Orang kata 'barang yang lepas jangan dikenang-kenang', biarkan ia berlalu, tapi saya tetap nak apdet cerita basi ni...hihik.
Ingat malas dah nak story kat blog tapi saya rasa macam 'tak sempurna' la pulaks plus rooogi ja amik gambar banyak-banyak (tu baru betol...ekeke).
Okeh okeh, straight to the point.
Krismas lepas boring-boring dok rumah (tak penahnya tak boring dok rumah time cuti..hehe), Mak mentua dan kakak ipar dah ke Langkawi. Disebabkan saya ada nak attend BF class jadik saya postpone ke minggu depannya.
So, kami anak beranak keluar lah tanpa arah tuju awalnya. Dalam kereta baru decide nak kemana.
Anak dara tu jakun tak penah masuk car wash lagi. Heran dia apa la orang-orang tu buat.
After lenguh-lenguh kaki berjalan keluar masuk kedai tapi tak beli apa, cari port menyusukan Syeefa. Malu menyusu di tempat public? No lah. Saya beri anak makan, tak ada istilah segan megan tak bertempat :) Bukan saya buat free show, pandai-pandai lah cover apa yang patut...ihihi. Demi Syeefa, breastaurant always open 24/7!
Bile dah ketiduran, baru ibubapa boleh bersenang lenang sikit :)
Tiba-tiba lalu di kedai perabut, rasa dipanggil-panggil plak untuk masuk. Mana tahu ada seketul dua perabut yang berkenan dihati :)
Ada showroom yang display perabot untuk bilik kanak-kanak. Cantik sangat.
Mula la terbayang nak beli untuk bilik Syeefa :D
Purple : Sweet kan ?
Pink : Sangat girlish. Seswai untuk Syeefa nih :)
Biru : Smart je tengok
Hijau : Soft je. Lawa gak ni.
Tapi saya suka pink jugak :P
Meja ni pun saya suka. Muat 7 kerusi, berbaloi untuk Syeefa kongsi dengan adik-adiknya nanti...hehe.
Dah habis tawaf satu mall, perut dan dan bunyik lagu pop yeh yeh. Sungguh outdated perut saya ni...hihi.
Encik hubby ajak makan di Restoran Kapitan yang baru dibuka di Perda.
Selalunya saya pergi di Chulia Street, Penang. Tak la selalu, baru 2 3 kali :)
Menu wajib : Set tandoori + Roti nan cheese. Highly recommended bagi sesapa yang belum mencuba. Datang Kapitan ni tringin gak nak try yang lain tapi mulut tetap order yang ini jugak :)
Syeefa pun mamam taw. Dia apa pon telan :)
Itu saja aktiviti seharian kami hari Krismas hari tu :)
Psst, ini baru sehari, ada 9 entri lagi perlu di update *pitam*
4 comments:
bilik tido pink!!! lawa! lawa!!
syok nyer...dah nak masuk umah baru yer...akak baru nak plan beli tengah tahun ni...insyaalllah...teringin nak deco bilik sendiri n anak2....
p kapitan perda ye....akak selalu gak ke sana...tp bila 1 day ada sorg ustaz nasihat akak suruh masak utk kebahagian keluarga...huhuhu biler teringin nak makan nasi beriani ajer...akak try masak sendiri...pastu tak penah dah p kapitan...heheheh...
mrs k : lawa kan :)
kak izah : nanti nk belajar masak tandoori lah...hihi :)
that tandoori sangat2 la tempting!
Post a Comment