~phieww~ Saya tarik nafas panjang. Serasa mahu hirup udara nyaman sahaja. Saya tinggalkan seketika 'dunia' contest saya sebentar. Saya fokus pada entri-entri yang sepatutnya dibuat berminggu-minggu yang lepas :).
Saya mula beri Syeefa makanan pejal pada 15 Ogos 2009 (siap ada tarikh gitu :P) iaitu lagi 4 hari nak masuk 6 bulan. Saya dah tak sabar-sabar tunggu 6 bulan genap. Lagi pun hari itu saya bercuti, jadi senang lah saya sediakan makanannya. Kalau mahu tunggu minggu hadapannya, sudah terlewat 2 hari pula.
Hari pertama saya sediakan Syeefa bubur nasi kosong untuk Syeefa. Tiada perisa, tiada garam mahupun gula. Note : bayi dibawah umur 1 tahun tidak perlukan apa-apa perisa di dalam makanannya kerana buah pinggangnya masih belum matang untuk memproses bahan tersebut. Kita yang tua ni kalau rasa bubur kosong begitu, haruslah dipandang endah-tak-endah sahaja ye tak ? Jadi untuk Syeefa saya, saya cuba beri dia makanan asas terlebih dahulu. Tak susah pun nak buat, lebih berkhasiat dari yang segera dan diproses itu.

Saya ambil segenggam beras dan masakkan di dalam periuk. Saya masak seperti kanji biasa. Cumanya untuk Syeefa lagi lah senang, tak perlu apa-apa bahan pun :P




Selepas saya cuba bubur nasi untuk beberapa hari, hari cuti seterusnya saya beri puri kentang (kentang-rebus-blend) pula. Saya rasa dia suka amat kentang (saya tahu, walaupun Syeefa tak bagitahu saya :P). Hari-hari berikutnya, saya cuba pula puri carrot, puri epal dan puri pisang. Dan saya berkira-kira mahu beri puri brokoli pula selepas ini :)
No comments:
Post a Comment