CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 8, 2009

Permainan dolu-dolu. Ingat lagi?

Bila attend wedding kawan-kawan lama sayu je rasa. Teringat zaman hu ha hu ha di sekolah dulu. Sekarang dah besor panjang dah mereka (ececehh, cakap macam la saya ni kecil comel lagi, sama sebaya je kaedahnya, hihi). Saya teringat permainan masa saya kanak-kanak ribena sampai la ke sweet 17th dulu, memang memorable sangat. Kalau sesiapa yang baya-baya saya mesti ingat ni.

Saya mula dari zaman sekolah rendah dulu, time tadika tak perlu lah kot :)

1. Polis n thief
Zaman saya beringus kecik dulu top giler lah game ni. Tapi dulu sebut 'polis entri', main sebut je sebab dulu tak tau apa kejadahnya tu...hihi. Ramai-ramai nyanyi 'polis entri, want to jaga, polis mati pencuri jaga' lepas tu bertaburan lah lari selamat kan diri memasing sebab polis nak tangkap. Saya ingat-ingat lupa la macam mana aturan mainnya. Nanti lah saya ingat balik bila nak main dengan Syeefa nanti...hihi :)

2.Aci duduk

Kalau jumpa kengkawan atau sepupu sepapat mesti main. Mula-mula kena lah 'lai lai li li lai tam plom' dulu, sape kalah kena jadi tukang kejar. Letih weh kalau jadi tukang kejar sebab 'mangsa' asik nak duduk je. Kalau saya jadik tukang kejar tu mula lah saya buat buat sakit kaki, sakit perut dsb..hihi. Kalau saya jadi mangsa, tukang kejar masih jauh sebatu saya dah duduk bersila dah...ekeke. Seingat saya mangsa perlu tinggal seorang yang 'hidup' baru boleh sep semua orang yang duduk. If semua mangsa duduk, then tukang kejar kena bilang 1 2 3, semua harus bangun ye puan-puan, sapa lambat dia plak jadi tukang kejar.

3. Aci Ligan

Lebih kurang macam aci duduk jugak. Bezanya aci duduk kena duduk, aci ligan (kejar) tak buleh duduk. Kalau kena sep , 'mati' lah jawapnya. Dulu saya terror main ni, ligan macam mana pun tak dapat punyalah, saya selit-selit berguling-guling asalkan saya tak kena sep... hihi. Time badan ringan dulu leh la :) Tapi ada 'rumah', kalau saya tak larat lari boleh masuk rumah tu jadi tukang ligannya tak boleh masuk 'rumah' tu.

4.Teng teng

Permainan ini bukan feveret saya. Sebab kena jengket sebelah kaki, badan tak balance dan asik lah kecundang. Lukis petak atas pasir ataupun kalau di lantai lukis dengan kapur. Pastu amik batu kecil baling dalam kotak tu then lompat sebelah kaki dalam petak yang ada batu tu. Amik batu tu, pastu....apa ek? Lupa lak. Zaman tok kaduk dulu nih.

5. Konda kondi

Saya jaaaaarang main ini. Sebab macam tak mencabar je..hihi. Tak silap saya kena buat lubang pastu letak ranting kayu atas lubang tu. Then ambil lagi satu ranting kayu dan tolak ranting yang dalam lubang tu. Tengok berapa jauh ranting tu landing. Saya lupa dah macam mana step seterusnya. Yang kena lompat atas tangan tu yang ini ke? Entah. Sangat lupa.

6. Jan jan Jala

Dua orang akan jadi 'penjala' atau pun ketua dan pilih nama kumpulan sendiri tanpa pengetahuan 'mangsa'. Cth : Oren dan Strawberry. Ketua akan berhadapan sambil pegang tangan ke atas. Pas tu yang lain akan lalu di bawahnya sambil nyanyi 'jan jan jala itek jala ayam, berapa lubang kancil, seratus lima puloh, singgah kuala singgah, makan sireh mulot meeeeeeraaaaaaah!'. Sapa yang keta 'tangkap' akan di bawa 'lari' dan kena pilih kumpulan mana yang nak masuk dan beratur di belakang ketua yang dipilih. Selesai semua, kedua-dua kumpulan akan main tarik tangan, kumpulan yang kuat harus menang lah ye. End.

