CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 15, 2009

TRIBUTE BUAT MJ

Michel Jackson di era gemilangnya
Saya masih terkesan dengan pemergian Allahyarham Mikaeel Jackson walaupun telah hampir 3 minggu kembali ke penciptanya. Dan saya pasti, berjuta-juta peminat sedang berkongsi perasaan duka bersama saya.

Sebenarnya saya bukanlah peminat MJ. Sedari dulu, saya tidak pernah mengikuti perkembangan beliau apalagi mau membeli album ataupun mengeluarkan wang tabungan untuk ke konsert beliau. Tidak sama sekali. Tapi, beliau terkenal, kaya raya, selalu keluar (ke masuk?) tv dan saya akan dilabel sebagai 'katak di bawah tempurung' jika saya langsung tidak mengenali beliau kan? Ehehe. Berita kematiannya baru-baru ini amat meruntun hati saya. Dari pada perasaan tidak kisah, bertukar jadi penyibuks pulak rasanya.

Saya sedih. Mengapa? Saya menyesal kerana tidak pernah beli album beliau..ahaks. Bukan,...sebenarnya selepas pemergian MJ, baru lah saya tahu sifat-sifat murni seorang MJ. Nasib baik sebelum ni saya tidak mengumpat tentang diri beliau disebabkan cerita-cerita kontroversinya yang tak sudah-sudah itu. Jika tidak pasti saya akan terbang ke Neverland untuk menghantar ucapan maaf dan kesal pada MJ yang telah tiada. Hehehe.

Saya sedih lagi. Mengapa lagi? Saya tahu semasa hayatnya, arwah tidak gembira. Beliau kesunyian.(understandingnya saya..). Beliau sangat gembira apabila bertemu kanak-kanak dan peminat. Beliau amat sayangkan kanak-kanak. Dan setahu saya, Neverland dibina oleh MJ buat peminat-peminatnya yang datang terutamanya kanak-kanak. Mulia kan hatinya?

Apa yang ketara tentang dirinya yang saya tahu adalah tentang perubahan wajahnya. Dulu, saya fikir MJ telah membuat pembedahan seluruh tubuhnya iaitu dengan menampal kulit putih pada badannya. Hihii. Naifkan saya? Sekarang baru saya tahu beliau mengidap sejenis penyakit kulit iaitu vitiligo. Kulitnya akan bertukar menjadi putih secara beransur-ansur ~phiew~. Satu lagi yang saya masih ingat ialah kes penderaan seksual terhadap seorang kanak-kanak. Ketika itu saya tidak ambil pusing kisah hangat itu. Baru- baru ini, saya dapat tahu yang kanak-kanak itu telah membuat pengakuan bahawa arwah tidak pernah melakukan perkara keji itu. Kasihan kan? Hidup arwah sentiasa dibelenggu tekanan dan masalah yang tidak putus-putus.

Lumrah hidup. Apabila sudah tiada, barulah kebenaran dibongkar, barulah segala kebaikan dikenang-kenang. Sudah tiada gunanya lagi kalian. Mikaeel Jackson, Rest In Piece. Semoga rohnya tenang di alam sana.
AMIN

No comments:

0 comments: