Encik M dibawa oleh pengapit yang lebih hensem dari pengantin (heehe) untuk ke rumah pengantin perempuan. Kepada isteri pengapit, jangan risau melihat saya memuji suami anda ya, kerana anda lebih cantik dari saya. Hikhik.
Ini lah keadaan rumah kecil saya di Ipoh pada hari tersebut. Ramai yang datang memeriahkan majlis sederhana saya.
Rombongan pengantin lelaki seramai 8 buah kereta. Malas saya nak kira berapa ramai yang datang. Hihi.
Rombongan lelaki menunggu di panas terik. Saya tidak diberitahu yang pengantin lelaki sudah tiba. Ketika wakitu ini saya sedang bersenang- senang di dalam bilik sedang membelek mekap yang separuh tebal.
Disana menanti....
Disini menunggu.....
Bersanding. Malu saya apabila menjadi tumpuan orang ramai. Raja sehari katakan....
Masa untuk makan beradab. Gambar suap menyuap tidak akan di pamerkan. Bimbang berlaku kemuntahan melampau. Hehe.
Makan secara kontrol kerana tidak sanggup untuk comot dan tidak mahu korset tertetas benang. (kejadian benar, hehe)
Hantaran kedua-dua belah pihak. Hijau untuk wanita, coklat untuk jejaka.
Sesi memotong pulut kuning. Tiada kek bertingkat-tingkat bagai ya. Bimbang akan dilempar kepada pengantin (cehhh). Sekali lagi tiada adegan suap menyuap. Alasan : sama seperti gambar di atas.
No comments:
Post a Comment