Bila attend wedding kawan-kawan lama sayu je rasa. Teringat zaman hu ha hu ha di sekolah dulu. Sekarang dah besor panjang dah mereka (ececehh, cakap macam la saya ni kecil
Saya mula dari zaman sekolah rendah dulu, time tadika tak perlu lah kot :)
1. Polis n thief
Zaman saya
2.Aci duduk
Kalau jumpa kengkawan atau sepupu sepapat mesti main. Mula-mula kena lah 'lai lai li li lai tam plom' dulu, sape kalah kena jadi tukang kejar. Letih weh kalau jadi tukang kejar sebab 'mangsa' asik nak duduk je. Kalau saya jadik tukang kejar tu mula lah saya buat buat sakit kaki, sakit perut dsb..hihi. Kalau saya jadi mangsa, tukang kejar masih jauh sebatu saya dah duduk bersila dah...ekeke. Seingat saya mangsa perlu tinggal seorang yang 'hidup' baru boleh sep semua orang yang duduk. If semua mangsa duduk, then tukang kejar kena bilang 1 2 3, semua harus bangun ye puan-puan, sapa lambat dia plak jadi tukang kejar.
3. Aci Ligan
Lebih kurang macam aci duduk jugak. Bezanya aci duduk kena duduk, aci ligan (kejar) tak buleh duduk. Kalau kena sep , 'mati' lah jawapnya. Dulu saya terror main ni, ligan macam mana pun tak dapat punyalah, saya selit-selit
4.Teng teng
Permainan ini bukan feveret saya. Sebab kena jengket sebelah kaki, badan tak balance dan asik lah kecundang. Lukis petak atas pasir ataupun kalau di lantai lukis dengan kapur. Pastu amik batu kecil baling dalam kotak tu then lompat sebelah kaki dalam petak yang ada batu tu. Amik batu tu, pastu....apa ek? Lupa lak. Zaman tok kaduk dulu nih.
5. Konda kondi
Saya jaaaaarang main ini. Sebab macam tak mencabar je..hihi. Tak silap saya kena buat lubang pastu letak ranting kayu atas lubang tu. Then ambil lagi satu ranting kayu dan tolak ranting yang dalam lubang tu. Tengok berapa jauh ranting tu landing. Saya lupa dah macam mana step seterusnya. Yang kena lompat atas tangan tu yang ini ke? Entah. Sangat lupa.
6. Jan jan Jala
Dua orang akan jadi 'penjala' atau pun ketua dan pilih nama kumpulan sendiri tanpa pengetahuan 'mangsa'. Cth : Oren dan Strawberry. Ketua akan berhadapan sambil pegang tangan ke atas. Pas tu yang lain akan lalu di bawahnya sambil nyanyi 'jan jan jala itek jala ayam, berapa lubang kancil, seratus lima puloh, singgah kuala singgah, makan sireh mulot meeeeeeraaaaaaah!'. Sapa yang keta 'tangkap' akan di bawa 'lari' dan kena pilih kumpulan mana yang nak masuk dan beratur di belakang ketua yang dipilih. Selesai semua, kedua-dua kumpulan akan main tarik tangan, kumpulan yang kuat harus menang lah ye. End.
7. Galah Panjang
Saya suka yang ini. 6 orang je dah cukup korum dah. Tapi kalau nak lagi best 10 orang baru mencabar! Seorang akan jaga paling depan, tengah dan belakang (ini untuk 6orang kalau 10, lebih lagi pengawal keselamatannya). Selalunya kami akan main di court badminton. Salah seorang yang berjaya melepasi semua 'halangan' dan sampai ke tempat mula tadi, maka kumpulan itu akan menang dan boleh main lagi sampai lah semua 'mati' baru boleh tukar turn jadi pengawal pulak. Enjoy sangat main ni dulu, sampai tak makan pun tak pa janji dapat main dengan kawan-kawan :)
8. Mak pergi pasar.
Letak tangan di tengah then sila nyanyi "mak mak, mak pegi pasar, mak beli baju warna apa?" If sampai kat jari orang tu dia perlu jawab "merahh" then kira M.E.R.A.H dan satu jari perlu ditutup. Sapa yang semua jari dah tutup, dia menangggg!! :P
9. Assalamualaikum, kom ape kom bek...
10. Malam yang sepi
Yang ni lebiih kurang macam di atas juga. Ala-ala sep sep sep tom tom tom juga, tapi kena nyanyi begini "malam yang sepi pi pi, pak mat jual roti ti ti, rotinya koyak yak yak, pak mat jual tempoyak yak yak, tempoyaknya basi si si, pak mat jual nasi si si......"sila sambung sendiri :)
12. Snap!
13. Old maid/donkey
Tak payah eleborate lah yang ni semua orang tau kan. Dulu-dulu saya teruja betul main ni sampai saya beli 7biji 'bantal kecil' yang ada jual kat sekolah. Alah yang dalamnya isi beras dan dijahit comel-comel tu. Tapi ibu marah sebab beras kan makanan, mana buleh buat lambung-lambung. Lalu ibu buat sendiri guna kacang soya. (eh, kacang soya bukan makanan ke?) Sebenarnya ibu taknak guna beras sebab tiap kali main mesti beras terkeluar dan menyemakkan rumah..hihi.
Kalu main getah ni memang tak ingat dunia taw. Time rehat semua berkumpul bawah pokok penangan getah punya pasal. Kat skolah agama pun main, balik pun main sampai nak senja. Balik rumah kena denda dengan ibu. Padan muka. Dulu-dulu saya terror main ni, siap boleh buat 'lompat bintang' untuk kategori ketinggian paras kepala. Tapi tu zaman sekolah rendah la kan, kalau sekarang suruh buat begitu, harus berterabur satu persatu getah yang tak bersalah tu...hehehe. Teringin nak main tapi risau suami tak ngaku bini...kihkihkih.
16. Tutup botol
Ingat tak dulu kat kantin sekolah selalu jual air gas F&N macam-macam kaler tu. Ha, tutup botol tu la kitorang suka kumpul untuk main. Pantang cikgu takde je semua pakat keluarkan penutup botol masing-masing. Perlu 5 biji, then baling atas meja. Kemudian pilih satu untuk dikeluarkan, so tinggal 4 aje la. Then kawan yang lain akan request yang mana satu yang perlu kita 'teget'. Harus la mereka pilih yang susah-susah kan. Kalau berjaya, then timbang (macam main batu seremban tu) untuk pungut markah, sambung lagi sampai 'mati' baru turn yang lain pulak.
17. Pemadam
Main 'rubber' ni time cikgu ngajor pun on aje. Sebab 2 orang dengan kawan sebelah so tak perasan. Tekan hujung rubber tu supaya di bergerak ke arah rubber pihak lawan, tapi satu turn sekali tekan aja ye kawan-kawan. Kalau rubber saya menindih rubber kawan saya, maka saya dinobatkan sebagai pemenang. Mudah kan?
18. Nama, negeri
Game ini berilmiah la sikit dari yang lain-lain tu...hehe. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah sehelai kertas dan sebatang pen/pensil. Selalu yang menjadi mangsa adalah buku bahasa jawi dibahagian tengah..huhu. Buat column untuk bahagian Nama, Negeri, Buah, Binatang, Benda dan ruangan markah. Seorang kana pilih satu hurup dan tulis apa yang berkaitan yang bermula dengan hurup yang dipilih tadi. Contoh hurup M : Mona, Melaka, Manggis, Musang, Mangkuk. If ada yang sama dengan yang lain, maka markah pun kurang lah.
19. Kamera kertas
Saya terer buat kamera kertas ni dulu. Dalam 'kamera' tu letak gambar yang dilukis. Selalunya kalau kawan nak pekena ni, mereka lukis gambar huduh2. Kemudian tangkap gambar saya dan tunjuk gambar yang dilukis tu kengkonon itu lah saya. Tak baek taw.
20. Bola beracun
21. Pepsi Cola
Ni main pijak-pijak kaki kawan sebelah (buat bulatan). Kalu kena pijak, otomatisnya get lost ok. Haruslahh saya orang paling awal terkeluar...hehe. Teruskan sampai tinggal dua orang. Selalunya yang tinggal dua ni yang susah nak kalah, masing-masing terer elak. Bagai menunggu buah durian gugur je menengok derang main tak sudah-sudah lagi...hehe
22. Cop tiang.
23. Teget kasut
Saya sukaaaa main ini walaupun asik kena bola saja :P. 3 buah kasut akan disusun secara berdiri.
Contoh : Setiap ahli kumpulan A akan membuat 3 Teget (baling/tuju) untuk menjatuhkan kasut itu. Once dah jatuh, kumpulan B akan bersedia untuk 'mematikan' satu persatu ahli pihak lawan menggunakan bola atau kasut. Salah seorang dari kumpulan A harus menyusun semula kasut dan langkah untuk menang! Kadang-kadang dah susun tapi tak sempat langkah lagi dah lebam punggung kena 'hentam'. Bukan senang tau :o
24.Teget tin.
Sama seperti di atas. Bezanya ganti kasut dengan tin dan susun secara bertingkat :)
25.Binggo
Buku matematik saya selalu jadi mangsa kekejaman saya untuk main ni :P. Tulis no 1 - 25 dalam kotak, semua pemain pilih satu nombor ikut turn. Bila dah cukup 5 nombor sederet then jeritlah BINGGO!! :D
Banyak juga ye aktiviti main saya dulu. Sekarang ni tak da dah menda-menda ni semua. Mungkin Syeefa akan mewarisi pulak..ngehngeh. Tapi ada ke kanak-kanak zaman sekarang ni main lagi semua ni?
7 comments:
Selalu main bila da abis final exam...yeaaahhh...
betul betul betul :)
waa..memori ni..suka main sume permainan di atas..igt tak main lubang tikus..hehe..
zimah : ingat-ingat! tapi lupa main ni camne...hihi
alahai memorinya... dulu seronok main ni sampai berpeluh2.. balik kena marah dgn mak sbb comot..baju kotor wakaka
budak skang main PS je tak pun computer game..mane kenal game2 kat atas ni..aku sgt optimis game2 ni akan hilang ditelan zaman..
main lompat tikus/lubang tikus bagaimana pulak?
Post a Comment