CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 28, 2009

CONTEST KENANGAN BERPUASA

Contest menarik ini dianjurkan oleh Mamamanja. Saya perlu buat entri tentang kenangan puasa paling menarik zaman kecik-kecik. Syarat-syaratnye anda mesti follow-follow blognya, add dalam bloglist, letak banner di sidebar dan linkkan ke blog Mamamanja seterusnya linkkan blognya dalam entri anda. Untuk keterangan lebih jelas dan padat, kalian terjah blog Mamamanja ya.
Malunya saya nak buka pekung di dada..hihi. Banyak kisah puasa yang-yok saya dolu-dolu. Saya teringat semasa disekolah rendah. Ibu suruh saya berpuasa penuh. Saya puasa dalam keterpaksaan. Ekeke. Masa dulu, rasa dahaga yang lebih-lebih mengatasi rasa lapar. Asik terbayang-bayang air masak sejuk dalam peti ais. Saya minta kebenaran ibu nak minum air. Masakan ibu nak bagi kan walau dipujuk-pujuk. Ibu kata "sabarla sikit, lagi berapa jam je lagi" (padahal baru kul 1 tengahari tau kalian). Saya jawab " ala, boleh la ibu, nak minum sikittt je, pastu puasa balik la.." (ade ke pulak gitu kan? dulu jahil lagi..hihi) Ibu balas "ishh, sikit pun tak boleh. Minum sikit pon batal le posa tu...". Balik je rumah, terus ke bilik mandi. Apa lagi, sambil mandi minum air paip la. Hihihi. (sape suruh ibu tak bagi kan? dah anak ibu ni minum air paip-si .) Lega rasanya masa tu. Boleh kata hari-hari saya minum air paip untuk hilangkan dahaga. Pernah satu hari tu, saya tolong ibu buat kuih goyang. (ala, kuih rangup-rangup-bentuk-bunga tu). Sementara goreng, saya masukkan kuih goyang tu dalam mulut bila ibu pergi ke ruang tamu. Huhu. Sedang kunyah-kunyah, ibu pamggil pula. Saya pon pergi ke ruang tamu dengan mulut penuh. Saya terlupa saya sedang makan! Hah, apa lagi..terimalah leteran-bebelan-pokpekan ibu 3 hari 3 malam. Kes lain pula, saya selalu curi-curi makan biskut raya semasa sedang buat kutih raya. Saya masukkan 2 3 ketul biskut raya dalam poket, masuk bilik air dan makan. Hehe. Teruknya peel saya kan kawan-kawan. Hehehe. Makan nasi lebihan bersahur pon saya pernah lakukan. Tapi ketika ibu tiada di rumah lah. Saya sedaya upaya hapuskan bukti-bukti supaya ibu tak perasan. Kuikuikui. (saya harap ibu saya tak jumpa blog saya ni, hihiks).
Begitulah kisah kanak-kanak riang saya. Bila dah besar, saya insap dan bertaubat. Hehe.
Kalian, mari join contest ni. Boleh kongsi-kongsi pengalaman zaman kanak-kanak ribena. Mesti lucu dan menarik :P

3 comments:

Mamamanja said...

salam terjah...
thnx join contest MM.

Ok, sumernya lulus n gud luck!

Intan said...

Ekeke...farah farah...macam2 hang no dolu-dolu!

Apa pon gud luck to u!

~FARAH~ said...

mamanja : moga farah ade luck :)

Intan : thanks intan...:)