CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 11, 2009

PESTA PENANG - LANGKAWI 2008

Assalamualaikum semua...

Lama rasanya tak mengupdate blog. Masa dan keadaan tak megnizinkan. Kerja di pejabat bertimbun, kerja di rumah bersama si kecil saya pastinya tak punya masa untuk buat itu dan ini. Jadi, malam minggu ni, selepas menidurkan si kecil S, saya bersengkang mata pula mengadap skrin ini.

Saya mahu update (backdate sebenarnya...kuikui) kisah hujung tahun lepas saya. Saya dan keluarga suami ke Pesta Pulau Pinang. Walaupun penat (esoknya perlu kerja), saya rela hati join mereka ke sana. Anak-anak buah terutama dari langkawi pastinya sangat gembira. Setiap hari umang di mulut mahu ke pesta. Mereka gumbira, saya tumpang sekaki gembira itu.....

Anak sedara, Daniel...takut mahu naik kuda pusing. Terpaksa mamanya join naik sekali.

Naik kereta ini juga Daniel takut, mamanya temankan juga naik kereta sekali. (Oh oh...mujur bayi ku masih di dalam perut tika ini...hihi)

Anak-anak buah yang tersayang. Gembiranya mereka. Daniel sudah berani. Kali kedua, siap jadi co-pilot lagi..hahaha.

Kakak-kakak ipar teringin mahu naik kah? Al-maklumlah, zaman mereka kanak-kanak dulu tak ada pesta-pesta ini. Ehehe. Mengapa saya tiada di dalam gambar? Saya ditugaskan untuk menjadi kamera-woman sahaja. Hihihi.

Itu saja gambar yang sempat di ambil di pesta tersebut. Selang beberapa hari (seminggu rasanya), setelah kakak ipar pulang ke Langkawi, kami (saya, suami, mak mertua, kak ipar serta suami dan anaknya) pula bercuti ke Langkawi. Saya teruja kerana kali pertama ke rumah Kak Zura. Kak Zura ada chalet di sana. Silalah ke Sugary Sands jika kalian ke sana. Belakang chaletnya ada pantai yang indah. (Ini sebahagian dari promosi tau, Kak Zura perlu beri komisen, hikhik). Kali terakhir saya ke Langkawi semasa saya di tingkatan 3, rombongan sekolah selepas merdeka PMR.

Kami, semasa di dalam bot Kenangan.

Saya pening berlama-lama di dalam bot. Lantas saya bergambar banyak-banyak. Hihi.

Sampai saja di sana, terus ke laut (belakang rumah dan chalet Kak Zura). Suami dan anak-anak buahnya berendam.

Esoknya jalan-jalan ke Langkawi Cable Car. Bergambar dengan burung helang nun jauh di belakang. Saya takda kekuatan untuk dekat-dekat dengannya. Huhu.

Nana beri ikan makan roti. Banyak sungguh ikan. Andai saya terjun ke dalam kolam itu, pasti ikan bertempiaran lari, tidak berselera. Ihihi.

Daniel 'merempit' disana. Bayaran sejam = RM3.

Musim cuti sekolah, ramai benar manusia. Tak sanggup saya mahu beratur 2 jam!

Tak dapat naik, bergambar depan kereta kabel pun jadilah. Lain kali kita naik ye Nana :)

Saya di kaunter tiket.

Akhirnya ada juga gambar suami saya (itupun setelah dipaksa isteri nan membuyung) Hihi.

Ke Makam Mahsuri pula. Haruslah saya pose merata-rata.

Kan? Dimana-mana pasti ada gambar saya, hehe.

Ronda-ronda seluruh kawasan. Alang-alang dah sampai, apa salahnya melenguhkan kaki, tak gitu? Kami kemudian pergi ke beberapa tempat lagi, tetapi tiada gambar ya. Bimbang kalian loya-loya lihat saya penuh skrin anda. Hihi.

Saya di sana 4 malam sahaja. Niat mahu berlama-lama lagi tapi Encik suami perlu kerja pula (saya masih dalam proses menghabiskan cuti tahunan, ekeke). Yang lain masih disana untuk beberapa hari. Sedih hati saya. Pulang ke Penang rasa sunyi saja. Insya Allah tahun ini akan ke sana lagi. Kali ini pastinya membawa Si Comel S!

Friday, August 7, 2009

PUTRAJAYA-KL-PUTRAJAYA

Hari terakhir saya di Putrajaya, suami serta keluarganya datang ke Putrajaya untuk mengambil saya balik ke Penang sambil jalan-jalan makan angin di sini. Mereka bermalam di rumah sewa kecil saya. Mujur housemate saya (selalu) tiada dirumah, jadi tidaklah mereka segan sangat. Mereka bertolak dari Penang pada Jumaat malam, selepas suami pulang kerja dan tiba pada jam 3 pagi. Lepas berborak-borak seketika, kami masuk tidur kerana esoknya mahu berjalan-jalan di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Saya tepekkan gambar-gambar yang nampak cantik di mata saya ya.
Dirumah sewa (bilik) saya. Encik suami busy membaca majalah Mastika.

Bergambar untuk kenang-kenangan di hadapan unit rumah sewa.

Saya suka gambar ini yang berlatarbelakangkan Palace of Justice. Bangunan di Putrajaya memang cantik!

Kak Ina dan keluarga juga bergambar di sini.

Saya dan suami berhenti di tepi jalan untuk bergambar. (bulatnya kami berdua..kuikui)

Keadaan jalan raya di Putrajaya yang lengang daan tidak sibuk.

Makan di gerai Precint 9 (lupa apa namanya). Gambar saya semasa makan tiada ya. Seperti biasa, saya segan bergambar tika makan.

Shopping di Masjid India. Naik LRT dari Sogo ke Masjid India semula. Tak puas mereka naik LRT. Hanya melangkaui satu stesen sahaja.

Saya bersama suami kelam kabut bergambar kerana LRT sudah nak sampai. Hasilnya kepala kami 'dicantas'. Hehe.

Malamnya, makan di Taman Botani, Putrajaya. Sedap satay dan Roti Johnnya. Pastinya bergambar selepas kekenyangan.

Suami berada di perkarangan masjid Putrajaya. Sangat Indah ketika malam.

Kandid gambar suami. Sebenarnya mahu ambil gambar pancuran air, terambil gambar si dia pula. Hehe.

Bersantai di kawasan depan Masjid Putrajaya. Aman rasanya.

Bergambar lagi. Malam minggu ramai sungguh manusia di sana.

Di atas jambatan putrajaya. Di duania sebenar jauh lebih cantek daripada foto.

Saya tempekkan gambar yang cantik-cantik di sini ya. Walaupun saya tiada di dalam gambar, saya tidak ambil hati. Ehehe.

Belakang tu Menara PJH. Ofis saya tau kalian.

Merenung masa depan agaknya mereka. Hihi.

Di tepi Tasik Putrajaya.

Pemandangan di siang hari, hadapan Masjid Putrajaya nan indah.

Kami bergambar di depan Jabatan Perdana Menteri sebelum bertolak ke Pulau Pinang.

Saya akan merindui ketenangan dan keindahan Putrajaya. Saya bangga bekerja di Putrajaya. Tahniah buat mantan Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir kerana menjadikan Putrajaya gah di mata Dunia!

LAST DAY

Entri kali ini adalah semasa hari terakhir saya bekerja di Putrajaya iaitu pada November 2008 (saya lupa tarikh nya). Permohonan saya untuk bertukar ke Pulau Pinang telah berjaya. Alhamdullillah. Saya gembira tetapi dalam masa yang sama saya sedih mahu meninggalkan sahabat-sahabat serta kenangan saya di Putrajaya. Saya longgokkan gambar-gambar buat cuci mata anda ya.

(Dari kiri) Kak Nora, Kak Juny dan Kak Jue semasa didalam kereta mahu celebrate 'pemergian' saya. Mereka nampak gembira saya bertukarkah?

Kiri sekali ialah Kak Munirah. Seorang Akauntan yang berjaya. Hehe.

Makan di A&W. Saya pesan jus oren walaupun teringin root beer tersebut. Saya kan berbadan dua ketika ini :)

Sempat pose di kedai kasut kesukaan saya. VINCCI. Suami bersyukur saya gemarkan Vinnci dan bukannya GUESS mahupun JIMMY CHOO bagai. Ekeke.

Bersama team yang best :)

Kak Sham dan boss lama, Puan Halida. Puan Halida ni kan kalian, sangat lemah lembut dan baik sangat. Senang sekali bekerja bersamanya.(bukan sesi bodek ya).

Bergambar kenangan.

Semasa menunggu Nadiputra, sempat lagi tu.

Selamat Tinggal KWP.....semoga ketemu lagi ya. (Entah bila).