Hari ni hari saya lapang dada sebab kerja nan bertimbun dah siap di bereskan. So, sementara saya terlebih rajin free ni, saya nak buat review sikit tentang album Siti Nurhaliza : Tahajjud Cinta :)
Album TC ni saya beli masa bulan puasa baru-baru ni. Hari pertama album ini di pasarkan iaitu pada 090909 saya dah tak senang duduk pergi mencari di semua kedai cd, tapi tak ada lagi. Hampir-hampir saya putus jari asa, seminggu lepas tu terjumpa di Music Valley bawah ofis saya :D
Dek kerana eksaited saya beli album Lentera Timur juga :)

Ok, ok. saya mulakan review saya.

Cover Album
*Memang superb! Tenang dan mendamaikan. Gambar Siti dengan pakaian serba putih sambil menadah tangan dan dibelakangnya terdapat sepohon pokok besar dan langit biru serta awan berarak. Cantik dan simbolik. Lain dari album Siti yang lain.
1. Asma Ul Husna
Penyanyi Latar : Salleh Brotherz dan Adi Devotees
Lagu : Erma Fatima
* Lagu 99 nama Allah ini memang selayaknya diletakkan di track yang pertama kerana tiada yang lebih agung dariNYA. Muzik intro agak saspen dan misteri rentaknya. (Bayangkan macam kita jalan di tempat gelap, pastu tiba-tiba ada cahaya...leganya.) Start Siti nyanyi lagu ni "Yaaaa..Rabbi, Astaghfirullahalazim......." memang mantap disamping penyanyi latar menyebut "Ya Allah...Ya Allah". Mendayu-dayu dan menginsafkan serta membuat saya terfikir betapa kerdilnya kita di dunia fana ini. Lagu paling lama iaitu 6 minit. Siti dapat menyanyikan lagu ini dengan baik dan sebutannya jelas dan hampir perfect. Rentaknya berbeza dari yang selalu kita nyanyi time sekolah dulu. Berselang seli suara Siti dan penyanyi latar membuatkan ianya unik dan saya selalu ulang-ulang dengar lagu ni. Sangat terkesan dihati saya.............
2. Pintu Rindu
4. Bataz Asaku
Lagu : Siti Nurhaliza
Lirik : Attan Hardilas
* Salah satu lagu ciptaan Siti yang terbaik! Suka part Siti tarik " Untaian cinta...gapai genggaman.." Lirik pendek tapi penuh maksud tersirat. Mula-mula dengar tak berapa masuk dalam kepala sangat lagu ni, maybe rentaknya yang slow. Tapi bila di ulang-ulang sampai entah kali ke berapa, baru la sebati....hehe. Tak silap saya, lagu ni adalah soundtrack filem perempuan berkalung sorban ke apa tah. Thumbs up untuk pencipta lagu ini :) Cubaan yang baik!
5. Ku Percaya Ada Cinta
Lagu : Audi Mok
Lirik : Habsah Hassan
* Lagu ni memang sesuai dijadikaan single pertama. Memang kena dengan halwa telinga. Part chorus "Pandang-pandang alam ini...sambil pandang difikiri..." macam rentak berkawat pula. Sampai sekarang mulut saya secara otomatis asik ulang-ulang nyanyi lagu ni...ekeke. Memang kalau di fahami lirik ni ada kena mengena dengan kehidupan cinta Siti. Bila saya hayati lirik ni, saya tahu Siti dah lalui macam-macam dugaan, onak duri terutamanya bila dia buat keputusan berkahwin. Sana sini orang mencaci dan mengeji. Dan Siti terjemahkan melalui lagu ni (Wah, dah macam kawan baik Siti pula saya ni...hihi). "Cuba cari jawapannya andai meragui....." :)
6. Ya Rasulullullah
Lagu/Lirik : Abu Bakar Mohd Yatim
* Baru dengar intro je dah sayu. Sangat sedap dan mendayu-dayu part " Ya Rasulullah...Ya Habiballah..... " . Sangat merdu suara Siti dan memang sesuai bawak lagu seperti ini. Meremang bulu roma. Lagu puji-pujian buat Rasulullah SAW ini sebenarnya dinyanyikan semula dan diberi nafas baru. Terasa syahdu bila dengar malam-malam. Muzik dan melodi best. Kalau saya tengah gelak tak ingat dunia, then dengar lagu ni boleh jadi sopan santun tiba-tiba tau. Sangat mendayu...............
7. Ketika Cinta
Lagu/ Lirik : Opick
* Tak boleh tahan dengar lagu ni. Sedap sangat. Liriknya mempunyai maksud yang sangat mendalam yang menceritakan tentang hamba (manusia) yang merindui dan mencintai Tuhan (Allah) yang Esa serta berserah segala padaNya. Melodi indah dan simple ditambah dengan suara lemak merdu Siti, memang hebat! Paling suka part " Rindu...rindu....rindu....kalbu, memanggil manggil nama Mu...."
8. Selawat
Lagu/Lirik : Copyright Controlled
* Lagu di track yang terakhir. Memang tak boleh dinafikan kehebatan lagu ni. Selawat ke atas Nabi Muhamad ni biasa kita dengar. Bahkan lepas sembahyang atau di majlis-majlis agama pun kita selalu melagukan selawat ke atas Nabi. Tapi gemersik suara Siti dan kehebatan suara latar membuat kan lagu ni lain dari yang lain. Suka dengar sebutan Siti dalam lagu ni :)
Sebelum saya buat kesimpulan, mari layan model album ini...hihi.
(jangan calarkan tau, mahal tu....ekeke).
Kesimpulan :
Overall, album ni memang best amat. Memang tak rugi
6 comments:
waaa farah...konyer review wat aku rasa cam nak beli jer...berbaloi2..huhuhuhuhu...
ct : best la ct...sume lagu sedap...:)
Wah nie yg buat nak beli nak beli nih!!! Thanks for the superb review farah :)
intan : beli jgn tak beli...pastu review kt blog k..:)
Post a Comment