CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 26, 2010

Aktiviti si tecik di luar mahupun di dalam rumah :)

Saje nak update aktiviti cinta hati saya nih :)

Malam minggu bila tah, kami anak beranak keluar ke Pacific Megamall bershopping serba sedikit. Aktiviti wajib tiap bulan...ekeke.

Kasut pun nak masuk dalam mulut. Saja la tu bagi ibu nampak perangai baik tu ye. Padahal kalau kita buat-buat tak nampak takde plak begini.....hihi.

Muka protes tak dapat bebas berjalan la tu. Dapat berjalan kang dibuatnya Mall tu macam umah sendiri plak jenuh amoi salesgirl tu kena buat OT plak susun balik barang-barang ke tempat asal...hehehe.

Kan...dah dapat can tu sengih je la ye? :)

Sabtu lepas ke Jusco pulak. Lama rasanya tak pergi sebab malas nak jalan satu Jusco yang besar bangat tuh.

Letak Syeefa dalam ball pit ni. Teringin nak join sekaki :P

Ganas betul kawan-kawan Syeefa dalam tu. Nasib takda sebarang kecederaan dilaporkan....hehehe.

Syeefa sampai tak nak keluar dari dalam tu punya suke main kat situ. Hubby gurau "jom kita tengok wayang, tinggal Syeefa dalam ni, balik kang kita amik"....hihi, ye la tu, tengok-tengok kang tinggal kasut je kang.

Ni aktiviti Syeefa kat rumah plak. Bizi betul dia sekarang ni, suma benda nak buat.

Kehulu kehilir pusing satu bilik. Dah penat, sandar kat pintu plak :)

Semua benda pun mainan dia. Kipas, lampu, seterika, bakul sampah pun nak main *anak sapolah ni....;P

Abaikan lah bilik yang berselerak tarak tu ye. Biarkan dia explore bahagian mana yang dia suka...asal kamu bahagia nak. Hehe.

IBU LOVES YOU SO MUCH!!

Thursday, March 25, 2010

Breastfeeding : Bukan mudah tapi menyenangkan :)

Apa yang saya lalui sepanjang 13bulan menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah atau easy atau simple like kacang goreng kata orang...tapi ianya tak pernah menyusahkan jauh sekali membebankan, malah saya rasa berbesar hati dapat memberikan yang terbaik!

Cabaran? Dugaan?
Tipulah kalau saya kata tak ada langsung.

Satu masa dulu, saya kurang ilmu tentang penyusuan susu ibu. Niat di hati memang nak sangat-sangat menyusukan secara exclusive (tanpa FM, air masak etc)...semasa mengandung lagi, saya pasang niat untuk beri anak 100% susu ibu. Saya beli buku, majalah apa saja yang berkaitan dengan breastfeeding. Tapi, ilmu masih tak cukup lagi sebenarnya. Baaaaanyak lagi yang perlu saya tahu selain kebaikan susu ibu semata.

Contohnya :

1. BreastPump mana yang bagus bagi ibu-ibu yang mahu menyusukan anaknya?
2. Bagaimana cara membuat stok EBM?
3. Macam mana cara penyimpanannya EBM pula?
4. Apa supplement yang diperlukan untuk ibu menyusu?
5. Bagaimana cara mengepam di ofis? Berapa kali sehari kah?

Saya tiada pengetahuan langsung mengenai itu semua. Yang saya tau adalah kebaikan susu ibu SAHAJA.

Setelah saya melahirkan, saya berkobar-kobar sangat nak beri Syeefa susu terbaik kerana saya tahu tak ada lagi dah yang lebih baik dari susu ibu.
TAPI, masa tu saya tiada sokongan. Eh ada. Ibu saya menyokong. Tapinya, beliau setakat menyokong "bagilah susu badan, jangan campur susu tepung ye". Done. Selebihnya saya pandai-pandai sendiri sebab Ibu jauh nun di Ipoh :(

Semasa dalam pantang, orang di kiri kanan atas bawah yang mula menyuruh saya ajar anak minum FM. Takut nanti nak kerja payah. Tapi saya degil. Saya tak beli pun FM. Saya nak tunggu sampai habis confinement period jugak-jugak. Sehinggalah hari ke 45, saya akur juga.

Saya dah mula beri Syeefa FM! Bila ingat balik memang sedih :( Tapi saya still breastfeed sepenuhnya sampai 2 bulan.
Plus masa tu tak da broadband bagai lagi di rumah, so nak search internet pun memang tak lah. Takkan dalam pantang, berkain batik, bersanggul tinggi nak masuk CC plak.....hihii.

Dan, saya agak bernasib baik jugalah, semasa Syeefa berusia 2 bulan lebih tak silap saya. Saya terserempak dengan Kak Izzah. Kami mengandung sama-sama, dan bersalin pon lebih kurang sama juga. Bila dah bersalin tak teringat plak nak tanya. Haishhh, menyesal tak sudah!. Dia encourage saya untuk beli Spectra 3 dan kembali fully breastfeed.
Mulai saat itu, saya tak pandang lagik dah FM...saya pam 3 - 4 kali di ofis, bangun tengah-tengah malam sampai tersengguk-sengguk untuk mengepam punya pasal. Alhamdulillah, saya dapat kembali BF Syeefa! Walaupun stok saya tak lah semeriah Kak Izzah, tapi cukup untuk mengenyangkan Syeefa!

Nak tengok pump apa yang saya pakai dulu? Malu plak nak cerita...hikhik.

Saya pernah pakai pump getah ini. Kalau setakat nak melegakan breast yang bengkak tu ok lah, tapi kalau nk buat stok EBM, memang no no no lah :)

Kemudian saya tukar kepada pump manual jenama Pureen. Owh...memang lenguh tangan memerah susu berjam-jam tapi tak penuh-penuh juga botol saya. Mungkin salah teknik kot...hihi.

Dan ini Spectra 3 yang saya guna sampai sekarang. Berbaloi-baloi, mudah, tak bising, tak lenguh tangan dan boleh mengepam sambil menaip :)

Betul. Bukan mudah untuk menyusukan anak. Ibu perlu kuat dan sentiasa berfikiran positif. Jangan pedulikan kata-kata orang lain. Kalau ibu mahukan yang terbaik untuk anak, ibu juga harus berusaha untuk menghasilkan yang terbaik itu! Berkorban sedikit masa untuk mengepam samada dirumah ataupun di ofis, laburkan sedikit wang untuk membeli pump yang sesuai, tempat penyimpanan EBM (freezer), botol atau liner sebagai storage dan lain-lain. Kalau FM lagi mahal rasanya kot...hehehe. Dan sokongan padu suami amat penting. Selain sokong dari segi bajet, suami pun kena bantu isteri sediakan peralatan mengepam, basuhkan alat-alat yang dah guna, gerak isteri bangun-pegi-pam-susu-cepat...hihi.

Tapi. Walaupun tak mudah untuk menyusukan anak, tapi ianya menyenangkan. Eh, apa saya cakap berbelit-belit ni? tadi kata tak mudah, sekarang senang pulak? Memang senang kalian.....kalau keluar ke Mall atau kemana-mana, apa yang perlu kita buat adalah, cari tempat duduk, selak dan sumbat. Senang tak? Instead of nak bawak air panas, susu tepung, botol lagi. Lagi satu, kalau anak terjaga 2 3 kali satu malam mahukan susu, tak perlu susah payah bangun bancuh susu. Oh...saya ni ibu yang berkerja subuh sepi'e kena keluar rumah dah, so saya sangat tak mahu mengalami masalah kemengantukan dek terpaksa bangun malam neh :)

Macam Kak Izzah yang EP mom pun walaupun dia tak direct feeding tapi malam-malam dah ready fresh EBM lagi tu untuk anak. So kalau bangun, sumbat aje kan Kak Izzah? :)

What a wondeful moment :)

Saya pernah down juga bila masa stok kurang, susu pun ala kadar je.Tapi bila saya fikir ianya untuk anak darah daging kita sendiri jadi saya kuatkan semangat. Saya baca blog, web tentang breastfeeding supaya saya kembali bersemangat waja! Saya pernah ambil cuti semata-mata untuk bersama Syeefa dan menyusukan secara direct supaya pengaliran susu akan lebih baik. Baby kan breastpump paling berkesan :)

Bukannya lama masa untuk menyusukan anak ni. 2 tahun (atau lebih) saja. Lepas dari itu pasti saya sangat sangat rindukan saat begini. Pasti :(

Pengalaman menyusu semasa mengandung? Akan saya ceritakan di next entry. Berjela dah ni :)

Friday, March 19, 2010

Cinta hati ibu SETAHUN :)

Lama tak apdet.
Jengah blog kengkawan pon tak sempat apatah lagi mengomen. Mintak maap semua ye.
Saya akan khatamkan semua nanti k :)
Dah beli kabel baru, so sekarang baru dapat upload gambar yang lama di peram.
Ini gambar-gambar masa Syeefa lingkungan setahun ari tu.
Esok dah 13 bulan :) How times flies :)
12.00am...ingat nak kejut dia, wish "happy birthday Syeefa!!!". Tapi kang tak tido plak sampai 2 pagi kang..hihi

Syeefa dapat tricycle ni dari Cik Ina dia. Wah...baru ibu fikir nak beli dah dapat. Jimat betul! :P

Malam tu pergi makan-makan kat restoran Tomyam..nyum nyum. Sedap sangat tomyam kat situ :)

Nampak masam tak? hihi. Baru bangun tido. Nak tunjuk rambut baru..hehe. Papa bawak g gunting kat kedai, kena bayar singgit...ekeke. Baik potong kat umah je :)

Balik kenduri, seronok dapat souvenir tu sampai tak lepas-lepas dari tangan :)

Sian..nak makan tapi ibu tak bagi. Tak elok :D

Pegi langkawi lagi. Tak larat- tak larat pon pegi jugak....hehe. Syeefa macam biasa lah, bertuah lah nak statik setempat :)

Tengok apa?

Paracuit rupanya :)

Mula-mula takut lagi dengan air...

Lama-lama sket ok dah :) Siap nak turun ke dalam laut lagi tu bila papa bawak ke tengah.

Anak buah. Namanya Syakirin.

Seksinya....auuwww!! :P

Menikmati sunset kot diorang...hihi.
Apa yang 'hilang' ek dalam gambar-gambar ni?
OOhhhh...gambar saya satu pun takda perasan tak? Saya tak de hati nak bergambar dengan keadaan comot-berlemuih-nak-senyum-pun-tak-kuasa.
Sekian :)

Monday, March 15, 2010

PTK

Fuhh...selesai 2 paper utk PTK....

Soalan ok la, tak la menggelabah sangat since soalan dia mengenai kerja yang pernah buat especially paper esei...
Ekceli apply dah lama, tapi bila cek online asik 'sedang diproses'...so ingat memang tak kan amik la sessi kali ni...tup tup Khamis lepas cek lagi, dah approve pulak. Kata akan approve 2 minggu sebelum exam?
Hah....ambik kau, dengan buku tak baca apa lagi, Sabtu Ahad baru la kelam kelibut ajak Syeefa join baca...hihi.
Esok ada sessi intreview pulak...nervous weh! Wish me luck k :). Rabu dan Khamis ada kursus komunikasi. Tengok tentatif macam menarik. Lagipun belum cukup 7hari. Join je lah :) So, minggu ni hari Jumaat je kerja. Confirm balik opis nanti keje membukit...!

Note : Nak balik baca buku...bye :)

Friday, March 12, 2010

Cara saya mengatasi morning sickness

1st trimester saya kali ini agak perit. Sepanjang masa akan rasa pening, loya dan mahu muntah. Apa yang pasti, saya perlu makan setiap stengah jam dalam kuantiti yang sikit ye kawan-kawan. Bukan tetiap setengah jam makan nasik ayam, nasik briani bagai...hihi. Sekeping biskut atau setengah biji epal pon dah ok. Kalau tak makan mula la masuk angin dan rasa lapar ya amat mcm puasa doblas jam :)

So, dalam drawer kat ofis saya macam-macam ada. Dah macam nak pegi picnic dah...hihi

Wednesday, March 10, 2010

TAG : A to Z

Tag ni dah lama simpan, tapi asik tak sempat plus malas pikir banyak-banyak :P

Tapi hari ni bukan jadi rajin ke apa, tapi rasa mengidam nak buat...hihiik.

Saya hentam je apa yang terlintas di kepala.

A - Akim AF tu kiut kan? Suka time dia nyanyi lagu I'm Yours masa konsert minggu ke berapa tah. Tapi muda sangat la plak nak dibuat laki. (Tobat farah oii...hehe). Bukan laki ku, laki orang lain ye....hihi.

B - B**i adalah haram di makan. Sekian terima kasih.

C - Cekodok yang saya sedang makan ni rupanya buruk, hitam tapi sodappp!

D - Don't judge a book by its cover. Omputih la pulekk...

E - Eh! Apasal suar jean daku ni dah tak muat ni? Tensen tensen.....

F - Facebook? Sampai ke sudah tak reti bercucuk tanam macam orang lain selalu buat tu. Banyak dah kengkawan mintak berjiran. Nanti-nanti lah...hihi.

G - Geramnya!!! Bila la boleh setel proses beli rumah ni?? Very the lembabs la itu orang....

H - 'Hajar, ko asik jadik silent reader je. Komen la sebaris dua....' kataku. (hehe)

I - Ipoh...rindunya :( Takpe, nanti wedding kengkawan boleh balik hu ha hu ha...

J - Jusco bila nak ada sale ek? Nak gi terapi minda nih :P Emm...zaman beringus dulu rajin jugak pegi, sekarang nak pegi pikir 64 kali dulu...lenguh jalan weh.

K - Kari kari kari.....aiyooo. Tak bagus untuk kesihatan makan selalu masakan bersantan tau abang...dangerous....hihi.

L - Letih sangat badan time pregnant gini. Nak kemana pun malas.

M - Mahazir Mansor adalah kesayangan saya. Harap maklum :)

N - Nur Syeefa Farisha juga adalah cinta hati ibu forever. Adeh, rindu la pulak :)

O - On the way balik keje mesti lalu tepi gerai cendol pulut. Teringin tapi tak pernah singgah pun. Banyak lori lalu lalang situ. Kang dok sedap makan, hilang punggung plak :(

P - Pangako Sayo. Sapa ingat drama filipina ni? Best sangat! Jericho Rosales dan Kristine Hermosa tu memang seswai. RTM bila nak ulang series ni lagi ?

Q - Qurratul Ain ialah nama kawan sekolah saya, tapi panggil Q je :) Kitorang lahir hari yang sama tau, hospital pun sama :)

R - Rindu ko la Q!

S - Saya suka Siti Nurhaliza. Tak tau lah kenapa suka sangat kat Siti ni. Sebab dia lawo kot, suara sedap amat, ada ferarri...hihi. Lagi satu, gigi dia cantik :)

T - Tak lalu makan la sekarang. Tapi kena makan. Kalau tak makan, perut masuk angin, pastu mula lah pening. Tapi kalo makan asik nak muntah je! (Ah, mengada kau!) SO, makan ke tak payah?

U - "Urut abang malam ni tau" kata suami ku semalam :)

V - Vistana. The bestest hotel yang pernah saya stay. Harga pun reasonable and affordable :)

W - Washing mashine cap apa yang bagus? Yang penting ia harus otomatik untuk saya yang tak berapa rajin ni....hehe.

X - X-ray tak bagus untuk ibu mengandung. Boleh menjejaskan bayi dalam kandungan katanya.

Y - Yahuuu....! Hari ni dah hari Rabu! (tetiba suka...hehe)

Z - Zaman dolu-dolu mana ada blog-blog ni. Nak tulis apa-apa kena tulis dalam diary. Kalau yang ada secret tu beli diary yang ada mangga kecik. Orang lain takleh baca. Comel betul zaman tu kan? :)

Tuesday, March 9, 2010

Donut

Tetiba rasa kepingin mau makan donut Big Apple.
Kat mana plak nak cari kat Pulau Mutiara ni. Rasa cam takde je francais je kat sini.

Tempting kan?
*meleleh air liur*

Kempen Sejuta Tandatangan : 90 hari untuk Ibu :)

Jom ramai-ramai kita join petition "90hari untuk ibu" ni :)

Ajak suami, adik, kakak, abang, ibu, bapa, rakan-rakan anda untuk pakat-pakat sokong untuk dapatkan 1 juta tandatangan.

Quote dari NUBE :

NUBE akan mengumpul tandatangan-tandatangan yang menyokong petisyen “90 Hari Untuk Ibu” Petisyen Online ini dan akan serahkannya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan disalinkan kepada semua 221 Ahli Parlimen sebagai suara rakyat 1Malaysia yang menyerukan pindaan-pindaan tersebut.

Petisyen ini berakhir pada 6 Jun 2010. Cepat cepat kalian. Sape tak nak cuti 90hari bersama anak bukan? Saya sokong 100%!! *sambil genggam jemari dan angkat ke udara :D

Nota 90hari : Hopefully dapatlah saya cuti 3 bulan untuk bersalin awal Oktober ini *senyum sampai telinga*

Monday, March 8, 2010

TAG untuk yang dah kawen :)

1. When was your engagement?
30 April 2006

2. When is your marriage anniversary?
23 Mei 2008

3. How long have you known your spouse?
Sejak tahun 2004, time tu baru sweet 19th :)

4. How long did you date before you got engaged?
2 tahun bercintan cintun

5.Where did you meet your spouse?
Nasi Kandar Pelita, Perai :)

6. What is your spouse’s full name?
Dato' Mahazir bin Mansor

7. Do you have any children?
Of course :D

8. How many?
Seorang budak kecil yang masam, satu lagi masih dalam proses pembikinan. Belum launch lagik...hehe.

9. Do you have any pets?
No and never (kot). Kang sian kat pet tu, tuannya lupa bagi makan...hehe.

10. Do you own or rent?
Stay for free kat umah mak mentua...huhu.

11. Do you live in the country, city/town?
I pilih city untuk Siti Nurhaliza. (eh?)

12. What is your favorite activity you do together?
Tengok wayang :) (uwaa...dah lama tak do together)

13. Do you have a favorite vacation spot?
Tak kisah asalkan together-gether dengan kesayanganku :)

14. How many siblings do you have including in-laws?
Seven eleven

15. What mosque do you attend?
Masjid Sembilang, Seberang jaya

16. Is this the mosque you got marrried in?
Tak, nikah kat mesjid Ipoh

17. What town is your current address?
Seberang Jaya, Penang

18. Do you work or stay home?
Hopefully boleh la stay at home satu hari nanti, maybe bila ank dah 5 sape tahu? :P (besornya cita-cita...hikhik)

19. Where did you go for your honeymoon?
Pulau Pangkor dan Genting Highland (sejuk-sejuk kan best...hihihi)

20. Leave a piece of marriage advice :
Terima lah beliau seadanya, dan beliau juga akan menerima kita seada-adanya :) (ada gaya pakar motibasi keluarga eh?)

Nota keluarga harmoni : sesiapa rajin nak buat, silakan. jangan malu-malu :)

Wednesday, March 3, 2010

SATU :)

Dah lama baru nak update, tapi tak larat rasanya nak type. Asal nak update je pening, asal nak update je loya...hihi. Hari ni rasa free dan segar sikit :)

Ekceli masa birthday SETAHUN Syeefa on 20 Feb kami ada celebrate kecil-kecil sket. Tak la buat majlis ke apa, just makan-makan di luar gitu je. Tapinya, mana tah peginya kabel henfon saya, dah tak leh nak upload gambar latest :(

Tapi, takpa lah. Saya update milestone Syeefa di usia SATU! :)

1. Sekarang ni pesyen suka duduk pastu mengengsot ke belakang. Kelakar ok. Kadang-kadang dari ruang tamu sampai ke dapur punya gigih:) Kalau ada pertandingan bayi mengengsot kebelakang paling laju dan jauh, mesti menang! Hehee...

2. If bukak baju dia, then ajak ''jom mandi''..laju je directionnya ke bilik air.

3. Bila buat bunyi ''ssyiihhhhhhh...'' dalam bilik air otomatis dia kencing...hihi.

4. Nampak sesiapa makan, mesti datang mengorat pastu bagitau 'na...nak' :)

5. Jalan dah over confident. Siap berlari lagi macam la orang nak kejar dia...hihi. Tapi ibunya yang tak confident, takut tersembam, tergolek lagi bila tersadung kakinya tu.

6. Boleh minum guna straw dah. Laju je sedut air :)

7. Kalau nampak cat, mesti buat bunyi "iaaww...iiaaww" pastu buat bunyi panggil kucing sekali :)

8. Gigi nak masuk 3. Lambat sket...hihihi.

9. Faham bila kita sebut cat, bird, dog, duck, lembu, fish, shoes, kasut, car, kawan, come here, stand up, sit down, book, colour, clap, eyes, nose, star, jom jalan.

10. Pantang nampak sesiapa pakai lawa-lawa or pakai tudung, mesti datang and mintak di dukung. Ingat orang nak gi jenjalan la tu :)

11. Suka tengok iklan ribena, iklan digi yang ada kucing 3 ekor nari-nari tu, iklan tv3 jom heboh, iklan kanak-kanak atau baby,siri upin-ipin dan semua kartun di chanel 613 astro :)

12. Ada improvement sebut IBU. "aa..vuu.." Adalah tu bunyi sikit-sikit kan...hihi.

13. Boleh pegang pen/pensil/kaler then tulis (conteng) atas kertas/buku :)

14. Daya ingatan yang kuat :) Ada satu hari tu pergi Tesco, bila datang dekat kedai mainan tu dia buat bunyi 'ukk ukk..' then tunjuk-tunjuk2. Rupanya, dia ingat lagi patung lembu yang ada bunyi-bunyi masa pegi 2minggu yang lepasnya. So clever :)

15. Berat 8.3, Tinggi 71cm..

16. Diapers remain M. Kecil je anak Ibu ni :)

17. Alhamdulillah. Masih minum susu Ibu :D

I LOVE YOU!

Nota 1st year : Lately ni asik terganggu dengan berita si kecil Nur Syafia Humaira yang mati disebabkan kekejaman manusia! Asal teringat je mesti tersedu sedan :( Mereka sangat kejam!! Hati bagai disiat-siat bila teringatkan kesakitan yang dia alami :( Hopefully, semua yang terlibat dihukum dengan berat! *emosi sangat*