7. Galah Panjang

Saya suka yang ini. 6 orang je dah cukup korum dah. Tapi kalau nak lagi best 10 orang baru mencabar! Seorang akan jaga paling depan, tengah dan belakang (ini untuk 6orang kalau 10, lebih lagi pengawal keselamatannya). Selalunya kami akan main di court badminton. Salah seorang yang berjaya melepasi semua 'halangan' dan sampai ke tempat mula tadi, maka kumpulan itu akan menang dan boleh main lagi sampai lah semua 'mati' baru boleh tukar turn jadi pengawal pulak. Enjoy sangat main ni dulu, sampai tak makan pun tak pa janji dapat main dengan kawan-kawan :)

8. Mak pergi pasar.
Letak tangan di tengah then sila nyanyi "mak mak, mak pegi pasar, mak beli baju warna apa?" If sampai kat jari orang tu dia perlu jawab "merahh" then kira M.E.R.A.H dan satu jari perlu ditutup. Sapa yang semua jari dah tutup, dia menangggg!! :P

9. Assalamualaikum, kom ape kom bek...

Saya rasa ni semua orang tau...acara menyambung perkataan terakhir kaedahnya. Kesudahannya saya pun tak tau macam mana.:P

10. Malam yang sepi

Yang ni lebiih kurang macam di atas juga. Ala-ala sep sep sep tom tom tom juga, tapi kena nyanyi begini "malam yang sepi pi pi, pak mat jual roti ti ti, rotinya koyak yak yak, pak mat jual tempoyak yak yak, tempoyaknya basi si si, pak mat jual nasi si si......"sila sambung sendiri :)

11. Happy family
One happy family! Ingat lagi? :) Ini feberet saya sebab saya boleh gembira berhari-hari sebab dapat kumpul banyak family. Selalu bertandang rumah jiran semata-mata nak main happy family :)Yang saya ingat ada famili Bun, Bone, Stone apa tah lagi...Sapa paling banyak dia family dia menang. Kalau tak cakap 'thank you' kira tak aci ok.
12. Snap!
Main ni la paling havoc ya amat amat. Kaedahnya menggunakan kad juga. If ada gambar yang double, perlu Snap cepat cepat dan dapat amik semua kad tu. Main lah sampai letih baru berenti...hihi.

13. Old maid/donkey

Kad dibahagikan pada setiap pemain. Rakan sebelah akan 'cabut' satu kad. Kalau ada yang sama, ambil dan letak ditengah. Sapa habis dulu dia menang. Dan orang last yang dapat old maid atau donkey kalah dan akan di ejek old maidddd atau donkeeeyyyy! :) Sampai sekrang saya simpan lagi kad-kad tu. Rindunya nak main :)

14. Batu Seremban
Tak payah eleborate lah yang ni semua orang tau kan. Dulu-dulu saya teruja betul main ni sampai saya beli 7biji 'bantal kecil' yang ada jual kat sekolah. Alah yang dalamnya isi beras dan dijahit comel-comel tu. Tapi ibu marah sebab beras kan makanan, mana buleh buat lambung-lambung. Lalu ibu buat sendiri guna kacang soya. (eh, kacang soya bukan makanan ke?) Sebenarnya ibu taknak guna beras sebab tiap kali main mesti beras terkeluar dan menyemakkan rumah..hihi.

15. Main Getah

Kalu main getah ni memang tak ingat dunia taw. Time rehat semua berkumpul bawah pokok penangan getah punya pasal. Kat skolah agama pun main, balik pun main sampai nak senja. Balik rumah kena denda dengan ibu. Padan muka. Dulu-dulu saya terror main ni, siap boleh buat 'lompat bintang' untuk kategori ketinggian paras kepala. Tapi tu zaman sekolah rendah la kan, kalau sekarang suruh buat begitu, harus berterabur satu persatu getah yang tak bersalah tu...hehehe. Teringin nak main tapi risau suami tak ngaku bini...kihkihkih.

16. Tutup botol

Ingat tak dulu kat kantin sekolah selalu jual air gas F&N macam-macam kaler tu. Ha, tutup botol tu la kitorang suka kumpul untuk main. Pantang cikgu takde je semua pakat keluarkan penutup botol masing-masing. Perlu 5 biji, then baling atas meja. Kemudian pilih satu untuk dikeluarkan, so tinggal 4 aje la. Then kawan yang lain akan request yang mana satu yang perlu kita 'teget'. Harus la mereka pilih yang susah-susah kan. Kalau berjaya, then timbang (macam main batu seremban tu) untuk pungut markah, sambung lagi sampai 'mati' baru turn yang lain pulak.

17. Pemadam

Main 'rubber' ni time cikgu ngajor pun on aje. Sebab 2 orang dengan kawan sebelah so tak perasan. Tekan hujung rubber tu supaya di bergerak ke arah rubber pihak lawan, tapi satu turn sekali tekan aja ye kawan-kawan. Kalau rubber saya menindih rubber kawan saya, maka saya dinobatkan sebagai pemenang. Mudah kan?

