CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 2, 2009

'Masa Rindu' saya :)

Hmmph....fiuhhhhhh.......
Tarik napas. Sedut udara segar dulu ye kawan-kawan :)
Dah dua hari saya tak update blog, janggal pulak rasanya (ececehh..macam la selama ni hari-hari update kan?) Sebabnya malas payah betul nak update di hari cuti bersenang lenang. Sebabnya si kecil saya tu menjalankan aktivitinya secara tidak konsisten tau kalian, hehe.
Saya baru nak bangun dari katil, dia pun bangun sama merengek-rengek minta susu. Macam tahu saja bau ibunya takda di sebelah. Dan dikebanyakan masanya saya menyusukannya sampai tertidur semula sampai subuh dah hampir habis *sigh*. Sempatla mandi koboi, membasuh ala kadar, dan belum sempat mendidih buburnya, si kecil saya sudah membuntangkan mata...hihi. Menyusukan semula.
Gaya mahu ke dapur semula, si kecil dah tergolek-golek ke bawah sofa. Bila angkat masuk dalam walker, dia 'drive' laju-laju sampai ke dapur. Kalau minyak panas tumpah di muka kan susah sayang, macam Nora Danish dalam drama Sumpah Bunian tu...hihi (tapi muka dia tetap comel la, jelesnya saya).
Mandikan, beri mamam, tidurkan. Lega. Sempat lah saya menyidai kain, menyapu, curi-curi makan, dan mengemas serba sikit apa yang nampak buruk di mata...hihi. Baru nak bersenang lenang, baca paper yang dah seminggu terkumpul, si kecil terjaga dari mimpi. Aiyoo...Layankan dia main ball, pok amai-amai, bawa tengok miaw, baca buku dan sebagainya. Minum susu, paksa tidur semula. Dan aktiviti tersebut akan berulang-ulang secara tidak berjadual sampai esok dan seterusnya...hikhiks.

Kalau ada anak begitulah kan kalian, seronok sebenarnya walaupun tak ada masa sangat untuk suami diri sendiri :) Saya nak kongsi dengan kalian 'masa rindu' saya yang saya dah lama tak alami macam zaman bujang trang tang tang dulu.

Kalau diberi peluang saya nak :

1. Shopping moping tanpa fikir nak balik rumah cepat. Berlenggang kangkung masuk ke semua lot kedai yang ada di shopping Mall, pilih baju, letak semula, ambil yang lain, tak sesuai, letak semula, ambil 2 3 helai dan masuk ke fitting room, keluar, letak semula, tak berkenan juga dan masuk ke kedai kasut disebelah pula. Ulang-ulang perkara tersebut sampai habis terjah semua kedai...hihi. Dah penat jalan, cari kedai makan mahal, order makanan yang deconya cantik sangat sampai sayang nak makan (dan menghormati chefnya sebab susah-susah je deco tapi masuk dalam perut nanti jadi t**i juga kan kan?), belek-belek dalam dua tiga jam baru licin pinggan...hihiks.
2. Tengok wayang. Oh...ini 'masa rindu' saya yang paling dikehendaki polis tau. Last saya jejak panggung tengok filem Upin & Ipin dalam keadaan senang hati adalah pada sehari sebelum saya masuk hospital bersalin :) Lepas bersalin, seingat saya lah, baru 2 kali saya pergi menonton tau kalian. Filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan Transformers : Revenge of the Fallen. Itupun dalam keadaan tak senang duduk, teringat anak di rumah (dengan mak mentua), dan rasa nak balik cepat. Sekarang ni kalu nak ke panggung lagi, saya perlu tunggu hingga Syeefa tak takut gelap dan bunyi bising, baru konfiden boleh bawa dia :) Macam anak sedara saya (Daniel, 4 tahun) yang masuk panggung tiba-tiba tutup telinga dan jerit "takutt...takuutt!". Semua mata mamandang kami. Nasib baik gelap, jadi mereka nampak bayangan perut saja...hihihi.
3. Saya teringin nak membaca apa-apa bahan bacaan macam dulu. Masa saya boring-boring dan sorang-sorang di Putrajaya dulu, habis saya borong sumber bacaan di kedai mamak. Baca dari kulit ke kulit, sebab punya lah bosan amat tak tahu nak buat apa. Apa saja gosip yang menarik, saya beli, baca dan khatam berulang-ulang. Esok beli lagi dan lagi. Hihi. Sekarang ni di rumah, bertimbun-timbun buku, majalah keluaran bulan yang bersawang lepas-lepas saya tak sentuh lagi. Saya sempat selak-selak tengok gambar saja, belum ada masa nak baca satu persatu patah perkataan. Hopefully akan ada masa untuk itu kelak :)
4. Bila saya dah tak sudi ke panggung wayang, saya perasan lawa konon-kononnya ada masa nak tengok vcd. Asal ke kedai cd, saya terbeli yang mana rasa best untuk ditonton dan sesuai untuk watak saya sebagai ibu-ibu ni...hehehe. Sudahnya, belum minit ke 18:05:27, vcd tengok saya, hihi. Dan dua bulan setengah kemudian saya sambung menonton minit yang seterusnya. Genap 6 bulan baru tamat 1 vcd ya puan-puan. Itu pun selepas forward mana-mana babak yang tak penting atau part watak utamanya yang tak berapa ganteng....ngehngeh.
5. Saya teringin nak beronggeng jumpa kawan-kawan. Tapi maklum lah kan, dan berkeluarga besar sendiri, matlamat mahu jumpa sahabat handai itu agak tidak tercapai...hihi. Wah, teringat zaman 80-an muda remaja dulu, keluar dengan kawan-kawan sampai tak ingat dunia nak balik dah. Konvoi ke sana-sini, bergelak-gelak besar, sambut new year, merdeka, hari wesak ke hulu hilir beramai-ramai. Best. Tapi saya pasti, sekarang mereka pun dah insaf ada komiten masing-masing seperti saya. Walau begitu,saya masih lagi keep in touch dengan kawan-kawan saya. Fesbuk, frenster, myspace segala kan ada. Gunakan saja teknologi barat sebaik mungkin ya....wiuwiuuu.
6. Saya rindu nak dengar radio, lagu-lagu jiwang latest sambil guling-guling atas katil dan berangan kawin anak raja. (Wah wah, dulu saya begitu kah?). Sekarang radio pun saya dah lupa bentuknya macam mana....hihi, auta sungguh. Sekarang, pagi-pagi saya sempat dengar panggilan hangit saja on the way nak ke tempat kerja. Selebihnya, saya tak ambil tahu dj mana yang bertugas, radio apa yang bersiaran, lagu artis mana yang berkumandang....ekeke. Nasi baik saya masih boleh layan album Tahajjud Cinta di ofis *lalalala* :)
7. Ehem..ehem. Yang satu ni mesti ada sesiapa yang gosok mata tak percaya. 'Masa rindu' saya ialah mencuba resipi Chef Wan tau. Saya suka menggunakan kaedah 'trial in error' (eh, betul ke ek?). Apa yang terbayang difikiran dan teringin di perut, saya akan cuba buat walaupun selalu tak nampak sedap macam dalam buku resipi. Kalau lah saya punya banyak masa, pasti oven mahupun dapur saya 'keletihan' sebab saya masak itu ini...huhuhu. Sekarang ni cuma sempat campak-campak dalam kuali saja apa yang ada :D
8. Last sekali, masa yang saya mahu ialah masa untuk berblogging di rumah. Selalunya bila saya klik 'new post', belum sempat idea datang, si kecil mula mencuit-cuit ibunya dan menepuk-nepuk keyboard dengan tapak tangan. Demi keselamatan, terpaksa lah saya log out dan shut down lappy..hihi. Teringin bonar den nak update 2 3 entri sehari. (bior bonar ekau nih??) Tapi saya bukan blogger famous amous yang traffic blog mereka mencanak-canak naik kalau ada entri baru. Kagum betul saya. Kalau saya ada 10 entri sehari pun belum tentu ada yang perasan...kihkihkih.
Tapi kan kalian, semua 'masa rindu' saya telah terubat dengan kehadiran Syeefa. Tak perlu ada masa rindu pun tak mengapa sebab saya ada 'masa kasih sayang peluk cium rindu dendam' dengan si comel ini. She is everything to me! :)

Kalian pula bagai mana? Ada 'masa rindu' macam saya tak?

Salam kasih sayang,
Ibu Syeefa :)

7 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

dah setaon lebih tak tgk wayang.. sapa mau jaga hadif saya??

ezan said...

ada ada.. banyak.... hehehe.. dulu ezan pun pernah buat entry camni. rindu la gak zaman dulu2 tp skrg lebih seronok kot sebab dah ada anak. :)

~farah~ said...

mrs K : hihi...tu la kan. Saya dulu pun tgk wyg dl keadaan serba tak kena :)

eza : sonok kan ezan :)

Jiey^Mien said...

Dh lama tak buat byk benda..
Even ada bibik pon, tak smpi ati nk tgglkan ian ngan bibik..
Dah tggl gi keje pun rs guilty yg amat dah..

izzahazfar said...

akak nak tengok wayang esok..citer popadom..hehehe..tapi tak pasti jadi ke tak...nak bg masa n ruang utk hubby gak...cian dia..akak asyik berkepit dgn akmal 48 jam..huhuhu..

pasal tengok cd tu...huhuhu akak tengok citer apetah lupa tajuk dia...jenuh berapa hari..sib baik cd tu jenis leh stop n tak yah rewind 2 3 kali..kalo tak alamat tak la..

~farah~ said...

jiey mien : tu la kan, asik teringat2 anak 24jam....camne la nak ber hu-ha cam dolu2, hihi :)

kak izah : wahh, tringin nk g tgk, tp mesti xleh...tggu vcd? lagi 6 bulan baru khatam....huhu.

LiAnA said...

salam kenal farah..
hehehe memang rindukan zaman dulu..takpe anak kita akan cepat besar.. masa tu kita bleh buat apa yg kita suka cuma dlm situasi yg berbeza jer..

tapi sesekali dating dgn hubby tanpa anak apa salahnya.. biar semakin eratkan :D

MRS. K ^ibuhadifhessa^

dah setaon lebih tak tgk wayang.. sapa mau jaga hadif saya??

ezan

ada ada.. banyak.... hehehe.. dulu ezan pun pernah buat entry camni. rindu la gak zaman dulu2 tp skrg lebih seronok kot sebab dah ada anak. :)

~farah~

mrs K : hihi...tu la kan. Saya dulu pun tgk wyg dl keadaan serba tak kena :)

eza : sonok kan ezan :)

Jiey^Mien

Dh lama tak buat byk benda..
Even ada bibik pon, tak smpi ati nk tgglkan ian ngan bibik..
Dah tggl gi keje pun rs guilty yg amat dah..

izzahazfar

akak nak tengok wayang esok..citer popadom..hehehe..tapi tak pasti jadi ke tak...nak bg masa n ruang utk hubby gak...cian dia..akak asyik berkepit dgn akmal 48 jam..huhuhu..

pasal tengok cd tu...huhuhu akak tengok citer apetah lupa tajuk dia...jenuh berapa hari..sib baik cd tu jenis leh stop n tak yah rewind 2 3 kali..kalo tak alamat tak la..

~farah~

jiey mien : tu la kan, asik teringat2 anak 24jam....camne la nak ber hu-ha cam dolu2, hihi :)

kak izah : wahh, tringin nk g tgk, tp mesti xleh...tggu vcd? lagi 6 bulan baru khatam....huhu.

LiAnA