CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 30, 2009

Cutest Baby Pocoyo Contest : Pre-Loved Fisher Price Give Away

Ahaa...kalian mesti rindukan penyertaan contest saya kan kan? Jadi saya kembali mengambil bahagian.(sila lari ke bilik air dan muntah, hihi). Contest Cutest Baby Pocoyo ini dianjurkan oleh Mommy Ryan Raffael yang vogue da vass tau kalian. Hadiahnya saya sangat suka! (hehehe).

Mari lihat gambar yang saya pertandingkan dibawah. Gambar ni semasa
saya bawa Syeefa ke klinik kerana selsema. Kebetulan selepas gambar ini diambil,
Mommy Stephanie anjurkan contest. Macam tahu-tahu pula ya, ekeke.

Saya perlu describe Syeefa dengan 5 perkataan. Mari baca.

1. Bulat

Oh, pipinya bulat sampai saya rasa mahu gigit-gigit setiap hari. Matanya bulat-bulat macam guli sehingga papanya jeles kerana tiada kesamaan tersebut pada dirinya. Hihiii....

2. Wangi

Syeefa bangun tidur penuh air liur basi pon tetap wangi semulajadi, hehe. Tahi mata berselaput pun ibu tanpa ragu-ragu mencium Syeefa setiap 5minit sekali, kuikuikui.

3. Kiut

Walaupun anak jiran sebelah kiut, tapi Syeefa lah paling kiut di mata ibu tau. Tahun depan ibu register masuk pertandingan bayi comel di majalah Pa&Ma ya Syeefa. (ehehe) :P

4. Bijak

Semakin besar semakin bijak itu ini. Pandai sengih-sengih nampak gusi bila tengok kamera, pandai lambai-lambai bila orang sebut 'babai', Pandai main cak-cak pulak dan terkejut sendiri bila di sergah (haih, macam-macam ada....).

5. Kaya

Kan baru lepas raya ni, Syeefa dapat duit raya banyak. Haa...otomatis jadi kaya. Hihihihi. Ibu pun tak dapat banyak masa zaman kanak-kanak ribena dulu. (Aci tak?) :P

Sekian penyertaan saya. Saya sudah mematuhi syarat-syarat contest ini. Esok lusa saja tarikh tutupnya. Jom join cepat!

Tuesday, September 29, 2009

Pre-Entri Raya :P

Hari ini saya baru masuk opis. Pagi-pagi tadi rasa macam sedang bersiap-mekap pergi kerja, rupanya masih dikatil...mimpi ropenye,hihi. Maknanya, saya malas ke ofis lah setelah 10hari bercuti. Tapi ku gagahi jua :P Sepatutnya hari ini saya masih berlanding-landing bersama Syeefa tau kengkawan. Tapi disebabkan ade kursus penting di ofis, saya jadi tak ikhlas ke pejabat hari ni...hihihiks.
Saya lihat ramai kengkawan blogger dah update cerita menarik-vouge-sakan beraya di blog mereka :P. Saya belum lagi update. Gambar-gambar masih belum ditransfer dari berbagai-bagai sumber (kamera sendiri, kamera saudara, kamera rakan, henfon sendiri, henfon orang lain, hihi). Jadi saya perlu kumpul semua bahan yang ada sebelum meng-update ya. (wah, harus ada yang remove blog saya dari bloglist masing-masing gara-gara tak sanggup berpinar mata tengok gambar syiok sendiri saya, huhu). Sementelah itu kan kalian, saya masih tak habis beraya lagi. Baru seminggu, raya kan sebulan. Tunggu habis 30 Syawal baru saya all-out update entri raya ya. Hehehehe.
Kepada yang wish untuk ulang tahun saya, terima kasih ya. Hilang sedikit demi sedikit tahap ke-nervous-an menghadapi hari tua saya, kuikuikui.

Mari saksikan sekeping gambar anak beranak yang memboikot ibu. Khusyuk Syeefa join sang papa main game tanpa mempedulikan ibu ya! Love both of u lah! muaahh.

