CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 6, 2011

Happy Mothers Day :)

Entry untuk semua yang bergelar ibu :)
Selamat menyambut hari ibu. Saya tau anda semua ibu yang hebat!

Kepada ibu saya, Puan Faridah Ibrahim..
Terima kasih yang tidak terhingga kerana melahirkan, mengasuh, mendidik, memenuhi setiap kemahuan seorang saya.
Tidak ternilai, takkan terbayar segala jasa dan pengorbanan ibu.
I love u IBU :)

Menjadi seorang ibu adalah momen paling indah dalam hidup saya. Tersangat indah.
Mengandung 9 bulan, merasai sakit di sana sini, letih dan lemah. Tak lalu makan vs makan dengan sangat banyak..hihi.
Menghadapi kontraksi maha hebat, melahirkan, menyusukan, menjaga, menatang mereka.
Segalanya untuk sebuah kasih sayang
Anak-anak adalah segalanya untuk saya.
Tak pernah jemu mata memandang, tak pernah letih melayan kerenah, tak pernah rasa menyusahkan apatah lagi terbeban.
Kerana segalanya indah, segalanya penuh warna warni :)

Untuk anak-anak ibu, Syeefa dan Faris.

Ibu bangga mempunyai kamu berdua. Kamu berdua adalah nyawa, kekuatan, penawar hati, penyejuk jiwa dan segalanya :)

Kakak dan adik kena saling sayang menyayang tau. Nanti akan ada lebih ramai adik.

Kwang kwang kwang :P

Selamat Hari Ibu!

Friday, April 15, 2011

Faris 6 bulan ~ solid food pertama :)

Faris sudah 6 bulan.

Yihaaa!

Sudah boleh makan makananpejal. Sangat teruja okeh!

Maknanya, target pertama penyusuan susu ibu secara eksklusif telah tercapai.

Tahniah untuk diri sendiri...hehe.

Aritu update sampai 4 bulan, so sekarang kena mula dari 5 bulan la gayanya.

Moh nengok gambar :)

Faris semasa 5 bulan. Berkemeja macam orang keje gomen jek ha tapi pakai jeans ..hehe. Rambut yang menyacak tu keje papa la tu. Geng katanya...hehe.

Faris sudah mula diperkenalkan solid food. Saya mula beri Faris makan bubur nasi pada sabtu yang lepas iaitu lagi 4 hari genap 6 bulan. Kerana saya mahu menyediakan dan menyuap sendiri makanan pertama Faris :) You know what, satu kebetulan sama dengan kakak Syeefa satu ketika dulu. Jom kenang semula solid food pertama Syeefa. :)

Saya mulakan dengan bubur nasi kosong yang diblend halus. Tiada sebarang campuran, tiada garam, tiada perisa tambahan :) Note : bayi dibawah umur 1 tahun tidak perlukan apa-apa perisa di dalam makanannya kerana buah pinggangnya masih belum matang untuk memproses bahan tersebut.

Nyum nyum!. Mula-mula dia buat muka pelik. Lama-lama tak sabar pulak nak disuap lagi :)

Tengok tangan kakak Syeefa tu ha, suka benar menggentel telinga adik :) Pada awal - awal ini, satu hari sekali makan sahaja sudah cukup. Sekadar memperkenalkan perlahan-lahan makanan pejal yang sesuai kepada bayi. Dah lama-lama sikit tu boleh la beri 2 3 kali sehari :) Dan saya suka untuk memberi makanan yang dimasak sendiri instead of memberi makanan bayi yang diproses yang dijual di pasaraya. Lebih bersih, terjamin fresh dan puas hati :)

Alahai, rasa nak picit, geram! Pinjam basikal kakak ye, Faris nak ronda :)

Tengok apa tu? Faris suka tau tengok benda bergerak-gerak. Kusyuk memerhati daun pokok yang bergoyang sambil berfikir "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang" hehehe.

Adik Faris ada seorang kakak yang sangat penyayang. Yang suka main telinga adik, yang suka ajak adik main lego, mengaler kartun upinipin, suka mencium adik, suka menggomol adik. Adakalanya adik terpaksa redha :)

Adakala pula adik terpaksa tunjuk perasaan. Bukan adik tak sayang kakak tau, kadangkala adik cuma perlu sedikit kebebasan. Cewahh!

