Friday, September 5, 2014
Pengalaman bersalin ke 3
Monday, July 14, 2014
Menanti ahli keluarga baru :)
Friday, March 21, 2014
Doakan yang terbaik :)
Tuesday, March 19, 2013
19 March 2013
Tuesday, October 9, 2012
Masih berpantang
To make myself feel better, saya makan sebanyak mungkin supplement yang saya rasa perlu. Hehe.

![[halia%255B4%255D.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhn5wOgaDYel0m5jpPBM1qkLgc9v7PIAbxPDF-P0S3PKStc14GjyVlga8iYjY4PBKatpIOd0ySsF4Xzt462T2ZMP36TwoD_LY_It29jqEY-oYmMT6WHVUl6-2G5wBSwFGp4epHcdp_8ULk/s400/halia%25255B4%25255D.jpg)
Friday, June 29, 2012
Pregnant for the 3rd time?
T_________T
Tapi kalau ada 3 apa salahnya kan? Mesti lagi best dan meriah. Syeefa selalu ckp nak baby girl, nak geng dengan dia. Siap ada nama dah tu papa bagi :PBye papa. Kita enjoy!!
So kalau dah bertiga, i dont think i have courage to angkut 2 toddlers and one little baby to the mall or playground or somewhere else without temans. At least kena tunggu besar dulu kan. Tapi, tak cuba tak tau ye dak?
Betul. Cuba dulu beranak 3 baru boleh judge.
Baiklah.
But, since adik faris is a mom's-breast-addict, so obviously dia tak boleh lekang dari ibu. I'm a multitasker right now. Buat 2 kerja dalam satu masa. Sometimes 3 kerja sekaligus! Like, sambil breastfeed sambil lipat baju sambil tengok tv. Kerja jugak tu ehehe.
Tapi still rasa nak sangat another baby. Nak rasa keseronokan anak 3 pulak hehe. Tak sabar nak dengar baby panggil abang faris :) Kalau boleh taknak gap jauh sangat, biarlah membesar serentak, dapat main sama2, gaduh sama2, pegi school sama2. Dah besar nanti senang ibu dengan papa :)
Tapi bila fikir balik,kalau cepat2 sangat pulak, dah cukup 4 (or 5), tetiba teringin pulak nak baby lagi cemana? haha. Tengok kawan2 ada baby kecik comei, rasa best pulak kang. Anak sendiri dah besar panjang. Consider yang ke 6 pulak ke? :P
Syeefa and faris still breastfeed. Malam2 nak tido, tandem nursing. Kalau ada no 3, sian plak Syeefa nak selit kat mana? hehe. Tapi rindu la nak buat stok EBM balik. Sian upright freezer dah lama kosong :)
Hati dah bagi greenlite, tapi otak still not sure :)
So, after all the justifications, its safe to say that............
I AM NOT PREGNANT.
Wednesday, December 22, 2010
Tandem nursing and tandem pumping :)
Tandem nursing seawal di hospital lagi. Syeefa 'ketagih' :) Seronok dapat memeluk dua-dua mereka. Kaedah tandem nursing ni banyak membantu susu terhasil dengan lebih banyak dengan bantuan kakak seterusnya mengurangkan bengkak payudara. Pengecutan rahim juga dapat berlaku dengan lebih cepat.
Di rumah. Kalau nampak adik sedang menyusu, Syeefa datang mengambil tempatnya dan mula menyelak "Bu, nak bu". Kadang-kadang lagi kerap menyusu dari adiknya :) Syeefa menyusu posisi gaya bebas, nak meniarap, baring, duduk, memanjat, menelentang pun boleh asal selesa :PMelaksanakan tandem nursing memerlukan kesabaran. Pada awalnya ibu mungkin berasa sedikit stress kerana keletihan, kurang tidur, kekurangan air dan asik lapaaar aje..hihi. Apa yang perlu dilakukan ialah, pastikan ibu mengambil makanan yang berkhasiat, jangan skip waktu makan,minum air dengan banyak dan berehat secukupnya untuk memastikan bekalan susu mencukupi dan anak-anak mendapat khasiat susu ibu.
Huhu. Geram dengan muka inesen itu. "Nak kongsi susu ibu dengan adik"..hehe.Untuk menjayakan tandem nursing ibu perlu mempunyai ilmu yang cukup, banyakkan membaca info-info berkaitan dan perlukan sokongan suami. Selain itu ibu perlu kuat dan jangan peduli dengan kata-kata negatif dari pihak lain dan sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anak yang masing-masing mahukan perhatian.
Sejujurnya, kasih sayang saya semakin menebal, hati makin cepat tersentuh pabila sudah mempunyai dua orang anak. Syeefa dan Faris, ibu sayang kamu berdua sama rata, tiada yang lebih, tiada yang kurang. Kamu berdua lah nyawa ibu :(
Adik breakfast, kakak pun nak. Adik lunch, kakak pun join..hehe. Breastaurant is always open 24/7 :)
Dah kenyang perut tidur la apa lagi. Senang hati dapat beri yang terbaik pada mereka. Sambil menyusukan sambil membaca surah-surah, tiup pada ubun-ubun mereka dan sentiasa berdoa susu ibu yang mereka kongsi bersama dapat menjadikan mereka anak-anak yang terbaik, sayangkan keluarga, dilindungi Allah dan menyenangkan hati :)Saya tahu, satu hari nanti saya akan merindui saat istimewa ini. Saya sangat bersyukur diberikan peluang melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Ianya satu moment yang sangat indah yang tak boleh dibeli dimana-mana :(
Kepada ibu-ibu yang mahu melakukan tandem nursing tetapi masih belum berjaya, ketahuilah anda juga ibu yang terbaik kepada anak anda. Yakinlah pada diri sendiri yang anda akan berjaya melakukannya satu hari nanti. Mungkin bukan sekarang, tetapi untuk anak-anak seterusnya sapa tahu bukan? :)
Jika tak tandem nursing saya melakukan tandem pumping pula. Iaitu menyusukan seorang anak sambil mengepam susu which is bagi saya ianya sangat praktikal. Bila anak menyusu let down reflex akan terhasil dengan cepat dan berulang seterusnya susu akan memancut dengan laju sekali :) Pic di atas : Faris tidur selepas menyusu dan saya sambung mengepam :)
Oh, indahnya menjadi ibu. Kegembiraan berganda-ganda bila dapat dikongsi bersama yang tersayang :)
Monday, November 8, 2010
Muhammad Syaamil Faris :)
Assalamuailaikum semua..
Lama sungguh saya tak update belog. Baaaaanyak sangat benda nak cerita, banyak kisah nak di share :) Blog kawan-kawan saya sempat singgah dan baca tp mintak maaf saya tak sempat nk tinggal jejak.
Sementara sempat ni saya nak perkenalkan buah hati pengarang jantung kedua saya :)
Saya selamat melahirkan bayi lelaki saya seberat 2.8kg pada 13/10/10 pada jam 9.50 pagi setelah 9 hari overdue. Sepatutnya saya harus di warded pada hari itu jika tiada tanda mahu bersalin juga. Syukur saya dapat melahirkan secara normal dan tanpa diinduce :)
Inilah Muhammad Syaamil Faris saya. Ada rupa ibunya tak :) Friday, September 5, 2014

Inilah Muhammad Syaamil Faris saya. Ada rupa ibunya tak :) 