Daaa.......:)

Saturday, September 26, 2009

Happy Birthday to Me :)

Entri ini ditujukan khas untuk diri sendiri. Hihi.
Saya sudah 24 tahun.
Saya rasa sudah tua (kedut) :P
Rasanya seperti mahu kembali ke zaman 'si manis 17' dulu. Hihiks.
Tah mengapa, saya mesti nervous tiap kali birthday saya.
Sebabnya dah bertambah angka umur saya.
Tahun demi tahun nanti saya akan bergelar warga emas pula (uwaaa...., tak dapat terima kenyataan).
Hmm, lumrah hidup lah kan, yang bayi pasti dewasa, yang muda remaja pasti mengeleber di sana sini kelak. Huhu.

Kengkawan...
Diumur 24tahun ini, saya masih belum puas dengan apa yang saya kecapi.
Belum ada apa untuk dibanggakan.
Tetapi....
Mana tahu 1o tahun selepas entri ini ditulis, saya sudah setanding Siti Nurhaliza dari segi wang simpanan. Ekeke.
Doakan saya ya.

Selamat Ulang Tahun yang ke 24 untuk tuan punya blog.
Iaitu saya :)

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri :)

Salam Aidilfitri buat semua blogger sekalian..

Maaf dipinta andai ada tersalah silap dan terkasar
bahasa secara langsung mahupun tidak langsung :P

Moga Aidilfitri kali ini memberi keceriaan dan memori indah buat kalian sekeluarga :)

Jemput ke rumah di Penang dan Ipoh ya...

Salam sayang dari :

Farah, Mahazir dan Syeefa :)

Thursday, September 17, 2009

TAG DARI KAK IJAN (MAMA LYNA)

Tag dari Kak Ijan aka Mama Lyna ni berkenaan raya, so saya kena siapkan sebelum raya lah. Kalau lepas raya tak da maknanya dah, tunggu Deepavali plak, hihi.

Baju Raya
Tema kaler ialah biru (mata hitamku) hihi. Suami beli di Ipoh, saya beli di Penang. Dah tertukar kampung rupanya kami nih, hehe. Saya dah ada 3 pasang, ingat nak tambah lagi satu. Suami sepasang baju melayu sudah la, buat dimakan tikus saja melambak dalam almari tu, hihi.

Untuk Baby/Anak
Untuk baju kasual Syeefa dah tak terkira plak.. Asal saya jalan mana-mana nampak comel (dan pink) saya ambil-senyum-bayar-claim pada suami, ekeke. Baju kurung tak sempat tempah, jadi saya beli ready made saiz 0 (kosong/zero). Tapi macam tak puas hati dengan kaler baju tu, birunya tak berapa nak sama dengan ibubapa Syeefa nanti. Takpe, ada lagi 2 hari untuk saya gigih mencari baju kurung Syeefa :P

Family saya
Beli kan tudung dan kasut. Yang lain-lain mereka dah sediakan sebelum berpuasa lagi.

Family mertua
Mak mentua dah ada berpasang-pasang baju raya tapi masih mencari-cari lagi baju untuk mencukupkan koleksinya. Hihii. Jadi sya berdiam diri sajalah. Hihiks.

Kasut Raya
Dah beli dua bulan sebelum puasa. Tapi cam tak best je nak pakai raya, malam karang beli lain.

Kuih Raya
Beli saja, tapi dah tinggal setengah.

Perabot baru
Tiada sama sekali. Tinggal di rumah mentua, tak boleh nak sukahati beli baru ikut citarasa sendiri plak. Huhu.

Duit raya
Baru tukar di CIMB tadi. (fikiran dah terbayang anak-anak buah beratur minta duit raya) hehe.

Bonus
Bab ni lemah sikit (lemah banyak sebenarnya) sebab dapat tak sampai setengah dari tahun lepas. Uwaaa.. (tak reti bersyukur!) Bajet saya hampir-hampir melarikan diri (boleh?)

Balik Kampung
Balik raya kedua, malas berebut dengan suami. Tahun depan saya akan sediakan agreement supaya adil dan saksama ya cik abang, hihi.

Sekian...
Dan saya mahu men'tag' blogger-blogger berikut :
1. kak Izzah (bonda raziq)
2. Misz_nierah
3. Ameh Wahab (ordinary ameh)
4. Kak Liza (cahya schatz)
5. Iena (cik kaki)
6. Semua follower saya :)

Wednesday, September 16, 2009

TAG DARI BONDA RAZIQ (KAK IZZAH) :)

Salam semua :)
Kak Izzah tag saya. Jadi saya perlu cepat-cepat selesaikan sebelum cuti raya, kalau tak bersawang nanti, hihi.
***The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their name. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer. So now, on to the questions…!!***
*1* What were you doing 5 years ago?
Tahun 2004 ye. Erm..(saya masih hingusan, kihkih). Time ni sedang bercintan cintun dengan encik suami (dan fikir-fikir nama bakal anak -hihi, gatal)
*2* What are 5 things on your to-do list for today?
1. Bayar PTPTN tru online
2. Bayar duit kete
3. Bayar bil Maxis Broadband
4. Shopping last minit
5. Terjah Pasar Ramadan beli ayam percik, air kelapa, kuih lopeh, etc etc....(kuat makan tol saya)
*Perasan tak semua to-do-list ni melibatkan pengaliran wang keluar? (huhhh - berpeluh den)

*3* What are 5 snacks you enjoy?
1. Aiskrim vanila jenama nestle
2. Cheesecake kat Secret Recipi (yummyy.!)
3. Mc Flurry McD
4. Mr Potato
5. Biskut 4 segi cap Hup Seng cicah milo panas....best (dalam pantang tiap pagi makan)
*Hampir semua makanan diatas menambahkan lemak di badan, hehehe.
*4* What are 5 things you would do if u were a Billionare?
1. Kembangkan bisnes sampai ke Planet Pluto. (logik?)
2. Buat rumah anak yatim, warga emas, kurang upaya, etc...semuanya fully support.
3. Share dengan family duit bebanyak tu (ikut sukati diorang nak buat ape dengan duit itu ya).
4. Buat rumah sebelah Siti Nurhaliza dan Donald Trump punya rumah.
5. Produce rancangan The Apprentice sendiri (boley gitu?) Ekeke.
*Moga dimakbulkan Allah, Amin :)
*5* What are 5 jobs you’ve had?
1. Penolong Pegawai Tadbir (sama macam Kak Izzah)
2. Kerani Perundangan
3. Kerani Pemasaran
4. Penganggur
5. Student
* Sila baca mengikut turutan bawah ke atas ye kalian :P
*5* person to tag
Silakan menjawab tag saya ye :D

Tuesday, September 15, 2009

SYEEFA BERKHATAN

Salam Ramadhan rakan-rakan (tak sabar saya nak raya, hihi)..
Baru-baru ini saya bawa Syeefa ke klinik untuk dikhatankan. Nervous saya tau. Saya risau bagi pihak Syeefa, hehe. Rasa mahu gantikan tempat Syeefa saja. (Apa?? mahu bagi doktor pengsan kah??) Ekeke.
Syeefa dengan Mak Toknya. Ibu berdebar-debar menanti nama dipanggil. Sambil-sambil bertenang tu, ibu snap gambar Syeefa buat kenangan untuk cucu-cucu nanti. Hiks.

Syeefa takut lihat muka doktor dengan misi di situ. Belum buat apa-apa dah menangis sakan dia. (saya pun takut tgk doktor tu, cam nak makan orang je, hihi)

Adoyai Syeefa, sakit ye. Kasihan anak ibu :( Sekejap saja 'proses'nya. Macam tak ada apa-apa kesan pun. Darah pun tiada. Lega saya, Syeefa menangis sekejap saja.

Gambar hiasan semata. Buat menenangkan perasaan ngilu-ngilu. Huhuhu.

Gambar ni masa Syeefa 4 bulan, tapi sebab Syeefa pakai baju yang sama seperti di atas-atas saya tumpangkan lah sekali gambar ini di entri ini. (kebetulan ada muka ibu pulak tu) Ihihi.

Monday, September 14, 2009

SYEEFA BALIK IPOH, YEHAA!

Assalamualaikum semua.
Selamat berpuasa :) Tak sampai seminggu lagi nak raya (yeaa!!). Tapi, saya baru nak update cerita yang dah lama saya peram. Hari ni baru ada kesempatan mengupload gambar-gambar buat tatapan umum, hehe.
Saya balik Ipoh pada cuti merdeka yang lepas. Lama dah kan? Kalian kira sendiri berapa punya lama saya simpan entri ni. Huhu. Dah 3 bulan saya tak balik Ipoh kawan-kawan (haiipp, jangan kata saya anak derhaka ya). Bukan saya tak nak balik, hati meronta-ronta nak balik, tapi ada saja aral yang melintangnya. Adik-adik di rumah dijangkiti deman pelentong, risau saya nak bawa Syeefa saya. Bila dah ok, ibu dan ayah pula ada macam-macam hal dan tiada di rumah. Jadi sia-sia saja balik kalau mereka tiada di rumah kan?. (Haiih, gigih saya mengulas panjang supaya saya dapat membuktikan yang saya bukan anak durhaka, kehkeh).
Mari ikuti kronologi balik ipoh saya ya (hihihi).
Bertolak keluar dari rumah. (Belum sempat keluar kawasan taman saya dah keluarkan kamera, hihi)
Ibu dan Syeefa adalah watak utama dalam entri ini, hikhiks.
(Note : kalau ada yang berkenan dengan tudung yang saya pakai, boleh order dengan saya ya. Semua warna ada :D)

Syeefa suka tengok kenderaan lalu lalang. Mahu dicapai-capainya imej kereta itu :)

Apa tu? Nampak burung-burung terbang kot :)

Mari, kita ajak papa interprame sama ya. Ibu nyibuks selit-selit. (yalah, watak kedua utama katakan, hihi)

Oppss, tersnap pipi syifa penuh skrin pula :D

Dalam perjalanan hujan lebat. (papa hati-hati ya, kereta ni tak habis hutang lagi, hehe).

Sampai di Ipoh, Ayah sedang berkebun. Sempat memberi pose istimewa (bertuahlah kalau orang lelaki mahu bergambar :P).

Opah dan Tok Syeefa melepas rindu 3 bulan tak jumpa. Last balik hari tu Syeefa belum pun merangkak lagi, sekarang dah pandai golek-golek (jatuh katil) dah pun :).

Makngah, Maklang dan Pak Su Syeefa 'membuli' Syeefa semasa ketiadaan Ibu dan Papa. (rusak...rusakkkk, heheh).

Syeefa mamam. Ibu Sedang bershopping bersama papa ketika ini. Ramai pengasuh dirumah, tinggalkan saja. Hihihi.

Tengok apa yang mereka lakukan! Mereka memanipulasikan Syeefa saya. (comel juga ya, boleh la tempek di blog, kuikui).

Hidangan berbuka puasa malam kedua. Menu : Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Daging Masak Dinding, Jelatah, Acar Buah, Bubur Keledek, Mutabak pasar ramadhan. ( kalau ada yang tertanya-tanya, yang pink-pink tu bunga kantan, ibu taburkan untuk hiasan semata, hihihi)

Ini hidangan pencuci molot pula. Menu : Air kelapa, Air dragon fruit, Buah dragon fruit, Dadih dan Pisang.

Papa dan anaknya ambil angin di laman rumah :)

Saya suka gambar ni, lalu saya tempekkan di sini :) Laman rumah Ibu penuh pokok-pokok bunga. Dah hobinya berkebun, haruslah penuh tak cukup tanah ditanamnya macam-macam tumbuhan. :)

Opah Syeefa a.k.a Ibu saya yang tersayang bersama cucu sulungnya :P

Ketika ini dalam perjalanan pulang ke Penang. 3 hari 2 malam saja sempat berada di Ipoh.

Lagi gambar kami.

Babai Ipoh, nanti kami pulang di hari raya ya!

Sekian dari Syeefa. Muahhhh :)

Friday, September 11, 2009

CUTE SLEEPING BABY CONTEST

Dihari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini saya join satu lagi contest dari blog Love My New Life. Cik Puan penganjur adalah Kak Baiti iaitu ibu kepada si comel Iris Haseena. Mana tau di hari baik bulan baik penuh barakah ini Syeefa saya menang, saya tumpang sekaki lah gembira itu. Hehehe. Untuk maklumat lanjut, kalian klik banner di atas ya.
Apa yang special tentang blog Love My New Life?
Blognya berwarna pink! hihi. Tenang saja bila membaca. Saya suka mengikuti perkembangan blog ini untuk mengetahui kisah anak kecilnya itu, kisah-kisah terkini dan pastinya kisah kehidupan seharian mereka sekeluarga :)
Dan, saya pertaruhkan gambar Syeefa tidur dengan bola-bolanya. Rasa mcam dejavu pula kalian sebabnya saya pernah letak gambarnya di entri ini :) Ketika ini Syeefa berusia 5bulan ++.

