CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 11, 2010

Bayi tumbuh payudara kerana susu tepung!

BEIJING - Bayi-bayi perempuan di China mengalami tumbesaran payu dara seperti wanita dewasa setelah mereka diberi minum susu tepung yang dicemari hormon, lapor sebuah akhbar semalam.
Senario menakutkan itu membangkitkan kemarahan ramai ibu bapa di tengah China yang bimbang tumbesaran pramatang tersebut berpunca daripada sejenis susu formula yang mereka beli.Sebelum ini, seorang pegawai perubatan di Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak Hubei, Yang Qin memberi amaran supaya orang ramai tidak membeli susu tepung keluaran sebuah syarikat tempatan, Synutra.
Amaran tersebut dikeluarkan setelah ujian perubatan terhadap tiga bayi perempuan yang meminum susu formula tersebut menunjukkan kandungan hormon dalam badan mereka jauh lebih tinggi berbanding wanita dewasa.
- Agensi
Sekadar berkongsi dengan ibu-ibu. Bagi yang memberi anak susu formula pastikan ianya bebas dari kandungan yang merbahaya ya. Macam-macam formula yang direka tanpa menghiraukan kesannya lebih-lebih lagi kepada bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, susu ibu adalah yang terbaik :)
Ibu : Suka ayat Maria Tunku Sabri dalam iklan susu kambing hi-goat iaitu "susu kambing adalah susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu". Means susu ibu adalah yang terbaik di dunia! Syukur sesangat kerana dapat menjadi seorang ibu yang menghasilkan 'sesuatu' yang terbaik seantero dunia :D

4 comments:

Wansteddy Tales said...

aduh masalahnya... tp negara China mmg buat macam2 cara nak elakkan pertumbuhan rakyat dorg. kesian kat rakyat China ni ><

~farah~ said...

wan : tu la kan, bahaya betul produk china ni...

♥cutebabygirl♥ said...

wahhhhhhh
gile lah cmtu!!!
sian bdk2 tu!!!

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

biar betikkk?
sib baik china aje... hihihihi