Saya sambung sekuelnya susulan dari entri ini ya :)
Hari kedua di Langkawi.
Bukan senang nak hirup udara pantai yang nyaman di watu pagi. Kalau di rumah, buka tingkap nampak bumbung rumah jiran aje...hihi. Dari bilik motel SIL, boleh nampak mat salih berjemur eh bukan, nampak keindahan pantai yang indah....ekeke.



Lepas solat jumaat, kami bawa Syeefa ke Underwaterworld di sebelah rumah SIL aje. Tak sampai 5 minit berjalan kaki, dah pun sampai :)


Sementara menunggu anak saudara membei tiket.
Ekceli, ini kali kedua saya datang ke sini, kali pertama dulu masa saya form 3. Tiket masa tu adalah RM11 sahaja. Sekarang dah RM28 ok. 2 setengah kali ganda tuuu!







Macam tak puas je jalan-jalan dalam tu. Yelah 28 hengget okkk, buleh buat belanja seminggu taw...hihi.
Malam pulak round-round ke ekspo di depan rumah. Happening betul di situ. Ada funfair, kedai makan, dan kedai jual murah-murah punya :O
Sekian.
2 comments:
MOTEL SIL BERAPA YEK SEMLM?BOLEH LA BG DISKAUN KALAU AKAK NAK KESANA NANTI...MMG CADANG NAK P NI..
ada mcm2 harga, dari 70 - 160 :)
nk p inform k :)
Post a Comment