Kakak adik baik. Kakak selalu menumpangkan adik bila kakak naik kenderaan. I lebiu lah kakak! :)

Kakak juga baik hati meminjamkan adik kenderaan kakak walaupun adik tiada lesen :P Sebab kakak ada sorang jek adik pengarang jantung. Sayang adik kakak, muah muah!

Sedikit milestone :

1. Suka menonton tv. Buletin utama pun boleh layan dengan penuh kusyuk. Macam faham je tu :)

2. Suka bergolek golek dengan laju. Sedar-sedar dah sampai ke bawah meja makan.

3. Tak suka keseorangan, mesti nak memanggil orang meneman.

4. Pandai mendepang tangan bila ibu nak ambil.

5. Suka ketawa dengan kuat especially bila kakak mengagah :)

6. Antara mainan dengan henfon, dia akan mencapai henfon dulu. Suka henfon, kalau tak bagi dia marah okeh!

7. Terlalu suka direct feeding bila ada ibu. Tak layan botol punya lah.

8. Kalau ibu tidurkan dalam buai jangan harap la boleh, mintak diangkat. Nak tidur sambil mengempeng. Tapi kalau papa tidurkan, kejap ke dah kebulan. So how?

Saya bersyukur sangat kerana Faris tidak mengalami keliru puting macam Syeefa dulu. Salah satu perkara yang saya sangat risau ialah bila anak tak mahu menyusu secara terus. Tapi, Alhamdulillah. Faris tetap lebih suka direct feeding walaupun minum melalui botol ketika saya bekerja :)

Ibu : Mahu sediakan puri kentang, brokoli dan epal pula. Campur dengan susu ibu, mesti menyelerakan si kecik tu :)

Wednesday, April 13, 2011

Wordless Wednessday : Kakak Syeefa :)

Kakak kalau ade mende baru memang kusyuk mengadap sampai boring :)

Tuesday, April 12, 2011

Resepi Ibu : Puding trifle :)

Suka sangat makan sekarang. Jadi hari ni nak tempek entry makanan. Yahuuu!

Moh nengok saya buat triffle moh. Dah laaaaaama dah buat. Sejak lepas pantang dulu, maklum la dalam pantang teringin berbagai-bagai.

Tp baru sekarang ade hati nak siarkan.

Penah dengarkan perumpamaan omputih better late than never?ekeke.

Festime buat. So bahan-bahan ujikaji adalah seperti diatas : Kek gulung perisa sukahati, serbuk jeli, buah koktel dalam tin dan tepung kastard :)

Ha lagi satu susu segar okeh. Lupa nak snap, jadik curik kat google jek :)

Memula, potong kek gulung. Tebal mana tak kisah. Kek ni memang dah sedap dah, kira kalo kek dah sedap, trifle kemungkinan besar akan sedap :) Susun dalam bekas. Saya buat dalam tupperware. Takde bekas molek-molek sangat :P Tutup mana-mana lubang dengan cebisan kek dan kasik mampat yek. Padatkan. Then, amik air buah dalam tin tu curah sikt atas kek tu supaya kek tu lembap. Bancuh dua sudu tepung kastad dengan dua cawan susu segar. Masak sekejap atas api sampai agak-agak tak sakit perut bila makan. hihi. Tuang dalam bekas tadik. Lapisan kedua selepas kek ye puan-puan. Kastard saya terlebih kuning dan terlebih pekat. Tapi takpe, tak efect sangat pada rasa. Kata pertama kali kan. Maafkan jelah :P
Lepas tu pulak kan, mari masak agar-agarnya pulak. Saya pilih perisa strawberi, klise kan? Bila dah hancur serbuk tu kira okey dah la tu :)

Sementara tu tuang buah dalam tin pula. Ratakan comei-comei. Lagi banyak lagi best :)

Lapisan terakhir, tuang agar-agar jelly tadik atas buah tadik.

Tedengg. Jadik beginilah rupanya bila tengok dari sudut atas :)

Meh tengok dari sisi tepi. Nampak la rupe bentuk trifle tu ha walaupun macam tunggang langgang jek..huhu.

Sejukkan dalam fridge. Paste boleh la mengadap puas-puas :)

Sedap dan puas hati untuk saya yang festime buat. Takpe, practice makes perfect okeh, hihi. Selamat mencoba untuk kali kedua kelak untuk saya! Niat dah ada, tinggal nak melaksanakan untuk sekian kali jek :P

Sekian, dari dapur Chef farah :)

Ibu : Suka membuat sendiri walaupun tak hebat mana. Kepuasan sejagat itu penting..hehe.

Wednesday, April 6, 2011

Wordless Wednesday@200th post : Kakak dan Adik :)

Kakak Syeefa dan Adik Faris sukakan crab agaknya. Snip! Snap! :)

Ibu : Yeayy! Dah 200 entri sudah rupanya. Banyak jugak membebel yek..hehe :P

Monday, March 28, 2011

Sedikit tips menjayakan tandem nursing :)

Saya nak sharing is caring sedikit tips menjayakan tandem nursing. Mana lah tau serba sedikit boleh membantu ibu-ibu yang ingin menyusukan kedua anak serentak atau pun ibu yang bakal melahirkan anak kedua mahu mempraktikkannya kelak :) Tips yang tak seberapa ini berdasarkan dari pengalaman sendiri, kita kongsi ya!

1. Niat

Pertama-tamanya kena ada niat. Sebelum merancang ada anak kedua saya tanamkan niat mahu menyusukan kedua-dua anak. Saya expecting utk anak kedua ketika Syeefa baru setahun. Dia saya masih kecil, dan masih perlukan susu ibu. Dan saya masih belum puas menyusukannya dan alhamdulillah hasrat itu tercapai.

2. Teruskan penyusuan walaupun mengandung

Bila mengandung kembali, susu semakin lama semakin berkurang. Saya tetap mengepam setakat yang mampu, dan Syeefa minum EBM setakat mana yang ada. Tetapi penyusuan secara direct tetap diteruskan walaupun mengandung. Susu ibu masih ada bila menghisap walaupun kena berusaha gigih sikit kalau nak betul2 kenyang, hehe. Apapun saya refer pada yang arif terlebih dahulu. Bertanya pada beberapa doktor samada boleh meneruskan penyusuan ketika mengandung. Info : Nursing while pregnant sama sekali tidak mendatangkan masalah kepada ibu mahupun bayi. Ibu harus makan dengan seimbang, minum air secukupnya, dan berehat bagi mengelakkan keletihan atau tekanan darah rendah. Walaubagaimana pun, jika ibu ada masalah terhadap kandungan sebelumnya (keguguran, kandungan luar rahim etc), perlu rujuk terlebih dahulu pada yang pakar ya :)

3. Tidak terus wean off

Sama sekali tidak. Saya takut kalau saya berhentikan sementara direct feeding, payah untuk memulakan kembali. Mungkin dia sudah tak mahu, rasa pelik dan sebagainya. Prevention is better dan cure. (ade kaitan ke? hihi). So, Syeefa masih menyusu secara direct di waktu malam dan ketika hari cuti sampai sekarang :) Dan sama sekali saya tak akan memaksa dia untuk berhenti menyusu ( cth : letak sebuk kopi, ubat gigi etc), biar dia berhenti dengan sendiri dan berlapang dada tanpa dipaksa :) kalu dah wean off nanti confirm sedih :(

4. Tegas dan kental

Biasalah, apa yang kita lakukan tak semestinya mendapat sokongan semua pihak kan? Jadinya, mungkin ada juga suara-suara yang tidak bersetuju. Macam-macam versi. Contoh : Susu untuk adik, tak boleh kongsi, nanti bla bla bla. Adik tak kenyang kalau kakak join sekaki :) Kalau ditanya saya, saya memanag bantah yang arif! hehe. Kerana anak-anak saya berkongsi sesuatu yang sememangnya milik mereka, terbentuknya darah daging dari sumber yang sama. Dan dengan bantuan kakak lah, makin kerap pengosongan dibuat, makin banyak susu terhasil, tak gitu? :P Pendapat dari hati, ibu berhak menentukan apa yang terbaik untuk anak-anak. Perlu lebih firm dan mengatasi segala bentuk cabaran. Terus laksanakan mengikut kata hati anda wahai ibu-ibu :)

Otw balik dari attend kenduri. dalam kereta pun jadi. Macam mana pun takpelah anak, asal korang sejahtera, ibu tak kisah :)

Mereka senang tidur selepas menyusu. Syok agaknya :) Kaki Syeefa landing atas papa. Dah berdua sekarang, kena pepandai senirik :)

Kelakar tengok dua budak masam ni. Macam terpaksa jek. Tak ready takpe, asal ibu menten ye :)

Ibu : Kalau dua boleh la serentak, kalo tiga? *sambil urut dada* hehehe.

Tuesday, March 15, 2011

Buat apa EBM banyak-banyak?

Ade yang pernah tanya saya.

Perlu ke EBM banyak-banyak?

Nak buat ape sampai penuh freezer? Bisnes susu kah? hehe

Berapa kali mengepam satu hari?

Ha, saya jawab kat sini ye :)

Ya, untuk ibu yang bekerja seperti saya, saya harus menyediakan susu perahan kepada pengasuh untuk diberikan kepada anak semasa ketiadaan saya. Jadinya semasa tidak bersama anak, saya perlu mengepam susu mengikut schedule untuk penghasilan susu yang konsisten dan berterusan.

Matlamatnya ialah untuk memberikan susu terbaik walaupun saya tidak bersama anak sewaktu dipejabat :)

Mengepam di rumah. Waktu semua tengah tido. Kul 3 pagi pun gigih amik gambar..hihi Sesi mengepam di ofis. 3 kali sepanjang di pejabat :) Mengepam di dalam kereta. Sementara tunggu feri, sambil memerah susu ibu. Di mana saja anda berada kaedahnya :)

Schedule mengepam dan direct feeding

5.30 pagi - pumping sebelum Subuh

6.30 - menyusukan Faris sebelum hantar ke rumah mertua.

9.30 - mengepam sesi pagi

1.00 tengahari - mengepam sesi tengahari

4.30 - mengepam sesi petang

6.30 - menyusukan direct bila balik rumah

10.00 - mengepam waktu malam bila anak sudah tidur

2.00 pagi - mengepam sesi pagi buta :)

Dan ulang-ulang begitulah setiap hari. Setakat ini belum lagi miss satu sesi. Tapinya adala tersasar sket time mengepam tu :) Walau macam manapun saya saya tetap mengutamakan direct feeding Menyusu on demand, tiada tempoh masa tertentu :)

Tengah-tengah susu meriah ni memang peluang untuk saya mengumpul EBM. Mana tau, satu hari nanti ada pasang surutnya, stok ini lah akan digunakan untuk menampung susu yang ada. Sediakan payung sebelum hujan kata orang :)

Saya prefer guna liners begini. Senang nak simpan dalam freezer dan jimat space. Caranya, bila dah tuang susu dalam liner, sebelum seal pastikan takde udara dalam tu. So, bila dibaringkan, susu akan jadi nipis begini untuk disusun didalam freezer.

Saya susun secara mengiring tegak dalam drawer begini. Jimat ruang. Bila nak ambil EBM mengikut tarikh, senang nak tengok. Macam rak buku sudahnya..hihi. Begini lah rupanya stok EBM saya. Penuh dengan susu, takde ruang nk letak mendalah lain. Stok cukup untuk 3 -4 bulan akan datang. Berdoa sangat moga production menten sampai ke umur 2 tahun. Amin~ Setiap hari saya bekalkan Faris 6 botol EBM. Saya sediakan 4 yang fresh, 2 yang frozen. Sebabnya, saya mahu rolling juga stok beku supaya sentiasa digunakan walaupun setiap hari bawa balik fresh EBM. Takut juga tak perasaan date susu dah expired, rugi wooo tetiap titis susu ibu tu :)

IBU : Lagi sebulan nak capai target pertama iaitu 6bulan exclusive breesfeed :)