CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 14, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest

Lama tak masuk contest. Kali ni nak join MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest anjuran MBP bersama sponsornya iaitu PhotoBookMalaysia dan AliceWonders
Saya suke tengok Syeefa sengih eh senyum sebab bila senyum dia comel macam saya....wakaka.
Bila Syeefa senyum saya gumbira...saya senang...saya tenang.
Anak yang lahir dari rahim saya tersenyum harusnya ibunya riang bukan?
Senyuman Syeefa menurunkan darjah ke-stress-an saya :)

Nur Syeefa Farisha bt Mahazir
20 February 2009

Saturday, December 12, 2009

Syeefa jatuh katil lagi

Tadi time bersiap nak g kenduri, letak Syeefa atas katil.
Sementara tempek bedak kat muka sambil mata perhatikan Syeefa.
Tiba-tiba dia menjulur laju ke depan, terus tertumuih dahi ke lantai.
Merambu-rambu air mata Syeefa.
Saya yang salah. Dah tau dia 'aktif' pegi letak atas katil buat apa. Careless!
Marah diri sendiri sampai sekarang :(
Saya bagi Syeefa minum air zamzam dan sapu di kepala Syeefa sambil selawat.
Harap-harap Syeefa tak apa-apa ye sayang.
Tadi keluar bersiar-siar, Syeefa happy :)

Hari tu dah pernah jatuh semasa 'ditangan' papanya. Rujuk sini.
Hari ni ibu plak buat Syeefa jatuh. Fair and square kaedahnya.

Maafkan ibu ye sayang :(

Friday, December 11, 2009

Breastfeeding Class @ Penang!

Dah lama saya tunggu BF class di Penang. Anak nak masuk 10 bulan dah pun, tapi baru sekarang dapat pergi, takpe ilmu untuk seumur hidup dan untuk anak anak anak seterusnya :D Sepatutnya saya akan ke Langkawi pada tarikh itu, tapi disebabkan peluang bukannya selalu ada, jadi saya postpone ke minggu berikut. Tak kemana Langkawi dikejar...hihi.

Saya dan Kak Izzah akan hadir di sini

Mana tau kalau ada ibu-ibu blogger yang lain yang join boleh la ber-gathering di sana :) Tak sabarnya!

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (Pulau Pinang)

Tarikh: 27 Disember 2009
Masa: 9.00am-1.00 pm
Tempat: Bidasari Collection, 3A-03-35, Tingkat 3, Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang
Penceramah:
Puan Farah & Puan Suraya
Bayaran: RM80 individu/RM 150 pasangan

Tuesday, December 8, 2009

Permainan dolu-dolu. Ingat lagi?

Bila attend wedding kawan-kawan lama sayu je rasa. Teringat zaman hu ha hu ha di sekolah dulu. Sekarang dah besor panjang dah mereka (ececehh, cakap macam la saya ni kecil comel lagi, sama sebaya je kaedahnya, hihi). Saya teringat permainan masa saya kanak-kanak ribena sampai la ke sweet 17th dulu, memang memorable sangat. Kalau sesiapa yang baya-baya saya mesti ingat ni.

Saya mula dari zaman sekolah rendah dulu, time tadika tak perlu lah kot :)

1. Polis n thief
Zaman saya beringus kecik dulu top giler lah game ni. Tapi dulu sebut 'polis entri', main sebut je sebab dulu tak tau apa kejadahnya tu...hihi. Ramai-ramai nyanyi 'polis entri, want to jaga, polis mati pencuri jaga' lepas tu bertaburan lah lari selamat kan diri memasing sebab polis nak tangkap. Saya ingat-ingat lupa la macam mana aturan mainnya. Nanti lah saya ingat balik bila nak main dengan Syeefa nanti...hihi :)

2.Aci duduk

Kalau jumpa kengkawan atau sepupu sepapat mesti main. Mula-mula kena lah 'lai lai li li lai tam plom' dulu, sape kalah kena jadi tukang kejar. Letih weh kalau jadi tukang kejar sebab 'mangsa' asik nak duduk je. Kalau saya jadik tukang kejar tu mula lah saya buat buat sakit kaki, sakit perut dsb..hihi. Kalau saya jadi mangsa, tukang kejar masih jauh sebatu saya dah duduk bersila dah...ekeke. Seingat saya mangsa perlu tinggal seorang yang 'hidup' baru boleh sep semua orang yang duduk. If semua mangsa duduk, then tukang kejar kena bilang 1 2 3, semua harus bangun ye puan-puan, sapa lambat dia plak jadi tukang kejar.

3. Aci Ligan

Lebih kurang macam aci duduk jugak. Bezanya aci duduk kena duduk, aci ligan (kejar) tak buleh duduk. Kalau kena sep , 'mati' lah jawapnya. Dulu saya terror main ni, ligan macam mana pun tak dapat punyalah, saya selit-selit berguling-guling asalkan saya tak kena sep... hihi. Time badan ringan dulu leh la :) Tapi ada 'rumah', kalau saya tak larat lari boleh masuk rumah tu jadi tukang ligannya tak boleh masuk 'rumah' tu.

4.Teng teng

Permainan ini bukan feveret saya. Sebab kena jengket sebelah kaki, badan tak balance dan asik lah kecundang. Lukis petak atas pasir ataupun kalau di lantai lukis dengan kapur. Pastu amik batu kecil baling dalam kotak tu then lompat sebelah kaki dalam petak yang ada batu tu. Amik batu tu, pastu....apa ek? Lupa lak. Zaman tok kaduk dulu nih.

5. Konda kondi

Saya jaaaaarang main ini. Sebab macam tak mencabar je..hihi. Tak silap saya kena buat lubang pastu letak ranting kayu atas lubang tu. Then ambil lagi satu ranting kayu dan tolak ranting yang dalam lubang tu. Tengok berapa jauh ranting tu landing. Saya lupa dah macam mana step seterusnya. Yang kena lompat atas tangan tu yang ini ke? Entah. Sangat lupa.

6. Jan jan Jala

Dua orang akan jadi 'penjala' atau pun ketua dan pilih nama kumpulan sendiri tanpa pengetahuan 'mangsa'. Cth : Oren dan Strawberry. Ketua akan berhadapan sambil pegang tangan ke atas. Pas tu yang lain akan lalu di bawahnya sambil nyanyi 'jan jan jala itek jala ayam, berapa lubang kancil, seratus lima puloh, singgah kuala singgah, makan sireh mulot meeeeeeraaaaaaah!'. Sapa yang keta 'tangkap' akan di bawa 'lari' dan kena pilih kumpulan mana yang nak masuk dan beratur di belakang ketua yang dipilih. Selesai semua, kedua-dua kumpulan akan main tarik tangan, kumpulan yang kuat harus menang lah ye. End.

7. Galah Panjang

Saya suka yang ini. 6 orang je dah cukup korum dah. Tapi kalau nak lagi best 10 orang baru mencabar! Seorang akan jaga paling depan, tengah dan belakang (ini untuk 6orang kalau 10, lebih lagi pengawal keselamatannya). Selalunya kami akan main di court badminton. Salah seorang yang berjaya melepasi semua 'halangan' dan sampai ke tempat mula tadi, maka kumpulan itu akan menang dan boleh main lagi sampai lah semua 'mati' baru boleh tukar turn jadi pengawal pulak. Enjoy sangat main ni dulu, sampai tak makan pun tak pa janji dapat main dengan kawan-kawan :)

8. Mak pergi pasar.
Letak tangan di tengah then sila nyanyi "mak mak, mak pegi pasar, mak beli baju warna apa?" If sampai kat jari orang tu dia perlu jawab "merahh" then kira M.E.R.A.H dan satu jari perlu ditutup. Sapa yang semua jari dah tutup, dia menangggg!! :P

9. Assalamualaikum, kom ape kom bek...

Saya rasa ni semua orang tau...acara menyambung perkataan terakhir kaedahnya. Kesudahannya saya pun tak tau macam mana.:P

10. Malam yang sepi

Yang ni lebiih kurang macam di atas juga. Ala-ala sep sep sep tom tom tom juga, tapi kena nyanyi begini "malam yang sepi pi pi, pak mat jual roti ti ti, rotinya koyak yak yak, pak mat jual tempoyak yak yak, tempoyaknya basi si si, pak mat jual nasi si si......"sila sambung sendiri :)

11. Happy family
One happy family! Ingat lagi? :) Ini feberet saya sebab saya boleh gembira berhari-hari sebab dapat kumpul banyak family. Selalu bertandang rumah jiran semata-mata nak main happy family :)Yang saya ingat ada famili Bun, Bone, Stone apa tah lagi...Sapa paling banyak dia family dia menang. Kalau tak cakap 'thank you' kira tak aci ok.
12. Snap!
Main ni la paling havoc ya amat amat. Kaedahnya menggunakan kad juga. If ada gambar yang double, perlu Snap cepat cepat dan dapat amik semua kad tu. Main lah sampai letih baru berenti...hihi.

13. Old maid/donkey

Kad dibahagikan pada setiap pemain. Rakan sebelah akan 'cabut' satu kad. Kalau ada yang sama, ambil dan letak ditengah. Sapa habis dulu dia menang. Dan orang last yang dapat old maid atau donkey kalah dan akan di ejek old maidddd atau donkeeeyyyy! :) Sampai sekrang saya simpan lagi kad-kad tu. Rindunya nak main :)

14. Batu Seremban
Tak payah eleborate lah yang ni semua orang tau kan. Dulu-dulu saya teruja betul main ni sampai saya beli 7biji 'bantal kecil' yang ada jual kat sekolah. Alah yang dalamnya isi beras dan dijahit comel-comel tu. Tapi ibu marah sebab beras kan makanan, mana buleh buat lambung-lambung. Lalu ibu buat sendiri guna kacang soya. (eh, kacang soya bukan makanan ke?) Sebenarnya ibu taknak guna beras sebab tiap kali main mesti beras terkeluar dan menyemakkan rumah..hihi.

15. Main Getah

Kalu main getah ni memang tak ingat dunia taw. Time rehat semua berkumpul bawah pokok penangan getah punya pasal. Kat skolah agama pun main, balik pun main sampai nak senja. Balik rumah kena denda dengan ibu. Padan muka. Dulu-dulu saya terror main ni, siap boleh buat 'lompat bintang' untuk kategori ketinggian paras kepala. Tapi tu zaman sekolah rendah la kan, kalau sekarang suruh buat begitu, harus berterabur satu persatu getah yang tak bersalah tu...hehehe. Teringin nak main tapi risau suami tak ngaku bini...kihkihkih.

16. Tutup botol

Ingat tak dulu kat kantin sekolah selalu jual air gas F&N macam-macam kaler tu. Ha, tutup botol tu la kitorang suka kumpul untuk main. Pantang cikgu takde je semua pakat keluarkan penutup botol masing-masing. Perlu 5 biji, then baling atas meja. Kemudian pilih satu untuk dikeluarkan, so tinggal 4 aje la. Then kawan yang lain akan request yang mana satu yang perlu kita 'teget'. Harus la mereka pilih yang susah-susah kan. Kalau berjaya, then timbang (macam main batu seremban tu) untuk pungut markah, sambung lagi sampai 'mati' baru turn yang lain pulak.

17. Pemadam

Main 'rubber' ni time cikgu ngajor pun on aje. Sebab 2 orang dengan kawan sebelah so tak perasan. Tekan hujung rubber tu supaya di bergerak ke arah rubber pihak lawan, tapi satu turn sekali tekan aja ye kawan-kawan. Kalau rubber saya menindih rubber kawan saya, maka saya dinobatkan sebagai pemenang. Mudah kan?

18. Nama, negeri

Game ini berilmiah la sikit dari yang lain-lain tu...hehe. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah sehelai kertas dan sebatang pen/pensil. Selalu yang menjadi mangsa adalah buku bahasa jawi dibahagian tengah..huhu. Buat column untuk bahagian Nama, Negeri, Buah, Binatang, Benda dan ruangan markah. Seorang kana pilih satu hurup dan tulis apa yang berkaitan yang bermula dengan hurup yang dipilih tadi. Contoh hurup M : Mona, Melaka, Manggis, Musang, Mangkuk. If ada yang sama dengan yang lain, maka markah pun kurang lah.

19. Kamera kertas

Saya terer buat kamera kertas ni dulu. Dalam 'kamera' tu letak gambar yang dilukis. Selalunya kalau kawan nak pekena ni, mereka lukis gambar huduh2. Kemudian tangkap gambar saya dan tunjuk gambar yang dilukis tu kengkonon itu lah saya. Tak baek taw.

20. Bola beracun

Zaman saya di hostel dulu time riadah selalu juga main. Tapi saya selalu terkeluar awal. tak pandai mengelak plus badan berat so tak berapa cargas mengelak bola...wakaka. Bahagikan 2 kumpulan. Satu kumpulan akan buat satu bulatan, dan kumpulan satu lagi akan berada di tengah. Yang kat luar akan baling bola ke arah dalam bulatan, so siapa yang kena bedebuk bola di badan, maka out lah. Bila dah tinggal seorang je dalam bulatan tu, hanya 10 balingan saja akan dibuat. Kalau berjaya mengelak 10 hentaman itu, kumpulan tu menang dan boleh terus kan bermain lagi :)

21. Pepsi Cola

Ni main pijak-pijak kaki kawan sebelah (buat bulatan). Kalu kena pijak, otomatisnya get lost ok. Haruslahh saya orang paling awal terkeluar...hehe. Teruskan sampai tinggal dua orang. Selalunya yang tinggal dua ni yang susah nak kalah, masing-masing terer elak. Bagai menunggu buah durian gugur je menengok derang main tak sudah-sudah lagi...hehe

22. Cop tiang.

Untuk game ini, bahan-bahannya adalah at least 6 tiang. Sorang amik satu tiang, yang berdiri di tengah akan berusaha untuk rampas kuasa tiang. Pemegang tiang mesti exchange tiang, kalau yang yang ditengah tadi berjaya merampas tiang, maka tiang itu menjadi milik mutlaknya. So silalah berada ditengah untuk take turn ya.

23. Teget kasut

Saya sukaaaa main ini walaupun asik kena bola saja :P. 3 buah kasut akan disusun secara berdiri.
Contoh : Setiap ahli kumpulan A akan membuat 3 Teget (baling/tuju) untuk menjatuhkan kasut itu. Once dah jatuh, kumpulan B akan bersedia untuk 'mematikan' satu persatu ahli pihak lawan menggunakan bola atau kasut. Salah seorang dari kumpulan A harus menyusun semula kasut dan langkah untuk menang! Kadang-kadang dah susun tapi tak sempat langkah lagi dah lebam punggung kena 'hentam'. Bukan senang tau :o

24.Teget tin.

Sama seperti di atas. Bezanya ganti kasut dengan tin dan susun secara bertingkat :)

25.Binggo

Buku matematik saya selalu jadi mangsa kekejaman saya untuk main ni :P. Tulis no 1 - 25 dalam kotak, semua pemain pilih satu nombor ikut turn. Bila dah cukup 5 nombor sederet then jeritlah BINGGO!! :D

Banyak juga ye aktiviti main saya dulu. Sekarang ni tak da dah menda-menda ni semua. Mungkin Syeefa akan mewarisi pulak..ngehngeh. Tapi ada ke kanak-kanak zaman sekarang ni main lagi semua ni?

Monday, December 7, 2009

Koleksi sengih Syeefa

Saya lantik hari Jumaat sebagai hari feeling feeling blues sedunia bagi saya...hihi. Sebabnya, time semua orang pegi shoping , tengok wayang bagai, saya duduk di bilik sambil berangan-angan...ekeke. Hari Jumaat la hari paling ada masa mengupdate blog, sebab tu saya suka hari Jumaat sebab saya boleh update blog sambil jalan-jalan ke kawan-kawan punya blog (berbelit-belit ayat penyata saya...hihi).

Sebenarnya saya rindukan Syeefa. Dah dua hari mak mentua kata dia refuse EBM. Dia nak makan saja. Nampak bayang-bayang botol susu cepat-cepat kalih muka ke lain, tapi kalau nampak bekas pink mamam dia, mesti melompat-lompat tak sabar nak mamam. Tanda apakah itu? Adakah anak saya sudah mula tidak perlukan susu? Syeefa is only 9month, dia masih perlukan susu untuk tumbesaran...tu yang saya susah hati sekarang ni. Saya mintak mak mertua tambahkan makanan dia kalau dia masih tak mahu menyusu hari ini. Nasib baik dia masih mahu direct feeding, legalah sikit.

Lagi satu, semalam Syeefa jatuh walker. Dia melompat-lompat dalam walker lalu hilang pertimbangan dan tertumuih ke lantai. Sekarang perlu bagi naik walker atau tak? Serba salah rasanya. Malam tadi pula terhantuk pada penyidai kain besi dalam bilik, menangis sakan lah apa lagi. Dalam pada menangis tu nak jugak pegi main lagi....kasihan kamu wahai anak :(

Bila saya teringat Syeefa, mesti saya belek-belek gambar dalam folder. Terubat sedikit kerinduan tu bila menengok macam-macam gaya ada...hihi. Suka saya tengok gambar sengih yang se-patern je semua. Kalau nampak kamera mesti nak sengih-kerut-hidung-mata-nampak gusi segala.

Syeefa dengan Opahnya

"Sengih Syeefa sengih" :)

Saya perasan gambar Syeefa yang ini macam muka saya. Banggaaaaa oooo........:)
Sebab semua kata muka Syeefa macam papa je. Ini tidak adil!

With papa.

Acara melompat sambil menyengih :)

Sengih terpaksa kot sebab ibu bising kat depan suruh pandang kamera...hihiks.

Sengih boring bersama walker yang menjatuhkan Syeefa.

Perlu tak saman syarikat pembuatan walker ni? (heheh...diva betol).

Bawah mata bengkak dek serangga tapi masih boleh sengih taw.

Syeefa Professional okey :)

Ini sengih tanpa menampakkan gusi...hihii.

Yang ni terserlah gusinya, sukee.....:D

My favourite gambar sengih Syeefa. Kiut :)

Rase cam nak join contest Cutest Baby Smiling lah, gambar mana satu rasanya saya patut pilih ek?

Tuesday, December 1, 2009

Diari AidilAdha

Sementara bau-bau rendang daging korban belum hilang, baik saya update ceritera Aidiladha sebelum basi...hihi.

Tahun ni saya menyambut hari raya korban di Ipoh lagi macam tahun lepas. Harus lah kan, dah raya puasa hari tu sakan di kampung suami dulu. Tapinya, kemeriahannya tak sama macam Aidilfitri, macam biasa-biasa saja :)

Raya Aidiladha kali ni tak sempat nak membeli baju raya sendiri pun. Beli untuk si kecik saja. Ibu awal-awal dah pesan pakai baju biru, supaya sedondon dalam gambar. Ini sudah bagus, pakai baju raya hari tu je, tak payah membazir beli dah...hihi. So, Syeefa pun 'terpaksa' pakai baju kurung yang sama juga semata-mata untuk bergambar :)

Haa...hasilnya. Serba biru gitu. Cukup korum :) Semua pakai stok baju raya lepas...hehe.

My lovely parent :)
Sesi menjamu selera wajib ada :)

Berkonsepkan raya haji, jadi kena main dam haji di pagi raya haji??

Mamam Syeefa harus didahulukan.

Masing-masing sibuk nak jugak menyuap anak sedara makan. Bagus juga ada 'bibiks'...wakaka.

Tak kemana pun kami beraya, pusing-pusing laman rumah saja...hehehe.
Malam tu ke rumah Makco tapi lupa pulak nak bergambar.

Esoknya, dah nak bertolak balik ke penang. Encik suami kelam kelibut nk pergi kenduri aqiqah anak kawannya. Susah betul nak berlama-lama di Ipoh, ada saja agenda itu ini *sigh*

Perjalanan 2jam yang boring, jadi mari sengih-sengih :D

Esoknya, pergi kenduri kawen rakan sepembelajaran dulu. Tahniah maksu :)
Kami panggil maksu Timah sebab namanya Fatimah. Dulukan ada iklan raya budak kecil angkat telefon then panggil "maksu Timah, maksu Timah"..tah, saya pun ingat2 lupa iklan tu...hikhik.

Malam shopping barang dapur di tesco. Teringin makan roti tisu bila nampak orang lain makan...hehe. Sedap..........:)

Syeefa pun suka, mengamuk bila tak suap dia...hihihi. Tapi tak boleh banyak, sikit-sikit aje bagi rasa supaya tak terliur....ekeke.

Itu saja diari AidilAdha Syeefa ya....babai. Muaaahhh :)

Monday, November 30, 2009

Baby with the car contest

Hari ni terasa nak join contest lagi :) Penganjurnya ialah Mrs Faez ye puan-puan.
Oleh kerana Syeefa adalah anak dara, so otomatis Syeefa masuk Kategori Baby Girl With Car :)

Meh nengok meh gambo Syeefa atas bonet keta :)
Suka betul Syeefa panjat atas keta tu nak amik bendalah dalam keta tu la konon...ala yang boleh goyang-goyang kepala bila kena cahaya matahari tu....hihi. Pandang atas tu tengok 'bird' terbang. Ha, baju sedondon dengan kereta dah tu...:)

Nur Syeefa Farisha
9 bulan
Wira Aeroback kaler merah ang-ang

Esok dah last, pada sesapa yang nak join boleh klik pada banner ok...:)

Thursday, November 26, 2009

Selamat hari raya AidilAdha

Selamat Menyambut AIdilAdha
dari
kami sefamily :)

Sunday, November 22, 2009

Anakku Ceria Give-away Contest

Contest lagi? Harus la...hihi. Saya tak akan putus asa untuk join contest macam-macam selagi terdaya...hihiks :) Contest anakku ceria ini adalah join venture blogger noriza dan jom main kutu.

Untuk syarat-syarat lanjut boleh terjah terus ke blog mystory-noriza ye.

Dan ini dia penyertaan ceria Syeefa :)

Nur Syeefa Farisha

7 bulan

Syeefa seronok sangat tengok apa tah. Masa ni nak pergi makan beraya. Shining sungguh dahi luas tu...hihi. Semoga ceria senantiasa ye Syeefa :)

Friday, November 20, 2009

Selamat ulang bulan ke 9, Syeefa :)

Hari ini Jumaat bersamaan 20/11/2009 :)
Tepat 9bulan yang lalu, juga di Jumaat penuh berkat saya melahirkan seorang Syeefa.
Jadi mari flashback sekarang :)
  • 1 pagi bukaan masih 2cm
  • 10 pagi sesi cek bukaan beramai-ramai oleh doktor. Dah 7cm!!
  • Kalau patient yang baru buka 3 - 4cm mereka ditolak dengan wheel chair, tapi misi sorong saya atas katil beroda (tak tau panggil apa) laju-laju sebab dh terbukak luas :)
  • Malam tadinya saya tak tidur menahan sakit pinggang teramat sangat, tapi pagi itu sikit pun tak rasa apa, tau-tau aje dah 7cm tapi saya masih sempat belenggang kangkung dan mandi manda :)
  • Masuk labour room dalam pukul 11 am.
  • Tepat 3.03pm keluar lah Syeefa seberat 3.32kg :) Fuhh...legaaa!!

Hari ni Syeefa 9bulan.
Kalau mengandung dah nak 'meletup' dah kan...hihi.
Syeefa dah banyak akal sekarang sampai tak tercapai akal saya ni, hehehe. Hari-hari saya rindu si tecik ini bila di ofis. Bayangkan kalau Syeefa tak ada....wahhh, saya tak nak bayangkan!!
Sepanjang 9 bulan, tak pernah lagi Syeefa dan saya berjauhan. Hari-hari tidur bawah ketiak ibu..hehehe.
Cuti raya haji ni, mak mertua nak ke rumah kakak ipar di Langkawi. Mereka nak bawa Syeefa ke sana seminggu.
Saya tak fikir berkali-kali dah, saya reject permohonan itu...ekeke.
Saya belum boleh berpisah dengan anak itu.
Kasihan juga dengan mereka tak boleh nak kesana lama-lama sebab saya tak cuti. Tunggu hujung tahun nanti ye :)
Ok, mari lihat perkembangan Syeefa ::)

1. Yahuu, akhirnya Syeefa dah ada sebatang gigi tajam. Excited tau :) Saya nervous mula-mula, sebab orang kata nanti kalau anak tumbuh gigi akan demam. Alhamdulillah, Syeefa tak demam. Sekarang ni pandai main gigit-gigit bila menyusu badan. Bak kata orang utara, 'seriau' bila tiap kali Syeefa menyusu, terkejut satu rumah dengar saya menjerit...huhu. Saya tampar punggung dia ketawa dan gigit lagi. Haiihh la Syeefa.......

2. Bila nyanyi 'pok amai amai', dia tepuk tangan sekuat hati...hihi

3. Bila nyanyi 'cak ceko udang gamit', dia genggam-buka-genggam buka tangannya.

4. Saya sebut "miaw..miaw" terus mata tengok tv, sebab dia suka tengok iklan whiskas. Kalau kat bilik, dia akan cari patung CJ7 sebab dia ingat tu kucing kot...hihi. Tapi suami sebut "aung" sebab dia kata macam tu la bunyi kucing. Orang Penang panggil lain ke? Confius anak...hihi.

5. Petang lepas mandi mesti resah gelisah kalau tak dibawa keluar. Bila diluar senyap pulak. Maktoknya rajin bawa tawaf satu taman...:)

6. Depan laptop, Syeefa berlagak dewasa. Ambil mouse dan gerak-gerak kan atas mouse pad. Okeh, taon depan jadi blogger ye Syeefa...hihiks.

7. Pusing 360 darjah laju-laju macam helikopter dalam posisi meniarap. Sila bayangkan sekarang :P

8. Mentang-mentang ada gigi, habis jari runcing, pipi, dagu, hidung ibu digigitnya. Gatal gusi barangkali.

9. Pantang tengok sesiapa bertudung, mesti merengek minta di ambil. Macam tau je orang nak gi jalan-jalan. Satu hari tu, Syeefa terjaga pukul 6.30 pagi time saya bersiap nak ke opis, menangis dia tak nak kat papa, nak ibu jugak.. :) Ibu keje la cayang...

10. Bila Syeefa melambai tangan, dia akan sebut "vavaa...vavaaa..". Babai la kot...hihi.

11. Makan semangkuk penuh licin!

12. Err, lupa la .Nanti ingat saya tulis lagi :P

Perkembangannya membahagiakan saya :D
Walaupun mungkin tak secepat orang lain, (macam anak yang jiran saya mengasuh, 9bulan dah boleh berlari), tapi saya bangga dengan apa saja yang dilakukan :)

Moga Syeefa sihat, sempurna, murah rezeki, panjang umur, bijak, cerdik, cerdas, aktif, ceria selalu, terang hati, lembut hati, berilmu, sayangkan keluarga, mendengar kata, berakhlak mulia, solehah, pandai, beriman, baik hati, berjaya dalam hidup,bertanggungjawab, berjasa, mendapat pasangan yang hensem baik, bahagia sentiasa dan dilindungi Allah SWT. AMIN.
Nota 9bulan : Kak izzah, farah tag mu untuk entri akmal :)

Wednesday, November 18, 2009

Alasan kukuh blog lama tak berupdate :)

Sekarang time lunch makan banyak. Saya curi sikit masa demi mengupdate blog tercinta..heheh.
Seminggu dua ni saya bizi kalah menteri tau kawan-kawan.
Tak sempat nak tulis entri berilmiah tapi sempat join contest aje...hihi.
Puncanya adalah sebab saya berkursus 3 hari minggu lepas.
Konsep kerja saya ni, kalau ditinggal kan pasti membukit lah jawapnya. Bukan macam di opis lama dulu, saya boleh bersenang hati cuti berhari-hari tak payah fikir kerja tak siap what so ever sebab yang lain boleh setelkan sementara saya tiada di ofis.

Masa ini saya di tempat kursus menunggu pintu kelas dibuka. Saya efisien sebab datang awal :P
Sementara menunggu, haruslah ambil gambar jarak dekat....hihi. Sampai ada orang diluar terjenguk-jenguk. Hairan barangkali sebab saya sengih sorang-sorang. Tah apa-apa tah saya nih :)

See....menimbun fail nak kena buat. Boleh kena high blood preasure hari-hari macam ni...huhu. (macam la saya sorang je bizi di dunia ni kan kan?)

Kalau tak pergi kursus, tak cukup plak 7 hari setahun, kurang la pulak markah LNPT saya nanti. Jadi saya redha saja lah :)

Tapi saya sempat juga jengah2 blog kawan-kawan seminit dua. Besar rahmat dah tu....hihi.
Kat rumah sangat tak sempat nak pegang laptop, si kecik itu menggangu konsentrasi ibunya. Bagi can papa main game dulu, sudah nya saya zzzzz................:)

Okeh, itu saja. Saya kena sambung kerja. Bye.

Friday, November 13, 2009

Baby In BABYKIDSLOVE Apparel

Alang alang ada masa terbuang, saya masuk semua contest yang ada :)

Contest ini adalah dari Babykids Online Boutique. Hadiahnya menarik sekali dan anda hanya perlu upload gambar anak anda yang sedang memakai legging atau tights.

Kan saya kata kat entri di bawah, saya selalu mengalami dejavu sebab saya pernah kata mahu masuk contest baby in tights di entri ini, alih-alih ada yang menganjurkan contest ini...hihi. Saya boleh meramalkan masa depan kah?? :P
Oleh sebab penganjur tak menyatakan berapa gambar yang boleh di upload, jadi saya assume yang penganjur benarkan untuk upload lebih dari satu...hihi. Mari lihat gambar Syeefa ya...

Gambar ni saya pernah hantar untuk contest baby in romper.

Yang ini pula untuk contest anak dara bertocang juga, bukan gambar yang sama tapi gambar pada hari dan masa yang sama. Kiranya konsep 2 in 1 kaedahnya :)

Nama baby : Nur Syeefa Farisha bt Mahazir
DOB : 20 Februari 2009
Nama Ibu berseri-seri : Nazihatul Farah bt Muhamad Nidzam

Klik banner di atas kalau nak join. Sebelum 30 November ini ya!

Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10

Lama rasanya blog tah apa-apa saya tak terupdate. Hari ini baru ada saki baki masa nak update blog, itupun terupdate dengan join contest...hihi. Kalau tak, berabuk la jawapnya :)
Okeh, kali ni contest anak dara ku bertocang dari
Siti Sifir10.
Penajanya pula adalah Fitrah Cinta yang mana blognya ade menjual CD :) Orang ipoh juga Kak Sari ni, sekampung la kite ye :)
Cik Puan penganjur macam tau-tau je saya baru ambil gambar anak dara saya bertocang baru-baru ni, kadang-kadang saya yang rasa macam percaya tak percaya saja sebab selalu mengalami dejavu...hihi.
So, ini lah, gambar Syeefa bertocang pokok kelapa macam banner di atas...:)
Nur Syeefa Farisha
8 bulan ++
Tarikh tutup ialah pada 30 November ini, jadi sapa yang nak join boleh klik banner di atas ye :)

Friday, November 6, 2009

Emel : Warning!

Dah lama saya dapat emel ni sebenarnya. Dulu saya tak peduli sangat, sekadar baca tapi tak berperasaan pun :) Hari ini saya dapat lagi emel yang sama, tapi kali ini saya lebih ber 'hati' dan saya nak berkongsi dengan anda semua.

Bila saya fikir-fikir secara mendalam kan, risau juga kalau perkara ini terjadi pada saya. Sudahlah saya berkereta ke ofis, sorang diri pulak tu......
*minta dijauhkan perkara yang tidak diingini. AMIN.

Ni saya quote dari emel yang saya dapat...

Police Warning ON CAR STICKER ON REAR WINDSCREEN OF CAR! Warning..!!!!

Warning..!!!! Just last weekend on Friday night we parked in a public parking area. As we drove away I noticed a sticker on the rear window of the car. When I took it off after I got home, it was a receipt for gas. Luckily my friend told me not to stop as it could be someone waiting for me to get out of the car.

Then we received this email yesterday: WARNING FROM POLICE THIS APPLIES TO BOTH WOMEN AND MEN BEWARE OF PAPER ON THE BACK WINDOW OF YOUR VEHICLE-- NEW WAY TO DO CARJACKINGS (NOT A JOKE)' Heads up everyone! Please, keep this circulating.....

You walk across the parking lot, unlock your car and get inside. You start the engine and shift into Reverse. When you look into the rearview mirror to back out of your parking space, you notice a piece of paper stuck to the middle of the rear window. So, you shift into Park, unlock your doors, and jump out of your car to remove that paper (or whatever it is) that is obstructing your view. When you reach the back of your car, that is when the carjackers appear out of nowhere, jump into your car and take off. They practically mow you down as they speed off in your car.

And guess what, ladies? I bet your purse is still in the car. So now the carjacker has your car, your home address, your money, and your keys. Your home and your whole identity are now compromised! BEWARE OF THIS NEW SCHEME THAT IS NOW BEING USED... If you see a piece of paper stuck to your back window, just drive away. Remove the paper later. And be thankful that you read this e-mail. I hope you will forward this to friends and family, especially to women. A purse contains all kinds of personal information and identification documents, and you certainly do NOT want this to fall into the wrong hands. Please keep this going and tell all your friends

Maybe ada yang pernah terima emel seperti ini. Macam-macam kejadian berlaku zaman sekarang. Kadang-kadang saya rasa nak duduk di negara sendiri pun takut. Tapi takkan la nak migrate ke Venezuela plak kan...hihi. Macam-macam peel manusia yang kita tak tahu kan? Kadang-kadang tengok muka macam ala-ala lindungan kaabah gitu, tapinyaaaa....? Kesimpulan : Don't judge a book by its cover :)

So, pada kawan-kawan semua, berhati-hati walau dimana saja anda berada ye. Terutamanya kaum wanita menawan yang selalu jadi mangsa manusia yang tak berhati perut!

Monday, November 2, 2009

'Masa Rindu' saya :)

Hmmph....fiuhhhhhh.......
Tarik napas. Sedut udara segar dulu ye kawan-kawan :)
Dah dua hari saya tak update blog, janggal pulak rasanya (ececehh..macam la selama ni hari-hari update kan?) Sebabnya malas payah betul nak update di hari cuti bersenang lenang. Sebabnya si kecil saya tu menjalankan aktivitinya secara tidak konsisten tau kalian, hehe.
Saya baru nak bangun dari katil, dia pun bangun sama merengek-rengek minta susu. Macam tahu saja bau ibunya takda di sebelah. Dan dikebanyakan masanya saya menyusukannya sampai tertidur semula sampai subuh dah hampir habis *sigh*. Sempatla mandi koboi, membasuh ala kadar, dan belum sempat mendidih buburnya, si kecil saya sudah membuntangkan mata...hihi. Menyusukan semula.
Gaya mahu ke dapur semula, si kecil dah tergolek-golek ke bawah sofa. Bila angkat masuk dalam walker, dia 'drive' laju-laju sampai ke dapur. Kalau minyak panas tumpah di muka kan susah sayang, macam Nora Danish dalam drama Sumpah Bunian tu...hihi (tapi muka dia tetap comel la, jelesnya saya).
Mandikan, beri mamam, tidurkan. Lega. Sempat lah saya menyidai kain, menyapu, curi-curi makan, dan mengemas serba sikit apa yang nampak buruk di mata...hihi. Baru nak bersenang lenang, baca paper yang dah seminggu terkumpul, si kecil terjaga dari mimpi. Aiyoo...Layankan dia main ball, pok amai-amai, bawa tengok miaw, baca buku dan sebagainya. Minum susu, paksa tidur semula. Dan aktiviti tersebut akan berulang-ulang secara tidak berjadual sampai esok dan seterusnya...hikhiks.

Kalau ada anak begitulah kan kalian, seronok sebenarnya walaupun tak ada masa sangat untuk suami diri sendiri :) Saya nak kongsi dengan kalian 'masa rindu' saya yang saya dah lama tak alami macam zaman bujang trang tang tang dulu.

Kalau diberi peluang saya nak :

