Ahad baru ni saya dan family menjejakkan kaki ke Pesta Penang buat kali entah ke berapa. Sejak saya bermastautin di Penang saban tahun tak pernah missed ke pesta Penang. Tiap tahun wajib tonton pergi.
Bukan takat setahun sekali, tapi 3 4 belas kali pergi setahun. Tak tau lah apa yang syoknya bagi saya yang tua bangka ni...hihi.
Kalau tahun lepas saya bawak Syeefa 7 bulan dalam perut, kali ni Syeefa dah 10bulan di luar perut!
Tiket adult adalah 3 ringgit dan children adalah singgit.
Kami bertolak agak awal supaya boleh pulang awal. Tahun lepas sampai dah pukul 10 jadi balik rumah jam 2 pagi sudah. Ingat tak ramai orang lagi bila datang awal, tapi parking full house! Terpaksa parking ditepi jalan dan hasilnya adalah surat saman terselit di wiper *haih*
Memang meriah pesta Penang. Tapi kebanyakan orang berdiri di tengah-tengah berfikir samada "nak naik yang mana satu ek,," ataupun "ish, ngeri nye nak main bendalah ni, buatnya terjatuh ke apa ke..?". Hihi, sudahnya, berdiri di tengah-tengah memandang-mandang kearah manusia lain yang berani mati naik permainan di situ :)
Saya ingat lagi. Segar diingatan tau, masa tu saya ke sini bersama kawan-kawan. Saya naik 'sky rider' di atas. Its quite fun jugak walau pun muka pucat lesi bila buaian tu berpusing laju. Dalam hati asik berdoa banyak-banyak agar selamat dari malapetaka. Saya fikir bukan-bukan. Kalau lah, terputus tali tu rasanya kalau tak terhumban di atas rumah flet belakang tu, maybe saya berada ditengah-tengah laut *nauzubillah* Tapi saya tahu, sebelum apa-apa pekerja disitu dah pastikan semua permainan adalah selamat untuk dinaiki :)
Bagi saya 'sky rider' belum mencabar. Then saya dan kengkawan try pulak naik 'top gun' ini. Dan, taubat nasuha saya tak nak naik apa-apa dah! Nampak macam ok, tak laju. Tapi bila berada di atas dalam keadaan 'kaki keatas kepala kebawah', tak nak lah saya naik lagi!
Anak saudara saya dan rakan-rakan nya ada di dalam 'top gun' ini. Kami-kami ni jadi tukang ketawa bila mereka turun dan mengadu itu ini....wakakakaka. Tak sapa suruh.
Tak sanggup lagi saya nak cerita pasal ini.
So tahun ni saya mencuba yang lite-lite saja kata orang. Plus, bawak si kecik kan. Harus tunjuk contoh teladan yang baik...ekeke.
Saya bawak Syeefa naik 'belon' ini. Pusing tak sampai 2 minit pun tapi perlu 2 token. 1 token 2hengget ye puan-puan. Dan saya dengan Syeefa 4 token bersamaan 8hengget jadinya. Saya naik bersama kakak ipar dan anaknya, jumlah adalah 16hengget! KFC pun boleh 2set nih *tak palah setahun sekali ;P
Anak saudara ajak saya masuk rumah hantu. Dia penakut tapi nak masuk juga. Sudahnya saya jadi mangsa jalan paling depan. Kepada sesapa yang tringin nak menakutkan diri sendiri dan nak masuk dalam ni, saya nasihatkan supaya lupa kan saja. Membazir 4 Ringgit Malaysia je. Langsung tak menakutkan tapi saya menjerit paling kuat. Kat dalam sangat gelap then ada asap-asap sket. Pastu gantung muka-muka hantu. Kelakar adalah. Ada manusia akan ketuk-ketuk dinding just nak bagi terkezut. Tak sampai semenet je nak gabra di dalam tu, pendek sangat laluan dia. Perhatikan gambar atas tu. Lalu di tingkat atas dan bawah. Finish.
Daniel main bumper car sampai 3 round. Yang ini khas untuk kanak-kanak comel sahaja...hihi.
8 comments:
rajinnyer pi pesta,,zai emm malas nak pi walaupun fil main muzik kat citu..
zai : ye ke. suka perabih duit kat ctu..hihi.
rajin nyer cik farah..hahhaha..akak sory..tak kan p la tempat2 camtu...dengan bersesak..dgn mendukung si cubby akmal..jenuh...hehhee
kak izzah : farah suka kemana saja asalkan tak dok umah di hari cuti...hihi.
farah..aku pun pegi pesta ari sabtu ari tue..balik dari kenduri ain trus gie ngan mak abah aku...mmg sumer kete yg parking kat tepi jalan kena saman...kitorg parking kat rumah cina blakang tue..jauh sket lar kena jalan...
ct : ye ke, kalo aku g sabtu mesti aku jumpe ko kan..:) nanti g penang, dtg umah aku taw.
kelas bf tukar waktu..kul 10.30 pagi...harap maklum..huhuhu...kak zah nerves pulak nak p...
kak izah : ok gak tu, tak la kelam kabut sgt pepagi...hihi. Kak farah kol smlm. ingt kan sapa....hehe.
Post a Comment