CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 27, 2010

Babywearing :)

Saya suka babywearing!
Kenapa?
Babywearing merupakan passion saya selain susu ibu. Di mana ini juga adalah salah satu cara 'mendekatkan' ibu dengan bayi semasa diluar rumah iaitu dengan cara mengendong bayi :)
Dengan menggunakan baby carrier dimana bayi sentiasa di dalam dakapan ibu, ianya lebih membuatkan bayi berasa selesa dan menenangkan kerana bayi sentiasa dapat mendengar degupan jantung ibu dan berasa hangat seperti semasa bayi di dalam perut. Bayi juga akan rasa lebih selamat kerana tahu ibu sentiasa berada disisinya seterusnya tidur dengan nyenyak! Senang mahu sopping :)
Memakai pouch pengendong bayi dan nursing shirt. Sangat senang ke mana-mana kerana saya boleh berjalan kesana kumari sambil menyusukan anak. Takda sapa perasan apa yang terjadi disebalik itu :) Ada juga yang datang dekat saya "eh, ada baby ke tu?" sambil menjenguk. Mungkin mereka fikir saya bawa barang-barang runcit dalam kain pengendong agaknya...huhu.

Bershopping bersama dua anak tak susah rupanya :) Papa pun gumbira sebab tak payah tolak stroler bagai sebab tu bila nak keluar rumah je "jangan lupa bawak 'kain' tu" (read : pouch), menyenangkan beliau kaedahnya :)

Faris sangat sangat selesa di dalam pouch. Kerjanya tidur dan menyusu sepanjang masa. Sikit pun tak merengek atau menangis dibawa berjalan-jalan. Saya pernah cuba letak di stroler tetapi sekejap-sekejap dia akan terjaga, sekejap-sekejap akan berbunyi dan perlu berhenti untuk memujuk dan menidurkannya. Tetapi dengan pouch ini amat menyenangkan seisi keluarga rupanya!

Dan setiap kali keluar saya akan bawa Faris di dalam pouch :)
Apa yang saya perhatikan, saya rasa mungkin penggunaan babywearing belum lagi meluas di kalangan ibu-ibu, kerana saya dapati pabila saya menggunakan pouch banyak mata yang memandang seakan pelik melihat saya membawa bayi di dalam pouch. Rasa maca artis pulak ramai tengok saya...hehe.

Atau, barangkali mereka fikir "itu bibik mana plak tu?"..uwaaaa :(

Wednesday, December 22, 2010

Tandem nursing and tandem pumping :)

Indah sungguh ber-anak dua lebih dari apa yang disangka :)

Saya dari dulu memang teringin nak menyusu kedua anak secara serentak (tandem nursing). Memandangkan Syeefa baru menginjak ke usia 1 tahun 10 bulan, dia masih memerlukan khasiat susu ibu dan saya masih belum terfikir untuk bercerai susu. Jadi, dengan mengamalkan kaedah penyusuan secara serentak ini, Syeefa tak akan terasa tersisih dan jauh hati dengan kehadiran 'orang baru' dan masih rasa dirinya disayangi dan diperlukan ibu :)

Tandem nursing seawal di hospital lagi. Syeefa 'ketagih' :) Seronok dapat memeluk dua-dua mereka. Kaedah tandem nursing ni banyak membantu susu terhasil dengan lebih banyak dengan bantuan kakak seterusnya mengurangkan bengkak payudara. Pengecutan rahim juga dapat berlaku dengan lebih cepat.

Di rumah. Kalau nampak adik sedang menyusu, Syeefa datang mengambil tempatnya dan mula menyelak "Bu, nak bu". Kadang-kadang lagi kerap menyusu dari adiknya :) Syeefa menyusu posisi gaya bebas, nak meniarap, baring, duduk, memanjat, menelentang pun boleh asal selesa :P

Melaksanakan tandem nursing memerlukan kesabaran. Pada awalnya ibu mungkin berasa sedikit stress kerana keletihan, kurang tidur, kekurangan air dan asik lapaaar aje..hihi. Apa yang perlu dilakukan ialah, pastikan ibu mengambil makanan yang berkhasiat, jangan skip waktu makan,minum air dengan banyak dan berehat secukupnya untuk memastikan bekalan susu mencukupi dan anak-anak mendapat khasiat susu ibu.

Huhu. Geram dengan muka inesen itu. "Nak kongsi susu ibu dengan adik"..hehe.

Untuk menjayakan tandem nursing ibu perlu mempunyai ilmu yang cukup, banyakkan membaca info-info berkaitan dan perlukan sokongan suami. Selain itu ibu perlu kuat dan jangan peduli dengan kata-kata negatif dari pihak lain dan sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anak yang masing-masing mahukan perhatian.

