Pemandangan menyedihkan ini terjadi di Kemboja. Dimana seorang anak kecil
yang bernama Tha Sophat yang berusia 18 bulan terpaksa menyusu terus dari
seekor lembu,sejak ibunya keluar mencari pekerjaan kerana keadaan hidup yang
tidak punya apa apa setelah badai melanda negeri tersebut.
Datuk Tha Sophat yang kini menjaganya mendedahkan bahawa cucunya melakukan
hal ini sejak Julai lalu, ketika orang tuanya meninggalkan Kemboja untuk mencari
nafkah ke Thailand.Menurut Um Oeung (46), cucunya Sophat mendadak sakit
ketika berhenti menyusu dari ibunya, dan ketika budak tersebut melihat seekor
lembu menyusu pada ibunya, Dia mulai melakukan hal yang sama, yakni menyusu
langsung dari induk lembu setiap hari.
Selepas baca berita ni saya terkedu.Oeung pernah cuba menghalang cucunya menyusu dari
lembu tersebut, namun itu membuat Sophat menangis dan membuat datuk yang sangat menyayangi Sophat tak berdaya sehingga terpaksa membiarkannya.
Tetangga serta pegawai tempatan di desa Pheas di wilayah Siem Reap (sekitar
195 kilometer dari ibu kota Phnom Penh) mengatakan mereka tidak berkenan
mengenai cara Oeung merawat cucunya tersebut.“Mereka terus menyalahkan saya, dan memaksa saya untuk tidak membiarkan Sophat menyusu dari lembu lagi. Kerana mereka mengatakan bahawa anak itu akan merasa malu ketika dia besar dan nanti akan menjadi nakal, “katanya sambil menambah bahawa saat ini dia telah
menghadkan Sophat menyusui, yakni satu kali saja setiap hari.
Walaupun begitu, Um Oeung menjelaskan bahawa cucunya dalam keadaan sihat
dan kuat, bahkan kebiasaan menyusunya yang anehnya ini belum sekalipun
menyebabkan Sophat terkena apa apa penyakit.- Reuters
2 comments:
tears....sob....sob
sungguh merana anak kecil itu, :(
Post a Comment