CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 22, 2010

Tandem nursing and tandem pumping :)

Indah sungguh ber-anak dua lebih dari apa yang disangka :)

Saya dari dulu memang teringin nak menyusu kedua anak secara serentak (tandem nursing). Memandangkan Syeefa baru menginjak ke usia 1 tahun 10 bulan, dia masih memerlukan khasiat susu ibu dan saya masih belum terfikir untuk bercerai susu. Jadi, dengan mengamalkan kaedah penyusuan secara serentak ini, Syeefa tak akan terasa tersisih dan jauh hati dengan kehadiran 'orang baru' dan masih rasa dirinya disayangi dan diperlukan ibu :)

Tandem nursing seawal di hospital lagi. Syeefa 'ketagih' :) Seronok dapat memeluk dua-dua mereka. Kaedah tandem nursing ni banyak membantu susu terhasil dengan lebih banyak dengan bantuan kakak seterusnya mengurangkan bengkak payudara. Pengecutan rahim juga dapat berlaku dengan lebih cepat.

Di rumah. Kalau nampak adik sedang menyusu, Syeefa datang mengambil tempatnya dan mula menyelak "Bu, nak bu". Kadang-kadang lagi kerap menyusu dari adiknya :) Syeefa menyusu posisi gaya bebas, nak meniarap, baring, duduk, memanjat, menelentang pun boleh asal selesa :P

Melaksanakan tandem nursing memerlukan kesabaran. Pada awalnya ibu mungkin berasa sedikit stress kerana keletihan, kurang tidur, kekurangan air dan asik lapaaar aje..hihi. Apa yang perlu dilakukan ialah, pastikan ibu mengambil makanan yang berkhasiat, jangan skip waktu makan,minum air dengan banyak dan berehat secukupnya untuk memastikan bekalan susu mencukupi dan anak-anak mendapat khasiat susu ibu.

Huhu. Geram dengan muka inesen itu. "Nak kongsi susu ibu dengan adik"..hehe.

Untuk menjayakan tandem nursing ibu perlu mempunyai ilmu yang cukup, banyakkan membaca info-info berkaitan dan perlukan sokongan suami. Selain itu ibu perlu kuat dan jangan peduli dengan kata-kata negatif dari pihak lain dan sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anak yang masing-masing mahukan perhatian.

Sejujurnya, kasih sayang saya semakin menebal, hati makin cepat tersentuh pabila sudah mempunyai dua orang anak. Syeefa dan Faris, ibu sayang kamu berdua sama rata, tiada yang lebih, tiada yang kurang. Kamu berdua lah nyawa ibu :(

Adik breakfast, kakak pun nak. Adik lunch, kakak pun join..hehe. Breastaurant is always open 24/7 :)

Dah kenyang perut tidur la apa lagi. Senang hati dapat beri yang terbaik pada mereka. Sambil menyusukan sambil membaca surah-surah, tiup pada ubun-ubun mereka dan sentiasa berdoa susu ibu yang mereka kongsi bersama dapat menjadikan mereka anak-anak yang terbaik, sayangkan keluarga, dilindungi Allah dan menyenangkan hati :)

Saya tahu, satu hari nanti saya akan merindui saat istimewa ini. Saya sangat bersyukur diberikan peluang melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Ianya satu moment yang sangat indah yang tak boleh dibeli dimana-mana :(

Kepada ibu-ibu yang mahu melakukan tandem nursing tetapi masih belum berjaya, ketahuilah anda juga ibu yang terbaik kepada anak anda. Yakinlah pada diri sendiri yang anda akan berjaya melakukannya satu hari nanti. Mungkin bukan sekarang, tetapi untuk anak-anak seterusnya sapa tahu bukan? :)

Jika tak tandem nursing saya melakukan tandem pumping pula. Iaitu menyusukan seorang anak sambil mengepam susu which is bagi saya ianya sangat praktikal. Bila anak menyusu let down reflex akan terhasil dengan cepat dan berulang seterusnya susu akan memancut dengan laju sekali :) Pic di atas : Faris tidur selepas menyusu dan saya sambung mengepam :)

Oh, indahnya menjadi ibu. Kegembiraan berganda-ganda bila dapat dikongsi bersama yang tersayang :)

2 comments:

ezan said...

jealousnya ezan.. :((

nape la sarah x ikut cam syeefa.. sarah dah xnk bf. dia kata adik punya. even dalam botol pun dia xnk. sedih tau... :(

btw. tahniah farah. ezan salute la!

~farah~ said...

ezan : ala ezan, jgn sedih ye :)
sarah kasik can kat adik dulu, mana tau nanti dia nak susu mummy balik :)
thanks ezan :)

ezan

jealousnya ezan.. :((

nape la sarah x ikut cam syeefa.. sarah dah xnk bf. dia kata adik punya. even dalam botol pun dia xnk. sedih tau... :(

btw. tahniah farah. ezan salute la!

~farah~