Sejujurnya, kasih sayang saya semakin menebal, hati makin cepat tersentuh pabila sudah mempunyai dua orang anak. Syeefa dan Faris, ibu sayang kamu berdua sama rata, tiada yang lebih, tiada yang kurang. Kamu berdua lah nyawa ibu :(

Adik breakfast, kakak pun nak. Adik lunch, kakak pun join..hehe. Breastaurant is always open 24/7 :)

Dah kenyang perut tidur la apa lagi. Senang hati dapat beri yang terbaik pada mereka. Sambil menyusukan sambil membaca surah-surah, tiup pada ubun-ubun mereka dan sentiasa berdoa susu ibu yang mereka kongsi bersama dapat menjadikan mereka anak-anak yang terbaik, sayangkan keluarga, dilindungi Allah dan menyenangkan hati :)

Saya tahu, satu hari nanti saya akan merindui saat istimewa ini. Saya sangat bersyukur diberikan peluang melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Ianya satu moment yang sangat indah yang tak boleh dibeli dimana-mana :(

Kepada ibu-ibu yang mahu melakukan tandem nursing tetapi masih belum berjaya, ketahuilah anda juga ibu yang terbaik kepada anak anda. Yakinlah pada diri sendiri yang anda akan berjaya melakukannya satu hari nanti. Mungkin bukan sekarang, tetapi untuk anak-anak seterusnya sapa tahu bukan? :)

Jika tak tandem nursing saya melakukan tandem pumping pula. Iaitu menyusukan seorang anak sambil mengepam susu which is bagi saya ianya sangat praktikal. Bila anak menyusu let down reflex akan terhasil dengan cepat dan berulang seterusnya susu akan memancut dengan laju sekali :) Pic di atas : Faris tidur selepas menyusu dan saya sambung mengepam :)

Oh, indahnya menjadi ibu. Kegembiraan berganda-ganda bila dapat dikongsi bersama yang tersayang :)

Monday, December 20, 2010

Berpantang 44 hari :)

Dulu tak sempat nak bercerita. Sekarang dah lemau baru ada can nak cerita..hihi.
Ringkas-ringkas aje lah ye. Asal ada buat menambah bilangan entri :P

Ok, persediaan sebelum bersalin awal-awal telah tersedia rapi. Antaranya :

Peralatan untuk penyusuan susu ibu secara exclusive. Penting ni :)

Keperluan bayi.

Keperluan bayi lagi. Disposable Diapers dan Cloth Diapers (sedang berusaha kearah fully CD pula, pelan pelan kayuh :D )

Nursing wears dan pouch mengendong anak :)

Sementara menunggu tarikh keramat bayi keluar, sempat juga membaca dan buat aktiviti berpekdah :P

Close up sket. Baca surah ibu hamil dan hari-hari belek nama bayi comel-tak-confirm-nak letak-nama-apa-lagi :)

Sesudah melahirkan, sesi berpantang 44 hari nan membosankan..ekeke.

Subuh sepi'e alas perut dulu dengan apa je yg ada didapur. Susu campur sedikit nestum untuk memberi efek nikmat tak terkata :)

Seawal 6.30 pagi bertungku. Cerah bijik mata dek tungku hangat tetujah peha..huhu. Anyway, kali ini lebih 'semangat' kerana Faris amat lah senang dijaga. Tidur laaama di waktu malam, ibu pun boleh tidur nyenyak. So, takde la tersenguk-sengguk bertungku macam dulu :)

Area pukul 9 pagi mandi air rebusan herba yang dibuat sendiri oleh ibu saya. Segar rasa badan :)

Lepas mandi tepek losyen pati halia with limau nipis diperut. Panas tapi sedap. Ini utk orang yang malas nak letak kapur dgn limau nipis macam saya :)

Dan selesai step step diatas, akhir sekali pakai barut turun menurun dari ibu saya juga. Ibu saya pakai masa dia melahirkan saya 25 tahun lepas. 25 tahun akan datang boleh lah Syeefa take over...hehehe :P

Ulang semula semuanya disebelah petang dan berterusan sehingga 44hari.

Pastu, legaaaaaa...........:)

G6PD Deficiency cum Jaundice

Hari ke 3 di hospital, saya rasa bersemangat.
Bersemangat sebab tak sabar nak bawak Faris balik ke rumah. Nak bawa adik jumpa kakaknya, nak mandikannya sendiri, nak peluk puas-puas :)
Dan pagi itu, doktor pakar kanak-kanak datang bertemu saya dan memberitahu Faris mengalami G6PD Deficiency (Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase Deficiency).
Bila doktor beritahu saya, I was like "whattt, kenapa mesti dia??"
*efek guruh kilat sabung menyabung hujan turun dengan lebat*
:nanges:
Saya tahu dan pernah dengar mengenai G6PD ini, ia bukan lah penyakit berjangkit atau terlalu merbahaya. Ia selalunya terjadi kepada bayi lelaki disebabkan faktor keturunan. Bayi yang mengalami G6PD mempunyai sel darah merah yang nipis dan perlu diawasi pemakanan dan persekitaran bagi mengelakkan sel darah merah itu pecah dan boleh menyebabkan mereka pengsan, pucat, tidak bermaya dan kebiruan. :nanges lagi:
Mulanya saya agak stress, risau, simpati dan sangat sedih bila dapat tahu Faris mengalaminya. G6PD tiada ubat dan akan kekal selama hayatnya. Ada makanan yang sama sekali tidak boleh dimakan seperti kacang parang, tak boleh bau ubat gegat, bajunya tak boleh dinila, ubatan tradisional juga perlu dijauhkan. Saya risau jika TERlupa, TERalpa, TERlalai dan tak sedar ianya merbahaya kepada anak. Lama kelamaan saya fikir mungkin ada hikmah disitu. Allah maha mengetahui. Mana tahu dengan kuasa Allah, G6PDnya boleh hilang. Saya redha :) Banyak juga kes-kes begini yang apabila sudah meningkat usia, ianya tidak lagi memudaratkan. Hopefully.
Dan disebabkan ini, doktor menasihatkan supaya bayi ditinggalkan dihospital kerana bayi yang mengidap G6PD boleh mengalami jaundice yang tinggi secara mendadak!
*lagi kilat sabung menyabung sound efek lagu sedih*
Susahnya hati saya nak meninggalkan anak. Tak sanggup rasanya :(
Saya request untuk tinggal dihospital bersama anak supaya dapat tengok dia bila-bila masa dan menyusukannya. Perasaan bercampur macam ABC. Gembira dapat tengok anak yang dikandung hampir 42 minggu, sedih mengenangkan situasi, rindu pada si kecil dan si besar di rumah :(
Masuk hari ke-4, hati sudah gundah. Tak sanggup tinggalkan Faris, tapi dalam masa yang sama sangat rindukan Syeefa dirumah. Selepas keluar dari perut sampai la Syeefa ada adik, saya belum pernah sehari pun tidur tanpa budak masam itu. Rindu yang amat-amat sampai sepanjang masa menangis tak henti-henti teringatkan Syeefa.
Suami dan keluarga nasihatkan saya supaya pulang ke rumah dahulu dan boleh datang tengok Faris bila-bila saya mahu. Mereka suruh saya berubat (bertungku, mandi herba etc etc) supaya saya tak jatuh sakit. Yelah, aircond dah la depan muka. Mandi air tak berapa nak hangat. Bimbang badan masuk angin lagi susah. Jadi dengan berat hati, saya pulang ke rumah pada hari ke-4 dan berdoa supaya misi-misi disana jaga Faris dengan baik. Dah bayar kannnn, haruslah jaga :)

Tengok macam mana nak tahan. Dua-dua kesayangan nak melekat. Syeefa datang hospital terus naik katil dan selak..huhu. Disana menanti disini menunggu kaedahnya :)
Sebelum pulang saya membekalkan susu secukupnya untuk dibekalkan kepada Faris. Tidak sekali-kali membiarkan Faris minum susu formula. Oh, dia masih fragile!

Susu bewarna kekuningan. Ini dinamakan transitional milk iaitu diantara kolostrum dan susu matang. Selalunya terhasil seawal 2 hingga 5 hari dan berakhir pada 7 hingga 10 hari. Ianya lebih berlemak dan sangat baik untuk bayi :)
Dirumah, saya terus mengepam susu mengikut schedule untuk dihantar ke hospital. Bangun tengah malam, pam spectra saya kedengaran sayup-sayup sementara yang lain sedang dibuai mimpi..hehe.

5 x 2oz dihantar ke hospital untuk sebelah pagi dan lagi 5 x 2oz disebelah petang. Susu ibu mudah dihadam, bayi minum mengikut keperluannya tetapi dengan kerap :)

Simpan dulu sebelum ditransitkan :) Sambil mengepam, saya berdoa agar susu ibu dapat menyembuhkan dan menyihatkan anak :)
Hari ke-6 finally Faris sudah discharge. Lega rasanya. Jaundicenye turun dengan cepat penangan pakai 'spek mata' dan duduk bawah lampu...huhu. Dan saya percaya susu ibu banyak membantu :) Kebaikannya, tak payah ulang alik ke klinik hari-hari kerana kuningnya semakin berkurang hari demi hari dan lenyap sepenuhnya! :)