Name : Nur Syeefa Farisha bt Mahazir
DOB : 20 Februari 2009
POB : Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang
Nama Ibu : Nazihatul Farah bt Muhamad Nidzam

Syeefa kepenatan main bola-bolanya lalu tertidur bersama bola-bola tersebut :)
Contest akan berakhir pada 18 September ini. Jom join cepat!

Thursday, September 10, 2009

SYEEFA BERBLOGGING :P

Entri kali ini tiada input apa-apa. Saja saya suka interprame Syeefa banyak-banyak. Hihi (mana tau ada berkenan nak masuk minang 25 taon lagi, ekeke).
Syeefa tak buleh tengok saya bukak laptop, selalu saja kacau ibunya nak berblogging, berfacebook segala. Hihihi. Saya biarkan dia mengeksplotasikan (ceihh, ayat tak ingat :P) apa yang dia suka. Biar dia explore segala benda walaupun dia tak tahu 'apa menda makhluk di depan ku ini?' Hihi.
Khusyuk 'membaca' :)

Tak kelip-kelip mata tengok skrin.

Mula dah menekan sana sini (dalam hati berdoa agar laptop ku panjang usia, huhu).

Tertarik pada mouse bercahaya lampu :P

Apa plak Syeefa buat ni?

"Ibu ni jangan la kacau Syeefa" ujarnya.

"Syeefa nak chat dengan Siti Nurhaliza ni" sambungnya lagi. Hihihi.

Kelakar plak tgk rambut serabai-baru-bangun-tidur Syeefa. Hihiks.
Sekian lapor siar dari saya :)

Wednesday, September 9, 2009

HADIAH 090909 :)

Lagi beberapa jam sahaja tarikh cantik 090909 akan berlalu. Jadi saya kelam kelibut tulis entri sembarang supaya ada kenangan untuk saya ingat-ingat nanti :)
Pulang kerja tadi saya ternampak bungkusan di atas meja. Belum apa-apa lagi saya teruja sorang-sorang. Saya terima hadiah contest dari Kak Zieha :P Nasib baik saya tak ambil sendiri dari abang posmen, kalau tidak mesti beliau perasan saya tersengih-sengih padanya, hihihi.
Ini dia bungkusan dari Kak Zieha selaku penganjur Candid contest.

Berdebar-debar saya buka bungkusan ini tau kalian :P

Tadaa, ini dia barangan tupperware seperti yang dijanjikan. Saya sukaaaaa! Sangat berguna untuk saya :)
Terima kasih Kak Zieha, lepas ini buat contest banyak-banyak lagi ya~winkwink~

Tuesday, September 8, 2009

DECLARE YOUR LOVE CONTEST

Saya kembali bercontest! :P Contest yang menerujakan ini dianjurkan oleh Ibu Damia. Saya sebenarnya segan nak masuk contest ni (malu bila suami baca, ahaks), tapi disebabkan hadiahnya sangat best, saya tepis-tepis ketepi sifat segan-megan-tak-bertempat saya itu, hihi.

Untuk contest ini, saya perlu menceritakan bagaimana saya dan pasangan "Declare Our Love" . Bak kata Ibu Damia, untuk mengimbas semula saat-saat kami mula meluahkan rasa cinta disamping kisah ini dapat dibaca oleh anak-anak, pasangan dan keluarga. ~seram sejuk~. Memandangkan tarikh tutup contest ni adalah pada 10 September ini, saya kalut-kalut flashback kisah cintan-cintun saya kira-kira 5 tahun yang lepas, hihiks. Berapa patah perkataan pun tidak kisah (mujur, kalau dihadkan mesti saya tak dapat habiskan bab pengenalan pun, ekeke).

Kisah ini adalah diadaptasikan dari kisah benar saya, dan saya edit mana yang patut untuk mengelakkan kemuntahan teruk, hihi.

Mari Mulakan :P

Saya bertemu si dia (sekarang : suami) ketika saya belajar di Pulau Pinang. (terima kasih ibu, sebab hantar saya study di Penang, kalau tidak saya tak jumpa la si dia, hihi). Si dia sudah bekerja ketika itu. (nasib baik, tak perlu tunggu lama nak kumpul duit, hehe).

