CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 6, 2009

GULAI TEMPOYAK

Selamat tengah hari semua :)
Hari ini saya rasa bersemangat. Lalu saya pun mahu kongsi rasa semangat saya bersama anda semua. (janganlan kalian tetiba tak bersemangat pulak mahu baca blog saya ya). Sebenarnya hari ni saya berpuasa. Esok hari last saya berpuasa. Saya berpuasa nazar dan bersekali dengan puasa sunat Nisfu Syaaban. Untuk pengetahuan kalian semua, semasa mengandung saya sudah bernazar untuk berpuasa 5 hari berturut-turut jika saya selamat bersalinkan Si Kecil Comel S saya. (haihh, berulang kali sebut Si Kecil Comel S, tapi tak jugak di interprame lagi kan?) Sabar ye, saya sedang mengumpul bahan bukti. Hihi. Saya pening memikirkan bagaimana mahu mengupload gambar dari handphone saya. Saya mengaku saya agak buta IT. Hehe. Berbalik kepada berpuasa tadi ya. Apabila sudah bernazar, wajiblah saya menunaikan janji saya dengan Tuhan kan?
Jadi, tengahari ini saya tidak keluar lunch, tetapi di fikiran saya terbayang lauk pauk yang enak-enak. Hihi. Kebetulan ibu di Ipoh baru menelefon anak bertuahnya ini. (macam tau-tau saja anaknya rindu masakannya). Sudah lama saya teringin mahu makan gulai tempoyak. Lalu saya search resipi di internet seterusnya 'tiru dan tampal' (copy paste lah) daripada resipi.net. Di kampung suami disini, susah juga mahu mencari orang jual lauk ini. Nasi kandar dan kari memang dimana-mana. Tak cari pun akan jumpa jua. Ekeke.
Berbagai-bagai resipi tempoyak yang saya jumpa, tapi saya ambil yang mudah saja lah. Walaupun saya belum terfikir mahu membuat sendiri, saya tepek juga diblog saya untuk puan-puan (tuan-tuan pun buleh) mencuba ya. Saya yakin betul (ewah, macam jangan lupa lirik laks), kalau saya masak makanan ini tiada siapa yang sudi menjamah. Eh eh, jangan buat spekulasi dulu....bukan saya tak pandai masak (haiipp), tapi keluarga suami saya tak biasa makan gulai tempoyak. 'Tak lalu' kata mereka. Saya faham, sebab awal-awal dulu saya juga berperasaan sebegitu terhadap gulai kari dan nasi kandar. Heheheh.
Panjangnya muqadimah saya. (kan saya kata saya bersemangat hari ni, hihi). Nampak sedapkan gulai tempoyak dibawah?. Silalah menjamu mata ya. Pastu anda akan terus mahu menjamu selera. Hehe.

Bahan kisar:
50g cili merah
50g cili padi
10g halia
10g kunyit hidup
100g bawang kecil
20g bawang putih

Bahan-bahan:
250g ikan patin
5g daun kunyit
1 batang serai, dititik
3 cawan santan
Garam secukup rasa
100g tempoyak

Cara membuat:
1. Masukkan bahan dikisar ke dalam periuk, ikan patin, daun kunyit dan serai.
2. Jerangkan ia di atas api, tuangkan santan, garam dan kacau sehingga kuah mendidih.
3. Akhir sekali masukkan tempoyak, gaul rata dan biar ia masak.
4. Angkat dan hidangkan.
Tak sabar rasanya mahu pulang ke Ipoh. Saki baki durian (tempoyak) masih ada. Bolehlah meminta belas kasihan ibu untuk memasak kan? Eh, saya bukan malas mahu masak tau. Tapi, masakan ibu saya lebih sedap dan saya merindui masakannya. ( ini betul-betul tau kalian ). Hikhik.
Jumpa lagi ya.

1 comment:

dalilarahmad said...

aku punye gulai tempoyak simple mimple je.

masukkan cili hidup (yang telah ditumbuk), batang serai (tumbuk), cili api kalau nk lagi pedas, tempoyak, timun (potong panjang dan tebal), daun kuyit (potong halus),air pastu masukkan ikan. terus letak atas api. garam jangan lupe..

takperlu santan..mahupun segala jenis bawang..
selamat mencube..

1 comments:

dalilarahmad