CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 20, 2011

JJCM : Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelek

Banyak sangat pic kehulur kehilir dalam folder pendrive.

Sayang plak kalau tak enterprame..haha. Sebabnya boleh belek-belek balik nanti.
Kalau pendrive hilang atleast ada jugak back-up dalam belog.
Gigih explain macam ada orang kesah sangat.

Ok.
Dah lama dah kejadiannya. Lepas hantar MIL pegi haji.
Lagi berapa hari je dia nak balik Malaysia dah, baru nk cerita sekarang.

We went to Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelek, at Bukit Mertajam, Penang.
My husband yang suggest. Best katanya, macam-macam ada. Padahal dia pun tak pernah datang lagi. Dengar cakap orang je pffftt.

Bila sampai situ we were all like "whoaaaa...nice nice".
Padahal baru kat tempat parking.
Bila masuk ke dalam, masing-masing "waaaaa....cantik. Kenapa tak pernah tau pun tempat ni?". Duduk pun belum lagi. Betapa pentingnya first impression :P

But seriyesly, tempat sangat cantik.
Kalau sesiapa yang tak pernah datang macam saya, memang tak espect pun masuk dalam kawasan kampung ni ada tempat makan yang best.

Actually tempat ni owned by one company, something like perladangan or pertanian kot.
Entah, tak tau la, Tau makan je.

So, every hidangan memang fresh dari ladang :)

Boleh pilih nak duduk open air atau dalam aircond.

Pelanggan sangat ramaiii esp hari minggu.
Tapi jangan risau, tempat sangat luas. Meja sangat banyak.

Pilih je nk duduk celahan mana. Atas kerusi? Nak bersila? Bawah pondok? Tepi kolam? Dalam ekon? Surau yang selesa pun disediakan.

So, kami pilih duduk secara bersimpuh :P Menu sangat banyak. Tak tau nk pilih apa. Memasing kusyuk study menu sampai berejam. Ostrich, arnab, rusa pun ada. Ada sapa teringin nak makan telur ostrich? Sebijik boleh makan untuk 15 orang! Pffffttt.

Bersama ipar duai.

Kami order set macam selalu like siakap 3 rasa, tomyam, kailan, sotong goreng plus kambing masala dan daging masak apa tah. Western dan ala carte juga. Semua sedap aitelyu!

Side orders yang lain, ABC puncak. Memang memuncak. Semangkuk boleh makan 5 - 6 orang sebab sangat besar sampai nyesal order sampai 3. Tak mampu menghabiskan.

Sheeshh, sapa la yang tak dan-dan ni. Ish3. Boleh tepi sikit tak orang nak amik gambo dulu? *sambil cekak pinggang*

Ha, good. Baru nampak food. Oh, saya order tapai with ice cream. Lama dah mengidam sejak Siti Nurhaliza men-tweet dulu, sekarang dah dapat. Rasa mcm diawangan bila dapat makan. Ok exaggerate. Tapi sedapppppp!

Nampak Miss 'Siakap' Universe tu? Posing cantik merah menyala. Seekor pun besar. Termengah-mengah mengabihkan.

Minggu depannya saya datang lagi dengan family sendiri. Sebab rasa tak puas.
Nak cuba yang lain pulak. Yela, aritu orang belanja, melampau plak nak order bagai-bagai.
Dalam hati ni rasa teringin nak makan ostrich, tapi macam hesitate pulak.
Rasa macam nak try, tapi rasa tak berani cuba pelik-pelik. Hihi.
Dan waiter yang amik order tunggu depan muka, so order pun cepat-cepat malas nak memikir.

Mintak mahap la,baru sampai je dah senget-benget dah tudung ibu ha. Takleh dibawak mejelis.

Kat sini, bukan sekadar makan. Dah macam restoren dalam zoo jugak rasanya. Ke zoo dalam restoren? Sementara nak tungu order sampai boleh bawak anak2 tengok animals yang ada. So memang tak bosan melangut kat meja.

Nak ber-fish feeding pun boleh. Makanan ikan ada dijual. Syeefa sangat excited nak mengenyangkan fish dari perut sendiri. Asikla "Ibu, jom la kita bagi fish makanan" :P

Goat farm, rabbit farm pun ada. Tapi malam tutup. Mereka tido awal.

Nasi beriani kambing masala. Nampak tak menarik dalam gambar, tapi sedap ye puan puan. Rasanya kalo 20kali pegi, 20 kali my hasben order set ni.

Dan 20kali jugak saya akan order ice cream tapai ni. Enak bangat!

Satay ayam gemok-gemok *drool*

Chicken Maryland. Food price kat sini reasonable. Harga biasa-biasa je, takde la sampai terkeluar bijik mata time nak bayar.

Pendek kata, puas hati. Selesa. Harga patut. Nice place. Tak boring. Service sangat cepat walaupun pelanggan ramai. Confirm akan datang lagi next week lepas MIL balik haji.

Hmm, nampaknya kena claim royalti as a spokeperson untuk restoran ni.

Monday, November 14, 2011

SPM blues

Hari ni Monday blues tak?
Maybe adik-adik yang exam SPM hari ni akan blues setiap hari sampai paper last..hehe

Btw, to all SPM candidates 2011 good luck ya :)
To my sis and niece, buat betul-betul ok.
Doa banyak-banyak seupaya terang hati dan mudah jawab.
Setiap satu A dapat RM5. Ok la RM10 la dari Along dengan Maksu korang ni.
Takleh bebanyak, dah la berbelas sabjek korang amik ha.
Tau memasing pandai mesti dapat banyak A.
AMIN
Suka tak suka tak? So, do the best!
*sambil check balance di CIMB click*

Friday, November 11, 2011

111111

Sebelas sebelas sebelas.
Sebelas haribulan sebelas tahun dua ribu sebelas.
Cantik sangat tarikh ni. Mesti ramai yang bernikah hari ni :)
Ada ong. Senang nak ingat :)
Yang paling best kalau dapat baby hari ni kan? Dapat pulak time lahir jam 11.11.
Hari jumaat pulak tu. Best best.
Tahniah untuk sesiapa yang bertuah itu :)

Tahun lepas saya kononnya nak anak ketiga lahir tarikh hari ni 11.11.11 ;P
Angan-angan tak menjadi kenyataan nampaknya.
Tunda tarikh 12.12.12 pulak...hehe.

Gambar hiasan.

Thursday, November 10, 2011

Bayi 18bulan menyusu terus dari lembu

Pemandangan menyedihkan ini terjadi di Kemboja. Dimana seorang anak kecil
yang bernama Tha Sophat yang berusia 18 bulan terpaksa menyusu terus dari
seekor lembu,sejak ibunya keluar mencari pekerjaan kerana keadaan hidup yang
tidak punya apa apa setelah badai melanda negeri tersebut.

Datuk Tha Sophat yang kini menjaganya mendedahkan bahawa cucunya melakukan
hal ini sejak Julai lalu, ketika orang tuanya meninggalkan Kemboja untuk mencari
nafkah ke Thailand.Menurut Um Oeung (46), cucunya Sophat mendadak sakit
ketika berhenti menyusu dari ibunya, dan ketika budak tersebut melihat seekor
lembu menyusu pada ibunya, Dia mulai melakukan hal yang sama, yakni menyusu
langsung dari induk lembu setiap hari.

Oeung pernah cuba menghalang cucunya menyusu dari
lembu tersebut, namun itu membuat Sophat menangis dan membuat datuk yang sangat menyayangi Sophat tak berdaya sehingga terpaksa membiarkannya.

Tetangga serta pegawai tempatan di desa Pheas di wilayah Siem Reap (sekitar
195 kilometer dari ibu kota Phnom Penh) mengatakan mereka tidak berkenan
mengenai cara Oeung merawat cucunya tersebut.“Mereka terus menyalahkan saya, dan memaksa saya untuk tidak membiarkan Sophat menyusu dari lembu lagi. Kerana mereka mengatakan bahawa anak itu akan merasa malu ketika dia besar dan nanti akan menjadi nakal, “katanya sambil menambah bahawa saat ini dia telah
menghadkan Sophat menyusui, yakni satu kali saja setiap hari.

Walaupun begitu, Um Oeung menjelaskan bahawa cucunya dalam keadaan sihat
dan kuat, bahkan kebiasaan menyusunya yang anehnya ini belum sekalipun
menyebabkan Sophat terkena apa apa penyakit.- Reuters

Selepas baca berita ni saya terkedu.

Pause.

Silence.

Sedih.

Ok put aside faktor kotor, geli atau whatsoever.

