CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 31, 2009

INFLUENZA A (H1N1)

Assalamualaikum kawan-kawan. Sekian lama saya tak mengupdate blog saya kan? Mana perginya keterujaan saya mengupdate blog selama ini? Saya pun tiada jawapannya. Hihi. Kata ajalah malas kan? Bukan, bukan...semenjak dua menjak ini, saya ditimbuni kerja-kerja yang tak putus-putus. Tak sempat menjengah blog sendiri (tapi masih lalu lalang di blog org lain) hehe.
Saya mahu memfokuskan kepada tajuk entri saya ya. Saya cukup risau sekarang ni. Virus H1N1 makin menular. Makin menjadi-jadi. Sehingga entri ini ditulis, 4 kes kematian telah dikenalpasti. Ohh oh, bimbangnya saya. Bukan setakat bimbang pada diri sendiri sahaja, saya saya bimbang akan anak saya yang masih kecil. Saya tak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada si comel S. Kasihan dia yang tidak mengerti apa-apa. Ya Allah, jauhkan kami sekeluarga dari sebarang penyakit. Berikan kami kesihatan yang sempurna. Amin
Sabtu yang lepas, saya telah diserang demam diikuti pening kepala, selsema dan batuk. Saya mulai risau yang bukan-bukan. Saya dijangkitikah? ~nauzubillah~ .Saya memandu sendirian ke hospital kerana Encik suami bekerja. Sudahlah tidak tertahan-tahan lagi, rasa mau pitam saja. Menunggu pula berjam-jam. Apabila nama dipanggil ke bilik doktor, tak sampai 5 minit sudah disuruh keluar ~sigh~. Bacaan suhu badan saya adalah 38.1 darjah celcius. Tinggi! Tetapi doktor hanya memberi preskripsi. Saya hairan, tidak perlu rawatan susulan kah suhu sebegitu? Saya terbaca artikel dimana demam melebihi 38 darjah celcius adalah perlu dirisaukan. Sudahnya, saya balik ke rumah. Selepas makan ubat saya berselimut dan tidur. Mujur suami sudah pulang dan sudi menjaga Si comel S saya.
Bangun tidur terasa lega sedikit dan bersiap pula untuk makan Mee Udang Sg Dua. Tidak mahu menghampakan kakak ipar anak beranak yang pulang dari Langkawi, saya pon mengikut saja. Hihi. (sebenarnya diri sendiri yang teringin juga makan disitu). Pulang ke rumah, demam dan pening menyerang kembali. Tak boleh duduk di rumah kah saya? Hehe. Alasan. Nasib baik demam saya tidak berlarutan. Jika tidak mungkin saya perlu dikuarantin. Ish ish, tak mahu lah saya. Pasti saya juga akan dikuarantinkan dari si kecil saya.
Kalian sekalian. Jika kalian mengalami demam beserta salah satu simptom seperti batuk, selsema, pening kepala, lenguh badan dan sakit tekak, sila jangan berlengah untuk ke hospital ya. Sayangi diri anda dan keluarga. Amalkan hidup sihat, minum banyak air dan jaga kebersihan diri ok. Pesanan khidmat masyarakat ini, ikhlas dari hati saya. Bukan dilantik menjadi jurucakap mana-mana pihak ya. Hehe.
Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal!

No comments:

0 comments: