Saya lantik hari Jumaat sebagai hari feeling feeling blues sedunia bagi saya...hihi. Sebabnya, time semua orang pegi shoping , tengok wayang bagai, saya duduk di bilik sambil berangan-angan...ekeke. Hari Jumaat la hari paling ada masa mengupdate blog, sebab tu saya suka hari Jumaat sebab saya boleh update blog sambil jalan-jalan ke kawan-kawan punya blog (berbelit-belit ayat penyata saya...hihi).
Sebenarnya saya rindukan Syeefa. Dah dua hari mak mentua kata dia refuse EBM. Dia nak makan saja. Nampak bayang-bayang botol susu cepat-cepat kalih muka ke lain, tapi kalau nampak bekas pink mamam dia, mesti melompat-lompat tak sabar nak mamam. Tanda apakah itu? Adakah anak saya sudah mula tidak perlukan susu? Syeefa is only 9month, dia masih perlukan susu untuk tumbesaran...tu yang saya susah hati sekarang ni. Saya mintak mak mertua tambahkan makanan dia kalau dia masih tak mahu menyusu hari ini. Nasib baik dia masih mahu direct feeding, legalah sikit.
Lagi satu, semalam Syeefa jatuh walker. Dia melompat-lompat dalam walker lalu hilang pertimbangan dan tertumuih ke lantai. Sekarang perlu bagi naik walker atau tak? Serba salah rasanya. Malam tadi pula terhantuk pada penyidai kain besi dalam bilik, menangis sakan lah apa lagi. Dalam pada menangis tu nak jugak pegi main lagi....kasihan kamu wahai anak :(
Bila saya teringat Syeefa, mesti saya belek-belek gambar dalam folder. Terubat sedikit kerinduan tu bila menengok macam-macam gaya ada...hihi. Suka saya tengok gambar sengih yang se-patern je semua. Kalau nampak kamera mesti nak sengih-kerut-hidung-mata-nampak gusi segala.
"Sengih Syeefa sengih" :)
Saya perasan gambar Syeefa yang ini macam muka saya. Banggaaaaa oooo........:)
Sebab semua kata muka Syeefa macam papa je. Ini tidak adil!
No comments:
Post a Comment