CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 14, 2009

SYEEFA BALIK IPOH, YEHAA!

Assalamualaikum semua.
Selamat berpuasa :) Tak sampai seminggu lagi nak raya (yeaa!!). Tapi, saya baru nak update cerita yang dah lama saya peram. Hari ni baru ada kesempatan mengupload gambar-gambar buat tatapan umum, hehe.
Saya balik Ipoh pada cuti merdeka yang lepas. Lama dah kan? Kalian kira sendiri berapa punya lama saya simpan entri ni. Huhu. Dah 3 bulan saya tak balik Ipoh kawan-kawan (haiipp, jangan kata saya anak derhaka ya). Bukan saya tak nak balik, hati meronta-ronta nak balik, tapi ada saja aral yang melintangnya. Adik-adik di rumah dijangkiti deman pelentong, risau saya nak bawa Syeefa saya. Bila dah ok, ibu dan ayah pula ada macam-macam hal dan tiada di rumah. Jadi sia-sia saja balik kalau mereka tiada di rumah kan?. (Haiih, gigih saya mengulas panjang supaya saya dapat membuktikan yang saya bukan anak durhaka, kehkeh).
Mari ikuti kronologi balik ipoh saya ya (hihihi).
Bertolak keluar dari rumah. (Belum sempat keluar kawasan taman saya dah keluarkan kamera, hihi)
Ibu dan Syeefa adalah watak utama dalam entri ini, hikhiks.
(Note : kalau ada yang berkenan dengan tudung yang saya pakai, boleh order dengan saya ya. Semua warna ada :D)

Syeefa suka tengok kenderaan lalu lalang. Mahu dicapai-capainya imej kereta itu :)

Apa tu? Nampak burung-burung terbang kot :)

Mari, kita ajak papa interprame sama ya. Ibu nyibuks selit-selit. (yalah, watak kedua utama katakan, hihi)

Oppss, tersnap pipi syifa penuh skrin pula :D

Dalam perjalanan hujan lebat. (papa hati-hati ya, kereta ni tak habis hutang lagi, hehe).

Sampai di Ipoh, Ayah sedang berkebun. Sempat memberi pose istimewa (bertuahlah kalau orang lelaki mahu bergambar :P).

Opah dan Tok Syeefa melepas rindu 3 bulan tak jumpa. Last balik hari tu Syeefa belum pun merangkak lagi, sekarang dah pandai golek-golek (jatuh katil) dah pun :).

Makngah, Maklang dan Pak Su Syeefa 'membuli' Syeefa semasa ketiadaan Ibu dan Papa. (rusak...rusakkkk, heheh).

Syeefa mamam. Ibu Sedang bershopping bersama papa ketika ini. Ramai pengasuh dirumah, tinggalkan saja. Hihihi.

Tengok apa yang mereka lakukan! Mereka memanipulasikan Syeefa saya. (comel juga ya, boleh la tempek di blog, kuikui).

Hidangan berbuka puasa malam kedua. Menu : Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Daging Masak Dinding, Jelatah, Acar Buah, Bubur Keledek, Mutabak pasar ramadhan. ( kalau ada yang tertanya-tanya, yang pink-pink tu bunga kantan, ibu taburkan untuk hiasan semata, hihihi)

Ini hidangan pencuci molot pula. Menu : Air kelapa, Air dragon fruit, Buah dragon fruit, Dadih dan Pisang.

Papa dan anaknya ambil angin di laman rumah :)

Saya suka gambar ni, lalu saya tempekkan di sini :) Laman rumah Ibu penuh pokok-pokok bunga. Dah hobinya berkebun, haruslah penuh tak cukup tanah ditanamnya macam-macam tumbuhan. :)

Opah Syeefa a.k.a Ibu saya yang tersayang bersama cucu sulungnya :P

Ketika ini dalam perjalanan pulang ke Penang. 3 hari 2 malam saja sempat berada di Ipoh.

Lagi gambar kami.

Babai Ipoh, nanti kami pulang di hari raya ya!

Sekian dari Syeefa. Muahhhh :)

Friday, September 11, 2009

CUTE SLEEPING BABY CONTEST

Dihari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini saya join satu lagi contest dari blog Love My New Life. Cik Puan penganjur adalah Kak Baiti iaitu ibu kepada si comel Iris Haseena. Mana tau di hari baik bulan baik penuh barakah ini Syeefa saya menang, saya tumpang sekaki lah gembira itu. Hehehe. Untuk maklumat lanjut, kalian klik banner di atas ya.
Apa yang special tentang blog Love My New Life?
Blognya berwarna pink! hihi. Tenang saja bila membaca. Saya suka mengikuti perkembangan blog ini untuk mengetahui kisah anak kecilnya itu, kisah-kisah terkini dan pastinya kisah kehidupan seharian mereka sekeluarga :)
Dan, saya pertaruhkan gambar Syeefa tidur dengan bola-bolanya. Rasa mcam dejavu pula kalian sebabnya saya pernah letak gambarnya di entri ini :) Ketika ini Syeefa berusia 5bulan ++.

Name : Nur Syeefa Farisha bt Mahazir
DOB : 20 Februari 2009
POB : Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang
Nama Ibu : Nazihatul Farah bt Muhamad Nidzam

Syeefa kepenatan main bola-bolanya lalu tertidur bersama bola-bola tersebut :)
Contest akan berakhir pada 18 September ini. Jom join cepat!

Thursday, September 10, 2009

SYEEFA BERBLOGGING :P

Entri kali ini tiada input apa-apa. Saja saya suka interprame Syeefa banyak-banyak. Hihi (mana tau ada berkenan nak masuk minang 25 taon lagi, ekeke).
Syeefa tak buleh tengok saya bukak laptop, selalu saja kacau ibunya nak berblogging, berfacebook segala. Hihihi. Saya biarkan dia mengeksplotasikan (ceihh, ayat tak ingat :P) apa yang dia suka. Biar dia explore segala benda walaupun dia tak tahu 'apa menda makhluk di depan ku ini?' Hihi.
Khusyuk 'membaca' :)

Tak kelip-kelip mata tengok skrin.

Mula dah menekan sana sini (dalam hati berdoa agar laptop ku panjang usia, huhu).

Tertarik pada mouse bercahaya lampu :P

Apa plak Syeefa buat ni?

"Ibu ni jangan la kacau Syeefa" ujarnya.

"Syeefa nak chat dengan Siti Nurhaliza ni" sambungnya lagi. Hihihi.

Kelakar plak tgk rambut serabai-baru-bangun-tidur Syeefa. Hihiks.
Sekian lapor siar dari saya :)

Wednesday, September 9, 2009

HADIAH 090909 :)

Lagi beberapa jam sahaja tarikh cantik 090909 akan berlalu. Jadi saya kelam kelibut tulis entri sembarang supaya ada kenangan untuk saya ingat-ingat nanti :)
Pulang kerja tadi saya ternampak bungkusan di atas meja. Belum apa-apa lagi saya teruja sorang-sorang. Saya terima hadiah contest dari Kak Zieha :P Nasib baik saya tak ambil sendiri dari abang posmen, kalau tidak mesti beliau perasan saya tersengih-sengih padanya, hihihi.
Ini dia bungkusan dari Kak Zieha selaku penganjur Candid contest.

Berdebar-debar saya buka bungkusan ini tau kalian :P

Tadaa, ini dia barangan tupperware seperti yang dijanjikan. Saya sukaaaaa! Sangat berguna untuk saya :)
Terima kasih Kak Zieha, lepas ini buat contest banyak-banyak lagi ya~winkwink~

Tuesday, September 8, 2009

DECLARE YOUR LOVE CONTEST

Saya kembali bercontest! :P Contest yang menerujakan ini dianjurkan oleh Ibu Damia. Saya sebenarnya segan nak masuk contest ni (malu bila suami baca, ahaks), tapi disebabkan hadiahnya sangat best, saya tepis-tepis ketepi sifat segan-megan-tak-bertempat saya itu, hihi.

Untuk contest ini, saya perlu menceritakan bagaimana saya dan pasangan "Declare Our Love" . Bak kata Ibu Damia, untuk mengimbas semula saat-saat kami mula meluahkan rasa cinta disamping kisah ini dapat dibaca oleh anak-anak, pasangan dan keluarga. ~seram sejuk~. Memandangkan tarikh tutup contest ni adalah pada 10 September ini, saya kalut-kalut flashback kisah cintan-cintun saya kira-kira 5 tahun yang lepas, hihiks. Berapa patah perkataan pun tidak kisah (mujur, kalau dihadkan mesti saya tak dapat habiskan bab pengenalan pun, ekeke).

Kisah ini adalah diadaptasikan dari kisah benar saya, dan saya edit mana yang patut untuk mengelakkan kemuntahan teruk, hihi.

Mari Mulakan :P

Saya bertemu si dia (sekarang : suami) ketika saya belajar di Pulau Pinang. (terima kasih ibu, sebab hantar saya study di Penang, kalau tidak saya tak jumpa la si dia, hihi). Si dia sudah bekerja ketika itu. (nasib baik, tak perlu tunggu lama nak kumpul duit, hehe).