1. Shopping moping tanpa fikir nak balik rumah cepat. Berlenggang kangkung masuk ke semua lot kedai yang ada di shopping Mall, pilih baju, letak semula, ambil yang lain, tak sesuai, letak semula, ambil 2 3 helai dan masuk ke fitting room, keluar, letak semula, tak berkenan juga dan masuk ke kedai kasut disebelah pula. Ulang-ulang perkara tersebut sampai habis terjah semua kedai...hihi. Dah penat jalan, cari kedai makan mahal, order makanan yang deconya cantik sangat sampai sayang nak makan (dan menghormati chefnya sebab susah-susah je deco tapi masuk dalam perut nanti jadi t**i juga kan kan?), belek-belek dalam dua tiga jam baru licin pinggan...hihiks.
2. Tengok wayang. Oh...ini 'masa rindu' saya yang paling dikehendaki polis tau. Last saya jejak panggung tengok filem Upin & Ipin dalam keadaan senang hati adalah pada sehari sebelum saya masuk hospital bersalin :) Lepas bersalin, seingat saya lah, baru 2 kali saya pergi menonton tau kalian. Filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan Transformers : Revenge of the Fallen. Itupun dalam keadaan tak senang duduk, teringat anak di rumah (dengan mak mentua), dan rasa nak balik cepat. Sekarang ni kalu nak ke panggung lagi, saya perlu tunggu hingga Syeefa tak takut gelap dan bunyi bising, baru konfiden boleh bawa dia :) Macam anak sedara saya (Daniel, 4 tahun) yang masuk panggung tiba-tiba tutup telinga dan jerit "takutt...takuutt!". Semua mata mamandang kami. Nasib baik gelap, jadi mereka nampak bayangan perut saja...hihihi.
3. Saya teringin nak membaca apa-apa bahan bacaan macam dulu. Masa saya boring-boring dan sorang-sorang di Putrajaya dulu, habis saya borong sumber bacaan di kedai mamak. Baca dari kulit ke kulit, sebab punya lah bosan amat tak tahu nak buat apa. Apa saja gosip yang menarik, saya beli, baca dan khatam berulang-ulang. Esok beli lagi dan lagi. Hihi. Sekarang ni di rumah, bertimbun-timbun buku, majalah keluaran bulan yang bersawang lepas-lepas saya tak sentuh lagi. Saya sempat selak-selak tengok gambar saja, belum ada masa nak baca satu persatu patah perkataan. Hopefully akan ada masa untuk itu kelak :)
4. Bila saya dah tak sudi ke panggung wayang, saya perasan lawa konon-kononnya ada masa nak tengok vcd. Asal ke kedai cd, saya terbeli yang mana rasa best untuk ditonton dan sesuai untuk watak saya sebagai ibu-ibu ni...hehehe. Sudahnya, belum minit ke 18:05:27, vcd tengok saya, hihi. Dan dua bulan setengah kemudian saya sambung menonton minit yang seterusnya. Genap 6 bulan baru tamat 1 vcd ya puan-puan. Itu pun selepas forward mana-mana babak yang tak penting atau part watak utamanya yang tak berapa ganteng....ngehngeh.
5. Saya teringin nak beronggeng jumpa kawan-kawan. Tapi maklum lah kan, dan berkeluarga besar sendiri, matlamat mahu jumpa sahabat handai itu agak tidak tercapai...hihi. Wah, teringat zaman 80-an muda remaja dulu, keluar dengan kawan-kawan sampai tak ingat dunia nak balik dah. Konvoi ke sana-sini, bergelak-gelak besar, sambut new year, merdeka, hari wesak ke hulu hilir beramai-ramai. Best. Tapi saya pasti, sekarang mereka pun dah insaf ada komiten masing-masing seperti saya. Walau begitu,saya masih lagi keep in touch dengan kawan-kawan saya. Fesbuk, frenster, myspace segala kan ada. Gunakan saja teknologi barat sebaik mungkin ya....wiuwiuuu.
6. Saya rindu nak dengar radio, lagu-lagu jiwang latest sambil guling-guling atas katil dan berangan kawin anak raja. (Wah wah, dulu saya begitu kah?). Sekarang radio pun saya dah lupa bentuknya macam mana....hihi, auta sungguh. Sekarang, pagi-pagi saya sempat dengar panggilan hangit saja on the way nak ke tempat kerja. Selebihnya, saya tak ambil tahu dj mana yang bertugas, radio apa yang bersiaran, lagu artis mana yang berkumandang....ekeke. Nasi baik saya masih boleh layan album Tahajjud Cinta di ofis *lalalala* :)
7. Ehem..ehem. Yang satu ni mesti ada sesiapa yang gosok mata tak percaya. 'Masa rindu' saya ialah mencuba resipi Chef Wan tau. Saya suka menggunakan kaedah 'trial in error' (eh, betul ke ek?). Apa yang terbayang difikiran dan teringin di perut, saya akan cuba buat walaupun selalu tak nampak sedap macam dalam buku resipi. Kalau lah saya punya banyak masa, pasti oven mahupun dapur saya 'keletihan' sebab saya masak itu ini...huhuhu. Sekarang ni cuma sempat campak-campak dalam kuali saja apa yang ada :D
8. Last sekali, masa yang saya mahu ialah masa untuk berblogging di rumah. Selalunya bila saya klik 'new post', belum sempat idea datang, si kecil mula mencuit-cuit ibunya dan menepuk-nepuk keyboard dengan tapak tangan. Demi keselamatan, terpaksa lah saya log out dan shut down lappy..hihi. Teringin bonar den nak update 2 3 entri sehari. (bior bonar ekau nih??) Tapi saya bukan blogger famous amous yang traffic blog mereka mencanak-canak naik kalau ada entri baru. Kagum betul saya. Kalau saya ada 10 entri sehari pun belum tentu ada yang perasan...kihkihkih.
Tapi kan kalian, semua 'masa rindu' saya telah terubat dengan kehadiran Syeefa. Tak perlu ada masa rindu pun tak mengapa sebab saya ada 'masa kasih sayang peluk cium rindu dendam' dengan si comel ini. She is everything to me! :)

Kalian pula bagai mana? Ada 'masa rindu' macam saya tak?

Salam kasih sayang,
Ibu Syeefa :)