Pertemuan kali pertama 2 pasang mata bundar (hukhuks) :P

Tarikh/masa : 21 Mac 2004, 2.30 pagi - hari pilihanraya
Tempat : Restoran Nasi Kandar Pelita, Chai Leng Park, Perai, Penang
Suasana : Riuh rendah

Situasi kami : Saya - mengantuk yang amat2 (pukul 2 pagi). Dia - (tak perasan, tak tengok muka sangat) :P

Kisahnya, pada tengah-tengah malam itu, kawan saya, Liza (bukan nama sebenar) iaitu kawan kepada si dia juga, mengajak saya keluar minum bersama. Saya tolak, kerana malas dan mengantuk. Saya bukan jenis keluar lewat malam tau kalian, apatah lagi dah pukul 2 pagi. Tapi sebab Liza sunguh-sunguh ajak saya, saya pun bangun bermalas-malas dan bersiap. Si dia datang ambil kami di rumah Liza. baru habis berkempen katanya. Dalam kereta gelap gelita, jadi saya tak perasan mukanya. Saya duduk senyap-senyap dibahagian belakang. Sampai di Pelita Nasi Kandar, kami turun kereta (wah, turun kereta pun kena cerita kah?, hehe). Tiba-tiba saya dan Si dia, berpandangan sesama sendiri. Malunya saya! saya ingat nak pandang sipi-sipi saja, rupa nya dia pandang saya, saya pandang dia, hehe. Sepanjang di restoran, sepatah perkataan pun saya tak bercakap dengan si dia (cuma senyum senyum simpul saja, ekeke). Pulang.

2 3 hari selepas kejadian, ketika di Ipoh, saya terima call dari no public phone di Penang. Masa tu, saya tak sangka si dia yang call. Terkezut juga. Begini dialog kami :

Dia : Assalamualaikum, farah ye?

Saya : (dah telefon saya, harus la saya yg angkat ye dak?) iye,sapa neh?

Dia : M ni.

Saya : Oo..M, Liza xde la. Farah kat Ipoh ni. (saya speku, beliau mahu ckp dengan Liza, sebab sebelum ni Liza pernah guna hp saya untuk call dia kerana hp nya rusakk).

Dia : Bukan nak cakap dengan Liza, dengan Farah la :P

Saya : Ye ke..(dalam hati berbunga jugak) (sebenarnye dah dapat agak dia akan call sebab si dia penah beritahu Liza dia mahu kenal dengan saya dan Liza terbocor rahsia sudaaa, hihiks).

Dia : Tengah buat apa?

Saya : (mesti la tengah cakap dgn awak, lagi mau tanya ka? hehe) Saya dalam kereta, baru balik dari Jusco.

Dia : Ganggu ke ni?

Saya : Tak lah (memang saya tengah tunggu awak telefon pun, hehe -miang).

*Tiba-tiba bateri handphone berbunyi-bunyi.

Saya : Alamak, bateri saya kong la. Nanti call balik ye.
Dia : Ok ok, bye.
Saya : (tak sempat ber bye-bye) Putus.

Balik rumah, saya cas handphone. Semangat saya tunggu si dia kol semula. Hampa, tiada sebarang panggilan :( :P

Esoknya saya minta no telefon bimbitnya dari Liza dan call si dia (kalian mesti kata saya gediks kan?). Tak salah mengeratkan silaturrahim sesama insan tak begitu? HiHi.

Dialog lagi (diambil part-part penting sahaja. Hehehe).
Saya : semalam kenapa tak call balik?
Dia : ingatkan Farah tak sudi cakap dengan M? Mana la tau, saja-saja buat alasan bateri kong. M pun tak nak la kacau dah.
Saya : (laa, tak terpikir laks)
Kalian bayangkan kalau la saya berdiam diri dulu, mesti sekarang saya tak kawen-kawen lagi. Ehehe.

