CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 3, 2009

HUJUNG MINGGU SAYA

Saya ingin berkongsi stori mori kisah saya pada hari Sabtu dan Ahad yang baru lepas. Tiada yang menerujakan saya pun, tapinya saja saya suka suki mahu bercerita.

Disebabkan kerja pejabat yang menimbun, saya rasa terpanggil untuk datang ke ofis pada Sabtu lepas. Aiceh...ayat takleh blah orang kata. Hehhhe. Malas rasanya. Kerana saya perlu menggunakan 3 kenderaan untuk sampai ke pejabat! Saya terpaksa drive ke jeti, seterusnya naik feri dan naik pula bas untuk ke ofis. Sudahlah pula tambang bas naik dari RM1 ke RM1.40! Lari la bajet saya kalau begini. Yang itu satu hal. Satu lagi sebab saya seboleh-bolehnya tidak mahu ke pejabat semasa hari cuti ialah kerana mahu meluangkan masa bersama Si Kecil S. Hari-hari biasa pulang sudah lah lewat, malam pula ibunya selalu tertidur sama semasa menidurkan anak. Heheh. Kasihan dia. Tapi apakan daya, saya perlu ke ofis jua. Saya sampai ke ofis pada jam 9.20 pagi dan pulang tepat jam 12.00 tengahari. Tak tertahan-tahan rasanya asyik terbayang-bayang wajah anak ~keluh-kesah~.

Sementelahan pula, ada dua majlis kenduri yang perlu dihadiri. Tetapi saya hanya sempat makan di satu tempat sahaja. Achik dan Mak Co sekeluarga mahu datang ke rumah untuk menjenguk Si Kecil Comel S buat pertama kali. Opah pun ada sama. Ohh, terujanya saya. Lama tak berjumpa mereka. Seingat saya, kali terakhir jumpa mereka semasa saya naik pelamin dulu. Jadinya saya standby di rumah sahaja. Mereka tiba dari Ipoh pada jam 5.30 petang. Traffic jam selepas dari tol juru. Ditambah pula dengan hujan lebat, mestilah susah mahu sampai awal. Si kecil saya meragam pula. Mungkin berasa hairan melihat orang yang tak dikenali mengerumuninya. Ciannya anak ibu. Nanti ajak Papa balik Ipoh selalu ya. Hikhik.

Hari Ahad saya ke pasaraya Giant. Kiranya mahu membeli diapers jenama Huggies yang murah seperti diiklan kan. Seperti yang dijangkalah, saiz M kehabisan pula. Encik M kata kami perlu standby subuh-subuh lain kali untuk berebut-rebut dengan ibubapa lain. Hehe. Oh ohh, kali ini saya sudah berkira-kira mahu membeli Cloth Diapers (CD) pula. Lebih jimat dan mudah! Saya belum sempat survey dimana-mana online store yang menjual CD yang berkualiti dan bagus. Kalian boleh recommend pada saya mana yang berbaloi-baloi untuk dibeli?

Setelah membeli (menghabiskan wang) di Giant, saya ke Kedai Emas kesukaan mak mertua saya (hehe) untuk mengambil buah rantai yang telah lama ditempah untuk Si comel S.
Sambil-sambil tu meng'hint' suami, untung-untung dapat barang seutas dua. Aiseyhh...tak berjaya pula saya. Hihi. Tak memgapalah, mungkin dia mahu surprisekan saya di lain hari. (pujuk hati sendiri ) Hehe.

Selepas itu pula, ke kedai runcit disebelah. Mau membeli pen yang sudah kehabisan dakwat. Si kecil saya seakan teruja melihat bola-bola yang bergantungan di kedai tersebut. Lantas ibunya belikan sahaja. Ada 4 biji semuanya. Mainla puas-puas ya sayang.

Dalam perjalanan balik ke rumah, singgah di kedai baju-bajuan. Sambar sehelai seluar pula. Adehh..tauke beras pun rugi kalo begini hari-hari. Hehe. Bukannya selalu. Sekali dua kala aja. Selepas itu terus pulang ke rumah tanpa menoleh ke mana-mana kedai lagi. Si kecil saya pun keletihan mengikut ibunya ke sana-sini. Oklah kalian. Lain hari saya sambung lagi ya.

Sekian.

No comments:

0 comments: