CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 15, 2010

Pangkor Island Beach Resort in memories :)

Weekend baru ni kami anak beranak ber-vacation di Pulau Pangkor :)

MAYBE ini last vacation sebelum due. Lepas ni dah nak puasa pastu raya plak.

Tapi rasa macam tak yakin je, sebab dalam fikiran ni macam-macam tempat nak pegi :).

Untuk vacation kali ni, kitorang stay kat Pangkor Island Beach Resort. Dari jeti lumut nak ke sana, ada feri khas sendiri. Harga tiket lagi mahal. Kalau feri biasa RM10 je, yang ni RM19.

First day. On the way ke Pangkor Island dari jeti lumut. Nasib baik setengah jam je perjalanan. Kalau lama lagi, si kecik ni dah buat feri ni macam umah sendiri :)

Dah sampai di jeti Pangkor, ada bas khas dah tunggu nak amik para pelancong. Tak panas punggung dalam basa, dah pun sampai. 5 minit je.

Check in di Garden Wing. Bilik selesa amat. Syeefa tak sah kalau tak menuju ke telipon dulu :)

Petangnya nak keluar jalan jalan cari makan kat Teluk Nipah. Sementara tunggu teksi sampai ni.

Kali ni tak sewa kereta pun sebab tak cadang nak kemana sangat. So, nak keluar kami naik teksi aje. Ke Teluk Nipah tak sampai 10 minit perjalanan tambangnya ialah RM15, balik RM15 lagi.

Makan kat gerai yang mana nampak best dan tak ramai orang. Perut dah lapor nih, tu yang tak sempat nak snap gambar makanan..hihi.

Amik gambo Syeefa pun jadi lah. Menyelerakan jugak ibu tengok...ekekek.

Then, balik ke hotel. Syeefa pun tertido awal. Maka, tiada aktiviti luar melainkan aktiviti di dalam bilik sahaja....muahahahaha. Ibu baca novel, papa surf internet la.....:)

Hari kedua. Breakfast time. Memang the best ever la breakfast kat sini. Macam macam ada. Sampai berejam jugak la betapa kat sini menikmati makanan. Tambah-tambah lagi dengan scenery dia, makin mencanak selera mendatang :)

Si busuk masam ibu ni. Tak sabar dia ajak mandi pool :)

Lepas kenyang perut suka hati, jalan-jalan sekitar resort. Nice kan?

Bergambar di sana sini dulu sebelum kembali ke bilik.

Tak dapat mandi pool, bath tub pon bolehhhh. Geramnye ibu nengok kamu :)
Lama berendam, pas pakai baju je terlena dibuai mimpi terus.

Sebelum keluar jalan-jalan, rileks dulu kejap menikmati pemandangan indah. Best sangat! Kat sini banyak aktiviti macam jungle trekking, snorkeling, fishing, ping pong match, aktiviti mewarna untuk kanak-kanak dan macam-macam lagi lah. Tapi satu pun kami tak buat :)

On the way ke Teluk Nipah lagik.

Balik resort, terus beraktiviti mandi manda :)

Penuh gambar Syeefa aje ye :)

Ni festime Syeefa mandi pool. Lambat kan..hihi. Mula-mula nampak macam cuak je, buat muka heran dan pelik bila masuk dalam pool. Pastu statik setempat. Bila dah lama-lama kemain lagi tak nak keluar :)

Lepas mandi pool, menuju ke pantai pulak. Jejak je atas pasir, menangis plak dia.

Mula-mula je tu, lama-lama ok :)

Aktiviti main pasir. Hilang terus dah takut tu :)

Pantainya cantik sangat. Pasir putih tak tercemar. Tenang je rasa :)

Last day. Takkan mensia-siakan waktu breakfast. Nikmat tak terkata :)

Lepas makan, Syeefa mandi pool lagi dengan papa. Lepas ni entah bila nak datang sini lagi.

Lepas check out, posing dulu sementara tunggu bas sampai :)

Kat jeti sementara tunggu feri kedua sampai. Feri pertama dah penuh.

Bergambar atas feri lagi. Best sebab tak ramai orang.

Berehat sebentar bersama ribena kat jeti lumut :) Beli sikit sikit buah tangan untuk dibawa balik.

Sampai je Penang terus cari kedai makan. Maklum la, makan pagi tadi je. Simpan lama sket kesedapan breakfast tu :)

Lepas tu terus balik rumah.

Sekian, diari vacation 3 hari 2 malam kami di Pangkor Island Beach Resort :)

Ibu : Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati ibu bila tengok anak happy :)

1 comment:

sherrina said...

Thanks for writing such nice story. Plan nak gi bercuti di PIBR. Baca review ni, bertambah semangat nak gi sana :D

1 comments:

sherrina