nanti...ehehe.

Nanti bila saya sudah bijak pandai, saya akan menulis dengan lebih banyak lagi ok. ~senyum simpul~ Setakat ini dulu ya...jumpa di lain entri.

Sekian.