Faris sudah 6 bulan.
Yihaaa!
Sudah boleh makan makananpejal. Sangat teruja okeh!
Maknanya, target pertama penyusuan susu ibu secara eksklusif telah tercapai.
Tahniah untuk diri sendiri...hehe.
Aritu update sampai 4 bulan, so sekarang kena mula dari 5 bulan la gayanya.
Moh nengok gambar :)













Sedikit milestone :
1. Suka menonton tv. Buletin utama pun boleh layan dengan penuh kusyuk. Macam faham je tu :)
2. Suka bergolek golek dengan laju. Sedar-sedar dah sampai ke bawah meja makan.
3. Tak suka keseorangan, mesti nak memanggil orang meneman.
4. Pandai mendepang tangan bila ibu nak ambil.
5. Suka ketawa dengan kuat especially bila kakak mengagah :)
6. Antara mainan dengan henfon, dia akan mencapai henfon dulu. Suka henfon, kalau tak bagi dia marah okeh!
7. Terlalu suka direct feeding bila ada ibu. Tak layan botol punya lah.
8. Kalau ibu tidurkan dalam buai jangan harap la boleh, mintak diangkat. Nak tidur sambil mengempeng. Tapi kalau papa tidurkan, kejap ke dah kebulan. So how?
Saya bersyukur sangat kerana Faris tidak mengalami keliru puting macam Syeefa dulu. Salah satu perkara yang saya sangat risau ialah bila anak tak mahu menyusu secara terus. Tapi, Alhamdulillah. Faris tetap lebih suka direct feeding walaupun minum melalui botol ketika saya bekerja :)
Ibu : Mahu sediakan puri kentang, brokoli dan epal pula. Campur dengan susu ibu, mesti menyelerakan si kecik tu :)
6 comments:
ibu farah, garam bahan perisa tambahan gak ke???
umi : iye, baby bwk setahun tak digalakkan boh garam dlm mknan. biar rasa semula jadik je :)
zahra pun cukup 6bln iena dah bg rasa2 mkn bubur...sronok sgt sbb zahra pun suka mkn n tak sembur2....lg 3 hari cukup 7bln...iena dah mula tukar2 menu mkn dia...baru nampak ceria..hihi
uzam : makin bulat la sicomel tu ye, mama rajin bagi makan :)
iman skang ni dah fussy memilih makan..dah tak nak bubur nasi.kadang2 terpaksan buat scrambled egg + nasi..berselera sikit..
tahniah kerana mencapai target pertama penyusuan ekslusif...sy menyokong EBM.....
Post a Comment