Pertemuan kali pertama 2 pasang mata bundar (hukhuks) :P

Tarikh/masa : 21 Mac 2004, 2.30 pagi - hari pilihanraya
Tempat : Restoran Nasi Kandar Pelita, Chai Leng Park, Perai, Penang
Suasana : Riuh rendah

Situasi kami : Saya - mengantuk yang amat2 (pukul 2 pagi). Dia - (tak perasan, tak tengok muka sangat) :P

Kisahnya, pada tengah-tengah malam itu, kawan saya, Liza (bukan nama sebenar) iaitu kawan kepada si dia juga, mengajak saya keluar minum bersama. Saya tolak, kerana malas dan mengantuk. Saya bukan jenis keluar lewat malam tau kalian, apatah lagi dah pukul 2 pagi. Tapi sebab Liza sunguh-sunguh ajak saya, saya pun bangun bermalas-malas dan bersiap. Si dia datang ambil kami di rumah Liza. baru habis berkempen katanya. Dalam kereta gelap gelita, jadi saya tak perasan mukanya. Saya duduk senyap-senyap dibahagian belakang. Sampai di Pelita Nasi Kandar, kami turun kereta (wah, turun kereta pun kena cerita kah?, hehe). Tiba-tiba saya dan Si dia, berpandangan sesama sendiri. Malunya saya! saya ingat nak pandang sipi-sipi saja, rupa nya dia pandang saya, saya pandang dia, hehe. Sepanjang di restoran, sepatah perkataan pun saya tak bercakap dengan si dia (cuma senyum senyum simpul saja, ekeke). Pulang.

2 3 hari selepas kejadian, ketika di Ipoh, saya terima call dari no public phone di Penang. Masa tu, saya tak sangka si dia yang call. Terkezut juga. Begini dialog kami :

Dia : Assalamualaikum, farah ye?

Saya : (dah telefon saya, harus la saya yg angkat ye dak?) iye,sapa neh?

Dia : M ni.

Saya : Oo..M, Liza xde la. Farah kat Ipoh ni. (saya speku, beliau mahu ckp dengan Liza, sebab sebelum ni Liza pernah guna hp saya untuk call dia kerana hp nya rusakk).

Dia : Bukan nak cakap dengan Liza, dengan Farah la :P

Saya : Ye ke..(dalam hati berbunga jugak) (sebenarnye dah dapat agak dia akan call sebab si dia penah beritahu Liza dia mahu kenal dengan saya dan Liza terbocor rahsia sudaaa, hihiks).

Dia : Tengah buat apa?

Saya : (mesti la tengah cakap dgn awak, lagi mau tanya ka? hehe) Saya dalam kereta, baru balik dari Jusco.

Dia : Ganggu ke ni?

Saya : Tak lah (memang saya tengah tunggu awak telefon pun, hehe -miang).

*Tiba-tiba bateri handphone berbunyi-bunyi.

Saya : Alamak, bateri saya kong la. Nanti call balik ye.
Dia : Ok ok, bye.
Saya : (tak sempat ber bye-bye) Putus.

Balik rumah, saya cas handphone. Semangat saya tunggu si dia kol semula. Hampa, tiada sebarang panggilan :( :P

Esoknya saya minta no telefon bimbitnya dari Liza dan call si dia (kalian mesti kata saya gediks kan?). Tak salah mengeratkan silaturrahim sesama insan tak begitu? HiHi.

Dialog lagi (diambil part-part penting sahaja. Hehehe).
Saya : semalam kenapa tak call balik?
Dia : ingatkan Farah tak sudi cakap dengan M? Mana la tau, saja-saja buat alasan bateri kong. M pun tak nak la kacau dah.
Saya : (laa, tak terpikir laks)
Kalian bayangkan kalau la saya berdiam diri dulu, mesti sekarang saya tak kawen-kawen lagi. Ehehe.

End bab perkenalan. (Fuhh, sesi kenal mengenal je dah berjela kan? ) Kawan-kawan, sila sediakan besen disebelah untuk tadahan muntah. Hihi. Saya akan sambung lagi ni. :P

