CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 18, 2009

PC FAIR (PISA)

Ahad, 8 Ogos yang lepas saya ke PC Fair di Penang Internatonal Sports Arena (PISA). Suami yang beria-ia mahu ke sana. Saya juga memang teringin mahu lihat keadaan di sana. Di samping itu, manalah tahu kalau-kalau ada 'objek' yang terbekenan dihati suci saya. Hiks.

Melangkah masuk saja, saya mula tak senang hati. Manusia teralu ramai. Saya sekadar tengok-tengok dari jauh saja apa yang cantik menawan. Saya mahu cepat-cepat pusing seraun dan keluar dari bangunan itu rasanya. Sebelum datang ke sini, saya terlupa langsung tentang wabak H1N1. Kalau tidak, taubat saya tak akan pergi! Kasihan Syeefa saya. Saya harap tiada apa yang memudaratkannya.

Syeefa khusyuk mendegar penerangan pekerja syarikat. Hehe. Nampak macam faham saja butir-butir perkataan mereka. Selepas itu, saya cepat-cepat keluar bawa Syeefa dan tunggu di dalam kereta sahaja. Biar suami dan kawannya masuk semula dan survey apa yang patut.

Setelah dibincang-bincang, akhirnya kami (saya dan suami) terbeli jua sebijik laptop. Ehehe. Murah saja. Jenama pun tak glamor. Dan kami register terus Maxis Broadband. Haihh, bertambah lagi tanggungan kami (sapa suruh?)...Tak mengapalah, mungkin ada hikmah disebaliknya. Kuikui.

Ini dia 'objek' tersebut. Saya puas hati. Berbaloi-baloi!

Laptop biasa-biasa saja. Belum mampu beli yang mahal-mahal.

Sejak ada 'barang' baru ni, hari-hari saya online tau kawan-kawan. Kalau ia bernyawa, pasti ia akan muntah mengadap muka saya tiap hari. Heheh.

Sekian dahulu ya. Daa....

4 comments:

~Puteri-Nuur~ said...

:) dengan laptop inilah juga kita dapat berblogging. Salam ziarah dan salam kenal.

farah said...

salam untuk mu jua...
thanks sudi jengah blog saya...=)

epoyanies said...

wah laptop baru....nampaknyer aktive la nanti berbloging...

salam...ziarahhh
link2 ek

~FARAH~ said...

salam ziarah untuk epoyanies jua...:)