Menurut Um Oeung (46), cucunya Sophat mendadak sakit ketika berhenti menyusu dari ibunya, dan ketika budak tersebut melihat seekor lembu menyusu pada ibunya, Dia mulai melakukan hal yang sama, yakni menyusu langsung dari induk lembu setiap hari

1. Dia sakit sejak wean off. Dia perlukan imunisasi dari susu ibu :(

2. Dia nampak lembu susukan anak. Anak sekecil ini faham, dia juga perlu menyusu seperti anak lembu itu tapi ibunya tiada kerana terpaksa mencari rezeki dan dia tumpang menyusu sama. I wanted to burst into tears. Sob sob :(

3. He must be missing his mom so much :(

Bila saya tengok gambar-gambar tu, saya rasa sedih. Bukan kerana dia minum susu lembu tapi sebab hmm sebab entahlah. Kanak-kanak sekecil itu, masih perlukan ibunya untuk menyusukannya, melindunginya tapi apakan daya. Keadaan memaksa. Saya rasa mesti dia fikir "aku mahu susu ibuku, tapi ibuku tiada disini. Eh, itu ada anak lembu minum susu ibunya, aku mahu juga lah". Semoga Tha Sophat terus sihat dan aktif hendaknya.

Banyak lagi gambar sebenarnya tapi tak sanggup nak letak semua disini.

Kemiskinan disana mungkin menyebabkan ibunya terpaksa tinggalkan anak untuk mencari rezeki. Syukur, kita ibu-ibu di Malaysia ni sangat bertuah dapat menyusukan anak walaupun perlu keluar bekerja.

Menyusukanlah sepuasnya wahai ibu-ibu!

Tuesday, November 8, 2011

Korban dan Haji

Baru sampai dari Ipoh.
Alahai, tak puas balik 2 malam. Dah mula rindu my hometown itu.
So, how's your raya? Lembu tumbang bape ekor?
Mine was great. Dua ketul tu dapat tengok lembu korban dan mereka teruja esp Syeefa :)
Semasa tengok lembu dilapah....
Papa "Syeefa tengok tu, lembu kena buang baju (kulit) dia tu"
Syeefa "nanti lembu boleh pakai baju balik kan?"
-____-

Adik?
Nampak banyak lembu "uuu..avava..hohhoh..wuuuuu...apapapah"
*sambil lambai2*
Maksudnya "woww, banyaknya lembu! Ibu, nak satu!"
Hehehe..seronok dia :)

Ibu?? Tsk tsk.
Lutut terseliuh. Ye bahagian lutut okey.
Sebelum sampai rumah, singgah dulu di Greentown, kononnya last minit shopping sebab memang tak prepare apa langsung untuk raya haji. Soping tak dapat, terseliuh yang dapat :(
Hari first masih okey, tapi esoknya makin membengkak sampai ke urat betis.
Tak dapat nak berjalan sakan kemana, duduk rumah only.
Feeling2 opah yang sakit kaki. Baru faham perasaan opah yang sakit lutut.
Hazab okey nak solat, jalan, duduk, bangun, duduk semula.

Sempena Aidiladha ni saya ada la tertengok satu telemovie di tv3 tajuknya Panggilan Baitullah selepas tengok program bualbicara di tv1, tak silap tajuknya Panggilan Baitullah jugak kot sempena musim haji - tetamu jemputan ialah Ustaz Kazem Elias yang super lawak itu...haha. Kalau dah balik Ipoh tu jangan harap la nk tengok idola kecil ke, vokal bukan sekadar rupa ke, konsert jomheboh ke apa. Kalau tak, my ibu will "apa ni rock rock ni, ce tengok soal jawab agama ni, ada jugak faedahnya". Baikkkkkk. Hehehe.

Ok berbalik pada telemovie tadi, ceritanya mengenai Tuan Haji yang kaya (Eizlan Yusof) yang dah nak masuk 12kali pergi haji, dan tahun ni nak buat korban 12 ekor lembu dan nak bersedekah. Tapi panggil press untuk cover front page, nak bagitau semua orang dia buat amal kebajikan. Sehinggalah dia selalu bermimpi. Kalau tak silap mimpi tu kata ada insan terpilih (awal2 tak konsentret sgt, sibuk menidokan anak2), namanya Mohd Haq. So dia pun cari sampai dia jumpa Mohd Haq (Fahrin Ahmad).

Tuan Haji bagitau mimpi dia dan tanya macam mana dia boleh jadi insan terpilih. Mohd Haq cerita, dia seorang tukang kasut. Tetiap bulan simpan RM100 untuk tunai haji. Dan tahun ni duit simpanan dah cukup dan boleh pergi haji. So dia happy. Sampailah dia bertemu dengan Mak Uda dgn dua orang cucunya yang lapar. Anak Mak Uda sakit. Kos perubatan RM3k. Mohd Haq ni keluarkan duit simpanan haji untuk bantu mereka walaupun dia tak kenal pun. Macam-macam lagi dia tolong. Dia kasihankan budak-budak dua orang tu.

Tuan haji insaf dengar cerita Mohd Haq. Dia tak riak dan eksyen lagi dah. Walaupun miskin, tapi Haq sanggup bantu orang yang lebih susah. Korbankan duit haji dia. Tuan Haji ajak Mohd Haq buat haji, dia tanggung semua kos. Mohd Haq nak beristikharah dulu. Esoknya Tuan Haji cari Haq di tempat dia berniaga tapi tiada dan dia kerumah Haq. Tuan haji bagi salam tapi tak berjawab dan dia buka pintu dan nampak Haq tengah bersujud tapi tak bangun2. Rupanya Mohd Haq meninggal dunia semasa tengah bersolat dan bersujud! Subhanallah.

Menginsafkan. Mulia hatinya. Walaupun tak sempat menunaikan rukun Islam kelima itu tapi Allah dah menjanjikan lebih untuk dia disana. Tengok rancangan sebegini bagus untuk kerohanian kita sebenarnya kan? Bila dah selalu alpa terutamanya bila banyak realiti shows yang berbagai-bagai sekarang ni. Time to cuci hati, polish balik mana yang berkarat, tengok balik segala kekurangan diri.

Sekian.
Assalamualaikum wbt semua :)

Ibu : Adeh, sakitnya lutut. Alhamdulillah, masih boleh menaip berjela mengunakan jari jemari :P

Saturday, November 5, 2011

Bihun hangit

Ada satu hari, masa lalu di satu tempat, encik suami beritahu "kat sini la ada bihun hangit. sedappp"
Saya?
"sheeshhh, bihun hangit??" Terbayang-bayang bihun tu hangit - mesti tak sedap, dah nama pun hangit.
Then i just ignore him la kan.

Tak berapa lama lepas tu encik suami balik kerja bawak balik bihun hangit tersebut.
For the first time saya rasa.
S-E-D-A-P

Namanya bihun hangit sebab dia masak memang ada rasa dan bau hangit. Tapi hangit yang sedap ok. So unik. Mana ada orang jual makanan hangit weh.

Saya komplen "kenapa beli satu je, mana cukup" *merajuk*

HAHAHA,

Ekceli, kedai dia terletak di area Permatang Pauh kalau tak silap. Sapa datang Penang boleh la cuba.

Ok, selamat berkorban semua!

Aidil Adha

Selamat Hari Raya AidilAdha!

Monday, October 31, 2011

5 pearls of wisdom

HAHA. Its reality no?

Like no. 1 the most.

-_____-

Friday, October 21, 2011

Revision 13 : Successful Breastfeeding

1. Niat

First of all, sebelum deliver baby, kalau nak success in breastfeeding niat paling penting. Bila kita niat means kita mahu merealisasikannya kan? Niat nak full bf baby. Niat nak bagi yang terbaik untuk baby dalam kandungan. Niat mahu anak dapat keistimewaan dari ibu sendiri yang mengandungkannya selama 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkannya. If dari pertama kali kita dapat tau "yessss i'm pregnant!!", dari detik itu kita sangat excited kan? Usap-usap perut 700kali sehari, dari tak suka minum susu, paksa diri minum susu sebab nak anak dalam perut sihat dan sempurna, makan supplement berjenis-jenis,excited bila pergi ujian imbasan dan ultrasound, berdoa yang baik-baik, membayangkan yang indah-indah, fikir nak beli baju pink ke biru dan macam-macam lagi betul tak? So, selepas bayi keluar, why not kita teruskan kebaikan untuk anak iaitu BREASTFEED :)

Speaking of niat, niat means niat yang bersungguh. Not niat yang "ok saya nak bf baby, tapi kalau takda susu cemana? Spare fm lah". A big no no ya mommies. Niat dah terpesong tu :P Kalau kita prepare formula, kita akan tend to rasa selamat like "takpe, susu tepung ada. baby mengamuk kang, bancuh je". So dari situ konsep penyusuan tu dah tersasar. Bila baby dah start ber-fm, breast tak stimulate, macam mana susu akan terhasil? Then Ibu akan rasa mereka tiada susu seterusnya fed up dan stick with formula *cries* Dan saya merayu pada ibu-ibu, tolonglah, percayalah bahawa setiap ibu yang melahirkan ADA SUSU *melutut dikaki*

2. Berusaha dan yakin boleh

Macam niat tadi juga. Ibu-ibu perlu yakin dengan diri sendiri disamping perlu berusaha. Ok, saya pernah juga rasa "boleh ke ni nak full bf? boleh ke berjaya?". Tapi bila saya tengok ibu lain boleh successful, kena saya tak boleh? Saya pun sama seperti ibu-ibu lain. Allah maha adil. Dia beri semua ibu-ibu didunia keistimewaan yang sama iaitu mempunyai susu ibu. Allah dah beri sumbernya, tinggal lagi kita yang berusaha untuk mencari hasilnya. Am i right? Contohla kan, kita lapar dan mahu makan nasi, kita perlu masak atau beli seterusnya suap masuk mulut baru kenyang. Not just fikir nak makan, tetiba nasi ada depan mata suddenly kenyang..hihi. So, ibu-ibu berusahalah dan yakin boleh! Its all for our babies :)

3. Berilmu

No, kita tak perlu ada ijazah kedoktoran bagai kalau nak success in breastfeeding. Tapi timbalah sedikit ilmu, banyakkan membaca, bertanyalah, dapatkan maklumat. Zaman sekarang sudah mudah, tru internet? Google aje, berjuta-juta ha info tentang breastfeeding. Melalui buku? bersepah buku untuk ibu-ibu di bookstore. Blog? Thats why i love blogging. Keistimewaan mempunyai blog, we will tend to baca dan get more infos dari other bloggers, baca latest update and whatnot. And i'm very sure, bloggers adalah antara yang rajin ehem membaca ehem sebab ehem menulis blog pun rajin apatah lagi membaca ye dak ehem ehem batuk pula..hihi. Banyak bertanya atau lepak-lepak dengan yang dah master pasal bf. FB kan ada, anytime mesti ada punyalah yang membantu. Forum-forum mengenai susu ibu dan parenting pun banyak. Tinggal nak dengan taknak browse je :)

4. Positif

Even ada pihak yang tertentu tak setuju, marah, kondem, jeles, tak puas hati atau whatever la dengan apa yang kita perjuangkan, abaikan. Lets be positive moms! For our kids sake! Tapi saya rasa sekarang dah ramai ada kesedaran tentang kebaikan bf *happy face*. Really appreciate that! Saya pun tak tau celah mana dapat kekuatan masa ramai yang suruh saya bagi fm bila tengok anak macam tak kenyang katanya. But i've never give up. Kekuatan itu adalah anak itu sendiri :) Saya peduli apa kata orang, i have the right no? Tapi tu dulu la, masa first time mommy. Ramai yang tak yakin kot. Sekarang, ramai yang sangat support! Alhamdullilah.

5. Berdoa dan tawakal

Seiring dengan usaha, selebihnya kita serahkan kepada Allah. Berdoa agar dipermudahkan segala urusan, murahkan rezeki kita dan anak-anak. Dia maha mengetahui segala perit jerih demi mahukan yangterbaik. Segala yang baik datang dariNya. Allah knows best. Enough said.

So, do you think you can do it mommies? Of course! InsyaAllah :)

Breastfeed untill now :)

100% breastmilk :)

EBM setengah hari masa berkursus di Pulau Aman baru-baru ni.

First time tinggal Faris. Nasib baik la sehari je. Pheww~

HAPPY BREASTFEED MOMMIES!

Revision 12 : Why breastfeeding?

Nak sambung buat revision, boleh tak? Sharing is caring:)

1. Best milk ever for babies.

Semasa mengandung atau sebelum melahirkan, saya tak pernah prepare any formula milk, tak pernah fikirkan susu cap apa yang ada di pasaran, survey susu tepung mana yang paling banyak zat dan tak ambil tahu pasal formula milk. TAK PERNAH. Sebab saya tahu susu ibu adalah the best, terbaik dan perfect! Tiada apa yang dapat menandingi susu semulajadi anugerah tuhan. Komposisi yang cukup sempurna untuk bayi, dijamin bersih, bebas dari sebarang bahan kimia, sedia bila-bila masa dan cukup. Segala kebaikan hanya terdapat dalam susu ibu *clap clap*

2. Permulaan yang baik untuk anak.

Babies are fragile. Perutnya kecil. Ususnya lembut. Mereka perlukan sesuatu yang semula jadi. Sesuatu yang sesuai dengan tubuh badan mereka yang kecil. Seriously, saya tak tahu apa yang ada dalam FM, macam mana cara pembuatannya, dari sumber mana, susu dari lembu yang sihat dan gemokkah, bersihkah kilangnya dan sebagainya. We never know right? Melainkan kita pergi melawat sendiri cara-cara memproses FM dari A to Z. Hey, i'm not against formula milk. But, i love moms milk so much! Saya juga minum susu lembu :) Tetapi untuk bayi kecil, susu ibu adalah terbaik! *standing ovasion*

3. Jimat belanja.

To be honest, ini adalah salah satu sebab kenapa saya memilih susu ibu. BUT, ini bukan sebab UTAMA. Ini adalah sebab yang entah keberapa selepas susu ibu terbaik, susu ibu bagus, susu ibu sihat, susu ibu baik utk ibu dan anak, susu ibu cukup khasiat, anak cerdik minum susu ibu, susu ibu membuatkan bla bla bla, dan barulah saya akui susu ibu memang menjimatkan...hehehe. Tak payah keluar duit untuk beli bertin-tin FM. Setin susu sekarang mahal kemain lebih-lebih lagi yang paling banyak DHA, AHA, AAA apa lagi entah :P Bayangkan susu ibu kalau ditinkan? Tak muat nak tulis keliling tin tu semua khasiatnya....hihi. Dipercayai lebih 400 khasiat terdapat dalam susu ibu! *applause*

4. Senang.

Kalau orang cakap leceh, saya rasa bagi saya memang senang. No need to bring all the air panas, air masak, botol, sabun cuci botol, berus cuci botol, bakul susu dan sebagainya bila keluar ke mana-mana. Breastaurant always open 24/7. Ok cuma mungkin ramai menganggap nak mengepam susu tu lecehnya ye dak? Tapi berbalik pada sebab pertama, kebaikan susu ibu yang tiada tolok bandingnya. Its priceless! Paling best, waktu malam tak payah bangun bancuh-susu-sampai-air-panas-tuang-ditangan-akibat-mengantuk. Terus tak mengantuk la kan, terkejut kena air panas, jadi satu keje plak nak sapu ubat pukul 3 pagi...(eh, sapa ada experience begini? mengaku sekarangg!) hehehe.

5. Bonding.

Anak yang minum susu ibu akan rapat dengan ibu sampai mereka besar. Akan taat, berjasa dan mendengar kata dan menghormati ibunya, insyaAllah. Sapa yang taknak begitu? Lebih lama menyusu, lebih banyak impact yang baik. Percayalah! Ada satu story semasa duduk dikalangan saudara mara, sembang-sembang terkeluar pasal saya full bf dan they were all like "Bagusnyaaaa bagi susu ibu. Anak nanti taat tau, dengar kata, senang..bla bla". Even mereka tak bf tapi mereka support bf! Ce bagitau, sapa yang happy? Maknya jugak *grins*

EBM reshuffled. Yang dah 3 bulan lepak dalam freezer dua pintu, transfer ke upright freezer pulak supaya dapat extend lepak lama sikit :) Entri tempoh ketahanan EBM disini ya.

So mommies, say YES to breastfeeding!

Ibu : Ehem, EBM means Expressed Breast Milk not Extra Breast Milk. Peace!

Wednesday, October 19, 2011

WW : Super duper sedih :(

Masih beremosi tentang kisah semalam

terbayang-bayang video tu difikiran macam video player

play-stop-pause-rewind-play again

perlu cari button delete all from memory

Kat BU semalam kata that cute innocent kid stabil.

Alhamdulillah kalau betul

Semoga dia sihat sempurna sepenuhnya dan boleh berlari-lari macam biasa.

:(

Tuesday, October 18, 2011

Heartless!!

I just cannot do my work before i blog about this.

I am very sure, most of you dah tau pasal kejadian ni.

SEORANG BUDAK 2 TAHUN DI CHINA DIGILIS LORI TAPI LORI TU TAK STOP PUN DAN GILIS LAGI SEKALI TAPI 18 ORANG YANG LALU LALANG BUAT TAK NAMPAK SEHINGGA LAGI SEKALI DIGILIS KENDERAAN SAMPAI LAH SEORANG WANITA YANG ADA SEDIKIT PERIKEMANUSIAN ANGKAT BUDAK TU KE TEPI DAN SELEPAS 10 MINIT BARULAH IBU BAPANYA DATANG DAN MERAUNG!!

Bila saya tengok dengan mata kepala (di Buletin Utama), rasa nak meletup jantung.

What happened to people nowadays??

HEARTLESSSSSSS!!!!

Chinese Kid was hit by a car. Driver recognise that the kid
was insured, but decided to continue his way and hit the kid again with his back
wheel.18 people pass the kid and do not care what happen. A further car is
coming on the road and hit the kid once more. After 10 minutes someone carry the
kid out of the road and the mother of it is coming.This happend in a busy street
in Guangzhou Foshan (see the small shop around there. Shop owner and passing
people did not care at all) The father who talks explains what the driver of the
car told him. All he asked was his bank account and how much compensation he
want. Incredible how heartless people can be here in China.

1. Pemandu lori itu dah perasan dia terlanggar something. Why on earth dia takda insiatif nak berhenti dan tengok apa yang dia langgar?? Driver tersebut teruskan memandu dan gilis lagi sekali dengan tayar belakang pulak! Thank God dia dah pun ditahan tapi the worst part?? The father who talks explains what the driver of the car told him. All he asked was his bank account and how much compensation he want!

2. 18 people yang lalu lalang. How come mereka boleh biarkan dan tengok budak tu terbaring atas jalan?? Ingat tengah berlakon ke apa? Yang naik motor boleh pandang dan blah je?? Lebih kurang 10 minit budak tu terbaring di atas jalan. Oh, saya yang menaip ni pun rasa bagai dihiris-hiris jantung.

3. Second driver yang gilis kaki budak tu. Yakin sangat dia nampak ada manusia terbaring kat jalan dan dia tak stop tapi terus menggilis? Kalau taknak tolong sekalipun, taknak alih budak tu ketepi, at least elak la budak tu! Hishh, emosi lah!

4. Parents itu sendiri patut disalahkan. Saya tak tau apa yang membuatkan parents budak tu ralit sangat sampai tak sedar anak tak da kat sisi. Sampai anak dah kena langgar dua tiga kali baru muncul. KENAPA? MANA MEREKA PERGI? TAK PERASAN ANAK TAKDE KAHHHH?

Meraung pun tak guna :(

Emosi terganggu sejak video tersebut di Buletin Utama semalam. Sampai tak lalu nak makan. Sedih memikirkan budak 2 tahun itu. Dia sangat kecil. Semalam dilaporkan dia masih koma tetapi pagi ni dapat berita dia telah meninggal dunia. RIP dear :( Even dia berlainan bangsa dan agama, that kid dont deserved this!

Saya ada anak lebih kurang umurnya dan semalam saya tengok tv dengan Syeefa. Terus pegang dan peluk dia. Sapa yang tak rasa terganggu emosi bila tengok video tu. I'm sure kat fb, youtube atau mana-mana blog letak video tu tapi saya tak sanggup nak tengok buat kali kedua apatah lagi nak letak kat sini. Tak sanggup.

Pagi ni Hotfm bangkitkan topik ini dan ada seorang caller bernama Liza menceritakan pengalamannya membantu seorang lelaki yang kemalangan dan terbaring di jalan tetapi takda seorang pun yang membantu. Dia minta suaminya u-turn untuk tolong lelaki tersebut. Mereka datang berhampiran dan dapati lelaki tersebut pengsan dan berdarah. Mereka kejutkan lelaki tersebut dan tanya apa yang terjadi.

Dialog lebih kurang :

Mereka : Kenapa ni encik?

Lelaki : Saya eksiden.

Mereka : Takda orang datang tolong ke?

Lelaki : Ada yang berhenti tapi tengok je.

Mereka : Rumah dimana? Kami bawa ke klinik atau hospital ok.

Lelaki tersebut nak bawa motor tetapi mereka menghalang.

Isteri (Liza) : Encik tak payah naik motor. Suami akan bawa. Encik naik kereta dengan saya.

Lelaki : Tapi saya kotor ni.

Isteri : Kotor pun takpe, janji encik selamat ke hospital.

Sampai di hospital, pihak hospital tersebut tanya hubungan mereka.

Isteri : Saya tak kenal tapi saya jumpa dia kemalangan

Pihak hosipital : Kalau tak kenal kenapa tolong?

Saya yang mendengar cerita dia pun marah dengan respon inikan pula yang mengalami sendiri. So, kalau nampak manusia cedera terbaring dijalan dan tak kenal maka tak perlu lah tolong sebab tak kenal, begitu mungkin pemikirannya.

Saya RESPECT caller tersebut dan suami. Nasib baik ada juga yang berperikemanusiaan seperti mereka. Dan menurut Liza, lelaki tersebut dan wifenya masih keep in touch dan menjadi kawan mereka sehingga sekarang. I'm touched!

At least dengar cerita tu, sejuk sikit hati.

People out there, jom jomlah kita tanamkan sikap mulia, berperikemanusiaan, tak mementingkan diri sendiri (bercakap pada diri sendiri juga). Bayangkan kalau kita berada berada dalam kesudahan tetapi takda sapa pun teringin nak bantu, apa rasa?

Tapi saya yakin ramai lagi penduduk Malaysia yang sangat prihatin. Alhamdulillah.

Thursday, October 13, 2011

Faris turns ONE!!!!!

Hari ini 13 okt, Muhammad Syaamil Faris turns 1!
I am so excited and i wanted to burst into tears!
My son sudah setahun. Serius rasa masa berlalu sangat cepat.
Mana boleh lupa saat-saat menunggu kelahiran yang over due hampir 10 hari. Hari-hari resah.
Takut kena induce, takut operate, takut itu, takut ini.
Sedar-sedar dah setahun sekarang.

Jom flashback!
Jom jugak.

2.8kg newborn. Born at 9.50am, 13/10/10. 9days overdue-normal delivery. Alhamdullilah:)

Kronologi lanjut usha sini (klik la) ye :)

One month. Nak tunggu sebulan rasa lagi perit dari setahun. Maklum la, tgh confinement :P

2 bulan dah. Legaaaa :P

3 bulan. Belajar meniarap. Congrats!

4 bulan. Cute!

5 bulan. Bulat!

6 bulan. Dah buleh makan. Yeayy!

7 bulan. Tumbuh gigi 2 batang. Yess!

8 bulan. Sepahkan rumah. Bravo!

9 bulan. Learn ABC. Good!

10 bulan. Hepi!

11 bulan. I like!

Almost 1 year. Suka main.

Big boss :P

Takleh la jauh sikit dari ibu.

One year!!!!!!

Okla belum setahun pic ni. Tapi sipi-sipi :)

Milestone :

1. 8kg atau lebih? sebab tak pegi timbang lagi :P

2. Gigi baru 4 batang. Tapi kalu gigit, berbekas 44 hari.

3. First word : mamam

4. Seken word : papa

5. Third word : babai

6. Forth word : abah

7. Eh, bila turn ibu ni? Tak aci! Make sure dalam list top 10 okey adik!

8. Tepuk-tepuk, goyang-goyang, lompat-lompat tu aktiviti harian.

9. Belum berjalan. Adala setapak dua tapak langkah pastu buat lembik lutut. Lambat dari kakak yang 10bulan dah melangkah byk tapak dah. Takpe pelan2 :)

10. Bila suruh sayang, dia sayang sambil gigit pipi. Pakej ke ni?

11. Faham bila sebut cat, dog, ball, motor, kakak, ibu, papa, book, mandi, jom, jalan, upin ipin,car, come here, minum, makan, susu, goyang, sit down, nari, tv, err apa lagi tah. Lupa sudah.

12. Bila dengar azan, dia pun nak azan jugak. Agak comel disitu :P

13. Tau function : sikat-sikat rambut, bedak-sapu muka, toothbrush-berus gigi, remote-tunjuk kat tv, suiz-tekan pastu tgk lampu, tisu-lap idung, lappy-gerak2 mouse, hempuk2 keyboard (hihi).

14. Minat sama dgn kakak. Suka buku. (bukan muka buku :P)

15. Boleh pegang pen/pensil/kaler dan tulis cara dia (conteng)

16. Suka tengok iklan, kartun upin ipin dan ramalan kaji cuaca. Kusyuk plak tu macam paham :P

17. Kalau nampak kita bersiap, mula la panjat kaki nak ikut. Lebih2 lagi kalau papa, sebab suka naik motor ronda-ronda :)

18. Suka minum dengan straw instead of tru cawan terus.

19. Makan? Sekarang ni Faris makan dengan sangat berselera. Semua makan. Macam orang dewasa. Taknak dah nasik lembik2, sup kosong. Suka yang pedas-pedas sket. Favourite adalah mee, bihun, kuetiaw, nasik goreng, telur, ayam tapi yang penting kena ada rasa pedas sket. Tak cukup la sepinggan!

20. Diaper remain M size.

21. The best part ever.....100% breastmilk! Alhamdulillah sangat. Setahun dengan susu ibu tanpa setitis pun bantuan formula. Masih ada setahun lagi :)

Dear Faris,

Semoga jadi anak yang soleh, bijak, cerdik, mendengar kata, hidup diberkati dan dirahmati Allah SWT, cantik akhlaknya, indah budi pekerti, berjaya dalam hidup, menghormati orang, mengenang jasa, dimurahkan rezeki, menyejukkan hati, beriman, sayangkan keluarga dan membesar jadi insan yang berguna ye.

Itu doa ibu untuk mu hari-hari :)

Birthday party tahun ni maybe lambat sikit. Tunggu mak tok balik haji hujung bulan 11 nanti. So, maybe buat mini celebration utk family saja dulu :)

FARIS, HAPPY FIRST BIRTHDAY SAYANG!!!!