Assalamualaikum semua...
Lama rasanya tak mengupdate blog. Masa dan keadaan tak megnizinkan. Kerja di pejabat bertimbun, kerja di rumah bersama si kecil saya pastinya tak punya masa untuk buat itu dan ini. Jadi, malam minggu ni, selepas menidurkan si kecil S, saya bersengkang mata pula mengadap skrin ini.
Saya mahu update (backdate sebenarnya...kuikui) kisah hujung tahun lepas saya. Saya dan keluarga suami ke Pesta Pulau Pinang. Walaupun penat (esoknya perlu kerja), saya rela hati join mereka ke sana. Anak-anak buah terutama dari langkawi pastinya sangat gembira. Setiap hari umang di mulut mahu ke pesta. Mereka gumbira, saya tumpang sekaki gembira itu.....

Itu saja gambar yang sempat di ambil di pesta tersebut. Selang beberapa hari (seminggu rasanya), setelah kakak ipar pulang ke Langkawi, kami (saya, suami, mak mertua, kak ipar serta suami dan anaknya) pula bercuti ke Langkawi. Saya teruja kerana kali pertama ke rumah Kak Zura. Kak Zura ada chalet di sana. Silalah ke Sugary Sands jika kalian ke sana. Belakang chaletnya ada pantai yang indah. (Ini sebahagian dari promosi tau, Kak Zura perlu beri komisen, hikhik). Kali terakhir saya ke Langkawi semasa saya di tingkatan 3, rombongan sekolah selepas merdeka PMR.
No comments:
Post a Comment