End bab perkenalan. (Fuhh, sesi kenal mengenal je dah berjela kan? ) Kawan-kawan, sila sediakan besen disebelah untuk tadahan muntah. Hihi. Saya akan sambung lagi ni. :P

Declaration of love (la sangat, hihi). Rasminya saya mempunyai 'seseorang'. :P

Tarikh/masa : 7 April 2004, lebih kurang 12 malam
Tempat : On-line (dalam telefon je kalian).
Suasana : Sunyi sepi nan mendamai
Situasi kami : Saya - mata segar bugar, landing-landing atas katil. Dia - tak tahu (dia di hujung talia, hehe)
Siapa declare : Pastinya si dia (saya masih berfikiran kolot - tak mahu digelar perigi cari timba, hihi)
Tempoh berkasih-kasihan : 2 tahun
Kami sembang-sembang di telefon. Tiba-tiba dia beritahu mahu serius dengan saya. Saya terkujat seketika, saya pasti apa yang saya dengar tapi saya sengaja suruh si dia ulang semula, hihi. Si dia tak mahu ulang tau kalian, malu kah? (haiih, lelaki zaman sekarang ~geleng kepala~) hehe. Setelah dipaksa-paksa, akhirnya dia ulang jua (boleh paksa-paksa plak, despratenya watak ini ya, ekeke). Kalian rasa-rasa apa jawapan saya? (ececeh, ni sapa yang punya contest ni ??) :P
Dan, kami pun declare sebagai kekasih (janggal pulak sebut perkataan kekasih, hihi). Kami ber 'teman' selama 2 tahun. Sepanjang itu mesti lah ada onak duri nya. Tapi tak perlu lah cerita ya. Lari tajuk contest pula nanti. Tunggu kalau ada blogger mahu anjur contest ''ranjau penuh duri bersama pasangan'' atau pun "cabaran dan dugaan bercinta", kuikuikui.
Tarikh nafas panjang-panjang ya. Saya sambung :)
Kami bertunang
Tarikh/masa : 30April 2006, 1.00 tengahari
Tempat : Rumah si wanita :P
Suasana : Riuh rendah orang ramai
Situasi kami : Saya - gumbira, teruja, senyum sowang-sowang, nervous sket. Dia - tak rasa apa-apa kot, sebab emaknya yang bertugas menyarung cincin, dia rilek aje. Hehe
Tempoh bertunang-lanang : 2 tahun juga :)
Saya bertunang pada umur 21 tahun. Masa itu saya masih bekerja secara kontrak di sektor swasta. Jadinya seperti mahu-tapi-malu untuk bertunang. Si dia mahu terikat katanya (supaya saya tak lari katanya) Kalau tak bolah lari, saya jalan saja, hehehe. Nak beritahu ibu pun terketar-ketar. Nasibla ibu memahami niat anaknya (yang gatal nak kawen nih, hihi). Dalam tempoh bertunang pun macam-macam hal juga. Kalau saya cerita nanti, entri ini saja akan bersamaan dengan 18 entri panjangnya, hehe. Jadi saya simpan dalam hati saja ya. :P.
Termeterai cinta dua hati (jadi satu) :P
Tarikh/masa nikah : 23 Mei 2008 (10 pagi)
Tempat nikah : Masjid Kg Sungai Rokam, Ipoh, Perak
Suasana : Setenang air di kali :)
Situasi Kami : Saya - santai, nervous, rimas bermekap tebal, tak sabar, lega :P Dia - Nervous amat2!
Tarikh/masa kenduri (saya ) : 25 Mei 2008 (11 pagi - 4 petang)
Tempat : Rumah pengantin perempuan di Ipoh
Suasana : Ramai, riuh, meriah
Situasi kami : Saya - best, syok, excited, gembira sangat, canteks, malu. Dia - sama seperti saya rasanya :P
Tarikh/masa kenduri (dia ) : 1 Jun 2008 ( 12 tengahari - 6 petang)
Tempat : Rumah pengantin lelaki di Penang
Suasana : Seperti diatas
Situasi kami : Saya - sama seperti di atas plus rimas pakai korset lama-lama, hihi. Dia - Syiokk kot. hihi.
*untuk lihat gambar-gambar kawen kami, sila zoom sini, sini dan sini :P
Saya sertakan gambar comot kami sebelum berkawen. Maaf, kualiti gambar kurang jelas kerana diambil dengan kamera handphone cap ayam. (identiti jenis handphone terpaksa dirahsiakan atas keselamatan pihak-pihak tertentu, hihi).
Begitulah kisah saya dan suami. Rasa mahu sambung cerita honeymoon, tapi risau Ibu Damia disqualifiedkan saya, kuikuikui. Ok lah kawan-kawan, Sekian dahulu ya.
(pesana penaja : saya mohon maaf, jika ada baris-baris ayat di entri ini yang tidak menyenangkan pembaca)
**Buat Ibu Damia, Happy Anniversary yang ke-5 :)

Saturday, September 5, 2009

TAG - ZAMAN KANAK-KANAK :)

Saya terbaca tag ini di blog cantik ini. Katanya, siapa yang baca entrinya, perlu buat juga. Jadi saya berbesar hati untuk menjawab soalan ini. :)

1.Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
Akilah, Hafizah, Ashiqrun, Marshilah, Asiah (tah mana-mana la diorang ni, lama tak ketemu ).

