CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 20, 2009

MAJLIS DI PENANG

Salam rakan-rakan, setelah dua hari saya rehatkan blog saya, saya kembali meng'stress'kan kalian semua. Hihi. Gambar2 yang 90% hijau tersebut adalah semasa di majlis sebelah pihak lelaki pada 1 Jun 2008. Serius saya tak sabar nak habiskan hari tersebut. Eh eh, jangan berfikiran kuning tau....sebenarnya saya tak tahan pakai korset itu. Saya tidak boleh bernafas dengan betul. Perjalanan darah saya tersekat-sekat. Hehe. Sapa suruh menyeksa diri kan? Tak mengapalah, sekali seumur hidup sahaja. Oklah kalian, saya longgokkan gambar-gambar yang saya nampak cun dan agak slim di sini. Hehe.

Gambar di atas ialah semasa kedua pengantin beserta rombongan sampai.
P/s : Amat sepadan kan kedua pengapit di atas? Jangan marah ya jika pengapit yang dimaksudkan terbaca entri ini. Hihihi.

Sekali lagi, pengantin dikelilingi die hard fans...hehe. Kumpulan yang berbaju purple (ke maroon ek?) tersebut di atas mendendangkan lagu-lagu nasyid yang sangat sedap.

Orang suruh senyum pandang kamera, turut ajalah ye bang. Bimbang dicop sombong oleh peminat...hihi (pewasan).

Ibu menepung tawar anakanda serta menantunya. Di majlis anak orang lain pon ibu ambil bahagian, apatah lagi majlis anak sendiri kan Bu? Ehehe.

Bergambar beramai-ramai seperti biasa. Ibu akan rasa terkilan dan menyesal jika tidak bergambar bebanyak-banyak. (lagi-lagi ibu yang disalahkan). Hihi.

Rimbunan bunga tersebut fungsinya adalah untuk meng'cover' bahagian-bahagian tertentu. Lihat, kalian tidak perasan apa-apa kan? Kihkih.

Akhir sekali, sesi buka hadiah nan bertimbun. Sampai sekarang hanya seterika biru sahaja telah digunakan. Seterika merah dan hitam masih tersimpan dalam kotak (nak beritahu dapat banyak seterika kah?) Ekeke. Selain, pinggan mangkuk, kami juga dapat toaster hampir setengah dozen hingga Encik suami melawaks begini ''Siapa nak makan roti sila datang rumah tau''..hehe. Terima kasih semua ya.
Okeylah rakan-rakan sekalian. Saya mahu beransur dahulu. Jumpa lagi di entri yang lain. Jangan serik singgah di blog saya ya. Wasalam.

No comments:

0 comments: