CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 6, 2010

Revision 9 : Cabaran BF bagi ibu yang bekerja

Disclaimer : Entri ini adalah pendapat dan kepercayaan saya terhadap kebaikan susu ibu tanpa ada sebarang niat memandang rendah ibu yang tidak dapat menyusukan anak dengan susu ibu. Ianya sekadar panduan dan info untuk berkongsi dengan ibu-ibu yang lain. Saya percaya semua ibu di dunia adalah ibu yang baik walau tidak memberi susu ibu sekalipun dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya :)
Breastfeeding memang memudahkan bagi saya tapi untuk ibu yang eksklusif bf ni terutamanya yang bekerja pasti akan menghadapi cabaran-cabaran sepanjang tempoh menyusu. Pokok pangkalnya ialah pada ibu itu sendiri, kekuatan dan semangat ibu sangat penting demi anak!
Point-point ini saya dapat ketika saya hadir di "breastfeeding talk" anjuran SUK Penang bersama Malaysian Breastfeeding Peer Caounselor (MBFPC) tak berapa lama dahulu. Saya cuba elaborate berdasarkan pemahaman, pengalaman serta pengetahuan saya ya :)
CABARAN-CABARAN :
1. Sistem kesihatan
Lazimya, bila ibu disahkan mengandung, ibu perlu ke klinik, buat buku pink, antenatal check dari semasa ke semasa kan? Bila dah bersalin pula, ada pulak postnatal check up dan rawatan kesihatan yang lain.
Cabaran :
a) Tiada breastfeeding education.
Selalunya klinik/hospital memang pro bf dan kebanyakannya akan bercerita mengenai penyusuan kepada ibu-ibu terutama ibu-ibu baru. TAPI, tak semua klinik/hospital sama. Adalanya pengetahuan yang disampaikan pun seperti melepaskan batuk ditangga, sekadar cukup syarat, dan seterusnya pandai-pandai ibu lah.
b) Polisi hospital
Selalunya apabila ibu memilih hospital swasta, kebanyakan bayi dijaga oleh pihak nurseri di hospital tersebut kerana mahu ibu berehat selepas penat meghadapi proses bersalin. So, misi sendiri yang akan feed baby dengan susu formula. Ada juga hospital yang kurang membantu ibu dan tidak menyokong breastfeeding.
c) Mengkiritik ibu dan anak yang bf
Ada juga (mungkin tak banyak) yang berperasaan tidak senang dan mengkritik ibu-ibu yang membuat keputusan untuk breastfeeding baby. Mereka anggap ianya hanya menyusahkan dan bayi tak dapat khasiat dari susu ibu.
d) Hospital/klinik tak pro-bf bila beri rawatan
Apabila ibu ke klinik/hospital untuk lawatan atau check up yang seterusnya, mungkin ada pihak yang melemahkan semangat ibu dengan tidak menyokong ibu breastfeed anak malah menggalakkan ibu beri baby minum susu formula.
Penyelesaian :
1. Ibu perlu kental dan cekal. Banyakkan menimba ilmu penyusuan. Ibu boleh meminta pada pihak hospital untuk menghantar bayi untuk menyusukan setiap dua jam sekali. Minta bantuan nurse atau doktor untuk bantu untuk mendapatkan kedudukan yang selesa semasa menyusukan. Jika mereka tak pro-bf, ibu perlu tegas dan nekad untuk menyusukan bayi anda sendiri dengan susu badan sendiri walau apa pun yang terjadi. Anak anda, hak anda kan?
2. Terangkan kepada mereka tentang kebaikan bf (maybe mereka belum cukup ilmu bf) dan betapa anda memang mahu breastfeed bayi anda dan anda akan teruskan dengannya! Mana tahu, kesedaran mereka akan timbul disebabkan kesungguhan anda, kan hebat tu :)
3. Ibu perlu kuat secara metal dan fizikal untuk menangani masalah ini. Cari lebih banyak info dan rujuk kepada doktor yang pro-bf, lactation caunselor ataupun peer counselor untuk membantu anda yang menyusukan bayi.
2. Ahli keluarga dan masyarakat
Ya, bukan semua seisi keluarga anda (suami, parent sendiri, in-laws, siblings) faham dan menyokong penyusuan ibu begitu juga dengan rakan-rakan dan jiran tetangga anda. Mungkin mereka tidak sependapat dengan anda, kurang pengetahuan dan tidak tahu betapa penting dan hebatnya susu semulajadi ciptaan Allah ni.
Cabaran :
a)Dikata kedekut
Maybe ada yang mengalami situasi begini. Dicop kedekut sebab tak nak beli anak susu formula yang macam-macam rumusan sekarang ni. MUNGKIN ada yang beranggapan susu ibu tak cukup rumusan macam dalam iklan tv tu :)
b) Dikatakan membazir
Ini situasi yang vice versa pulak. Dikritik membazir kerana ibu yang menyusukan secara penuh terutamanya ibu yang bekerja perlu membeli pam, segala storage dan sebagainya.
c) Mencabar cara parent membesarkan anak
Kata mereka " Mak dulu besarkan kamu adik beradik tak breastfeed pun. Pandai jugak, sihat jugak sampai sekarang". Begitula umpamanya.
d) Dikritik kerana menyeksa cucu.
Tok Wan mana tak sayang cucu :) Ada yang beranggapan cucunya tak dapat makanan yang berkhasiat dan sempurna dari susu ibu dan tak yakin susu ibu cukup untuk menampung keperluan cucunya.
e) Tak mendapat sokongan padu
Mereka mungkin kurang tahu lebih lanjut mengenai susu ibu dan terpengaruh dengan iklan-iklan susu formula bayi. Atau mungkin juga mereka tiada pengalaman exclusive bf dan merasa janggal dengan perkara itu.
f) Mitos.
Memang banyak mitos yang saya dengar antaranya 'bayi yang minum susu ibu tak besar, kurus je, kesian. takcukup khasiat la tu', 'bayi akan cepat dapat sakit sebab berjangkit dengan ibu', 'nanti baby asik melekat je, nak keje susah' 'anak nanti jadi bodoh kalau minum susu ibu' lagi satu 'susu badan lama-lama nanti jadi darah'...dan berbagai-bagai versi lagi :) Mitos-mitos begini la yang membuatkan ibu rasa serba salah selalu.
g) Dikatakan pemalas
Ada yang menganggap ibu yang menyusukan adalah pemalas. Duduk dan menyusukan saja tak buat apa-apa kerja. Malas bancuh susu untuk anak, malas bawak beg berat bila mahu keluar. ye la, kan ada yang mudah, kenapa pilih yang susah ye tak? :P
h) Anak jadi manja.
Bagi saya ini bukan lah masalah. Memang anak yang bf dikatakan rapat dan manja dengan ibunya yang menyalurkan makanan kepada tubuhnya. Dan, dari sepanjang hayatnya, berapa lama sangat tempoh dan peluang menyusukan? Katakan average hayatnya ialah 70 tahun dan tempoh menyusukan ialah 2 tahun, its only 3% dari umurnya sahaja. So, dont miss it!
i) Penyusuan di tempat awam yang memalukan.
Situasi yang biasa berlaku. Ada yang berpendapat bahawa menyusukan bayi ditempat awam adalah perkara yang memalukan malah memualkan. Ada yang kata ibu tak tau malu selak-selak ditempat awam, nak tunjuk kat orang aset tu ke? No lah, menyusukan adalh perkara yang suci murni. Lagipun sekarang ni banyak dah jual nursing cover, poncho semua tu. To me, its really a wonderful things that i've seen. Titik.
Penyelesaian :
1. Pertama-tamanya tackle orang paling dekat iaitu SUAMI. Brain wash sket..hehe. Ajak suami sama-sama baca buku atau artikel tentang penyusuan supaya lebih tahu dan faham. Beritahu suami kebaikan bf dan mengapa anda mahu menyusukan dengan susu ibu sahaja. Suami anda pasti mahu anaknya dapat yang terbaik kan?
2. Seterusnya untuk ahli keluarga yang lain, terutamanya ibu sendiri dan mertua, explain dengan cara yang berhemah. Mungkin boleh juga buat-buat tertinggal buku atau artikel penyusuan di atas meja ke, kat dapur ke. Mana tahu kalau-kalau mereka terbaca dan menyedarinya, kan bagus tu :) Ajak ahli keluarga anda sama-sama join kursus atau program penyusuan yang anda hadir.
3. Anda boleh bercerita dengan rakan-rakan tentang breastfeed. Sambil-sambil makan, sambil-sambil bercerita mengenai anak, atau pun sambil sambil bershopping :) Ajak rakan ada teman anda ikut anda hadir ke kursus penyusuan, mana tahu dari situ mereka lebih faham kan? Medium lain, boleh juga hadiahkan buku-buku parenting dan breasfeeding sebagai hadiah dan perkenalkan kepada kawan anda blog, website dan forum-forum mengenai penyusuan susu ibu :)
3. Tempat kerja.
Bagi ibu-ibu yang bekerja, ini adalah antara cabaran utama untuk menyusukan bayi sepenuhnya kerana ibu perlu memerah susu ketika bekerja. Setiap ibu mempunyai situasi dan keadaan yang berbeza-beza di tempat kerja masing-masing. Ibu-ibu yang bekerja di dalam pejabat mungkin lebih senang manakala ibu yang bekerja dalam situasi kerja yang tak menentu (seperti di kilang, hospital dan pasaraya) mungkin menyebabkan ibu tidak dapat meneruskan penyusuan. Walau bagaimana pun, ianya bukan sesuatu yang mustahil :)
Cabaran :
a) Tiada sokongan majikan
Majikan anda mungkin menganggap ianya sesuatu yang menyusah kan dan menganggu kerja seharian anda. Seterusnya mungkin memandang serong terhadap anda kerana beranggapan ianya akan menjejaskan prestasi anda.Ini akan menyebabkan ibu takut hilang kepercayaan dan melupakan susu ibu :(
b) Dikutuk ofismate
Bagi yang tak faham mungkin akan mengata. Mereka mungkin merasakan yang anda menyusahkan diri sendiri. Tak puas hati anda kerap 'hilang' dari workstation anda dan menganggap anda curi tulang dan malas bekerja. Lebih-lebih lagi jika mereka terpaksa menggantikan tempat anda seketika, lagi la hangin...hihi.
c) Sexual harrasment.
Tak mustahil berlaku ditempat kerja. Terutama dari golongan lain jantina ni. Kata-kata sinis atau sindiran akan membuatkan anda kurang selesa bila mereka kata 'banyak hasil tenusu hari ni?' atau 'minumlah susu cap gantung ye kawan-kawan' atau 'ehem-ehem, nak memerah ke, ikut boleh?'...aiyooo.....
d) Tiada tempat yang sesuai untuk memerah
Bukan semua tempat kerja tersedia tempat yang selesa seperti surau atau bilik rehat. Ada ibu-ibu yang terpaksa mengepam di dalam pantry ataupun stor yang sempit dan panas. Lebih malang lagi jika ibu terpaksa mengepam di dalam tandas.Tapi, demi anak, segala nya mungkin :)
e) Kursus/mesyuarat/outstation
Bagi ibu-ibu yang selalu attend meeting dan sebagainya menyukarkan ibu untuk mengepam dengan konsisten terutamanya bila outstation ke luar daerah. Tempoh perjalanan panjang, jadual plak padat, badan pun jadi penat.
f) Workload
Ibu yang nature kerja nya statik di workstation atau pun dpn pc (macam saya) boleh dianggap beruntung. Tak berkejar ke sana sini, boleh mengepam sambil bekerja dan tidak terlalu sibuk. Lain pula bagi ibu yang sentiasa sibuk sampai nak makan pun tak sempat, nak ke toilet pon bertangguh, keadaan ini akan membimbangkan ibu.
Penyelesaian :
1. Sebelum cuti bersalin, bincang dengan bos terlebih dahulu dan minta kebenaran darinya untuk mengepam susu setelah kembali bekerja kelak. Katakan kepadanya anda sangat menyokong penyusuan susu ibu dan mahukan yang terbaik untuk generasi akan datang :) Jika boleh, minta bos menyediakan tempat mengepam di ofis anda. Jika anda bersungguh dan yakin, pasti bos faham akan situasi anda.
2. Beritahu rakan sekerja anda yang anda perlu sedikit masa untuk pergi mengepam susu untuk anak anda. Ceritakan mengapa anda memilih susu ibu, kalau mereka sudi, ajak mereka melihat anda mengepam susu sambil menceritakan perihal anak anda yang suka minum susu ibu dan produk-produk penyusuan yang terdapat dipasaran. Sedikit sebanyak ini akan mempengaruhi rakan anda untuk sama-sama menyusukan bayi.
3. Adakan kumpulan sokongan susu ibu dipejabat anda. Ajak majikan dan rakan sepejabat anda untuk turut serta membincangkan mengenai susu ibu. Mungkin awalnya bermula dari seorang dua, lama kelamaan ramai yang menyedari kebaikan susu ibu dan anda boleh menjadi 'kaunselor' kepada mereka pula, menarik juga kan?
4. Jika akan perlu outstation, pastikan anda bawa peralatan mengepam serta storage yang sepatutnya untuk memudahkan proses pengepaman anda. Anda boleh menggunakan cooler bag atau pun ice box untuk menyimpan stok EBM anda supaya tahan terutama disepanjang perjalanan pulang.
5. Bagi Ibu yang sentiasa sibuk, ibu boleh menggunakan pam elektrik double pumping untuk minimize kan masa ibu mengepam. Lagi baik jika ibu ada bilik sendiri atau pun workstation yang memudahkan ibu mengepam di tempat kerja. Ibu juga boleh pakai blazer atau sweater untuk meng'cover' apa yang patut dari pandangan mata org lain :)
IBU : 3 cabaran dulu, lagi 3 next entri ya. Lenguh menaip berjela dah ni :)

3 comments:

Unknown said...

sonoknye baca entry akak pasal BF ni. hehehe

mama affan said...

info yg sgt baik..bila dah join club..mau print info nih..huhu..

~farah~ said...

nolly : tenkiu :)
fikaryna : sila2....:)