CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 8, 2011

Korban dan Haji

Baru sampai dari Ipoh.
Alahai, tak puas balik 2 malam. Dah mula rindu my hometown itu.
So, how's your raya? Lembu tumbang bape ekor?
Mine was great. Dua ketul tu dapat tengok lembu korban dan mereka teruja esp Syeefa :)
Semasa tengok lembu dilapah....
Papa "Syeefa tengok tu, lembu kena buang baju (kulit) dia tu"
Syeefa "nanti lembu boleh pakai baju balik kan?"
-____-

Adik?
Nampak banyak lembu "uuu..avava..hohhoh..wuuuuu...apapapah"
*sambil lambai2*
Maksudnya "woww, banyaknya lembu! Ibu, nak satu!"
Hehehe..seronok dia :)

Ibu?? Tsk tsk.
Lutut terseliuh. Ye bahagian lutut okey.
Sebelum sampai rumah, singgah dulu di Greentown, kononnya last minit shopping sebab memang tak prepare apa langsung untuk raya haji. Soping tak dapat, terseliuh yang dapat :(
Hari first masih okey, tapi esoknya makin membengkak sampai ke urat betis.
Tak dapat nak berjalan sakan kemana, duduk rumah only.
Feeling2 opah yang sakit kaki. Baru faham perasaan opah yang sakit lutut.
Hazab okey nak solat, jalan, duduk, bangun, duduk semula.

Sempena Aidiladha ni saya ada la tertengok satu telemovie di tv3 tajuknya Panggilan Baitullah selepas tengok program bualbicara di tv1, tak silap tajuknya Panggilan Baitullah jugak kot sempena musim haji - tetamu jemputan ialah Ustaz Kazem Elias yang super lawak itu...haha. Kalau dah balik Ipoh tu jangan harap la nk tengok idola kecil ke, vokal bukan sekadar rupa ke, konsert jomheboh ke apa. Kalau tak, my ibu will "apa ni rock rock ni, ce tengok soal jawab agama ni, ada jugak faedahnya". Baikkkkkk. Hehehe.

Ok berbalik pada telemovie tadi, ceritanya mengenai Tuan Haji yang kaya (Eizlan Yusof) yang dah nak masuk 12kali pergi haji, dan tahun ni nak buat korban 12 ekor lembu dan nak bersedekah. Tapi panggil press untuk cover front page, nak bagitau semua orang dia buat amal kebajikan. Sehinggalah dia selalu bermimpi. Kalau tak silap mimpi tu kata ada insan terpilih (awal2 tak konsentret sgt, sibuk menidokan anak2), namanya Mohd Haq. So dia pun cari sampai dia jumpa Mohd Haq (Fahrin Ahmad).

Tuan Haji bagitau mimpi dia dan tanya macam mana dia boleh jadi insan terpilih. Mohd Haq cerita, dia seorang tukang kasut. Tetiap bulan simpan RM100 untuk tunai haji. Dan tahun ni duit simpanan dah cukup dan boleh pergi haji. So dia happy. Sampailah dia bertemu dengan Mak Uda dgn dua orang cucunya yang lapar. Anak Mak Uda sakit. Kos perubatan RM3k. Mohd Haq ni keluarkan duit simpanan haji untuk bantu mereka walaupun dia tak kenal pun. Macam-macam lagi dia tolong. Dia kasihankan budak-budak dua orang tu.

Tuan haji insaf dengar cerita Mohd Haq. Dia tak riak dan eksyen lagi dah. Walaupun miskin, tapi Haq sanggup bantu orang yang lebih susah. Korbankan duit haji dia. Tuan Haji ajak Mohd Haq buat haji, dia tanggung semua kos. Mohd Haq nak beristikharah dulu. Esoknya Tuan Haji cari Haq di tempat dia berniaga tapi tiada dan dia kerumah Haq. Tuan haji bagi salam tapi tak berjawab dan dia buka pintu dan nampak Haq tengah bersujud tapi tak bangun2. Rupanya Mohd Haq meninggal dunia semasa tengah bersolat dan bersujud! Subhanallah.

Menginsafkan. Mulia hatinya. Walaupun tak sempat menunaikan rukun Islam kelima itu tapi Allah dah menjanjikan lebih untuk dia disana. Tengok rancangan sebegini bagus untuk kerohanian kita sebenarnya kan? Bila dah selalu alpa terutamanya bila banyak realiti shows yang berbagai-bagai sekarang ni. Time to cuci hati, polish balik mana yang berkarat, tengok balik segala kekurangan diri.

Sekian.
Assalamualaikum wbt semua :)

Ibu : Adeh, sakitnya lutut. Alhamdulillah, masih boleh menaip berjela mengunakan jari jemari :P

No comments:

0 comments: