Hmm, aktiviti hari Sabtu saya sama ja macam hari Sabtu yang lain, tapinya dek kerana Sabtu ini termasuk dalam diari cuti 10 hari saya, jadi nak jugak update diblog...kihkihkih.
Dah wangi baru ke dapur buat bubur nasi Syeefa. Aktiviti memandikan adalah yang paling mencabar bila saya sorang-sorang dirumah. Kalau rajin saya letak didalam besen, celup-celup angkat..hihi. Takdalah. Jarang saya nak letak dalam besen, sebab Syeefa tak nak keluar. Jenuh duduk dalam bilik air berjam-jam :) Selalunya saya guna water filter dan jirus guna sebelah tangan, sebelah lagi pegang Syeefa. Dengan saya-saya sekali mandi lah jawabnya, habis lenjun baju seluar semua :P
Anak pun dah wangi, time to sleep pulak lah. Kadang-kadang susah nak tidur tapi saya paksa jugak sambil buat muka sedih ( berharap agar Syeefa faham situasi ibunya....wakaka). Baru lah boleh buat aktiviti lain :)
Telur dadar.
Saya baru nak tuang dikuali, Syeefa dah jaga. Kan saya dah kata tadi..hehe.
Beri Syeefa mamam . Erm, seronok sebenarnya bila tengok anak suka makan apa yang kita sediakan. Licin plak tu :)Dalam pada menyuap tu tengok rancangan AC?. Tetamu jemputan adalah Siti Nurhaliza dan adik-beradiknya :)
The Siti's
Jelita kan? Kaya pulak tu. Sopan santun lagi. Baik hati. (Eh, apasal puji melambung plak ni?)
Sambil sambil tu campak baju dalam mesin, dan biarkan mesin basuh 'bekerja'.
Nasibla sekarang teknologi canggih manggih dah.
Dah basuh sidai pulak.
Tak da sape ke yang nak cipta mesin sidai kain ?

Syeefa tolong Ibu susu segala mak nenek dalam purse baru beli semalam...hihi.
Tadaa....tengok la. Habis di-tongkang pecah-kan dek Syeefa.Lepas tu ibu plak explore satu rumah, mengemas balik :P
Bila papa balik dah bukan housewife dah. So serahkan pada papa pula...hihi.Ibu ? legaaaaa.........:D
Malam adalah sesi melepak dirumah. Tak kemana sebab nak tengok final Sehati Berdansa punya pasal :)
Memang best diorang dance masa final hari tu. Tapi kuciwa sbb Isma tak jadik finalist :(
Apa pun Sein memang hensem best dan Nana pun gojes walaupun anak dua dah :)
Dalam pada kelam kabut tu, sempat juga ambil gambar kan? (hehe).

Daging masak hitam.



No comments:
Post a Comment