18. Nama, negeri

Game ini berilmiah la sikit dari yang lain-lain tu...hehe. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah sehelai kertas dan sebatang pen/pensil. Selalu yang menjadi mangsa adalah buku bahasa jawi dibahagian tengah..huhu. Buat column untuk bahagian Nama, Negeri, Buah, Binatang, Benda dan ruangan markah. Seorang kana pilih satu hurup dan tulis apa yang berkaitan yang bermula dengan hurup yang dipilih tadi. Contoh hurup M : Mona, Melaka, Manggis, Musang, Mangkuk. If ada yang sama dengan yang lain, maka markah pun kurang lah.

19. Kamera kertas

Saya terer buat kamera kertas ni dulu. Dalam 'kamera' tu letak gambar yang dilukis. Selalunya kalau kawan nak pekena ni, mereka lukis gambar huduh2. Kemudian tangkap gambar saya dan tunjuk gambar yang dilukis tu kengkonon itu lah saya. Tak baek taw.

20. Bola beracun

Zaman saya di hostel dulu time riadah selalu juga main. Tapi saya selalu terkeluar awal. tak pandai mengelak plus badan berat so tak berapa cargas mengelak bola...wakaka. Bahagikan 2 kumpulan. Satu kumpulan akan buat satu bulatan, dan kumpulan satu lagi akan berada di tengah. Yang kat luar akan baling bola ke arah dalam bulatan, so siapa yang kena bedebuk bola di badan, maka out lah. Bila dah tinggal seorang je dalam bulatan tu, hanya 10 balingan saja akan dibuat. Kalau berjaya mengelak 10 hentaman itu, kumpulan tu menang dan boleh terus kan bermain lagi :)

21. Pepsi Cola

Ni main pijak-pijak kaki kawan sebelah (buat bulatan). Kalu kena pijak, otomatisnya get lost ok. Haruslahh saya orang paling awal terkeluar...hehe. Teruskan sampai tinggal dua orang. Selalunya yang tinggal dua ni yang susah nak kalah, masing-masing terer elak. Bagai menunggu buah durian gugur je menengok derang main tak sudah-sudah lagi...hehe

22. Cop tiang.

Untuk game ini, bahan-bahannya adalah at least 6 tiang. Sorang amik satu tiang, yang berdiri di tengah akan berusaha untuk rampas kuasa tiang. Pemegang tiang mesti exchange tiang, kalau yang yang ditengah tadi berjaya merampas tiang, maka tiang itu menjadi milik mutlaknya. So silalah berada ditengah untuk take turn ya.

23. Teget kasut

Saya sukaaaa main ini walaupun asik kena bola saja :P. 3 buah kasut akan disusun secara berdiri.
Contoh : Setiap ahli kumpulan A akan membuat 3 Teget (baling/tuju) untuk menjatuhkan kasut itu. Once dah jatuh, kumpulan B akan bersedia untuk 'mematikan' satu persatu ahli pihak lawan menggunakan bola atau kasut. Salah seorang dari kumpulan A harus menyusun semula kasut dan langkah untuk menang! Kadang-kadang dah susun tapi tak sempat langkah lagi dah lebam punggung kena 'hentam'. Bukan senang tau :o

24.Teget tin.

Sama seperti di atas. Bezanya ganti kasut dengan tin dan susun secara bertingkat :)

25.Binggo

Buku matematik saya selalu jadi mangsa kekejaman saya untuk main ni :P. Tulis no 1 - 25 dalam kotak, semua pemain pilih satu nombor ikut turn. Bila dah cukup 5 nombor sederet then jeritlah BINGGO!! :D

Banyak juga ye aktiviti main saya dulu. Sekarang ni tak da dah menda-menda ni semua. Mungkin Syeefa akan mewarisi pulak..ngehngeh. Tapi ada ke kanak-kanak zaman sekarang ni main lagi semua ni?

7 comments:

Siti Syuhada said...

Selalu main bila da abis final exam...yeaaahhh...

~farah~ said...

betul betul betul :)

Zimah said...

waa..memori ni..suka main sume permainan di atas..igt tak main lubang tikus..hehe..

~farah~ said...

zimah : ingat-ingat! tapi lupa main ni camne...hihi

LiAnA said...

alahai memorinya... dulu seronok main ni sampai berpeluh2.. balik kena marah dgn mak sbb comot..baju kotor wakaka

dalilarahmad said...

budak skang main PS je tak pun computer game..mane kenal game2 kat atas ni..aku sgt optimis game2 ni akan hilang ditelan zaman..

Anonymous said...

main lompat tikus/lubang tikus bagaimana pulak?