Declaration of love (la sangat, hihi). Rasminya saya mempunyai 'seseorang'. :P

Tarikh/masa : 7 April 2004, lebih kurang 12 malam
Tempat : On-line (dalam telefon je kalian).
Suasana : Sunyi sepi nan mendamai
Situasi kami : Saya - mata segar bugar, landing-landing atas katil. Dia - tak tahu (dia di hujung talia, hehe)
Siapa declare : Pastinya si dia (saya masih berfikiran kolot - tak mahu digelar perigi cari timba, hihi)
Tempoh berkasih-kasihan : 2 tahun
Kami sembang-sembang di telefon. Tiba-tiba dia beritahu mahu serius dengan saya. Saya terkujat seketika, saya pasti apa yang saya dengar tapi saya sengaja suruh si dia ulang semula, hihi. Si dia tak mahu ulang tau kalian, malu kah? (haiih, lelaki zaman sekarang ~geleng kepala~) hehe. Setelah dipaksa-paksa, akhirnya dia ulang jua (boleh paksa-paksa plak, despratenya watak ini ya, ekeke). Kalian rasa-rasa apa jawapan saya? (ececeh, ni sapa yang punya contest ni ??) :P
Dan, kami pun declare sebagai kekasih (janggal pulak sebut perkataan kekasih, hihi). Kami ber 'teman' selama 2 tahun. Sepanjang itu mesti lah ada onak duri nya. Tapi tak perlu lah cerita ya. Lari tajuk contest pula nanti. Tunggu kalau ada blogger mahu anjur contest ''ranjau penuh duri bersama pasangan'' atau pun "cabaran dan dugaan bercinta", kuikuikui.
Tarikh nafas panjang-panjang ya. Saya sambung :)
Kami bertunang
Tarikh/masa : 30April 2006, 1.00 tengahari
Tempat : Rumah si wanita :P
Suasana : Riuh rendah orang ramai
Situasi kami : Saya - gumbira, teruja, senyum sowang-sowang, nervous sket. Dia - tak rasa apa-apa kot, sebab emaknya yang bertugas menyarung cincin, dia rilek aje. Hehe
Tempoh bertunang-lanang : 2 tahun juga :)
Saya bertunang pada umur 21 tahun. Masa itu saya masih bekerja secara kontrak di sektor swasta. Jadinya seperti mahu-tapi-malu untuk bertunang. Si dia mahu terikat katanya (supaya saya tak lari katanya) Kalau tak bolah lari, saya jalan saja, hehehe. Nak beritahu ibu pun terketar-ketar. Nasibla ibu memahami niat anaknya (yang gatal nak kawen nih, hihi). Dalam tempoh bertunang pun macam-macam hal juga. Kalau saya cerita nanti, entri ini saja akan bersamaan dengan 18 entri panjangnya, hehe. Jadi saya simpan dalam hati saja ya. :P.
Termeterai cinta dua hati (jadi satu) :P
Tarikh/masa nikah : 23 Mei 2008 (10 pagi)
Tempat nikah : Masjid Kg Sungai Rokam, Ipoh, Perak
Suasana : Setenang air di kali :)
Situasi Kami : Saya - santai, nervous, rimas bermekap tebal, tak sabar, lega :P Dia - Nervous amat2!
Tarikh/masa kenduri (saya ) : 25 Mei 2008 (11 pagi - 4 petang)
Tempat : Rumah pengantin perempuan di Ipoh
Suasana : Ramai, riuh, meriah
Situasi kami : Saya - best, syok, excited, gembira sangat, canteks, malu. Dia - sama seperti saya rasanya :P
Tarikh/masa kenduri (dia ) : 1 Jun 2008 ( 12 tengahari - 6 petang)
Tempat : Rumah pengantin lelaki di Penang
Suasana : Seperti diatas
Situasi kami : Saya - sama seperti di atas plus rimas pakai korset lama-lama, hihi. Dia - Syiokk kot. hihi.
*untuk lihat gambar-gambar kawen kami, sila zoom sini, sini dan sini :P
Saya sertakan gambar comot kami sebelum berkawen. Maaf, kualiti gambar kurang jelas kerana diambil dengan kamera handphone cap ayam. (identiti jenis handphone terpaksa dirahsiakan atas keselamatan pihak-pihak tertentu, hihi).
Begitulah kisah saya dan suami. Rasa mahu sambung cerita honeymoon, tapi risau Ibu Damia disqualifiedkan saya, kuikuikui. Ok lah kawan-kawan, Sekian dahulu ya.
(pesana penaja : saya mohon maaf, jika ada baris-baris ayat di entri ini yang tidak menyenangkan pembaca)
**Buat Ibu Damia, Happy Anniversary yang ke-5 :)

Saturday, September 5, 2009

TAG - ZAMAN KANAK-KANAK :)

Saya terbaca tag ini di blog cantik ini. Katanya, siapa yang baca entrinya, perlu buat juga. Jadi saya berbesar hati untuk menjawab soalan ini. :)

1.Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
Akilah, Hafizah, Ashiqrun, Marshilah, Asiah (tah mana-mana la diorang ni, lama tak ketemu ).

2.Apakah permainan masa kecik yang anda
Main getah, happy family dan penutup botol F&N :)

3. Kalau anda bergaduh dengan kawan anda
Tulis surat kutuk-kutuk, 2-3 hari baik balik (haiihh, macam-macam) ~geleng kepala~

4.Di kawasan manakah tempat faveret anda bermain
Bawah pokok kat tempat ngaji, dalam kelas. Hehe.

5. Apakah cita-cita anda masa kecil?
PeguaM, doktor, arkitek (satu pon tak tercapai, :P)

6.Apakah rancangan kartun atau rancangan tv yang anda masih ingat sampai sekarang?
Cupido :) Kartun pari-pari baby yang ada anak panah cinta.
Kalo terkena panah, yang gaduh-gaduh boleh bercinta terus. (nape lah dah tak ada sekarang nih) ~mengeluh~~

7. Makanan ringan apakah yang anda borong di kedai?
Aiskrim pop dan Super Ring.
Lagi satu Nyum Nyum. Ala yang celup dalam coklat tu. Singgit satu kira mahal amat dulu.

8. Nyatakan seorang rakan zaman kanak-kanak yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang?
Rujuk Soalan 1 :P

9. Apakah gelaran anda masa kecil?
Nazi hitler (kurang asam betul la diorang, hihi)

10.Nyatakan seberapa banyak rakan blogger yang anda ingin tahu zaman kanak-kanaknya.
Semua yang lawat blog saya!

Tamat.

MENANG CONTEST !

Assalamualaikum, selamat hari Jumaat ye semua.

Hari ni saya tersenyum simpul dari pagi. Hihi. Saya menang 2 contest. Tak sangka pulak rasanya (cubit peha rasa sakit, bukan bermimpi lah ye, hehe).

Contest pertama yang saya menang ialah dari Galeri Pengantin. Saya perlu ceritakan tentang 'tempat idaman anda melangsungkan perkahwinan'. Saya feeling-feeling anak dara sewaktu tulis entri ini. Ekeke. Untuk membaca entri contest ini, boleh zoom ke sini ya. Hadiahnya berupa pakej iklan percuma selama 6 bulan di website Galeri Pengantin. Sebenarnya, buat masa ini saya tiada apa untuk diiklankan. Saya join contest ini sekadar suka-suki sahaja :). Tapi, mungkin akan datang sapa tahu, saya punya 'sesuatu' untuk dipromote kan. Jadi, saya belum lagi buat banner (125x125 pixel) seperti yang diminta oleh penganjur (dan saya tak tahu langsung buat banner, hihi). Ada tak sesiapa boleh jadi banner tutor saya? Terima kasih buat Galeri Pengantin kerana menganjurkan contest ini (dan menangkan saya, ekeke). Selain saya blogger Asmieyra juga terpilih untuk menang contest ini. Tahniah buat beliau juga :)

Yang kedua pula Candid contest anjuran Kak Zieha. Seramai 98 peserta telah join contest ni dan semua gambar-gambar mereka lucu sekali! Tak sangka saya terpilih oleh juri-jurinya. Ada 2 lagi pemenang untuk candid contest ni. Tahniah semua ya. Untk maklumat lanjut, sila ke sini.

Saya pertaruhkan gambar di wedding sepupu saya. Sewaktu saya ambil gambar ni, tak sangka pula hasilnya jadi sekiut ini. Hehe. Anyway, pengantin perempuan telah berbadan dua ketika entri ini ditulis :) Rezeki anaknya saya menang contest. Hihihi. Untuk melihat entri contest, jom terjah ke entri ini. Terima kasih kak Zieha kerana anjur contest menarik ini. :)

Sekian laporan saya :P.

Friday, September 4, 2009

POSTO! POSTO!

Salam kengkawan sekalian :)

Saya mahu backdate cerita 2 minggu sudah. Sepanjang minggu tersebut, 3 kali abang posmen menjengah rumah saya. 3 kali jua lah kakak ipar saya menyain dibungkusan dan 3 kali jua lah saya teruja-uja! :P

Hari Isnin, saya terima bungkusan dari Karangkraf. Bungkusan ini sudah lama saya tunggu. Saya order buku edisi khas Pa&Ma yang saya belum ada. Sekarang sudah lengkap koleksi saya (walau satu pun tak baca lagi, hihi). Maklumlah, sejak ada seorang bayi ni, saya rasa saya perlu banyak membaca menambahkan pengetahuan yang tak berapa ada ni.

Ini dia 3 buah buku yang saya order bagi mencukupkan korum koleksi buku-buku saya. Hihi. Semuanya buku ibu-anak : 1. Sedia melangkah ke alam baru 2. Rahsia anak cerdas dan pintar 3. Menu pemakanan sihat anak :) Terima kasih ya Karangkraf :)

Hari seterusnya pula saya terima bungkusan dari Puan Najwa Abas, pengedar perfume Auralife. Saya terminat pula mahu mencuba perfume ini.

Ini lah wajah perfume Auralife tersebut. Wangi-wangi semuanya. Diinspirasikan dari jenama perfume terkenal. Tapi sehingga hari ini saya belum sempat test auranya. Ada caranya tau kalian :)

Ada 15 botol (1 botol= 5ml ) semuanya. Tanpa alkohol dan dipantau oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Jika kalian berminat mahu jadi ejen perfume Auralife, sila beritahu saya ya :)

Hari Khamis pula, saya terima bungkusan dari kedai online Baby and Kids Collection. Sebenarnya, saya memang dah lama mahu cari baby tights untuk Syeefa. Akhirnya jumpa jua :)

Saya ambil semua sekali tau kalian. Tak tahan tengok semua cute-cute belaka. Sehelai cuma RM15. (saya promote ni, tuan punya kedai harus beri komisen la gini, hihi). Boleh la bergaya di Aidilfitri :P

Belek dan belek, saya jumpa baju ini pula. Lantas saya tanpa ragu-ragu zoom membeli lagi. Saya berminat dengan wording atas baju tu, hehehe. En. suami jeles kan saya. Kuikuikui.

Tadaa...ini lah hasilnya :) Bajunya besar sikit dari badan Syeefa, tapi tak mengapa. Boleh pakai lama. 'My Mom Rocks' kan Syeefa. Hehehe.
Sekian. Tamat.

Thursday, September 3, 2009

SYEEFA JATUH KATIL!

Salam semua.

Entri ni fresh from the oven kalian. Tangan saya terketar-ketar menaip di keyboard. Pagi tadi suami saya call saya tapi saya tak sempat angkat. Baru sebentar tadi saya telefon suami semula. Dia beritahu saya yang Syeefa jatuh katil!!!
Begini dialog kami :

Saya : Hello, bang. Kenapa kol tadi ?
Suami : Saje-saje (mungkin taknak saya terkujat kot, tu yang bertapis-tapis dulu)
Saya : Laa, ingat apa. Menyesal tepon (buleh kukikuki lagi)
Suami : @^^* jatuh #^%^katil (saya kurang jelas part ni tadi)
Saya : Habis tu? (Saya ingat dia nak beritahu remote ekon jatuh bwh katil)
Suami : SYEEFA JATUH KATIL
Saya : Haaahhhh!!! Jatuh macam mana????? Abg tak sedar ke??? Kenapa tak sendal dengan bantal???? Abg tido mana tadi??!! (air mata dh bergenang-genang, saya fikir yang tidak-tidak saja)
Suami : Abg tido bawah, tak sedar, tiba-tiba dengar bunyi. Dia tergolek tepi almari tv.
Saya : (Ya ampunn, saya takleh bayang kan. Saya terjatuh katil pun sakit badan-badan) ~saya membebel-itu-ini~
*Dialog purple : saya bermonolog sendirian

Sepatutnya selepas subuh tadi suami tidur sebelah Syeefa, saya sedang bersiap pergi kerja. Entah macam mana dia ubah posisi tidur di bawah pula tanpa hadang Syeefa dengan apa-apa objek ~sigh~ Syeefa suka golek-golek-pusing-pusing-badan sekarang nih.
Aduh kalian. Saya termengalir air mata di depan PC. Suami kata dia ok. Menangis sekejap saja (sekadar menyedapkan hati saya kah?) Tapi saya dapat rasakan dia sakit. Sedihnya saya. Saya call mertua dirumah, katanya tak perlu balik. Syeefa baik sahaja. Baru mahu mandi. Saya minta mereka berikan air zam-zam. Saya risau ada kecederaan dalaman yang tak nampak dengan mata kasar. ~Ya Allah, lindungilah Syeefa dari sebarang keadaan yang tidak diingini.. Amin~

Syeefa jatuh dari katil ini :(

Macam mana ya kalian? Perlu kah saya pulang sekarang jenguk Syeefa? Perlukah saya bawa dia jumpa doktor untuk cek apa-apa yang tak kena? Pernah tak terjadi anak-anak kalian terjatuh dari mana-mana? Saya sungguh tidak keruan, tapi masih sempat berblogging. :P

Wednesday, September 2, 2009

RONDA-RONDA BERSAMA SYEEFA

Hari Ahad minggu lepas (bukan Ahad baru ni), saya keboringan di rumah. Lalu saya ajak suami ronda-ronda dengan kereta. Saya dapat rasakan Syeefa jua bosan di rumah. Ihihi. Kami duduk diam-diam dalam kereta saja kalian. Hari hujan, tambahan pula Influenza A makin merebak ni saya tak mahu ambil risiko untuk ke mana-mana tempat awam. Sambil pusing-pusing, kami survey juga rumah-rumah mana yang sesuai boleh dibeli.
Sedang saya membelek-belek muka didalam kereta, saya ternampak imej comel Syeefa. Lantas saya ambil gambarnya. :)

Hairan dia lihat ibunya tak habis-habis pegang kamera kot. :P

Suami singgah di kedai baju kanak-kanak di bandar Sunway. Saya minta suami belikan diapers Syeefa.

Haah, apa yang berlaku?? (dialog Syeefa rekaan ibu, ekeke).

Asyik Syeefa saja, ibu nak interprame juga ni. Huhuhu. Habis tudung ibu senget-senget dek Syeefa. :)

Malam pula, Syeefa suka golek-golek dulu sebelum tidur. Saya ambil kesempatan snap berkeping-keping gambar Syeefa. Ekeke.

Bulat matanya kehairanan pandang ibu, tak habis-habis dengan kamera. (Dalam hatinya berkata : haihh, bila lah ibu ni nak tidur, rimas betul :P).

Sudahnya, setelah penat main, Syeefa pun tertidur dengan bola-bolanya. Hehe. Pipi pun dah macam bola dah :P

CONTEST PASANGAN SEIRAS

Selamat pagi semua!

Pagi ni saya semangat mahu sertai contest lagi. Kali ni contest pasangan seiras pula. Saya perasan seiras dengan suami. Jadi saya tak teragak-agak interprame gambar kami untuk peraduan ini. Ekeke. Penganjurnya adalah Sweet Mama aka Miezaniera. Untuk sertai, anda boleh klik banner di atas ya.

Nah! Inilah dia wajah nan seiras itu. Seiras kah kalian? Bahagian mana ya? (perut??) :P .Gambar ini diambil pada Disember tahun lepas ketika kami sekeluarga bercuti di Langkawi. Refer sini untuk gambaran lebih jelas, hihihi.

Si baju hijau : Mahazir bin Mansor (28 tahun)
Si merah makngah : Nazihatul Farah bt Muhamad Nidzam (24 tahun)

Kepada yang mahu join, sila berbuat demikian sebelum 4 September ini ya. Hadiah rahsia akan menanti pemenangnya. Mungkin puan penganjur bermurah hati untuk menaja percutian 3 hari 2 malam ke Bali, sapa tahu kan? Hehehe.

SOLID FOOD PERTAMA SYEEFA

~phieww~ Saya tarik nafas panjang. Serasa mahu hirup udara nyaman sahaja. Saya tinggalkan seketika 'dunia' contest saya sebentar. Saya fokus pada entri-entri yang sepatutnya dibuat berminggu-minggu yang lepas :).
Saya mula beri Syeefa makanan pejal pada 15 Ogos 2009 (siap ada tarikh gitu :P) iaitu lagi 4 hari nak masuk 6 bulan. Saya dah tak sabar-sabar tunggu 6 bulan genap. Lagi pun hari itu saya bercuti, jadi senang lah saya sediakan makanannya. Kalau mahu tunggu minggu hadapannya, sudah terlewat 2 hari pula.
Hari pertama saya sediakan Syeefa bubur nasi kosong untuk Syeefa. Tiada perisa, tiada garam mahupun gula. Note : bayi dibawah umur 1 tahun tidak perlukan apa-apa perisa di dalam makanannya kerana buah pinggangnya masih belum matang untuk memproses bahan tersebut. Kita yang tua ni kalau rasa bubur kosong begitu, haruslah dipandang endah-tak-endah sahaja ye tak ? Jadi untuk Syeefa saya, saya cuba beri dia makanan asas terlebih dahulu. Tak susah pun nak buat, lebih berkhasiat dari yang segera dan diproses itu.
Saya ambil segenggam beras dan masakkan di dalam periuk. Saya masak seperti kanji biasa. Cumanya untuk Syeefa lagi lah senang, tak perlu apa-apa bahan pun :P

Selepas nasi masak dan lembut, saya blend pula untuk mendapatkan teksturnya yang halus. (cewah, ada macam chef kah saya?, hikhiks).

Dah pun siap. Sedia untuk dimakan oleh Syeefa. Saya belum sempat beli set bekas makanan Syeefa, jadi saya guna mangkuk lauk pauk dewasa dan sudu plastik bodo-bodo saja. Hehehe.

Syeefa buat muka geli-geleman bila saya suapkan dia. Ye lah kan, tak pernah makan sebelum ni. Lama-lama dia suka, siap nganga-nganga-masuk-sudu-dalam-mulut-sendiri pula. (dapatkah anda bayang kan? hihihi). Haihh, walker pun saya tak beli lagi kalian, tapi saya ingat mahu beli bumbo seat saja. Saya cari merata-rata tapi belum ketemu lagi bumbo seat itu. Kalau ada yang tahu mana saya boleh dapatkan bumbo seat tu di sekitar Penang, jangan segan-segan bertahu saya ya. Yang amat mengharap....farah. :P

Lepas kenyang, apa lagi. Tidur ye sayang ibu. Ibu nak bemesra dengan papamu pulak. Kuikuikui :P

Selepas saya cuba bubur nasi untuk beberapa hari, hari cuti seterusnya saya beri puri kentang (kentang-rebus-blend) pula. Saya rasa dia suka amat kentang (saya tahu, walaupun Syeefa tak bagitahu saya :P). Hari-hari berikutnya, saya cuba pula puri carrot, puri epal dan puri pisang. Dan saya berkira-kira mahu beri puri brokoli pula selepas ini :)

NECKLACE BOUTIQUE GIVEAWAY

Saya join necklace boutique giveaway pula kalian. Sebab saya mahu bergaya pakai rantai batu dan manik di hari raya nanti (over confident betul saya nih, ekeke). Saya perlu teka jumlah rantai dalam gambar diatas. Setelah berpinar-mata-berpusing-kepala, saya teka jumlah rantai tersebut adalah 28 utas. (kalau betul, saya boleh dapat 28 utas tak? Ihihi) :P

Kawan-kawan sekalian, mari cuba nasib join giveway ini. Senang saja, congak-congak saja bilangan utas rantai tersebut dan buat entri di blog masing-masing. Done. Cik penganjur akan terjah blog anda nanti. Jangan lupa tinggalkan jejak di entrinya, kalau tidak sia-sia anda mengira bagai nak rak. Hihi. Anda punya masa sehingga 4 September ini. Semoga berjaya!

Tuesday, September 1, 2009

COMFY BEBE 'MOST LOVING SIBLING' CONTEST

Assalamualaikum rakan taulan sekalian. Hari ni saya kelam kelibut check mana contest yang belum saya join lagi. Hihihi. Saya jadi contest maniac sekarang. Apa saja contest yang mampu saya join, saya akan lapang dada untuk join. Hehehe. Contest ini pula dianjurkan oleh Comfy Bebe dan MOBS. Saya termengah-mengah kejar dateline contest ini. Tarikh akhir contest ini adalah pada hari ini 31 Ogos 2009. Saya harap penyertaan last minute saya diterima.
Untuk contest ini, saya pertaruhkan gambar di bawah iaitu si kecil Syeefa saya dengan abang sepupunya Daniel. Al-maklumlah, Syeefa saya belum ada adik beradik lain lagi. Kalau Syeefa ada adik kelak, saya harap ada contest sebegini lagi, boleh saya hantar gambar Syeefa dan adiknya pula. (wah! ibu berpandangan jauh ke hadapan, hihihi).

Saya pilih gambar ni sebab dah tak ada gambar lain lagi dah, ekeke. Bukan kalian, sebenarnya banyak gambar Daniel dan Syeefa, sebab Daniel memang pantang nampak kamera, pasti di suruh ambil gambar comotnya. Daniel dan Syeefa ibarat adik beradik bagi saya. Kerana apa tau kalian, kerana mereka tinggal sebumbung. Daniel sangat sayang pada Syeefa. Selalu dicium-ciumnya pipi Syeefa. Dia boleh menangis kalau nampak ada manusia lain yang ambil Syeefa. Tapi, kadang-kadang digigit-gigitnya jari comel Syeefa dek kerana geram. (haiihh, anak bertuah sapa lah ni). ~geleng kepala~

Jadi, saya pilih gambar ini kerana ia menunjukkan kemesraan diantara dua kanak-kanak comel dan saya memang suka interprame gambar Syeefa saya bebanyak-banyak! :P

Muhamad Farish Daniel : 4 tahun
Nur Syeefa Farisha : 6 bulan

Saya sudah pun mematuhi syarat-syarat tuan penganjur. Mana tahu, kalau ada rezeki Syeefa dan Daniel, dapatlah hadiah best yang dijanjikan itu. Kepada rakan-rakan yang menyertai contest ini, saya ucapkan Good Luck untuk anda jua ya. Jangan putus asa untuk menyertai macam-macam contest seperti saya. Hihihi.