2.Apakah permainan masa kecik yang anda
Main getah, happy family dan penutup botol F&N :)

3. Kalau anda bergaduh dengan kawan anda
Tulis surat kutuk-kutuk, 2-3 hari baik balik (haiihh, macam-macam) ~geleng kepala~

4.Di kawasan manakah tempat faveret anda bermain
Bawah pokok kat tempat ngaji, dalam kelas. Hehe.

5. Apakah cita-cita anda masa kecil?
PeguaM, doktor, arkitek (satu pon tak tercapai, :P)

6.Apakah rancangan kartun atau rancangan tv yang anda masih ingat sampai sekarang?
Cupido :) Kartun pari-pari baby yang ada anak panah cinta.
Kalo terkena panah, yang gaduh-gaduh boleh bercinta terus. (nape lah dah tak ada sekarang nih) ~mengeluh~~

7. Makanan ringan apakah yang anda borong di kedai?
Aiskrim pop dan Super Ring.
Lagi satu Nyum Nyum. Ala yang celup dalam coklat tu. Singgit satu kira mahal amat dulu.

8. Nyatakan seorang rakan zaman kanak-kanak yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang?
Rujuk Soalan 1 :P

9. Apakah gelaran anda masa kecil?
Nazi hitler (kurang asam betul la diorang, hihi)

10.Nyatakan seberapa banyak rakan blogger yang anda ingin tahu zaman kanak-kanaknya.
Semua yang lawat blog saya!

Tamat.

MENANG CONTEST !

Assalamualaikum, selamat hari Jumaat ye semua.

Hari ni saya tersenyum simpul dari pagi. Hihi. Saya menang 2 contest. Tak sangka pulak rasanya (cubit peha rasa sakit, bukan bermimpi lah ye, hehe).

Contest pertama yang saya menang ialah dari Galeri Pengantin. Saya perlu ceritakan tentang 'tempat idaman anda melangsungkan perkahwinan'. Saya feeling-feeling anak dara sewaktu tulis entri ini. Ekeke. Untuk membaca entri contest ini, boleh zoom ke sini ya. Hadiahnya berupa pakej iklan percuma selama 6 bulan di website Galeri Pengantin. Sebenarnya, buat masa ini saya tiada apa untuk diiklankan. Saya join contest ini sekadar suka-suki sahaja :). Tapi, mungkin akan datang sapa tahu, saya punya 'sesuatu' untuk dipromote kan. Jadi, saya belum lagi buat banner (125x125 pixel) seperti yang diminta oleh penganjur (dan saya tak tahu langsung buat banner, hihi). Ada tak sesiapa boleh jadi banner tutor saya? Terima kasih buat Galeri Pengantin kerana menganjurkan contest ini (dan menangkan saya, ekeke). Selain saya blogger Asmieyra juga terpilih untuk menang contest ini. Tahniah buat beliau juga :)

Yang kedua pula Candid contest anjuran Kak Zieha. Seramai 98 peserta telah join contest ni dan semua gambar-gambar mereka lucu sekali! Tak sangka saya terpilih oleh juri-jurinya. Ada 2 lagi pemenang untuk candid contest ni. Tahniah semua ya. Untk maklumat lanjut, sila ke sini.

Saya pertaruhkan gambar di wedding sepupu saya. Sewaktu saya ambil gambar ni, tak sangka pula hasilnya jadi sekiut ini. Hehe. Anyway, pengantin perempuan telah berbadan dua ketika entri ini ditulis :) Rezeki anaknya saya menang contest. Hihihi. Untuk melihat entri contest, jom terjah ke entri ini. Terima kasih kak Zieha kerana anjur contest menarik ini. :)

Sekian laporan saya :P.