CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 7, 2009

FLASHBACK RAYA 2008

Saya tiada motif apa-apa menulis entri ini. Hanya untuk kepuasan hati saya sahaja. Maklumlah, dulu-dulu saya tiada ruang 'bercerita-menempek-gambar-suka-hati'. Sekaran baru ada can menulis. Setelah saya godek-godek simpanan gambar-gambar saya, saya terjumpa banyak gambar. Dan serasa ingin letak di blog pula.
Gambar-gambar dibawah adalah gambar semasa Aidilfitri tahun lepas (2008). Kiranya pertama kali lah saya berhari raya sebagai isteri orang. Tahap keterujaan saya agak tinggi. Heehe. Ketika itu jua, Si Comel saya baru 4 bulan didalm perut saya.

Kami bergambar berdua. Serba coklat ke-oren-an gitu pada hari raya pertama. Perasan tak orang disebelah saya recycle baju kawen? Suami saya penjimat orangnya taw. Ekeke.

Ini keluarga suami saya. Mereka serba kuning. Saya ganjil terselit disitu. Nampak seperti mahu kalian fokus kepada saya kan? Huhuhu.

Hari raya kedua pula, pulang ke Ipoh. Jangan ditenung lama-lama jeragat saya. Nanti kalian tak lalu makan. (saya tau anda sudah cepat-cepat scroll down kebawah). Heheh.

Sampai di rumah Ibu, bergambar lagi. Gambar makan-makan-berhari-raya tiada? Ya, kami fokus untuk mencapai target mengisi perut nan membesar ketika makan. Tiada kamera mahupun gambar dibenarkan. Hihihi.

Gambar di atas semasa berhari raya di rumah Opah. Lihat, tiada gambar saya bukan? Makanan di sepan mata sudah licin, jadi saya tidak mahu menjadi alibi di situ. Hehe.

Hari raya ke 3. Bersama Ibu. Ibu kata wajib bergambar supaya ada kenangannya kelak.

Gambar saya dan suami lagi. Hari ini sudah mahu pulang ke Penang untuk ke majlis nikah sepupu sebelah suami pula. Tak puas rasanya saya di sini. ~muram~ Tak mengapalah. Lain kali kita boleh balik lagi kan bang?

Walaupun hampir setahun berlalu, masih segar di ingatan saya. Serasa sekejap sahaja masa berlalu. Semoga hari mendatang akan lebih menceriakan saya. ~pompom~

No comments:

0 comments: